Saturday, August 28, 2010

Orang Melayu

Kenapa nak pertikaikan apa yang orang lain lakukan? Bagi aku setiap orang ada tujuan dan motif tersendiri bila melakukan sesuatu. Ianya subjektif. Aku kira tindakan aku tersebut tidak menyusahkan sesiapa baik aku mahupon orang lain.... Adakah dia sedang mempersendakan aku? Aku macam ade perasaan nak berdendam tapi x elok la..

Roda pesawat mulai mencecah landasan. Orang lain dah sampai laaaaaaame da, aku plak baru je tibe. Adoyai, inilah takdir seorang pelajar kurang lulus.

Sampai kat el cece te, takde sesiape sambut. "Lagi 10 menit..".. Sementare menunggu aku dengar orang sekeliling aku cakap melayu!!!! Huiyooo, jakun sungguh. Abang pakai kemeje itam cakap melayu, akak tolak troli cakap melayu, makcik berkaca mata cakap melayu...sume cakap melayu. Dan yang lebih menarik, orang cina di sini bercakap bahase yang aku tidak paham. chong-cheng-chong-cheng~ Lamenye tak jumpe mende-mende macam ni.

Kene reset balik jam dalam kepale. Bukak pose bukan lagi kol 6 petang tapi kol 7 sengah! Kalau terminum air pada jam 6 petang mase awal-awal ni, harap-harap dimaafkan. Jetlag~

Murtabak, roti john, popia besau yang harge seinggit satu. Tu je la yang mampu dibelimakan oleh aku. Kadar tukaran wang sangat teruk. Ratus-ratus ribu lepas tuka dapat sekupang due je. Kabel monte plak tertinggal, dah la laptop aku xde bluetooth. Tak leh nak transfer file.

Seekor anak kucing ade dalam kotak di ruang tamu. Siap disusukan botol lg. Adoyai..

Tuesday, August 24, 2010

Sesuatu

(Awas! Post jiwa-jiwa..)

Aku selalu fikir bahwa masalah tidak akan terasa masalah jika aku tidur sahaja. Aku selalu fikir marah, panas, tensi akan hilang jika aku tidur sahaja.

    Dulu masa di kolej lama, bila 'sesuatu' terjadi, aku akan drive kereta selaju-lajunya dari seksyen 17 ke seksyen 18. Jalannya bukan highway tapi jalan negeri biasa sahaja tapi kat situ la aku pecut sampai 180-200 km/j. Aku tau masalah takkan selesai dengan memecut macam tu, sebaliknya mungkin akan timbul masalah lain seperti eksiden, saman dan lain-lain. Aku tau tak ada apa yang akan berubah kalau aku pecut macamtu tapi sekurang-kurangnya aku rasa puas. Sampai kat bilik, aku tidur sampai jam 12 malam, hanya bangun utk solat. Rasa kelakar sungguh, hanya kerana 'sesuatu' terjadi, aku buat kerja berbahaya..

    Aku tau macamana rasanye kalau 'sesuatu' tu terjadi, penah terjadi dan sejarah itu berulang lagi. Rasa macam nak pegang leher kelinci, lepas tu genggam kuat-kuat. Or rase nak duduk kat balkoni tingkat 5 sambil memegang laptop dan henset, lepas tu "opssss"~ (terjatuh pulak mereka berdua). Dan juga rasa nak balik semula ke 3,4 minggu sebelum 'sesuatu' itu terjadi lalu cuba membaiki keadaan. Namun semuanya tak mungkin terjadi. Aku tiada kelinci untuk dicekik, kalau ada pun..aku masih waras, cuma sedikit panas. Aku tak mungkin 'sengaja tercampakkan' laptop pemberian orang tua mahu pun mr. monte-l kesukaan aku. Perasaan ada tapi pelaksanaan jauh sekali. Dan aku juga tidak mungkin boleh travel back ke masa dulu.

    So, yang harus dan boleh aku buat sekiranya 'sesuatu' itu terjadi adalah mereka ayat-ayat yang bermula dengan "atleast" or "sekurang-kurangnya".
Atleast kali ni aku masih ada peluang untuk membaiki keadaan..
Atleast aku still boleh belajar tanpa kegusaran..
Atleast cuma 2,3 ...bukannya semua..
-ayat penyedap hati orang-orang yang kecewa...

