Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Thursday, September 9, 2010

Pendengar Setia

Aku rasa macam freak sebab kerap sangat buat post baru kat blog. Macam sudah tidak ada kerja lain. Lagi-lagi bila esok nak raya, patutnya pergilah tolong mak masak rendang ke, kemas rumah ke, load kuih masuk telap ke.. Ni tak, blog blog, blog. 

Biar pun dulu aku pernah baca pendapat peribadi dari seseorang ni yang berbunyi lebih kurang..

"aku takde la nak update blog hari-hari, macam freak je"

..tapi aku tak kisah. Banyak benda aku mahu ceritakan.

*****

    Saya (lebih sopan) agak terkilan dengan sesetengah blogger yang letak muzik dalam blog dia. Mungkin dia rasa gembira sebab blog dia lawa, ceria, ada bling-bling, meriah dsb tapi adakah semua pembacanya rasa sedemikian? Kalau ikut undang-undang perblogan, tiada masalah kalau nak letak hiasan apa sekali pun, tapi timbang rasa la sedikit pada orang yang mahu baca.

    Mungkin dia beranggapan.. "blog aku, suka hati aku la". Okey, saya mengalah. Saya cuma terasa je, bukan niat nak tegur dan memperbetulkan sebab apa yang mereka buat tu sikit pon tak salah. Cuma saya sahaja yang rasa terganggu.

    Pada saya kalau nak letak lagu tu tiada masalah, tapi kalau boleh pilih la music player atau widget music yang boleh di-pause-kan lagunya. Bukan apa, andai kata ada pembaca yang kurang senang dengan lagu tu tapi berkeras nak baca sebab cerita anda menarik, dia boleh la pause-kan lagu tu buat sementara.

    Biasanya untuk pembaca yang mudah terganggu ni, mereka akan me-mute-kan laptop/komputer mereka bila membuka blog-blog yang mempunyai muzik yang tidak dapat dihentikan. Akibatnya, ia akan menyukarkan pembaca tersebut menikmati lagu kegemarannya (dari laptop sendiri) lantaran tindakan me-mute-kan itu.

    Tambah memburukkan keadaan, sekiranya blogger itu memuatkan klip-klip video dalam blog mereka, bagaimana pembaca boleh menumpukan perhatian pada video tersebut sekiranya lagu tersebut tidak dapat dihentikan? Mungkin lagu itu boleh "disenyapkan" dengan me-mute-kan laptop tapi bagaimana pula dengan video tersebut? Mampukah dia mendengar apa yang terbit dari video itu setelah mute dilakukan?

    Saya sering menjelajah dari satu blog ke satu blog dan bertindak sebagai silent reader sahaja kerana masih belum bercadang mahu "mengkomersialkan" blog saya. Kebanyakan kisah yang saya muatkan di blog ini terlalu kurang pengisiannya dengan ilmu dan moral. Jadi, untuk menayangkannya kepada seluruh dunia, mungkin belum tiba masanya. Mungkin beberapa tahun lagi. Selepas sudah bekerja mungkin..

    Di sepanjang pengembaraan itu, saya kerap menemukan blog-blog seperti itu, yang diselitkan unsur-unsur yang mengganggu tumpuan membaca. Setiap orang ada misinya yang tersendiri sewaktu memutuskan untuk menjadi blogger. Ada yang mahu mengembangkan sinar Islam, alhamdulillah, menceritakan pengalaman diri, berkongsi ilmu mahupun sekadar meluahkan rasa tidak puas hati.

    Namun, walau apa jua tujuan anda, sekiranya anda benar-benar mahukan blog anda dibaca oleh segenap lapisan masyarakat, kenapa tidak mengambil blog-blog lain yang mempunyai reputasi sebagai contoh? Atau adakah anda sebenarnya hanya mahu menulis untuk diri sendiri (diari)...?


