Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Ngesot

Aku terjumpa satu berita, video ni. Dah lama dah jadi, sabtu haritu. Pasal seorang remaja perempuan yang ditendang pengawal keselamatan di muka.. Dahsyat, bukan?

Pada aku, pak satpam (security guard aka satria pengaman) itu tak bersalah. Dia telah melakukan tindakan yang tepat.

Kalau malas nak baca/tengok video tu.. aku cerita je la...

     Seorang perempuan nak prank kawan-kawan dia yang tengah naik lift. Jadi, dia bersiap-siap dengan berpakaian putih dan mengengsot (merangkak) die depan pintu lift, meniru gaya seperti 'suster ngesot' (crawling nurse ghost). Kawan-kawan dia ada dalam lift bersama satpam ni. Bila sampai di lantai (tingkat) sekian, masing-masing dah bersiap nak keluar, dah berdiri depan pintu.

     Arakian, tatkala pintu lift terbuka, kagetlah (terkejut) semua yang ada di dalam lift sehingga mendapat reflex terdorong ke belakang kerana takut melihat hantu di muka pintu lift. Pak satpam juga turut terkejut cumanya.. reflexnya berbeda. Dia keluar dari lift lantas menendang muka hantu tersebut!

     Apabila melihat hantu tersebut mengerang, pak satpam segera mendekati hantu tersebut untuk meneruskan reflexnya demi memastikan hantu tersebut benar-benar mati (ok, tipu. aku tambah sendiri). Kawan-kawan hantu tersebut, apabila menyedari hantu itu adalah kawan mereka, segera menahan pak satpam dari terus meng-exorcize hantu tersebut.

     Hantu tersebut telah mendapat cedera pada pipi serta patah dahi. Bapa hantu tersebut yang merupakan orang kaya, telah membuat laporan polis ke atas pak satpam tersebut.

Bagaimana pun, sokongan masyarakat berpihak kepada pak satpam tersebut. Fabecook. Interview dengan suster ngesot.

"“Silly unstable teenager, lucky for you you didn’t die of the security officer’s kick and become a real crawling nurse in the apartment ... Why don’t you just accept the result of your own doing? It was a reflex; the security officer couldn’t have kicked you intentionally,” - komen seorang fabecooker.. tapi pada aku.. tak perlu la nak judge orang lain (nice saying, pengomen!!! haha)

Ps: Tindakan yang tepat. Tiada apa yang harus ditakutkan. Hantu juga bisa patah gigi..

Wednesday, September 14, 2011

Hanya Dinaungi


1. Sejarah boleh dipelajari dan ditafsir bagaimana cara pun. Tapi kebenaran yang didapatkan dari sejarah tu tak boleh direka-reka atau diputar belit untuk kepentingan sesuatu pihak.

Dalam kisah Mat Indera sepertimana yang diceritakan mat Sabu, mat Indera bukanlah komunis tetapi hanya tokoh agama yang pergi ke rumah pasung (balai polis) Bukit Kepong untuk membebaskannya dari penjajahan. Pada waktu itu, ada satu pihak lain (komunis) yang menyerang untuk kepentingan mereka. Jadi mat Indera di sana hanya menyelamatkan mata-mata british (kebanyakannya orang melayu) dari dibunuh komunis.

Tetapi fakta ini diputar belitkan seolah-olah mat Indera adalah komunis yang membunuh orang-orang melayu.

2. Dakwaan Prof Dr Zainal Kling mengatakan negara kita tidak pernah dijajah adalah amat mengelirukan terutama pelajar-pelajar sekolah kerana jika itu adalah hujah kerajaan untuk menafikan dakwaan mat sabu, maka seolah-olah mereka ingin mendedahkan penipuan mereka terhadap rakyat selama 54 tahun.

Selama 54 tahun kita melaungkan "merdeka" dan menyanyikan lagu sudirman "merdeka, merdeka tetaplah merdeka", walhal sebenarnya kita tidak pernah dijajah? Jika kita merdeka, merdeka daripada apa?

Di dalam buku teks sekolah-sekolah cukup jelas tertulis zaman penjajahan ini dan itu, negara kita dijajah pihak ini dan itu selama sekian-sekian tempoh. Jadi adakah ini bermaksud, buku teks itu tersalah cetak?

3. Pernyataan Prof Dr Zainal Kling sama sekali tidak boleh dicerna, dia hanya berbicara ibarat orang-orang berborak di kedai kopi sahaja. Sebagai tokoh ilmuan yang bergelar profesor, segala bentuk pernyataan haruslah perlu disertakan dengan kajian-kajian ilmiah dan bukti-bukti yang ditulis dalam bentuk tesis, bukan hanya mengumumkannya di sidang media.

Ini semua hanya pendapat peribadi dari seorang rakyat yang keliru. Untuk perbahasan lebih lanjut, kita serahkan kepada tokoh-tokoh politik untuk menyelesaikan.

Jika Prof Dr Zainal Kling menarik semula pernyataannya, bererti dia telah memalukan dirinya. Masyarakat akan mentertawakannya sebagai seorang yang profesor yang tidak tahu apa-apa. Dan pihak kerajaan sendiri harus berdepan dengan tomahan-tomahan serta kehilangan kepercayaan dari pihak rakyat.

Dan sekiranya Prof Dr Zainal Kling berteguh dengan hujah negara kita tidak pernah dijajah, bererti kerajaan sudah pun mengakui bahawa mereka telah menipu rakyat sejak sekian lama. Kerajaan boleh disaman kerana mengajarkan guru-guru mereka ilmu-ilmu palsu dan seterusnya menyampaikan ajaran tersebut kepada berjuta-juta anak murid yang lain.

Jadi, bagaimana? Apakah tindakan kerajaan?

Sunday, January 16, 2011

Bahasa

Waktu aku tengah mandi tadi aku terfikir mengenai sesuatu iaitu perkataan-perkataan bahasa inggeris yang sering digunakan ketika sedang emosi. Seperti yang kita tahu, ramai orang kita yang masih segan menggunakan bahasa inggeris dalam perbualan harian tetapi apabila mereka sudah terlalu suka, cinta, marah atau sedih, secara otomatis perkataan bahasa inggeris akan keluar dari mulut mereka.

Misalnya, I love You atau I miss You (muah2! - kdg2 ditambahkan untuk penyedap ayat). Ya, memang sering digunakan. Ramai yang guna ketika sedang bercinta cintun, di bawah pokok bunga, di gagang-gagang telefon, di tepi-tepi tangga. Tak mengapa mereka sudah bernikah (bersangka baik). Persoalannya, kenapa tidak menggunakan bahasa melayu? Aku cinta kau. Aku rindu kau. Kau pun tahu aku sangat-sangat mencintai kau (you know how much i lap u). Klasik bukan?

