Showing posts with label semangat. Show all posts
Showing posts with label semangat. Show all posts
Monday, August 29, 2011
Anak Kita
Bila aku dah kahwin nanti, bila aku dah ada anak sendiri.. seriously aku dan isteri aku sendiri yang akan ajar mereka mengaji, membaca, menulis dan mengira. Yer, awak, kita sendiri akan ajar mereka. Bukan orang lain. Aku rasa alangkah ruginya kalau anak-anak sendiri diserahkan kepada guru dan uztaz untuk pendidikan awal sebegitu.
Bayangkan, ilmu yang bermanfaat. Kita ajarkan mereka mengaji, dan bila mereka dah pandai nanti, boleh mengaji sendiri.. ada tak bahagian untuk kita? Yer, ada insyaAllah. Satu huruf yang mereka lafazkan, semuanya ada ganjaran untuk kita. Dan bila mereka dewasa, berkahwin dan beranak, jika mereka mengajarkan anak-anak mereka pula, ada tak bahagian untuk kita? Ya, ada insyaAllah. Dari kalangan mereka, jika ada yang menjadi guru, mengajarkan ilmu yang sama kepada anak murid mereka, anak murid mereka mengajarkan kepada anak-anak mereka and so on.. ada tak bahagian untuk kita? InsyaAllah.
Mana tidaknya, mengaji.. hari-hari kita harus mengaji. Dan bila aku ingat-ingat balik, insan yang mengajarkan aku alif ba ta sehinggalah aku mampu khatam al-Quran, adalah emak aku. Dan insan yang mengajar aku ABC sehinggalah aku mampu membaca dengan lancar, adalah ayah aku. Begitu juga dengan semua adik-beradik yang lain. Suatu pelaburan jangka panjang.
Jadi, adakah ilmu itu akan berhenti pada aku sahaja? Tidak, kita mungkin tak jadi guru, tapi kita insyaAllah akan menjadi ayah dan ibu. Dan itulah yang akan kita lakukan. Kita mungkin tiada semua ilmu yang mereka mahukan, tapi kita ada ilmu paling asas yang mereka perlukan.
Jadi, kepada bakal ibu dan ayah sekalian, jangan sia-siakan ilmu dan anak-anakmu. Keduanya adalah pelaburan yang sangat menguntungkan..
Wednesday, March 23, 2011
Mr. Crab
Ketam merupakan haiwan berkaki lapan yang sering ditemuikan di pasar dan bot-bot nelayan yang menangkap ketam. Ketam boleh dijadikan makanan sekiranya ditangkap dan dimasak dengan betul. Ketam telah menduduki bumi ini sejak zaman jurasic lagi dan telah mengalami berbagai bentuk evolusi. Ketam juga dijadikan watak dalam siri kartun pokemon iaitu Crabby dan Kingler
Ketam boleh dimasak dengan berbagai-bagai kaedah dan cara. Kekreatifan masyarakat telah menghasilkan pelbagai jenis masakan ketam seperti ketam bercili, ketam masak sos bawang putih, gulai ketam, ketam masak sambal kerisik, ketam masak berempah, kari ketam, ketam masak sos tomato dan macam-macam lagi.
Adoyai..
Masalahnye aku tak boleh makan ketam...... T.T
Alergik. Dulu masa kecik-kecik boleh, tapi bila masuk f4.. segala-galanya bermula di situ.
"yeay, mak masak ketam
"ngap2..
"eh, kenape gatal?
"eh, kenapa bibir jadi besau?
"eh? eh? ehhhhhh???
Ok, sejak hari itu, ketam telah menjadi musuh meja makan aku. Gembira melihat orang lain makan ketam. Tapi dalam hati ini, tiada siapa yang tahu. Tak mengapalah, biar aku makan nasik kosong dengan telur kicap sahaja..
Walaubagaimana pun, setelah menghadiri kelas patologi anatomi yang didosenkan oleh bu wiwi, aku akhirnya menyedari sesuatu yang penting. Sebenarnya aku mampu makan ketam. Yang penting adalah keyakinan dan kesabaran. Pokoknya aku harus tabah! Ayat-ayat dari ibu wiwi telah menyedarkan aku..