"ship, dem, babun" (sape la yang ajau aku words ni sume)
Aku mencarut ke? Yer la kot. Walaupun perkataannya tak sama dengan perkataan asal, namun kalau niat di hati terasa nak mencarut, sebut word ketuhar pon boleh dikira sebagai mencarut tp orang lain tak terasa geram la, maybe dorang just gelakkan je. Pandai betul dorang alter word tu supaye yang buruk tidak kelihatan buruk sangat.


Haish!
Perasaan seperti mahu memecut 180kmj dari seksyen 17 ke seksyen 18 itu datang lagi..
Mujur tiada kereta untuk aku pandu..
Kalau ada, jangan jadi penumpang aku lagi..





Harus lebih rajin..
Kene stop merepek (ikrar yang sama, sudah 17 kali, but still tidak terjadi)
Apa je la yang aku ketikkan pagi-pagi buta ni.
Ikut suka aku la nak tulis apa..

Sunday, August 22, 2010

Sangap

Aku tak puas hati lagi!
Bila baca paper, tgk berita, mesti ada je pasal buang-buang bayi. Hari tu kerajaan dah kasi amaran keras, nak hukum gantung mana-mana kapel tak kawen yang buang bayi ni. Reti buat aja. Saje je aku gune word "kapel", sebab kalo sorang je x jadi kes. Yang jadi kesnye bile bla bla bla..aku malas nak taip, bosan. Lalala~

    Yang tadi plak aku baca pasal kerajaan nak buat tabung asam deoksiribolukleik (DNA) untuk tiap-tiap bayi yang dibuang tu. Tak tau la praktikal ke tak.. amek masa, costly dll. Tapi kalo dengan cara tu boleh kesan mamat ngan minah sengal tu, elok la dibuat. Kasi tangkap mereka, gantung terbalik kt atas pokok kelapa, letak kerengga dalam baju dorang. Padan muka..

    Taun lepas 79 kes buang baby. Taun ni 75, tu pon belum abes taun, baru bulan lapan. Agaknya kalo masuk bulan doblas nanti ntah dah berapa banyak la agaknya baby kena campak dlm tong, bungkus dalam plastik itam, lempar dalam sungai, lontar dari tingkat lapan kondo.. adoyai. Jangan la kejam sangat. Kalau yahudi tu lain citer la..

"Chelsea terus cemerlang"
Apsal aku letak tajuk ni???

    Seorang pembuat biskut di Turki berjaya menghasilkan biskut yang boleh menahan seseorang dari merasa terlalu lapar ketika berpuasa. Pulak dah... Puasa tu tujuannya nak kasi kite berkongsi perasaan dengan orang yang lapar atas sebab-sebab kekurangan dsb. Kalo dah buat biskot tahan lapar, tak rasa macam tujuan puasa tu mcm lari sket ke?? (suka hati je aku buat spekulasi huhu). Nanti kasi biskot tu kat orang yang kurang mampu tu ek. Boleh la dorang berkongsi mcmana perasaan org yang tak lapar pulak~

    Enam masjid dikesan mendoakan "name pemimpin cina" dalam khutbah instead of doakan sultan. Apakah??? Baik doakan aku je. Or doakan sungai itam tu jadi sungai putih, tenteram la sket aku nak gi skola nanti..

    Pengemis asing di bazaar ramadhan kaut RM300 sehari. Kalau sebulan, dah jadi RM9000. Wow! "Rajen" sungguh mereka bekerja. Tapi memang macamtu la biasenya. Perantau or orang luar ni besenye kerje sangat rajen. Maybe sebab jauh dari famili, so dorang punye motivasi tinggi la. Tapi aku pelik la dengar pasal orang rajen mengemis!!! Adoyai...

    Ariel, Luna masih enggan mengaku terbabit rakam video. Haha.. Then Luna mahu bukukan kesah hidup plak. Ntah citer apa la yg dia nak bukukan tu. Maybe die nak buat mcm citer twilight kot. Ade novel, lepas tu ade "movie". Mesti best kan, mungkin ade dalam tu ade citer pasal Ariel yang menjadi serigala jadi-jadian.

    Penjenayah manfaatkan waktu berbuke untuk merompak. Kalau yer pon nak rampok, buke la puase dulu. Tak elok lambat-lambatkan berbuke puase.




Apsal aku ulas berite-berite ni??? Memang dah takde keje sungguh la kot..