Seterusnya ketika sedang marah. "Go to hell!". Sekali lagi bahasa inggeris. Kenapa tidak gunakan bahasa melayu? "Pergi neraka la!!!". Semua tahu neraka itu perkara ghaib, tiada siapa tahu bagaimana keadaannya. Jadi kenapa nak suruh pergi neraka? Bukankah lebih logik kalau suruh dia melakukan perkara yang sememangnya dia tahu bagaimana sakitnya seperti "pergilah jatuh basikal!" atau "pergilah kene langgar kereta!"

Ada jugak mereka yang terlalu bengang lalu mengucapkan "fu** you". Sikit-sikit F you, ini F you, itu F you. Perkara ini membuatkan aku tertanya-tanya, kenapa mesti bahasa inggeris. Kenapa tidak guna bahasa melayu. "Bersetubuh kau!". Atau pun "pergi bersetubuh sendirian" (go fu** yourself). Aku belajar dari movie. I hate movie..

Walaubagaimana pun, ternyata masih ada yang mengekalkan jati diri dalam berbicara. Ketika marah pun mereka masih menggunakan bahasa melayu misalnya, "babi!", "bi.. na.. tang!!!" dan sebagainya. Kerana.. mungkin perkataan ini tak enak disebutkan dalam BI. "Pig!", "Animal!!!"

Tapi pada pendapat aku, kalau marah macamane sekalipon, tau perlu la nak keluar-keluar perkatan macam tu, tak settle pon masalah. 



Ok. Sekarang baru nak pakai baju..

Tuesday, December 28, 2010

Match Pukul 9

Kalau kau bawa 130 semata-mata untuk potong aku yang bawa 110 dan bila dah ada depan aku kau bawa 80, aku rasa lebih baik kau ikut je belakang aku dari awal. Or adakah kau ada isu dengan aku, tak suka kalau aku drive depan kau? Bila aku potong balik aku tengok kau tengah msg sambil senyum sorang-sorang. Terasa macam nak ambil gambar tapi tak kesampaian sebab kereta belakang main cucuk-cucuk angin sambil main lampu lip-lap..

Adakah kerana kau ada Merc atau BMW jadi sebab tu kau kena bawa 180 kat highway? Even kalau aku ada kecemasan, lapar tahap dewa yang kalau tak makan dalam masa 5 minit perut aku akan mengecut serta mengeluarkan bunyi auumm, paling laju aku bawa pon cuma 140. Itu pun hanya cuma 3,4 saat sebab mengenangkan masa depan serta nasihat orang tua yang berbunyi "bawak paling laju pun 110 je! kalau lebih, mak tak kasi makan! (yg belakang tu aku tambah sendiri)"

Match pukul 9 malam, habis dekat-dekat nak pukul 11 tapi kau duduk je dalam kereta sebab jalan nak ke stadium macet bagai. Eksaited memang la eksaited, kononnya nak menyokong secara langsung dari kerusi stadium tapi kalau pukul 7 baru nak keluar rumah lepas tu terperangkap dalam kemacetan luar biasa.. apa kejadahnya semua ini? Aku yang tak pergi stadium siap boleh hantar adek aku pegi tuisyen lepas tu pegi umah atok aku utk tengok Safee sama Ashari sumbat bola dalam gawang. Lepas tu sambung tengok ulasan pengacara sukan dekat kedai burger tepi jalan yang kebetulan ada tv.

Laser dengan bunga api? Kalau yer pon geram, kau duduk diam-diam tengok sudah la. Ini pon kire bertuah sebab dorang dapat lawan kat padang. Dorang-dorang je lawan, kau cuma jadi penonton. Tapi kalau kau main suluh-suluh, tak pasal-pasal kita semua kena turun padang bawak senapang, lawan sama-sama. Kalau kau penah join PLKN, xpe la, kau tau macamana nak tembak dgn M16. Tapi kalau setakat Pandu Puteri or Pengakap je, kau nak lawan macamana? Nak ikat dorang guna simpul manok dengan simpul bunga keti?

Aku rasa masa lawan kat Indo nanti, Farizal (keeper) tak perlu pakai jersi kot. Sebab kemungkinan besar 100 ribu orang indo akan main suluh-suluh laser kat dia sehingga kelihatan seolah-olah dia dah pakai jersi merah..

Tuesday, September 21, 2010

Kadang-Kadang Aku Rasa Hairan

    
    Alhamdulillah, aku dah selamat tiba di negara kontroversi ni. Sikit-sikit nak gaduh. Jentik sikit tak boleh, cubit sikit emo. Bakar kain, baling jamban. Itu nak claim, ini nak claim. Agaknya tahun 2020 nanti, tembok besar cine pon dorang nak claim dorang punye..

    Suasana di sini masih sama seperti tiga minggu lalu sewaktu aku meninggalkannya. Sungainya masih lagi hitam. Lapangan terbang berhawa dinginnya sentiasa berbau asap rokok. Masyarakatnya masih meludah merata-rata. Jalan untuk aku ke kelas sentiasa basah, penuh dengan lecak-lecak yang berpunca dari jejeran air lori sampah.

    Tidak mengapa. Aku di sini hanya sebagai perantau. Sampai masanya, aku akan pulang. Dan takkan kembali lagi..

***

    Masa aku jemaah tadi, aku perasaan budak kecik sebelah aku tengah tahan kentut. Sebab dia gelisah semacam je. Lepas tu ada gigil-gigil macam tengah berusaha menutup pusat pengeluaran anginnya. Aku tau sebab mase kecik-kecik dulu aku pon selalu macamtu. 

    So, pengajarannya adalah, jangan tahan kentut masa solat sebab nanti orang kat sebelah kau solat tak khusyuk sebab dia terfikir yang kau sedang tahan kentut.

***

Kadang-kadang aku hairan bila ada orang kata macam ini,
"Yeay, esok takde kelas, malam ni boleh tido lambat"
Apa maksudnya? Bukankah sama sahaja ada kelas atau tidak? Kita still wajib bangun pagi untuk solat subuh. Adakah mereka yang kata macam tu semuanye merancang untuk tidur lambat, then bangun lambat dan pastu tinggalkan solat subuh?

Aku jugak pelik bila orang kata macam ni,
"Tudung? Nanti la, bila sampai masanya saya akan pakai"
Masanya dah lama sampai. Kalau dihitung-hitung, anda sebenarnya dah terlewat 1431 tahun (dan lebih) untuk bertudung. Patutnya anda dah bertudung 1400 tahun yang lalu. Sejak perintahnya diturunkan. Kalau tak percaya, rujuk [24:31] dan [33:59]. Takkan la aku nak tipu pulak..

    Kenapa suka tunggu saat-saat akhir. Bila senang, time ada banyak waktu free, kita sia-siakan. Main game, tengok movie, shopping sana sini dsb. Then bila dah sampai detik terakhir, baru la nak all out. Sampai ada yang tak tidur malam. Alasannya.. "awal-awal ni mood tu tak ada lagi. Lagipun masa banyak lagi..". Kalau macamtu tak ape la.

Tapi kenapa bila dah hujung-hujung nanti dia kata "menyesalnye aku tak buat awal-awal dulu.."