"ibu tak boleh minum susu sebab ibu ada lactose intolerans..
"kalau minum, diarenya bukan main
"tapi ibu lawan juga sebab ibu tahu ianya boleh diatasi
"hari ni minum sikit, sampai seminggu kalau tak diare, tambah banyak sikit
"nanti lama-lama, ibu tak diare lagi
Ya, itu dia kuncinya! Kalau aku cuba makan sikit-sikit, aku juga mampu jadi seperti itu! Aku mampu makan ketam! I know i can do it!
Tapi.. mana nak carik ketam tiap-tiap hari? haih...
..kenape la pulak tiba-tiba nak makan ketam ni?
sebab gambau ni..
Ok, awak. Awak hutang saye ketam!
Tentang
semangat
Saturday, March 19, 2011
Buat Jeee~
"Uih, tiba-tiba je rajin ke masjid, encik uztaz~
"Wallawei, rajin siot kau belajar sekarang!
"Kalau kau kutip semua sampah-sampah tu, nanti tukang kutip sampah takde kerje la hahaha
"Tak payah la nak jadi baik, kau tu memang dilahirkan jahat~~~
"Dulu freehair, sekarang bertudung. Ni mesti ada apa-apa ni
Ini merupakan sebahagian kata-kata orang yang selalu membuatkan kita lemah semangat dan tak jadi nak buat baik. Kemudian kita pun lupakan hasrat murni kita. Alangkah ruginya.
Pun begitu, bukan semua orang bermulut busuk dan cakap lepas. Ada yang ikhlas memberi pandangan dan pujian. Tapi... datang pula masalah lain. Iaitu dari hati sendiri.
"Wah, bagus la kau buat kerja-kerja amal ni. Bangga aku jadi kawan kau
"Tahniah la kerana berjaya berubah. Bukan semua mampu melakukan hijrah macam kau
Even mereka ikhlas, namun adakalanya hati kita refuse untuk menerima semua itu. Ada sahaja bisikan-bisikan jahat terbit dari hati.
"Dia orang ni puji-puji mesti ada apa-apa ni
"Macam la tak kenal aku, aku kan memang macamni. Aku jahat..
"Macam la tak kenal aku, aku kan memang macamni. Aku jahat..
"Jangan la puji-puji, kalau aku ter-riak karang, sia-sia je la apa aku buat. Tak dapat pahala
See.. di sinilah masalahnya. Kemudian, dalam kes yang lebih teruk lagi.. kita pun tinggalkan apa yang kita buat dan tak istiqamah lagi dah. Alangkah ruginya.
Hurm..
Bagi aku la kan. Aku rasa baik kau buat je apa yang kau rasa nak buat. I mean, jangan ambil kisah dengan kata-kata orang. Bukan la aku nak kata pekakkan telinge, tapiii sebaliknya! Buka telinga luas-luas dan.... ikut je kata hati kau. Kalau kau rasa kau tak nak buat sebab takut nanti ter-riak, dan disebabkan benda tu kau rasa kau taknak buat.. so, kenapa kau tak buat je dengan riak terus!
Setkan je niat tu kepada niat-niat yang tak baik seperti..
"aku nak buat ni sebab nak tunjuk kat orang
"haaa... biar semua orang tau aku baik!
"aku pakai tudung sebab nak nampak macam baik, bukan ikhlas pon
Nampak macam jahat je bila berniat macam tu, kan? Bagaimana dengan "kalau niat tak ikhlas, tak guna pun buat". Well, siapa kata tak guna??? Bagi aku, banyak gunanya. Misal kata kita angkat sampah dengan niat nak menunjuk dan rasa macam tak dapat pahala, memang la nampak macam tak guna je kalau buat tapi atleast kalau kau buat bumi kita akan bersih, kan?
Bukan semua kebaikan terus datang dengan niat yang ikhlas. Cuba fikir masa zaman kanak-kanak dulu. Kita sepatah apa pun tak faham tentang konsep ketuhanan, kenapa kena solat, puasa dsb. So, kenapa kita buat? Sebab mak ayah suruh. Kalau tak solat asar, tak boleh keluar main kat taman. Tu tak dikira buat kerana orang ke?