Salam terakhir buat ramadhan ini. Adakah peluang untuk kita bertemu kembali?
Selamat meneruskan ibadah puasa pada saat-saat terakhir ramadhan ini
Selamat berbuka, mudah-mudahan diberkati..
Selamat hari raya, maaf zahir batin~
30 Ramadhan 1431...
6:40PM
-Hasif Hussin-
Melaka

Sunday, March 14, 2010

100th!!!


Yup, ini adalah post ke-seratus aku dan jugak post terakhir aku before aku mengepak terbang semule jap lagi. Skrg kol 1234pg dan aku masih belum tidoq. Pemanduan ke airport esok merupakan tugasan terakhir aku sebagai drebar keluarga utk cuti ini. Lepas ni, job tersebut akan di take over balik oleh ayah aku or abg aku (kalau die balik umah).

Seratus ke? Ha'a, yang terrekod nampak macam seratus, but jumlah sebenar aku sendiri tak pasti. Seratus ini hanyalah entry2 rasmi yang aku postkan. Yang tak rasmi aku letak kat tempat lain. Macamane leh jadi tak rasmi? Ade certain2 post yang aku dah taip, tp aku tak jadi nak post atas sebab2 keselamatan dalam negeri dan jugak keselamatan diri, hati serte peribadi orang lain. Tapi aku sayang nak delete post2 tu sebab ade di antarenye yang dah mencecah 1000 words. So, dari aku biarkan ianya bersawang dan berlabel draft dlm blog aku, ade baiknye aku buat blog lain dan post segalenye kat situ.

Bagi aku, blog bukanlah sekadar entry yang anda taip. Sesetengah org tak kesah ttg ape kandungan entry yang dipostkan. So, thats why la kadang-kadang di certain2 blog kite dapat melihat cuma satu or dua words sahaje yang ditaip, lepas tu terus post. Antarenye "hari ni aku geram sungguh, sebab taktik ngorat aku berjaye dipatahkan oleh ayahnya" or "kalau aku tau die dah berbini, mati idop semule pon aku xnak main jeling2 ngan die". Bagi aku ianya terlalu ringkas. I want to know the whole story!

Bagi aku jugak, blog bukanlah sekadar layout yang berwarne warni serte ade bling2. Yer, memang layout itu sgt penting, mampu menarik perhatian seseorang dan memberikan 1st impresssssion yang baik. Tp, bagi org mcm aku yang lebih mementingkan story, layout cantik mane pon..aku tak berape nak amek kesah. But itu semua terpulang kat diri masing-masing la, kan? Ade sesetengah blogger puas bile dapat tukar layoutnya seminggu sekali. Ade pulak yang gembire bile layout die penuh dgn gadget2 canggih serte ade salji2 turun kat page die. Maybe ade yang happy bile layout die diwarnai dgn warna kegemaran, pink misalnya. So, teruskan ape yang anda buat, asalkan anda gembira dgnnya~

Erm...ade gak yang letak lagu kt blog mereke. Biasenye bile berhadapan dgn blog mcmni, aku close je terus. Aku selalu pasang lagu kt laptop aku, so bile ade mende2 yang mengganggu keharmonian musik yang aku tgh dgr, dgn serte merte aku akan exterminate faktor tersebut. Bile aku da x dgr lagu baru aku bukak balik. Tp tu pon lepas aku mutekan laptop aku sebab bising hehe~