PS: Haaa, kan dah kene marah. Hik hik hik~

Monday, September 13, 2010

Kisah Sabun Pelakon Hindustan

(Awas, post panjang yang merepek! Risiko jika pembacaan dilakukan: kebosanan dan mengantuk)

    Kadang-kala aku rasa hairan dengan iklan shampoo, sabun, pencuci muka, bedak dsb. Dalam iklan-iklan tersebut, penerbit mengambil selebriti terkenal yang wajahnya sememangnya putih berseri, kacak, cantik, rambut lembut serta wajah yang bersih tanpa jerawat.

Apa pointnya???

    Mereka diambil untuk mempromosikan produk kecantikan kerana mereka memang sudah cantik? Kalau begitu buat apa kita beli produk-produk tersebut sebab produk itu hanya untuk mereka yang memang sedia kala cantik, ya dak?

    Bila Aisywarya diambil berlakon dalam iklan sabun misalnya, kemudian dalam iklan tu dia kata, "untuk menjadikan kulit lembut, gunalah Lax". Ok, apa yang aku cuba sampaikan adalah, siapa di sini yang pernah lihat Aisywarya berkulit kasar? Sebab iklan tu kata untuk jadikan kulit lembut. Maknanya sebelum jadi lembut, haruslah kasar dulu, kan? Kenapa tak ambil orang yang berkulit kasar lepas tu buktikan dalam iklan tu bahawa orang itu boleh berkulit halus dengan menggunakan produk itu? Atau.. adakah sabun itu memang untuk orang berkulit lembut seperti Aisywarya sahaja. So siapa yang kulit macam kulit nangka tak payah beli...

    Kemudian iklan shampoo pon macam tu jugak. Dah memang seleb tu rambut dia lurus dan cantik, maka kalau tak pakai shampoo tersebut pon still cantik la jugak, kan? Ni tak, pengarah iklan gunakan dia dalam iklan kononnya shampoo tu yang buat rambut dia lawa. Masyarakat pula terpengaruh dengan iklan tu sebab artis kegemaran mereka berlakon dalam iklan tu. Mereka beli dengan tujuan nak rambut cantik macam artis tu walaupon masing-masing tahu artis tu memang sedia kala berambut lawa. Untuk apa???

    Artis tu memang dah kacak lawa. Dan dia cuma ambil upah berlakon dalam iklan sebab kelebihan yang dia ada. Bukan sebab produk tu buat dia lawa lepas tu dia berlakon iklan. Aku rasa anda paham apa maksud aku (even aku sendiri rase macam terbelit-belit).

    Then ada pulak iklan di mana penerbitnya konon-konon cuba membuktikan bahawa shampoonya berkesan. Dipaparkan seorang wanita berbaring kemudian rambutnya ditarik lalu jari tersekat sebab rambut wanita tu kusut. Lepas guna shampoo, rambutnya tidak lagi tersekat bila ditarik. 

Apa yang aku faham di sini? 
Semasa menonton iklan sebegini, aku 100% yakin bahawa rambut lurus itu adalah rambut asal wanita tersebut. Kemudian penerbit mengusutkan rambut itu lalu membuat claim bahawa "ini adalah rambut sebelum guna shampoo". Lepas paparan mandi ditayangkan dan rambut jadi lurus, penerbit kata "rambut lurus setelah guna shampoo" padahal itu adalah rambut asal wanita tu, bukan rambut hasil shampoo. Faham tak ape aku kate?

    By the way, aku bukan marah or tak puas hati. Ikut suka siapa-siapa la nak guna apa-apa pun bila-bila masa di mana-mana jua. Aku just pelik je. Kenapa walaupun kita tahu tapi kita buat-buat tidak kisah dan terus membiarkan diri tertipu dalam penipuan itu?

    Aku rasa kalau penerbit iklan tu ambil orang huduh, berambut dawai dan berkulit biawak berlakon iklan, mungkin ambil masa yang lama kot untuk jadikan mereka lawa bagi membuktikan produk mereka benar-benar berkesan. Jadi, sebab tu ambil artis yang dah sedia ada lawa, kan? Mudah, cepat, asli..

Nasib la. Rezeki masing-masing..

    Aku bukan apa, aku dah guna macam-macam produk (bukan sebab terpengaruh dgn seleb yang mandi separuh bawgel gune shampoo sunsilk or sabun lux), tapi hasilnya tetap sama tidak berubah. Jadi aku tertanya-tanya la, adakah aku ditipu?

    Adakah aku boleh jadi kacak macam artis itu dengan menggunakan produk itu? Atau adakah aku harus jadi artis yang berwajah kacak, berkulit halus dan berambut panjang dulu sebelum guna produk tu? Yang mana satu dulu ni....?

Peliknya...


(573 patah perkataan tidak termasuk ayat ini)

Sunday, August 22, 2010

Sangap

Aku tak puas hati lagi!
Bila baca paper, tgk berita, mesti ada je pasal buang-buang bayi. Hari tu kerajaan dah kasi amaran keras, nak hukum gantung mana-mana kapel tak kawen yang buang bayi ni. Reti buat aja. Saje je aku gune word "kapel", sebab kalo sorang je x jadi kes. Yang jadi kesnye bile bla bla bla..aku malas nak taip, bosan. Lalala~

    Yang tadi plak aku baca pasal kerajaan nak buat tabung asam deoksiribolukleik (DNA) untuk tiap-tiap bayi yang dibuang tu. Tak tau la praktikal ke tak.. amek masa, costly dll. Tapi kalo dengan cara tu boleh kesan mamat ngan minah sengal tu, elok la dibuat. Kasi tangkap mereka, gantung terbalik kt atas pokok kelapa, letak kerengga dalam baju dorang. Padan muka..

    Taun lepas 79 kes buang baby. Taun ni 75, tu pon belum abes taun, baru bulan lapan. Agaknya kalo masuk bulan doblas nanti ntah dah berapa banyak la agaknya baby kena campak dlm tong, bungkus dalam plastik itam, lempar dalam sungai, lontar dari tingkat lapan kondo.. adoyai. Jangan la kejam sangat. Kalau yahudi tu lain citer la..

"Chelsea terus cemerlang"
Apsal aku letak tajuk ni???

    Seorang pembuat biskut di Turki berjaya menghasilkan biskut yang boleh menahan seseorang dari merasa terlalu lapar ketika berpuasa. Pulak dah... Puasa tu tujuannya nak kasi kite berkongsi perasaan dengan orang yang lapar atas sebab-sebab kekurangan dsb. Kalo dah buat biskot tahan lapar, tak rasa macam tujuan puasa tu mcm lari sket ke?? (suka hati je aku buat spekulasi huhu). Nanti kasi biskot tu kat orang yang kurang mampu tu ek. Boleh la dorang berkongsi mcmana perasaan org yang tak lapar pulak~

    Enam masjid dikesan mendoakan "name pemimpin cina" dalam khutbah instead of doakan sultan. Apakah??? Baik doakan aku je. Or doakan sungai itam tu jadi sungai putih, tenteram la sket aku nak gi skola nanti..