Dan tiap-tiap hari kita solat dengan niat yang macam tu, sebab takut mak ayah marah. Tapi bila kita dah besar, perasan tak yang kita tetap terus melakukannya even mak ayah tak suruh? Kenapa? Sebab kita dah terbiasa. Dan lagi disebabkan ada pendidikan yang terus menerus, akhirnya kita tak lagi buat kerana orang, tapi kita buat kerana kita rasa itu satu tanggungjawab.
Jadi, point aku di sini adalah. Pedulikan niat anda. Nak buat dengan niat tak ikhlas ke, dengan niat nak menunjuk ke, riak ke.. silakanlah berniat-niat macamtu. Yang penting kau buat. Soal dapat pahala atau tidak, itu bukan urusan kita. Kita bukan Tuhan nak tentukan orang ni dapat pahala atau tidak. Kalau Allah mengehendaki akan sesuatu, even kau buat tak ikhlas pun still boleh dapat pahala, kan? Tu semua kerja Allah. Kerja kau, buat jeeeeee!
Buat je even tak ikhlas. Nanti bila dah lama-lama buat, orang keliling pun dah biasa tengok dan kau pun rasa penat nak menunjuk, kau akan stop berniat macam tu dan kemudian kau akan tetap melakukannya sebab dah jadi kebiasaan. Dan dari situ, insyaAllah lepas lama sikit, datang pula keikhlasan. Alangkah bertuahnya..^^
Yang penting adalah.. start buat! Tak kira la apa bentuk kebaikan pun~
Monday, January 10, 2011
Persepsi
Benar, kita memang tak kan mampu nak puaskan hati semua orang.. tapi sekurang-kurangnya kita mampu memuaskan hati sendiri. Kenapa nak kisah pandangan orang lain terhadap kita.. asalkan kita rasa kita telah buat yang terbaik, itu sudah memadai buat kita.
Bayangkan kalau si A menegur, "kau tak cukup ensem harini sebab misai kau panjang"
Kita pon potong misai.
Kemudian si B pula menegur, "kau tak cukup hensem sebab pakai baju coklat"
Kita pon tukar baju merah.
Si C pula, "tak hensem sebab rambut sikat macam 60-an"
Kita pun sikat macam safee sali.
Si D pula, "baju merah tu corak dia macam gay"
Kita pon tukar ke baju merah corak Hawaii.
Si E pula, "alang-alang dah pakai hawaii, pakai la suar pendek"
Kita pun amek gunting dan kerat seluar kita.
Si F pula, "tak hensem sebab warna seluar tak masuk sangat dengan baju merah"
Kita pun bengang dan terus tak pakai seluar..pakai baju je..
Sampailah ke si Z.. "Kau tak hensem sebab kau memang tak hensem.."
Apa sahaja yang kita buat memang akan ada yang tak bersetuju. Dan orang-orang itu hanyalah sebahagian kecil dari seluruh populasi masyarakat dunia. Kebanyakan orang tak kesah pon kau nak pakai baju or tak pakai baju. Bagi mereka, asalkan kau tak paw baju mereka, itu sudah cukup bagus.
Jadi kenapa nak susah payah puaskan hati orang yang takkan pernah puas. Kalaulah kau hidup untuk mengejar kepuasan orang lain demi mencapai kepuasan diri.. bermakna kau takkan sesekali mampu hidup puas sebab untuk memuaskan hati semua orang adalah mustahil.
So, apa yang kau harus buat adalah, buat apa yang kau harus buat. Bukan buat apa yang orang lain rasa kau patut buat. Kalau kau rasa cantik, great.. kau memang cantik. Kalau kau rasa tak cantik, sila tukar kasi cantik sikit. Tapi kalau dah memang tak cantik, takpe.. kecantikan dalaman itu lebih penting. Dorang tu semua memang macam tu, dengki. Busuk betol perangai...
Tapi bukan semua. Ada je yang ikhlas kasi pandangan. Mana la tahu, apa yang kau buat tu memang jelas sekali hodoh dan raksasa. So, dia tegurlah untuk kebaikan kau. Dan kebaikan orang lain jugak. Yela kan, nanti semua orang yg tengok akan "termengumpat" kau plak.. tak pasal-pasal dorang kena bakar.