Saturday, August 21, 2010

Tak Reti Nak Letak Tajuk Apa..

Betul ke nak kasi pengajaran? Atau sekadar nak melakukan penjualan akhbar dan majalah?

    Dulu aku suka baca majalah Mestikah. Banyak cerita-cerita menarik serta kupasan-kupasan yang bermanfaat dalam tu. Antaranya kisah pasal bigfoot, ufo, cerita sejarah, kupasan mengenai hasil-hasil hutan seperti tongkat ali dan kacip fatimah (macam la tak ade pokok lain..), kisah hidup nelayan dan masyarakat asli serta banyak lagi. Tapi entah bila, tiba-tiba cerita-cerita yang dimuatkan dalam tu menjadi semakin pelik dan semakin panas...

    Asal beli je, mesti ade laporan tentang lorong-lorong gelap, kisah haruan makan anak, anak makan haruan, ayah sedara haruan makan anak buah haruan, atok haruan raba-raba haruan punye anak, haruan pergi disko balik tengah-tengah malam, muntah dalam teksi dsb...kesian haruan, tak pasal-pasal dapat name..

    Lepas tu pula ada kisah bomoh baca mantera, orang takut dengan batang kayu yang kena bungkus oleh kain putih yang dijumpai di tanah perkuburan, kain putih terbang-terbang mengekori kereta di malam hari, wanita tahan kereta malam-malam kat jalan sunyi serta banyak lagi kisah-kisah mistik dan misteri..

***

Ok, tu mukadimah je. Saje nak lepas geram. Yang benarnye  nak citer pasal berite yang aku bace dari sebuah akhbar ni, ntah ape namenye... Mtero kot..

    Lelaki didakwa subahat nikah tanpa tauliah di Sungai Buloh. Citer pasal sorang pakcik ni, kawenkan anak dare orang padahal die bukan wali pompuan tu. Semuanya terjadi sebab pihak lelaki tu kate, dia tidak dapat restu mak ayah nak kawen, yang pompuan plak kate dia punye parent dah tak ade. Tu la, lain kali kalau nak kawen, make sure tunjukkan perangai molek-molek kat mak ayah. Kasi dorang percaye yang diri tu dah matang, dah boleh pikul tanggungjawab. Ni tak, hari-hari dok depan laptop main fabecook, preng moto sane sini, solat maghrib 4 rakaat, puasa ramadhan 2,3 hari je..tu pon sekerat hari...mcmane mak ayah nak kasi greenlight.. (pandai-pandai je aku~)

    Ada berita tentang M Moorthy. Pasal status agama yang tak jelas. Waktu dia mati, ditanam kat perkuburan Islam tapi famili dia datang tuntut. Katanya Moorthy masih Hindu.. Aku rase aku ingat kes ni sebab dulu mase kat kolej lame, ustat Redha penah suruh aku bentang pasal akta 121(1A). Pasal kuasa mahkamah bla bla bla...(leceh nak terangkan, pi google kat google tu)

    Then, berita pasal cerai. Ingat senang ke nak kawen? (actually takde yang susah, masyarakat kite je yang membuatkan ia kelihatan susah). Then, lepas kawen nak cerai-cerai pulak. Adoyai... Citer pasal pemain badminton yang menceraikan isterinya buat kali kedua. Apa mereng agaknya beliau ini. Or maybe dia benar-benar ada masalah? Entahlah aku..x baik buruk sangka. Nanti takde orang nak wakil negare main badminton. Majulah sukan untuk negara...

"Maut selepas makan rojak"
Mati-mati aku ingat mamat ni makan rojak beracun. Rupenye die mati eksiden motor selepas makan rojak. Cet, pandai tol dorang ni nak lakukan surat kabar...

"Wanita ganas dijel 3 tahun"
Aku dah mule eksaited nak bace berite penuh sebab tertarik kat word ganas tu. Entah ape la yang wanita tu buat sampai dilabel ganas. Dalam kepale aku dah terbayang kisah wanita yang mencucuk mata kekasihnya gune lidi sate, menggigit telinga kelinci yang baru dibeli dari Bandung, or memukul belakang kekasihnya kuat-kuat menggunakan kamus dewan sebab kekasihnye mengutuk karipap yang dibuatnya. Huih..ganas sungguh.. Tapi last-last aku kecewe sebab dia dilabel ganas semata-mata kerana dia mencuri kereta pegawai Majlis Agama Islam Melaka.... ganas la sangat~