    Pengemis asing di bazaar ramadhan kaut RM300 sehari. Kalau sebulan, dah jadi RM9000. Wow! "Rajen" sungguh mereka bekerja. Tapi memang macamtu la biasenya. Perantau or orang luar ni besenye kerje sangat rajen. Maybe sebab jauh dari famili, so dorang punye motivasi tinggi la. Tapi aku pelik la dengar pasal orang rajen mengemis!!! Adoyai...

    Ariel, Luna masih enggan mengaku terbabit rakam video. Haha.. Then Luna mahu bukukan kesah hidup plak. Ntah citer apa la yg dia nak bukukan tu. Maybe die nak buat mcm citer twilight kot. Ade novel, lepas tu ade "movie". Mesti best kan, mungkin ade dalam tu ade citer pasal Ariel yang menjadi serigala jadi-jadian.

    Penjenayah manfaatkan waktu berbuke untuk merompak. Kalau yer pon nak rampok, buke la puase dulu. Tak elok lambat-lambatkan berbuke puase.




Apsal aku ulas berite-berite ni??? Memang dah takde keje sungguh la kot..

Saturday, August 21, 2010

Tak Reti Nak Letak Tajuk Apa..

Betul ke nak kasi pengajaran? Atau sekadar nak melakukan penjualan akhbar dan majalah?

    Dulu aku suka baca majalah Mestikah. Banyak cerita-cerita menarik serta kupasan-kupasan yang bermanfaat dalam tu. Antaranya kisah pasal bigfoot, ufo, cerita sejarah, kupasan mengenai hasil-hasil hutan seperti tongkat ali dan kacip fatimah (macam la tak ade pokok lain..), kisah hidup nelayan dan masyarakat asli serta banyak lagi. Tapi entah bila, tiba-tiba cerita-cerita yang dimuatkan dalam tu menjadi semakin pelik dan semakin panas...

    Asal beli je, mesti ade laporan tentang lorong-lorong gelap, kisah haruan makan anak, anak makan haruan, ayah sedara haruan makan anak buah haruan, atok haruan raba-raba haruan punye anak, haruan pergi disko balik tengah-tengah malam, muntah dalam teksi dsb...kesian haruan, tak pasal-pasal dapat name..

    Lepas tu pula ada kisah bomoh baca mantera, orang takut dengan batang kayu yang kena bungkus oleh kain putih yang dijumpai di tanah perkuburan, kain putih terbang-terbang mengekori kereta di malam hari, wanita tahan kereta malam-malam kat jalan sunyi serta banyak lagi kisah-kisah mistik dan misteri..

***

Ok, tu mukadimah je. Saje nak lepas geram. Yang benarnye  nak citer pasal berite yang aku bace dari sebuah akhbar ni, ntah ape namenye... Mtero kot..

    Lelaki didakwa subahat nikah tanpa tauliah di Sungai Buloh. Citer pasal sorang pakcik ni, kawenkan anak dare orang padahal die bukan wali pompuan tu. Semuanya terjadi sebab pihak lelaki tu kate, dia tidak dapat restu mak ayah nak kawen, yang pompuan plak kate dia punye parent dah tak ade. Tu la, lain kali kalau nak kawen, make sure tunjukkan perangai molek-molek kat mak ayah. Kasi dorang percaye yang diri tu dah matang, dah boleh pikul tanggungjawab. Ni tak, hari-hari dok depan laptop main fabecook, preng moto sane sini, solat maghrib 4 rakaat, puasa ramadhan 2,3 hari je..tu pon sekerat hari...mcmane mak ayah nak kasi greenlight.. (pandai-pandai je aku~)

    Ada berita tentang M Moorthy. Pasal status agama yang tak jelas. Waktu dia mati, ditanam kat perkuburan Islam tapi famili dia datang tuntut. Katanya Moorthy masih Hindu.. Aku rase aku ingat kes ni sebab dulu mase kat kolej lame, ustat Redha penah suruh aku bentang pasal akta 121(1A). Pasal kuasa mahkamah bla bla bla...(leceh nak terangkan, pi google kat google tu)

    Then, berita pasal cerai. Ingat senang ke nak kawen? (actually takde yang susah, masyarakat kite je yang membuatkan ia kelihatan susah). Then, lepas kawen nak cerai-cerai pulak. Adoyai... Citer pasal pemain badminton yang menceraikan isterinya buat kali kedua. Apa mereng agaknya beliau ini. Or maybe dia benar-benar ada masalah? Entahlah aku..x baik buruk sangka. Nanti takde orang nak wakil negare main badminton. Majulah sukan untuk negara...

"Maut selepas makan rojak"
Mati-mati aku ingat mamat ni makan rojak beracun. Rupenye die mati eksiden motor selepas makan rojak. Cet, pandai tol dorang ni nak lakukan surat kabar...

"Wanita ganas dijel 3 tahun"
Aku dah mule eksaited nak bace berite penuh sebab tertarik kat word ganas tu. Entah ape la yang wanita tu buat sampai dilabel ganas. Dalam kepale aku dah terbayang kisah wanita yang mencucuk mata kekasihnya gune lidi sate, menggigit telinga kelinci yang baru dibeli dari Bandung, or memukul belakang kekasihnya kuat-kuat menggunakan kamus dewan sebab kekasihnye mengutuk karipap yang dibuatnya. Huih..ganas sungguh.. Tapi last-last aku kecewe sebab dia dilabel ganas semata-mata kerana dia mencuri kereta pegawai Majlis Agama Islam Melaka.... ganas la sangat~

    Selain tu ade la lagi citer-citer best or yg boleh tahan layan jugak yang aku bace. Batik berdarah, Sifat sabar asas bentuk hubungan bahagia, Pencuri motosikal larikan dua kereta, Disneyland kena saman, 2 tentera Israel mencuri (kejadahnye.! dorang sume pencuri, apsal 2 orang je yg masuk berite?), Ramai sangka Obama Islam, Wanita kemaruk Blackberry tuntut cerai dan banyak lagi. Banyak mende sebenarnye yang terjadi di sekeliling kite. Daripade asek tidor je atas sofa smpai tengahari, maybe lebih baik kite same-same buat mende berfaedah seperti membaca dan belajar buat kuih seperti karipap..


Malasnye nak bukak buku falsasah ni...
Aku rase lagu ni best. Try dgr

Tuesday, August 10, 2010

Te Teng Te2 Teng te2 Teng te3 Te Teng~ (Lagu Tema Buletin Utama)


   Malam tadi aku tengok Buletin Utama. Kerajaan nak letak syarat pada penjual rokok. Sapa-sapa nak jual rokok even sebatang, harus ade lesen. Aku pon tak paham ape tujuannye. Kalau dah niat kasi mati cepat org tu, ade lesen ke, xde lesen ke...same je, kan? Ape bezenye. Oh yer, lesen tu boleh didapati secare percume dengan melengkapkan borang di http://lktn.gov.my. Mudah bukan? Tapi lepas 1 September, da x free daaa :-( Kene bayo 50 inggit kalo nak buat lesen. So, ape tunggu lagi. Cepat-cepatlah isi borang~

   Then kerajaan nak buat laporan terperinci kat enset Blackberry jugak. Dah ade negare haramkan enset ni antarenye UAE. Dengar citer enset ni bahaye. Boleh jadi bom kalo xreti gune. Malaysia pon nak haramkan jugak sebab takut enset ni jadi transformers puak decepticon. Buat la apape yang patut. Nak ban ke, nak haram ke, nak boikot ke..aku kurang kesah. Jangan monte aku diapa-apakan sudah le..