So, pokoknya penuhi keperluan diri dahulu sebelum kepuasan orang lain..
Tentang
catatan harian,
masyarakat,
semangat
Tuesday, December 28, 2010
Match Pukul 9
Kalau kau bawa 130 semata-mata untuk potong aku yang bawa 110 dan bila dah ada depan aku kau bawa 80, aku rasa lebih baik kau ikut je belakang aku dari awal. Or adakah kau ada isu dengan aku, tak suka kalau aku drive depan kau? Bila aku potong balik aku tengok kau tengah msg sambil senyum sorang-sorang. Terasa macam nak ambil gambar tapi tak kesampaian sebab kereta belakang main cucuk-cucuk angin sambil main lampu lip-lap..
Adakah kerana kau ada Merc atau BMW jadi sebab tu kau kena bawa 180 kat highway? Even kalau aku ada kecemasan, lapar tahap dewa yang kalau tak makan dalam masa 5 minit perut aku akan mengecut serta mengeluarkan bunyi auumm, paling laju aku bawa pon cuma 140. Itu pun hanya cuma 3,4 saat sebab mengenangkan masa depan serta nasihat orang tua yang berbunyi "bawak paling laju pun 110 je! kalau lebih, mak tak kasi makan! (yg belakang tu aku tambah sendiri)"
Match pukul 9 malam, habis dekat-dekat nak pukul 11 tapi kau duduk je dalam kereta sebab jalan nak ke stadium macet bagai. Eksaited memang la eksaited, kononnya nak menyokong secara langsung dari kerusi stadium tapi kalau pukul 7 baru nak keluar rumah lepas tu terperangkap dalam kemacetan luar biasa.. apa kejadahnya semua ini? Aku yang tak pergi stadium siap boleh hantar adek aku pegi tuisyen lepas tu pegi umah atok aku utk tengok Safee sama Ashari sumbat bola dalam gawang. Lepas tu sambung tengok ulasan pengacara sukan dekat kedai burger tepi jalan yang kebetulan ada tv.
Laser dengan bunga api? Kalau yer pon geram, kau duduk diam-diam tengok sudah la. Ini pon kire bertuah sebab dorang dapat lawan kat padang. Dorang-dorang je lawan, kau cuma jadi penonton. Tapi kalau kau main suluh-suluh, tak pasal-pasal kita semua kena turun padang bawak senapang, lawan sama-sama. Kalau kau penah join PLKN, xpe la, kau tau macamana nak tembak dgn M16. Tapi kalau setakat Pandu Puteri or Pengakap je, kau nak lawan macamana? Nak ikat dorang guna simpul manok dengan simpul bunga keti?
Aku rasa masa lawan kat Indo nanti, Farizal (keeper) tak perlu pakai jersi kot. Sebab kemungkinan besar 100 ribu orang indo akan main suluh-suluh laser kat dia sehingga kelihatan seolah-olah dia dah pakai jersi merah..

dunia,
macam-macam,
masyarakat,
psikologi,
semangat
Thursday, September 16, 2010
Aku Bukan Begitu..
Lebih dari 4.3 juta rakyat berumur 21 tahun ke atas belum daftar mengundi!
Belum daftar bererti tak boleh mengundi.
Satu undi boleh mengubah segala-galanya.
Tapi tak ramai yang nak ambil kisah sume tu...
Aku pernah jumpa sorang ni, bile aku citer pasal daftar mengundi, dengan eksyennye die kate "nak buat ape daftar, politik-politik ni sume merepek je. Aku tak nak mengundi!"
Agak menyirap jugak la aku dengar. Tapi takpe la, die belum cukup umur, fikiran still level kanak-kanak alip-ba-ta lagi.. Maybe bile die naik 21 die paham kot.
Ape la yang susah sangat. Bile dah cukup umur, pergi je pusat pendaftaran. Bile tibe hari pilihanraya, pangkah je. Tapi make sure pangkah yang betul la. Kalau rase-rase nak try rase macamane kaum lain tadbir negare, cube la pangkah parti tu. Mane la tau negare kite jadi mcm singapore ke di mana kaum melayu tu macam terpinggir je.