Pun begitu, ade di antare blogger yg suke menaip post2 hangat dgn niat yang tak best. Aku menggelar post2 ini sebagai sarcastic post. Yer, memang la blog tu kamu punye. Tapi hati orang yang kamu mengate tu, bukan milik kamu. Di luar nampak macam baik, innocent je, tp bile die start menaip abes semue orang dikutuknye. Maybe die ade masalah ngan orang lain tp die coward, tak berani nak berdepan terang-terangan. So, die pon taip la apape, sampaikan kadang-kadang tu jatuh saham org yg dikutuknya tu. Hey, if u r a man, be a REAL man, kenape nak buat something yang langsung x berciri kelakian mcm tu!? If your are a girl, kamu seharusnya malu dgn perbuatan mcmtu, tau tak!!!. Bile org jatuhkan kite, mesti kite marah, kan? Begitu jugak dgn orang lain. Everyone ade maruahnya sendiri..so, dont take it lightly. Dlm dunia blog ini, aku ade satu prinsip. Aku tak kan sebut name sesiapa pon! Unless die ade berbakti pade aku, so maybe aku harus mention sket la. Selain dari tu, tak dak!

Berkenaan dgn kepanjangan sesuatu post, memang aku akui post2 aku adekalanya terlalu panjang, sehinggekan ade yang tertidur sebelum sempat menemui noktah terakhir. But, ape aku kesah haha. Ini kan blog aku, suke hati aku le nak tulis panjang mane. Dan aku menulis dengan gembire. So, panjang mane pon aku x kesah, janji aku gembire. I do what i like, n i like what i do. Aku sayang dengan semue post yang aku buat. Aku mengarang setiap post itu dengan penuh perasaan. So, tak hairan la kalau aku katekan, setiap post aku tu mempunyai jiwanya masing-masing.
Ok, akhir kate, teruskan berbloging. Yer, memang la kite buat blog untuk orang lain bace dan sometimes kite happy bile ade orang kasi komen. Itu menunjukkan ade orang yang memberi perhatian pade ape yang kite ceritekan. Pun begitu, jangan la sedey kalo kotak komen kite tu kosong je or blog traffic kite tu tak bergerak-gerak. Even kalau anda mogok xnak tulis sebab xde orang bace, ianya tak kasi apape manfaat kat anda. Malah takde orang yang kesah pon. Aku percaye setiap orang ade cerite untuk dikongsikan. Mungkin cerite kite tu membosankan di mata sesetengah org, tp mane tahu di pihak yang lain cerite tersebut memberi impak mendalam pada dirinya, kan? Mungkin cerite anda boleh mengubah diri seseorang utk jadi lebih baik, or memberi semangat kepade mereke yang kehilangan cahaya. Kite tak tahu, kan?

So, teruskan "menulis" dengan gembire~

827

Tuesday, August 18, 2009

Perasmian Blog Aku


(ini adalah teks ucapan)
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada SEMUA para pembace yang budiman, iaitu semue yang selalu membace di sini, yang kali pertame berade di sini, yang rajin membace dan membagi komen, yang suke tgk2 je tapi segan nak post komen dan jugak mereke yang rase2 mcm nak komen, tapi last2 tak jadi...

Setelah aku menghabiskan malam aku mempelajari dan mengkaji mcmane nak gune CSS, javascript, HTML dan segale2 yang berkaitan, kini aku tahu mcmane nak buat ini dan itu terhadap blog aku ni. Hasilnye adalah yg mcm korang boleh lihat skrg. Mungkin nampak simple pade mereke yg dah tau atau expert, tapi pade aku..ini adalah satu pencapaian yang mengharukan. Dari semase ke semase aku akan terus mengupdate blog ini, dan jikalau terdaye pulak, mungkin aku akan menaiktarafkan segale ape yg boleh dinaiktarafkan. Oleh itu, aku nak mintak le kalau2 korang ade cadangan atau komplen, segale2nye dialu2kan, sile keudarakan suara anda menerusi kotak2 komen atau chatbox kt tepi nun supaye dpt aku menimbang apape yang patut.