   Tiada pengampunan buat pendatang tanpa izin sempena hari raya. Amboi3...banyak cantik. Ingat ko raye kat kampung ko ke??? Gi depan ayah, salam tangan. "Ayah, orang mintak maaf sebab kasi tercekik itik ayah kelmarin. Mintak maaf jugak sebab selalu fail exam, selalu je HERR. Lepastu, lepastu, lepastu... (sambil pura-pura nangis teresak-esak), bile rase-rasenye orang boleh kawen~?". Haaa, kalo kt umah boleh la buat macam ni. Ni tak, dtg sedap-sedap, keje kuat-kuat, pastu duit tu hantar balik indo negare asal. Tak bley la mcm tu mas.. Sorry yer, lupekan je soal pengampunan2 ni. Tak dapat nak nolong. Den bukan menteri perdana..

   Then...Washinton tak minat campur tangan kes liwat pakcik nuar. Malas nak komen. Dah berkurun aku dengar pasal lee-what ni. Tak settle-settle jugak.. Tak malu ke? Da la haram. Dengan kaum sejenis lak tu. Due kali haram. Publisiti tak kene tempat. Copot je buntut tu, settle kes.

   Lelaki lembut boleh lapor pada Kementerian Sumber Manusia jike dipecat tanpa sebab. Alahai, lembut ke, keras ke..orang tu nak keje, biau je la. Bukannye die melembut pade kaw. Ko tu pon, macam la keras sangat. Dah2, xmo diskriminasi2 ni yer. Tak elok. Boleh menjejaskan kesihatan.. Benci ai taw..

   "Sudahlah digugurkan, dicampak pula dari tingkat atas sebuah pangsapuri ke dalam tong sampah". Adoyai. Boleh aku mencarut? Tak mau la..aku xnak selevel dengan mereke tu. Dorang ni lagi teruk dari menatang. Menatang pon x campak anak. Menatang tak gugur anak. Tak letak anak dalam tong sampah. Aku rase dorang harus masuk kelas menatang dulu, belajar etika-etika kebinatangan, belajar erti kasih sayang dari menatang dulu, lepas tu baru masuk kelas manusia. Dah kronik sangat la dorang ni...

   "Kami bukan orang politik, kami hanya mahu berniaga". Haaa, cube tengok ape jadi bile tampuk kepimpinan diambil alih oleh bangsa asing. Kes ni jadi kat Penang. Tu la aku da kate, jangan kasi can org lain memerintah. Kalo kite sendiri yang tadbir, takde la kes-kes macamni. Orang tu dah labur modal 100k, 50k utk bukak bazzar ramadhan, last2 xleh meniage. Kesian la. (Cey, pandai2 je aku buat spekulasi~)

Dah, dah..
Aku ta maw jadi pengulas berite lagi!






Lapau la plak..

Friday, February 19, 2010

Malam pra-Peperiksaan

"Usaha tangga kejayaan"
Hasif Hussin (19** - kini)

Yeaaaaaa...itu la yang dinamekan kebebasan. Bile mane pikiran kite tidak lagi terbeban dengan buku2, bile mane tangan kite tak lagi sebuk2 utk menulis nota, bile mane mate kite tak perlu lagi bersengkang2 di malam hari...dets wat we kol freedom~

Tamat sudah paper terakhir utk blok terakhir bagi semester pertama. Cis, pertame je baru..ade 10 lagi menunggu. Takpe, akan aku harungi hari-hari tersebut dengan tabah~

Walaupon ade rase cemas dan kalut sewaktu proses penjawaban itu berlangsung, namun paper terakhir yang diberi name "ujian biomolekuler" berjaye dijawab dengan sempurne. Takde satu pon ruang dibiarkan kosong. Maklum la, sumenye pege (pilihan ganda ABCD). Even ade rase macam nak tercekik org sebelah or tertumbuk pensel case sendiri...namun semuenye tidak terjadi sebab keyakinan yang kuat bahwe "aku tak remed kalee" mengatasi perasaan-perasaan kebinatangan itu.

Mari kite review aktivitas yang dilakukan beberape hari sebelum paper terakhir ini.
1. Main kartu remi sambil bergelak ketawe dengan riangnya
2. Menonton siri smallville bagi menghilangkan tekanan
3. Melayari website youtube dan menonton hampir kesemue video yang ade
4. Mendownload lagu2 omputih sebanyak mungkin
5. Main game yu-gi-oh
6. Chatting dari jam 12 tghmalam sehingge jam 4.20 pagi.
7. Tidur pada jam 4.30 pg (10 menit b4 azan subuh)
8. Bangun tidur pada jam 12.10 tghari (10 menit b4 azan zohor)
9. Memegang modul dan nota dengan semangat membara.
10. Modul dan nota menjadi bantal pada pukul 3 petang.
11. Terjage dan menggelabah pada jam 6 petang.
12. Sambung main kartu remi lepas isyak.
13. Tak tau ape nak buat lepas main kartu remi.
14. 9 malam: baru tersedar yang esoknye ade exam
15. Study utk exam bermule pade jam 10 malam

Dan hari ini..aku memasuki dewan peperiksaan dengan yakin bahwa aku akan lulus exam!
Mudah-mudahan aku mendapat A+ dalam ujian biomol...
299

Thursday, January 7, 2010

Golek-Golek Telur

Malasnye nak update blog ni. Tapi sebagai blogger separuh mase, aku terpakse merajenkan diri jugak mengetik-ngetik di sini. Masuknye aku di tahun baru ini tanpa membawa sebarang azam. Yang aku bawa cumalah seribu satu harapan serte senarai2 panjang pembaharuan serta transformasi yang bakal aku lakukan. Untuk memastikan tahun ini lebih baik dan advance dari tahun2 lalu, aku rase aku xleh lagi merasekan yg diri aku budak kecik lagi..