Memang betul kite harus pilih pemimpin yang baik. Tapi ade je pemimpin yang kurang berwibawa walaupun parti politiknya disertainya boleh dipercayai. So, dalam kes ni mane kite perlu utamakan? Parti atau pemimpin? Terpulanglah kepada masing-masing untuk fikir. Aku ade jawapan aku sendiri.
Kenapa aku bersungguh-sungguh sangat ni? Sebab aku khuatir, andaikata dalam 4.3 juta tu kebanyakannye orang melayu, ertinye pangundi dari bangsa melayu kurang la kan? Dalam kata lain, pengundi dari kaum lain lebih ramai la kan? Ini juga membawa maksud, kalau pilihanraya datang lagi... tak mustahil negara jatuh ke tangan orang lain, kan?
Kalau orang lain ambil negara kita, takde masalah kot. Mungkin sekolah berasrama penuh hanye 5% je tempat utk orang melayu. Mungkin pegawai kerajaan 99% dari bangsa lain. Mungkin tiada lagi pelajar melayu berpeluang belajar di luar negara sebab semua dana disalurkan kepada pelajar mereka. Mungkin di hospital, pesakit biasa mereka lebih diutamakan dari pesakit kecemasan kita. Kadar tol naik 100%. Rumah-rumah kecil dirobohkan untuk dibina rumah-rumah besar. Dan semestinya tak ramai antara kita yang boleh beli rumah tu. Sama ada terlalu mahal, atau quota perumahan tu 100% untuk mereka sahaja. 0% untuk kita.
Ini semua hanya kemungkinan. Maksudnye, mungkin terjadi dan mungkin tak terjadi. 50-50. Persoalannya, adakah kita nak ambil risiko tu? Berbanding kalau kita pilih untuk tidak memilih mereka, pasti peluang untuk terjadi tu 0%, kan?
Adakah aku racist?
Aku gembira dengan kepelbagaian kaum di negara kita. Pergi mana-mana tiada sikit pun rasa terancam. Aku bebas membeli belah bersama mereka. Bebas belajar dengan mereka. Seronok bila berbual dengan mereka. Kalau negara ni kita punya, kita masih ada peluang untuk buat program-program seperti bersatu teguh bercerai roboh, 1Malaysia, muafakat bangsa dsb. Sebab ini negara kita maka kita boleh mencorakkannya sedemikian. Aku yakin kita takkan tergamak untuk ketepikan mereka setelah sekian lama kita hidup aman dan makmur bersama. Tapi jika negara ini jadi negara mereka, adakah sesiapa di antara kita yang boleh beri jaminan kepada aku bahawa mereka akan berfikiran macam tu?
Adakah aku still racist sebab tidak sudi memilih mereka?
Ataukah anda yang racist kepada bangsa sendiri kerana langsung tidak ambil kisah akan semua ini?
Jika anda kata politik tidak penting.. kenangkan semula apa yang Nabi kita buat sebaik sahaja tiba di Madinah. Buat sekolah? Mantapkan ekonomi? Kukuhkan pertahanan? Tidak. Baginda tubuhkan Piagam Madinah terlebih dahulu. Itu bukan politikkah?
Adakah masih anggap politik tidak penting?
Akhir kata, silalah daftar sebagai pengundi. Tahun depan mungkin ada pilihanraya lagi..
Ini bukan hiburan untuk digelakketawakan..

*****

Monday, May 10, 2010
Terkenang
Lagi sekali aku rase aku tak patut ade kat sini tapi ape aku kesah..
Sejak kebelakangan ni aku selalu terkenang zaman kanak-kanak yg baru je aku tinggalkan tak lame dulu. Lebih kurang setahun lebih la aku tinggalkan zaman kanak-kanak. Sekarang aku di zaman post kanak-kanak atau sulcus tenagehood centralis (lalala~).