    Selain tu ade la lagi citer-citer best or yg boleh tahan layan jugak yang aku bace. Batik berdarah, Sifat sabar asas bentuk hubungan bahagia, Pencuri motosikal larikan dua kereta, Disneyland kena saman, 2 tentera Israel mencuri (kejadahnye.! dorang sume pencuri, apsal 2 orang je yg masuk berite?), Ramai sangka Obama Islam, Wanita kemaruk Blackberry tuntut cerai dan banyak lagi. Banyak mende sebenarnye yang terjadi di sekeliling kite. Daripade asek tidor je atas sofa smpai tengahari, maybe lebih baik kite same-same buat mende berfaedah seperti membaca dan belajar buat kuih seperti karipap..


Malasnye nak bukak buku falsasah ni...
Aku rase lagu ni best. Try dgr

Thursday, August 19, 2010

Thank You..

Atas sebab-sebab tertentu..aku sangat gembira hari ini. Dan dalam mase yang sama, aku rase sedikit sedih.

Terima kasih tanganku..
Terima kasih kakiku..
Terima kasih perutku..
Terima kasih kepada setiap bagian tubuhku yang setia menemani aku dari dulu hingga kini.

Aku sedar aku bukanlah penjaga kalian yang baik. Kerap sahaja aku mencalari, menggunakan dengan cuai, mengasari kalian. Aku minta maaf atas semua kesilapan dan kealpaan tersebut. Jangan risau..selepas ini, aku berjanji akan berusaha menjaga kalian sebaik mungkin.

Terima kasih kerana sudi berkhidmat untuk aku hingga ke hari ini..

Namun yang paling utama adalah..
Alhamdulillah..
Terima kasih, ya Allah..










Sudikah kalian menemani aku hingga ke akhirnya?


Selamat Hari Lahir kepada kalian..
Kalaulah mereke mampu berkata-kata.. 

Saturday, August 14, 2010

Peningkah?

Sesungguhnya...
Aku sangat tak suke shopping...

Hari tu konon-konon je nak gi beli-belah. Plannya adalah pergi, beli dan blah secepat mungkin. Simple je, kan? Aku ingat lepas dah setahun, dah ok la kefobiaan aku terhadap kedai baju ni. Rupenye same je macam dulu. Aku rase aku ade penyakit peningjikemasukkedaibaju la.. Aku tak paham kenape orang buat baju banyak-banyak. Tak rimas ke dikelilingi bende yang same je? Pekedai tu plak, hari-hari duduk dalam timbunan baju, tak lemas ke???

Akhirnya aku dimarahi oleh orang-orang yang menemani aku.. "asek merungut jer!!!"

Aku x suke pegi kedai baju....

*****

Sesungguhnye...
Aku tak belom reti pegi pasar...

Hari-hari niat nak belajau masak gulai la, masak merah la, kari la, kurma la dll. Tapi niat hanye tinggal niat sebab aku takut nak masuk pasau.. Aku takut tgk sayur banyak-banyak kene susun tingkat-tingkat tu. Aku takut tengok ayam tergolek-golek atas meje. Takut tengok bawang dan halia. Dan yang paling aku takut adalah... orang yang jual ayam, sayor same bawang-bawang tu. Bukan takut ape pon..takut nak sebut ape yg aku nak beli je (macam takut nak suro angkot berhenti). Adoih la saye... Harus lebih berani!!!

Akhirnya aku diketawakan oleh orang-orang yang menemani aku.. "haha"

Aku takut pegi pasar....

Wednesday, August 11, 2010

Tajuk Post Ini Adalah Selamat Berpuasa Kepada Semua Yang Boleh Berpuasa. Yang Tak Boleh, Jangan Lupa Ganti Bila Dah Boleh Puasa.


Aku pon nak tulis pasal puasaaaa!!!!

Puasa adalah menahan diri dari makan minum serte melakukan kerje lain yang boleh mengurangkan pahale puase seperti mengendap orang mandi, mandi bersame orang yang dimengendapkan tu, menonton hikayat biru di laman maya, menyorok belakang dapor restoran cina dsb.

Mase kecik-kecik dulu, aku penah kene tipu bulat-bulat dengan abang aku. Die kate, "kentut boleh batalkan puase". So, satu hari aku tahan kentut. Lepas tu kene gelak.