Oh tidak..aku tergolek di tahun baru. Aku kene remed subjek Ilmu Kedokteran Komunitas~ haha. Untuk pengetahuan para pembaca yang budiman, remed adalah sejenis ujian ulangan bagi mereke yang tidak berjaya mendapatkan markah yang membolehkan mereke digelar 'lulus' oleh pihak universiti, pihak keluarge serte rakan taulan. Atau dalam bahase pasarnye.."kuaang asam, macamane boleh fail lak ni!!" haha. Warna warni di tahun baru. Sistem blok yg diaplikasikan membuatkan aku kurang merase down bile tersepit dlm situasi2 macamni. Maklum le belajar tige minggu, terus..langsung dikasi ujian. Jadi katekan la dalam tige minggu tu aku terserempak dgn masalah2  seperti member aku plan nak kawen lari ke, perut member aku meragam sampai kene masuk wad ke, false alarm gunung api nak meletup ke..tak ke repot jadinye. So, tak bley la nak kate aku boleh 100% fokus dlm tige minggu tu. Mende2 unexpected mcmtu ade kalenye memesongkan perhatian aku pade pelajaran..dan menyebabkan terjadinye suatu gejale misteri yg disebut.."ketidak-lulusan-exam".

Mule belajar anatomi serte melakukan praktikum. Due peristiwe mengembirekan pade hari ini. Pagi yang indah dimulakan dengan praktikum di laboratorium. Main cucuk2 jari gune jarum sampai kuar darah. Kalo tak kuar, sile cucuk lagi or kalo xnak, bersedie la menerime akibat buruknya. Antare akibat buruknye adalah xleh ikut praktikum berikutnye lalu tidak boleh ikut ujian yang membawa kepada ketidak-lulusan exam. Yang pasti mase praktikum tu, enam tetes darah telah aku teteskan dlm tabung uji tu. Abes darah aku...

Anatomi plak mcm blaja dalam kandang ayam atau reban lembu. Mendengar istilah2 anatomi yang ke-latin-nan tu ibarat mendengar dialog citer hidustan(tanpa subtitle)...maknenye tak paham langsung le. Pulak tu, lepas je ak
*some text missing*




enrty ini tergendala seketike karena penulis perlu belajar utk remed esok...

Friday, December 18, 2009

Aku Yang Terkecewa

OhTidak... Ianya berlaku lagi dan ianya sangat mengecewakan aku. Di sebabkan semalam aku bgn kol 6 pm, maka aku telah kehilangan jadwal tidur normal bagi insan2 biasa. Pade jam 12 tghmlm tu aku cube tido lagi skali dan hampir berjaye. Tetapi dengan tidak semena-mena boley plak ade org ajak makan. Makan pizza. Aku cukop pantang kalo dgr pizza ni. Tu adalah mende pertame yg aku akan kejarkan dulu. Dan jika aku diberi pilihan antara pergi ke bulan dgn pergi ke kedai pizza, nescaya kedai pizza la yg akan aku tuju tanpa sebarang keraguan. Tp dlm kes smalam pizza tu xde di kedai, ianya dibawa balik.

Lepas je makan, terus xleh tido da. Aku pon tunggu la. Kol 1, kol 2, kol 3....still xleh tdo. Pastu sebab da terkecewe karena xleh tido, aku pon melaksanekan misi chatting-dgn-org-smpai-org-tu-terlupe-utk-tido. Misi ni berjaye dan teman tu hanye tido lepas di solat subuh haha. Lepas ni aku nk buat smpai die terlajak ke zohor plak. Tp ni bukan citer die, ni citer aku. Kire ok lagi la sebab die dpt tido. Aku? still terpaku di atas tilam. Akhirnya aku mengambil keputusan utk x tdo langsung sebab kalo tdo, berkemungkinan besar akan terjadi peristiwa yg sama mcm hari sebelumnya. Dan lagi aku mungkin akan terlepas peluang utk menghantar suatu penghantaran penting yg bersejarah.

Lebey kurang jam 8-9 pg, aku pon memulekan kayuhan ke suatu destinasi misteri. Pergi bersama sebuah misi yg mustahil. Bkn ape pon, nak anta barang jer..detailnye xperlu la nak diciterkan, biar aku simpan sorang. Cumenye satu je aku nak sebut.."sob2, yerlakan, org x sudi...siape la aku ni" hahahahaha. Don worry, aku x rase apape. (jike anda tidak faham, bermakna perenggan ini bukanlah dituju kepada anda)

Segalenye berakhir beberape detik sebelum azan asar berkumandang. Aku tertidur!!! OhTidak....

It all happen before i knew it. Bile aku tersedar, masa dengan kejamnya telah pergi jauh dan meninggalkan aku. Pergi bersama-sama waktu solat asar dan maghrib. Aku terjaga tatkala azan isyak berkumandang. Tak pulak aku sangke, kate2 seorang teman yg aku anggapkan sebagai gurauan, rupenye btol2 menjadi kenyataan buat aku. "kang tlps smp isya tros aku x jamin" haha..sob2

Adakah ini kesudahan yg baik buat aku? Obviously...NO! Cuti aku masih panjang dan selagi itulah aku tak akan berputus asa. Aku akan terus cuba dan mencuba utk memperbaiki cuti aku. Aku bukan batman yg beraksi di waktu malam (unless kalo aku da kawen, lain citer la). Aku juge bukan kupu2 malam (!!!?). I just wan to be normal mcm org lain, atleast normal dlm bab2 tido ni la.

Aku akan terus berusaha..

 




ps: terime la kehidupan ini sebagaimana adanya, dan terimelah ape yg "diterime itu" seadenye. Happy birthday, buat anda di sane.. (i wish i cud say it earlier)
451

Friday, October 30, 2009

Rambut Sama Hitam

aku tak tau betul ke tak. tapi setiap kali rambut aku mencapai kepanjangan tertentu, aku mesti akan sakit kepale, n then aku akan berperangai lebih pelik dari biasenye, i mean something yg even aku sendiri pon tak paham...

i really need to cut these things...

Saturday, August 29, 2009

Warna Warna Kehidupan

Hoho, tak sanggup rasenye nak tinggalkan blog ni lame2. Da bape hari tak update? Ade la dalam seminggu lebih sikit. Bukan ape, saje carik ketenangan, bukannye carik idea. Banyak mende nak diceritekan sebenarnye tapi kalo segalenye diceritekan sekali jalan je, nanti tak de mende lagi nak cerite dah. Sebagai seorang blogger, aku rase tak patut la kalo ditinggalkan je blog ni bersawang sampai berminggu2, ini blog, bukannye majalah bulanan yg nak kene tunggu sebulan baru dpt bace post baru. Pulak lagi, blog ni bile2 je kite boleh update, asalkan ade mase dan connection. Justeru, sayangilah blog anda dan bertanggungjawablah ke atas segale ape yg anda lakukan terhadapnye, jgn kerane kesilapan yang anda sendiri lakukan, blog pulak yg dipersalahkan. Ala, mcm perbuatan mereke2 yang buang anak tu la, kerane dose sendiri, nyawe yang tak berdosa menjadi mangse (aku tak salahkan semue la, sebab dlm kes2 tertentu.. die tak salah, tapi jadi mangse keadaan, kesian die)..

Okeh, xnak citer pasal buang2 ni. Ini blog aku, kalo nak citer pasal buang2, korang cariklah kat laman web jabatan persampahan atau syarikat pembuangan. Kat sane byk citer pasal buang2 ni, buang sampah, buang air, buang angin..sume ade.