Time kasih kepade youtube dan para uploader, aku tak lagi kempunan nak tengok citer pawe renjes. Dulu suke le tgk pawe renjes siap hapal lagi watak-wataknye. Jason is red, Adam is black, Billy is blue, Kimbilly, Tanya, Tommy dsb. Pastu hapal plak kesemue name series pawe renjes. Dari mighty morphy, zeo, turbo, space, lost galaxy dan byk lagi. Yang terbaru adalah siri pawe renjes jungle fury rasenye. Tiap-tiap siri ade theme tersendiri. Bertemakan kadet polis, time-traveling, hutan, dinosour, ninja dsb..
Yang paling aku tunggu-tunggu setiap kali citer adalah waktu power renjes tu tgh bertukar, dari org bese menjadi pawe renjes, lengkap bersuit dan bersenjatenye. Itu dulu...yerla, budak kecik. Sume mende nampak macam cool jer. Tapi bile tgk balik sekarang...semuenye nampak lucu dan pelik jer.
Pelik 1: Setiap kali kene fire, letupan akan berlaku di belakang tapi orangnye akan melompat dan menjerit kesakitan seolah-olah seluruh dunie sedang meletup.
Pelik 2 : Bile first time jadi pawe renjes, kesemue ahli akan berdiri sebaris dan letupan akan berlaku di belakang disertai music yg sungguh patriotik. Ape bezenye dgn "Pelik 1"? Meletup jugak tp knp x tercampak?
Pelik 3 : Setelah ditiming, seorang renjer memerlukan atleast 4 saat utk transform, dan kurang lebih 20 saat utk transformasi 5 orang. Kalau aku jadi monster, seyesly aku akan attack semue time tu.
Pelik 4 : Helmet pawe renjes merah besenye paling cool antare semue renjers
Pelik 5 : Robot lawan ngan raksase kat tgh bandar, tp x penah ade sape2 buat laporan yg rumah die kene pijak.
Pelik 6 : Pukul tak kene, tapi gaye sakit mengalahkan org kene gilis lori.
Pelik 7 : Perlu ke menari-nari dulu sebelum berlawan pastu menjerit "fast as lighting, yellow renjer" atau menyebut name senjate yg bakal digunekan "mystical sword! hiyaah"?
Pelik 8 : Setiap kali nak lawan, mesti dorang kene lawan dgn minion yg ramai yg kuar ntah dari mane. Kadang-kadang kuar dari celah pokok, bawah tanah, blkg batu dsb.
Pelik 9 : Pade awalnye, orang tu hanye high school studen bese je. Tapi bile jadi pawe renjes, serte mete die tau karate, tea kwon do dan seni mempertahankan diri yg lain. Serte pandai buat stunt sprt somersault, lompat bintang dan lari dalam guni.
Pelik 10: Sudah terang lagi bersuluh. Villian tu dah berkali-kali kate, "prepare to face the power of evil" mahupon "darkness shall never be defeated". Nampak sgt jahat. Dah tu, takkan polis tak wat apape?
Pelik 11: Kenape nak pure-pure terkejut bile monster tu tibe-tibe jadi besar? Bukankah mereke tau yg mereke ade robot dan dah byk kali gune mase episod2 sebelumnye?
Aku dah detect lebih dari 40 kepelikan waktu menonton pawe renjes, dan kalau ikotkan ati nak je aku listkan kesemuenye. But sebenarnye, bkn itu pointnye. Penerbit pawe renjes tak pernah terbitkan citer tu utk org detect kepelikannya. Sebaliknye hanye untuk menghiburkan hati kanak-kanak. Budak kecik kan senang teruje bile tgk aksi-aksi cool mcmtu. Nak pulak bile costume dorang warne-warne, lagi laaku budak kecik tu teruje.
So, itu la die. Walau ape pon yg terjadi, aku tak pernah benci mahupon annoyed dgn pawe renjes. Biar pon mereke tak wujud utk menyelamatkan dunie dari kejahatan nyata, namun mereke mengajar kite tentang satu perkare. Kejahatan tidak akan selamanya bertakhta di muka bumi biarpon yang nyata mahupon yang tersembunyi. Suatu hari nanti sinar kebahagiaan dan cahaya kebenaran akan muncul jua dan mengalahkan kuasa kegelapan. Dengan kuasa bulan, akan menghukummu!!! (eh..ni citer lain)
Sejak kebelakangan ni aku selalu terkenang zaman kanak-kanak yg baru je aku tinggalkan tak lame dulu. Lebih kurang setahun lebih la aku tinggalkan zaman kanak-kanak. Sekarang aku di zaman post kanak-kanak atau sulcus tenagehood centralis (lalala~).