Kalau mak kejut, memang liat nak bangun. Tujuh kali kejut pon, masih menonggeng2 kat katil. Kalau ayah kejut.. mate merah-merah je mase makan sahur..

Orang sahur kite sahur. Orang puase kite korek idung. Mase buke, kite paling awal makan, 5 menit sebelum azan. Alasannya...tak elok melambat-lambatkan berbuka.

Sekarang aku dah besar. Dah boleh bangun sahur sendiri. Actually bkn bgn sahur, tp tak tidor malam sampai waktu sahor. Tak ape, yang penting aku puase.

Sepanjang bulan ni aku xnak pening-pening mase duduk depan laptop (kite rest dulu yer, nanti sambung balik lepas beberape taun). Aku nak buat keje bermanfaat. Mengasah bakat melukis, menghafal atlas anatomi dan merancang kewangan dengan baik. Aku jugak nak memburu semua nyamuk dan lipas yang bermaharaja lela di bilik member aku kt tingkat atas. Kalau rajen, aku nak membanteras kegiatan tikus-tikus di seluruh kota pada malam hari.

Shopping bukan specialty aku. Harus ade orang teman kalo nak gi shoping, untuk mengelakkan aku pengsan, pitam mahupon hilang dalam ramai. Sape rase mampu bertahan dgn amukan puaka aku, anda sangat dialu-alukan untuk teman aku shopping. Mane tau aku belanje aiskrim. Ape? Puasa? Kalau mcmtu...xleh buat ape la~

Tuesday, August 10, 2010

Te Teng Te2 Teng te2 Teng te3 Te Teng~ (Lagu Tema Buletin Utama)


   Malam tadi aku tengok Buletin Utama. Kerajaan nak letak syarat pada penjual rokok. Sapa-sapa nak jual rokok even sebatang, harus ade lesen. Aku pon tak paham ape tujuannye. Kalau dah niat kasi mati cepat org tu, ade lesen ke, xde lesen ke...same je, kan? Ape bezenye. Oh yer, lesen tu boleh didapati secare percume dengan melengkapkan borang di http://lktn.gov.my. Mudah bukan? Tapi lepas 1 September, da x free daaa :-( Kene bayo 50 inggit kalo nak buat lesen. So, ape tunggu lagi. Cepat-cepatlah isi borang~

   Then kerajaan nak buat laporan terperinci kat enset Blackberry jugak. Dah ade negare haramkan enset ni antarenye UAE. Dengar citer enset ni bahaye. Boleh jadi bom kalo xreti gune. Malaysia pon nak haramkan jugak sebab takut enset ni jadi transformers puak decepticon. Buat la apape yang patut. Nak ban ke, nak haram ke, nak boikot ke..aku kurang kesah. Jangan monte aku diapa-apakan sudah le..

   Tiada pengampunan buat pendatang tanpa izin sempena hari raya. Amboi3...banyak cantik. Ingat ko raye kat kampung ko ke??? Gi depan ayah, salam tangan. "Ayah, orang mintak maaf sebab kasi tercekik itik ayah kelmarin. Mintak maaf jugak sebab selalu fail exam, selalu je HERR. Lepastu, lepastu, lepastu... (sambil pura-pura nangis teresak-esak), bile rase-rasenye orang boleh kawen~?". Haaa, kalo kt umah boleh la buat macam ni. Ni tak, dtg sedap-sedap, keje kuat-kuat, pastu duit tu hantar balik indo negare asal. Tak bley la mcm tu mas.. Sorry yer, lupekan je soal pengampunan2 ni. Tak dapat nak nolong. Den bukan menteri perdana..

   Then...Washinton tak minat campur tangan kes liwat pakcik nuar. Malas nak komen. Dah berkurun aku dengar pasal lee-what ni. Tak settle-settle jugak.. Tak malu ke? Da la haram. Dengan kaum sejenis lak tu. Due kali haram. Publisiti tak kene tempat. Copot je buntut tu, settle kes.

   Lelaki lembut boleh lapor pada Kementerian Sumber Manusia jike dipecat tanpa sebab. Alahai, lembut ke, keras ke..orang tu nak keje, biau je la. Bukannye die melembut pade kaw. Ko tu pon, macam la keras sangat. Dah2, xmo diskriminasi2 ni yer. Tak elok. Boleh menjejaskan kesihatan.. Benci ai taw..