Bukan ape, sebagai blogger yang bertanggungjawab, aku rase adalah wajib utk aku berusehe memuaskan hati masyarakat ini dgn ape sahaje yg aku termampu. Jike ade antare korang nak aku citer pasal sesebuah tajuk, insyaAllah aku akan usehekan. Jike ade pulak yang nak aku tambah atau buang widget2 kt tepi tu ke, tukar template ke, yer, mungkin akan aku pertimbangkan. Kalau la pulak ade nak komplen pasal tulisan aku kecik sgt ke, bahase aku terlalu kasar ke atau gaye penulisan aku ala2 Faisal Tehrani, yg tu lantak korang la, malas aku nak layan. Aku dgn sukecitenye hanye akan mempertimbangkan cadangan2 korang yang aku rasekan masuk akal sahaje.

Sebenarnye kalau ikotkan hati aku nak tulis dan bace sensorang je, tp entah mcmane boleh terbocor pulak blog aku ni ke pengetahuan umum. Takpe la, aku pon banyak mende nak citer, kalo citer kt ayam itik aku dorang nganguk je tapi tak paham, so aku rase better aku citer kt korang sebab korang sume akan paham even korang tak menganguk.

Sidang hadirin yang dihormati,
Setelah berfikir panjang selame lebih kurang 2 ke 3 jam, akhirnye aku membuat keputusan utk melakukan upacara perasmian blog aku ni. Mane boleh tibe2 je muncul, kan? Kalau kite nak makan, pertame sekali mesti carik bahan mentah, pastu potong ke, cincang ke. Then masak dan seterusnye hidang di atas pinggan. Lepas tu baru boleh makan. Tak logik la kalau kite kate nak makan, pastu tibe2 je ade berger dlm mulut, tinggal nak kunyah je. Thats impossible. Same la jugak dgn blog ni, mane boleh tibe terpacul je dan terus beroperasi, kan?

Make pade pagi yang indah ini, jam 4.18pg, hari Selase, 18 Ogos 2009, dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, aku dengan banggenye merasmikan blog aku ini (setelah beberape puluh post aku postkan) clap, clap, clap







p.s: hahaha, memang da takde keje agaknye~
466

Sunday, August 9, 2009

Silent Readers

Silent reader adalah antara istilah yang digunakan oleh para blogger yang membawa arti, seseorang yg melawat atau membaca sahaja blog2 tertentu tanpa membuat sebarang tindakan susulan seperti mengomen atau memollow blog tersebut (betulkan saye jike saye silap). Kebiasaannya silent readers ni bukanlah kenalan si penulis blog tetapi sekadar pelawat yang tidak ubah seperti musafir lalu, datang tidak dijemput, pergi tidak dihalau. Umpama angin menyusuk ke jendela, tiada di mata namun tetap terasa, datangnya membawa seribu erti, perginya tidak ditangisi melainkan angin tu angin taufan.

Kadang2 aku pon termasuk dalam golongan ni. Kerane kebosanan yang melampau, satu hari aku merajinkan diri aku melawat blog2 yg ade di dunie ni. Kebiasaannye blog yang menjadi pilihan mestilah blog yang menggunakan bahasa melayu atau omputih sebagai perantaraan memandangkan aku tak paham bahase german mahu pon kadazan. Blog dari seberang pon ade jugak aku bace, tapi enggak ngerti sih, apa apaan aja yang dingomongkan. Seronok jugak bile bace karya2 orang lain. Ade yang menceritekan tentang keadaan tandas di sekolahnye, mengkhabarkan tentang kematian burung kakak tuenye, dan tidak kurang juge yang menulis kononnye die bercinta, tunangnye dibawa lari, kekasihnye sentiasa mendesaknye membeli macam2 dan sebagainye. Inilah dunia. Mungkin apa yang mereke alami tidak pernah kita rasai namun ia tidak mustahil terjadi pada kita jugak. Jadi, bile kite bace cerite-cerite, pengalaman, masalah dan care mereke menyelesaikan masalah mereke, kite sedikit sebanyak kite dapat belajar dan mungkin boleh mempraktikkanye pade mase2 yang perlu.