Tidur
Persoalan tidur dan remaje yang bercuti adalah persoalan yang tidak asing lagi. Ramai pelajar yang bercuti menghabiskan masenye dgn aktiviti yang mencabar ini dgn alasan, penat belajar kt kolej/U jadi bile cuti..mestilah kene 'cuti' betul2, kan? Lantak korang la korang nak pikey mcmane. Utk aku, mmg aku memerlukan tidur tp dalam mase yang same, tidur jugak merupekan masalah buat aku. Masalah utamanye adalah mase tidur. Aku tak ade mase tidur yang fix. Mase tidur aku bergerak mcm lori yang jual tilam tu. "tilam, tilam..tilam lame tuka balu kao kao puchi". Maksud aku, bergerak membentuk satu pusingan la. Hari ni tidur kol 10 smpai kol 5. Luse kol 11-6. Next 12-7, dan begitu la seterusnye. Make akan ade satu hari tu, aku tido pade jam 4 ptg dan bangun pade jam 10 atau 11 mlm. Dan bile kate jadual ni bergerak, maknenye satu hari nanti mase tido aku akan kembali ke asal semule, iaitu 10-5. Same tak mcm lori tilam tu? Hari ni jual kat segamat, esok kt muar, luse kat JB, tulat balik semule kt segamat. Aku pon pening memikirkan mcmane nak hentikan gejale aneh ni. Ade yang mengesyorkan aku tidor pade waktu yg fix misalnye jam 11 mlm utk setiap hari. Tapi aku tak leh buat sebab even aku pakse tido kol 11 mlm, mate aku hanye akan lelap mengikut jadual misteri tu. Kalo dlm jadual tu menunjukkan hari tu aku tido kol 3, make berbaring la aku atas katil tu dari kol 11 smpai kol 3 sebelum aku btol2 boleh lelapkan mate. Pernah jugak aku cube utk tak tido pade waktu sepatutnye aku tido. Misalnye, waktu tido aku tu kol 1 ptg, then aku try tak tdo, akhirnye aku akan sakit kepale Macamane pon aku redha. Atleast sume ni jadi waktu cuti je la. Kalo waktu ade kelas jadi mcmni, masalah besar aku. Entah maybe aku terlalu byk berfikir kot.

Bazaar Ramadhan
Its back and its hot! Ape yang panasnye? Mesti la kuali2 pakcik makcik yang menjual murtabak dan sebagainye haha. Bile ramadhan datang, gerai2 makanan minuman bertambah dgn cepatnye bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ramai gile pelanggan kat bazar2 ramadhan tu, yg itam, yg kurus, yg comel, yg puase dan yang pura2 puase..sume menuju ke lubuk juadah tersebut. Tak payah citer la ape yang ade, mcm2 ade dijual hatta 'penjual minyak' pon ade kt sane mencube nasib, mane la tau kot2 ade yang tersangkot. Mase sekola dulu, pernah jugak aku menyertai rombongan ke bazar ramadhan ni, di bawah kelolaan pihak sekolah la. Pegi ramai2 naik bas, class by class. Sekolah tak boleh nak arrange utk semue student pegi sekali, jadi setiap hari hanye kelas tertentu je yg pegi. Bile da jadi mcm tu, yakni bukan semue org dpt pergi, make paham2 je la. Yang tak dpt pegi tu pon bernafsu jugak, jadi terpakse la yg pegi ni mengambil order dari rakan2 mereke atau "dipakse menerime order" dari senior2 mereke. Bile balik ke sekolah, tiap2 dari kami ni membawe berbondongan plastik. Dalam tu ade puluhan keping murtabak, puluhan ayam percik, kuih muih, nasi tomato dan mcm2 lagi. Yang pasti semue tu bkn kami punye. Kesian, ade yang sampai tak sempat nak beli utk diri sendiri sebab terlalu sibuk mencarik utk org lain terutamenye yg dipesan oleh senior. Kalo tak carik mknn tu kang, bile balik, kite pulak yang 'dicarik', so terpakse la berkorban sikit.

Tarawikh
Solat ni istimewe sebab ade dlm bulan ramadhan je. Jadi kalo korang nampak ade org solat smpai 20 rakaat mase mlm raye haji, jgn korang kate tu tarawikh plak, ustat mane ngajo? Biase la, tarawikh dan masyarakat kite. Kite tak boleh nak samekan dgn tarawikh di mekah, madinah, mesir atau negare2 Islam lain. Di sane tarawikh mereke dari lepas isyak hingge ke suboh, dan ade yg cover hingge 1 juzuk al-Quran dlm semalam. Maknenye dlm 30 hari puase tu, da khatam la. Di sini, amat berbeze. Tok2 imam membace seringkas yang boleh dgn kadar kelajuan mencecah kelajuan cahaye (amboi, melampaunye analogi aku). Tak de la smpai laju mcm tu, tapi mmg laju sikit la sebab kalo lambat nanti makmum komplen. Agak2nye, makmum2 tu sume nak kejar cite Nur Kasih kot kol 9 mlm, so kalo lambat takut x sempat nak tgk kt tv. Kehadiran para makmum pula berkala. Kalo korang ade kertas graf, korang boleh try lakarkan graf purate kehadiran ni. Hari pertame hingge ketige, kehadiran penuh. Sume saf berisi melambangkan betape bersemangatnye mereke dlm menyabut ramadhan ni, smpaikan kdg2 ade yg terpakse solat di tepi pintu. Masuk hari ke-4 hingge ke 10 atau 11. Byk saf yg da mule kosong. Entah la, maybe dorang tarawikh kt umah agaknye. Hari2 selepas itu, hanye beberape saf sahaje yg aktif, ade la dlm 4-5 saf. Bile sampai ke 10 mlm terakhir, saf2 yang kosong tu mule berisi balik, tapi tak lame la. Bile da dekat sgt dgn raye, ramai yg da tak ke masjid atau surau lagi, mungkin sebab anak cucu da balik, so seronok sgt smpai terlupe di mane letaknye surau dan masjid. Inilah yg biase terjadi, mungkin disebabkan mentaliti masyarakat atau kerane sudah menjadi adat turun temurun..tp xpe la, atleast ade jugak yg bertarawikh dan menghidupkan suasane tu, kan?