   "Sudahlah digugurkan, dicampak pula dari tingkat atas sebuah pangsapuri ke dalam tong sampah". Adoyai. Boleh aku mencarut? Tak mau la..aku xnak selevel dengan mereke tu. Dorang ni lagi teruk dari menatang. Menatang pon x campak anak. Menatang tak gugur anak. Tak letak anak dalam tong sampah. Aku rase dorang harus masuk kelas menatang dulu, belajar etika-etika kebinatangan, belajar erti kasih sayang dari menatang dulu, lepas tu baru masuk kelas manusia. Dah kronik sangat la dorang ni...

   "Kami bukan orang politik, kami hanya mahu berniaga". Haaa, cube tengok ape jadi bile tampuk kepimpinan diambil alih oleh bangsa asing. Kes ni jadi kat Penang. Tu la aku da kate, jangan kasi can org lain memerintah. Kalo kite sendiri yang tadbir, takde la kes-kes macamni. Orang tu dah labur modal 100k, 50k utk bukak bazzar ramadhan, last2 xleh meniage. Kesian la. (Cey, pandai2 je aku buat spekulasi~)

Dah, dah..
Aku ta maw jadi pengulas berite lagi!






Lapau la plak..

Sunday, August 8, 2010

Asyik Terbakau Jer!

Asal pegi mart itu, mesti aku marah. Bukak je pintu mart dan nampak pekerje tersebut, rase nak mengamok terus bertandang di jiwa. Berapa kali harus aku marah-marah pada mende yang same. Banyak lagi perasaan lain yg aku nak rase. Nak jugak rase jiwang ke, sentimental ke, cintan2 ke, dll. Ni tak, asek-asek rase nak marah. Bosan la!


Dia sering buat aku panas dan Terbakar. Dah berpuluh kali aku pegi mart tu, still rasa panas jugak. Lagi-lagi kalau die jaga kaunter. Hey, saya customer tau!!! Saya sentiasa betul! Jika kamu betul dan saya salah, saya tetap betul. Dan jika saya betul dan kamu salah...sudah pastilah kamu lebih-lebih lagi salahnya!!!

Memang la dalam mart tu bukan aku sorang customernye. Ramai lagi. Tapi dalam kes ni, aku harus diberi keutamaan sebab aku dah sampai kaunter dan nak bayar. Dalam mart tu ade banyak je pekerje lain nak tolong carikan barang utk customer lain. So, kenape biarkan aku mematungkan diri utk jangka waktu yang lama di situ!!??? Aku bukannye ade semua waktu di dunia. Aku nak kene balik cepat, nak bace buku. Tak boleh la nak berlama-lamaan kat situ (tulis blog boleh plak). Kalau ade spider singgah kt kaki, maybe die sempat siapkan sarang kat celah jari tu..

Rasa comel sangatkah? Anda rasa semua orang tergoda dengan andakah? Tidak sampai hati nak marah-marah andakah? Allah dah beri wajah yang elok, kenapa tidak diusahakan mempunyai perangai dan displin yang elok sekali? Saya ada foto anda tau! (haritu sempat snap gune monte sebab dah marah sgt). Anda mahu kena jampikah??? Kasi jampi tangan ngan kaki tu biar takleh pegi mane2, dok je kat kaunter!


"Aku cekik kawww!!!" 




Adoih..penatnye marah-marah. Bukannye die bace pong. Sape-sape yang pegi mart tersebut, nampak pekerje pakai baju putih, sile check nametag die. Aku nak tau name die. Nanti nak add die kat facebook. Lepas tu nak delete name die dari page aku sebagai tande protes dan tidak puas hati. Marah sungguh ni!

Friday, August 6, 2010

Tak Habis Lagi Rupenye. Ingatkan Dah Boleh Tidur Nyenyak..

Anda tidak gagal..
Cuma belum berjaya..
Kegagalan adalah kejayaan tertunda...
(ayat nak sedapkan hati sendiri)

"Kau belajar betol-setol sip. Malu je dengan. ..." ayat emakku masih terngiang-ngiang di telinge.

"Baik mak!" jawabku patuh..

Aku akan pulang dengan segulung ijazah. Dan bersama-sama dengan .....
Alahai. Menggunungnye harapan dan cita-cita.

Itu janji aku.
Harap-harap sempat.
















Saya agak sedih..
Dan pening juga..
Biarkan saya tulis apa yang saya mahu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...