Mengenai blog yang aku tulis pulak, terpulanglah pade aku untuk mencorakkanye. Kisah2 yang ditulis kebanyakannye lahir dari hati dan pemikiran aku. Mungkin membosankan pade sesetengah golongan, dan mungkin memberi impak mendalam pade mereke yang lain. Inilah dunie. Macam2 org ade. Namun aku x kesah akan semue itu kerane niat aku menulis adalah untuk menghiburkan hati nan duka lara serta mengisi mase lapang. Menulis memang sangat mengembirekan aku kerana aku bebas menzahirkan apa sahaja yang terbuku melalui tulisan. Bak kate orang, dari mata terus ke hati, dan ingin aku menambah, dari hati langsung ke jari jemari. Bukan niat nak geletik hati korang, menyentuh perasaan korang mahu pun memporak-perandakan rumah tangge org. Jike ade jugak terjadi, tu masalah korang yg tak tau bawak diri, jgn babitkan aku yer. Cume yang menjadi tande tanye adelah perihal kotak2 komenku sentiasa kosong walaupon feedjit trafic aku tak pernah boring mencatatkan status2 pengunjung. Bukanlah aku mengharapkan apape, tp keraguan tu tetap ade. Akhirnye, baru aku tau, ade masalah rupenye. Terime kasih, Akmar! hehe (saje promot name). Setelah melakukan apape yang patut, rasenye da ok kot. Kite tgk je la mcmane nanti yer.

Ape yang pasti, lepas ni sape2 yg geram x dpt nak attack aku, kini tak perlu lagi menumbuk meje, merenung itik korang dgn renungan membunuh atau menggigit telinge adek anda. Aku sedie menyerah page aku untuk diconteng atau dicoretkan apa sahaje yg korang suke atau bengang. Ala, aku pon bukan sempurne sgt nak tulis mende baik2 je, mesti ade kelemahan selagi seseorang tu bergelar manusia. Maybe point aku x kene dgn citerase korang, yg tu korang punye pasal, aku malas nak layan. Janji korang bahagie, tak baik kalo over2 sgt beremosi ni. Atau pon ade sape yang rase2 nak meluahkan perasaan cin...er..er..jugak boleh berbuat demikian, nanti aku kasi no phone aku, kite bincang private di hadapan kedua orang tuamu...

Blog is just a blog. Kalau fakta benar, idea menarik dan boleh korang terime...point taken. Tapi jangan pulak kite terpedaye dengan tulisan2 mereke yang bangang, yang maen suke2 je tulis ikot sedap hati (mungkinkah aku salah seorang darinya?). Blogger2 yang taksub dgn dunie politik ni ade je cerite2 mereke, sama ada nak menegakkan keadilan mahupun menggulingkan kerajaan. Mereke yang obses dgn dunie hiburan pulak tidak habis2 memaparkan isu2 penceraian artis, pergolakan rumah tangga bintang2 ternama, pergaduhan sesama celebriti. Jage la tepi kain sendiri, haa..tengok, kain sendri berlubang pon ade yang tak perasan, kan?

Jadi sekarang semuanya terletak pada diri kita untuk menilai. Ya, memang tidak dinafikan kepesatan pembangunan ICT negare ini amat mengejutkan. Murid tahun satu 2009 tidak same dengan murid tahun satu 1996. Mereke lebih cerdik bab2 komputer ni lebih2 lagi jike melibatkan game2. Pelajar bangku sekolah rendah ini juga adakalanya lebih agresif terhadap kemajuan ini, lebih tahu mcmane nak mengekstrak maklumat dari internet ini berbanding pakcik mereke sendiri. Maklum le, lahir2 je dah ade laptop depan mate, wifi di sane sini. Tak same mase zaman kite kanak2 dulu. Dulu mane ade playstation, xbox, internet, enset dan sebagainye. Cis, bertuah punye budak...

Buruh nelayan dan juga petani, gaya hidup kini dah berubah, anak-anak terasuh mindanya, lahir generasi bijak pandai~






750

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...