Bukak Puasa
Part ni le yg paling menarik mase bulan puase ni. Berbuke puase. Biasenye kalo famili tu ade 8 orang, lapan2 akan duduk sekali mase nak berbuke. Bkn ape, ade famili yg kdg2 ahlinye tak pernah makan sekali sebab ade yg bz keje, blaja dan sebagainye, so bile mase bukak puase, sape la yg bengong agaknye still keje or belajar, kan? Masing2 mesti rehat kejap utk berbuke. Yang mane terpakse berbuke di pejabat atau kolej, itu lain cite la. Ni yang kt umah ni, sume akan duduk sekali menghadap juadah lepas tu makan same2, seronoknye. Ni la salah satu hikmah bulan puase ni, dpt mengeratkan silaturrahim sesame kite. Berlainan pulak di asrama dulu. Bile berbuke, mesti kene berbuke di dewan makan. Makanan mmg disediekan jadi hanye perlu beratur je utk amek makanan. Yang geramnye, pade mereke2 yg potong line ni la atau pon yg berade dlm line pastu suro org jage tempat die sedangkan die pegi mane tah. Pastu agak2 bile da nak smpai kaunter baru die masuk line dgn alasan "ni mmg tempat aku tadi". Pale otak die! Abes yg beratur dari kol nam sengah smpai kol tujoh ni mcmane, berdiri je tercongok melihat barisan yg x bergerak sebab dipotong. Nak tegor kang buat penat je, panjang pulak cite die nanti, jadi terpakse je la merelekan sahaje aktiviti2 setan terlepas ni haha.

Dam dam dum, Bunyi Mercun~
Satu lagi adat yang tak boleh ilang ditelan zaman adelah, mercun dan meriam. Kalo kat kampung tu, tahan je la telinge. Kalo tak pekak dgn bunyi dentum2 meriam, pekak sebab dgr org2 maki2 kuat2. Mane tak marah orang2 tu, yg bertarawikh ilang khusyuknye, yang lemah semangat latah mcm nak rak, baby2 nak tido langsung ilang mood nak tdo, pastu nanges kuat2, dah susah mak ayah die xleh nak teruskan urusan lain. Tak ke menyusahkan org namenye tu? Sokkaba pulak mmg le saje tayang gamba2 mangse bedilan meriam atau mercun ni, tapi dorang? Buat dek je, mcm xde apape jadi. Same ade kepale dorang dimasuki air atau air memasuki kepale dorang aku pon tak pasti. Kalo dorang sendiri jadi mangse, itu lantak dorang la. Tapi mcmane pulak dgn mereke yg menjadi mangse keadaan? Yang bute matenye sebab terkene letupan mercun dari malaun mane tah. Ade pulak yg terbakar umah sebab budak2 nakal ni main api, ade yang terpakse beraye kt sepital sebab kene mercun bola org lain. Hadoo..masalah2..Nak kate bod**, kerajaan da kasi cukop byk peluang belajar, masuk darjah 1 percume (just kene baya sikit je), pastu peluang belajar smpai abes spm. Tak kan x pandai2 jugak? Ntah la, agaknye sebab silibus mercun dan meriam buluh tak berape dititik beratkan sgt kt sekolah kot, tu yg jadi mcm tu.

Kedai baju
Macam yang pernah aku ceritekan dulu la, saje nak ulang balik. Aku memang tak suke pegi kedai baju lebih2 lagi kalau nak beli baju sendiri. Lagi la pulak, bile menjelang raye, mesti kene beli baju raye, adeh.. Kalo teman orang pegi beli baju ok sikit kot sebab aku tak yah buat apape, just tunggu je. Tapi kalo nak mencarik baju sendiri, mmg aku senang naik angin. Aku tak tau la kenape orang pakai baju ni. Bile kene pakai baju, mesti la kene ade baju, kalo xde baju, mcmane nak pakai, kan? So, nak taknak kene jugak pegi kedai baju utk beli baju unless korang mmg dilahirkan berbaju, itu lain kes la. Ni kes orang2 yang lahir2 je tak pakai apape atau dlm erti kate lain lahir2 bogel. Nak beli baju ni bkn mcm nak beli periuk belange. Tak ade nye orang nak jual periuk sampai 1000, 2000 jenis periuk, paling2 pon dlm 10,20 brand je. Itu pon dlm kedai tu ade byk lagi brg letrik lain mcm dapor ke, cerek ke mesen basuh ke. Tapi lain pulak dgn baju ni. Kalau kate ke kedai baju ni, mmg baju je la ade dlm tu, same seluar, kain2 dll. Pastu pulak, bukan ade 10,20 baju je dlm tu tapi beribu2. Tensen aku. Pening yang amat. Sebab tu la kalau tgk baju2 aku, kebykannye plain je, yang merah 90% merah, kalo biru sume biru takde corak. Bkn la nak kate aku ni tak suke berfesyen2, tp itu pon kire fesyen gak, kan? Pesen satu kaler.. One more thing, aku tak penah kesah baju ape yang aku beli, sebab aku beli bkn kerane suke pade baju tu tp kerane aku memerlukan baju tu. Yang peliknye, lepas dah pakai baju tu sebulan, 2 bulan, 6 bulan, hatta setahun, baru la aku mcm ade rase suke dan sgt2 menghargai baju2 tu. Terime kasih baju2 ku kerane sudi menjage aurat2ku..

Sejarah
Ape yang dah jadi, biarkan ia berlalu. Aku tak suke dan tak berminat nak amek kesah ttg ape yg dah jadi. Kejayaan, rezeki, idop mati seseorang, semue tu bukan kite yang menentukannye. Kite hanye boleh berusehe ke arah matlamat kite. Kalo kite rase nak idop lame, jage la kesihatan, jgn isap rokok, jgn minum air longkang. Kalo rase nak jadi kaye, kerje la rajen2, kuat2, sungguh2..kalo tak kaye dgn harte pon, insyaAllah akan kaye dgn mende lain, kaye dgn senyman ke, kaye dgn kenalan ke ataupon kaye yg amal kebaikan. Macamne pon tu sume just rancangan kite je, kite xleh nak salahkan takdir kalo rancangan kite tak menjadi kenyataan. The point is, kite xkan tau ape yg terjadi pade mase akan datang, kite hanye boleh merancang dgn menjadikan mase silam sebagai rujukan. Pon begitu, jgn pulak kite terlalu obses, terlalu mengenangkan sejarah takut nanti memakan diri. Jike mereke mmg ditakdirkan pergi dahulu, make redhalah. Kite nanges atau kecewe mcmane pon mustahil die idop balik. Kalau ditakdirkan kite gagal dlm sesuatu, whats the point utk bersedih smpai tak nak makan atau menangis sepanjang hari. Kene redha la dgn semue tu, mungkin kegagalan tu akan menjadi kunci kepade kejayaan yg lebih bermakne buat diri kite, who knows? Mcm ni la care aku berfikir. Aku malas nak pandang ke belakang, tapi bkn la bermaksud aku tak pandang langsung. Macam bawak kete la, utk menuju ke destinasi kite kene sentiase fokus ke hadapan, tp sesekali kne tgk belakang jugak menerusi cermin sisi, mane tau ade lori gile memecut blakang kite, kang tak pasal2 kene sondol. Ini lah die kehidupan.

Kadang2 kiter terlupe akan hakikat kejayaan ni. Gagal sekali bukan bermakne gagal selamenye, dan bkn jugak bermakne tertutup sudah pintu2 kejayaan lain. Bile satu pintu tertutup, banyak tingkap lain terbuka utk kita..cuma kadang2 kite terlalu lama memandang pintu yang tertutup itu, meratap dan bersedih sehingga lupa tingkap2 yang ada utk kita...





2128

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...