Time kasih kepade youtube dan para uploader, aku tak lagi kempunan nak tengok citer pawe renjes. Dulu suke le tgk pawe renjes siap hapal lagi watak-wataknye. Jason is red, Adam is black, Billy is blue, Kimbilly, Tanya, Tommy dsb. Pastu hapal plak kesemue name series pawe renjes. Dari mighty morphy, zeo, turbo, space, lost galaxy dan byk lagi. Yang terbaru adalah siri pawe renjes jungle fury rasenye. Tiap-tiap siri ade theme tersendiri. Bertemakan kadet polis, time-traveling, hutan, dinosour, ninja dsb..
Yang paling aku tunggu-tunggu setiap kali citer adalah waktu power renjes tu tgh bertukar, dari org bese menjadi pawe renjes, lengkap bersuit dan bersenjatenye. Itu dulu...yerla, budak kecik. Sume mende nampak macam cool jer. Tapi bile tgk balik sekarang...semuenye nampak lucu dan pelik jer.
Pelik 1: Setiap kali kene fire, letupan akan berlaku di belakang tapi orangnye akan melompat dan menjerit kesakitan seolah-olah seluruh dunie sedang meletup.
Pelik 2 : Bile first time jadi pawe renjes, kesemue ahli akan berdiri sebaris dan letupan akan berlaku di belakang disertai music yg sungguh patriotik. Ape bezenye dgn "Pelik 1"? Meletup jugak tp knp x tercampak?
Pelik 3 : Setelah ditiming, seorang renjer memerlukan atleast 4 saat utk transform, dan kurang lebih 20 saat utk transformasi 5 orang. Kalau aku jadi monster, seyesly aku akan attack semue time tu.
Pelik 4 : Helmet pawe renjes merah besenye paling cool antare semue renjers
Pelik 5 : Robot lawan ngan raksase kat tgh bandar, tp x penah ade sape2 buat laporan yg rumah die kene pijak.
Pelik 6 : Pukul tak kene, tapi gaye sakit mengalahkan org kene gilis lori.
Pelik 7 : Perlu ke menari-nari dulu sebelum berlawan pastu menjerit "fast as lighting, yellow renjer" atau menyebut name senjate yg bakal digunekan "mystical sword! hiyaah"?
Pelik 8 : Setiap kali nak lawan, mesti dorang kene lawan dgn minion yg ramai yg kuar ntah dari mane. Kadang-kadang kuar dari celah pokok, bawah tanah, blkg batu dsb.
Pelik 9 : Pade awalnye, orang tu hanye high school studen bese je. Tapi bile jadi pawe renjes, serte mete die tau karate, tea kwon do dan seni mempertahankan diri yg lain. Serte pandai buat stunt sprt somersault, lompat bintang dan lari dalam guni.
Pelik 10: Sudah terang lagi bersuluh. Villian tu dah berkali-kali kate, "prepare to face the power of evil" mahupon "darkness shall never be defeated". Nampak sgt jahat. Dah tu, takkan polis tak wat apape?
Pelik 11: Kenape nak pure-pure terkejut bile monster tu tibe-tibe jadi besar? Bukankah mereke tau yg mereke ade robot dan dah byk kali gune mase episod2 sebelumnye?
Aku dah detect lebih dari 40 kepelikan waktu menonton pawe renjes, dan kalau ikotkan ati nak je aku listkan kesemuenye. But sebenarnye, bkn itu pointnye. Penerbit pawe renjes tak pernah terbitkan citer tu utk org detect kepelikannya. Sebaliknye hanye untuk menghiburkan hati kanak-kanak. Budak kecik kan senang teruje bile tgk aksi-aksi cool mcmtu. Nak pulak bile costume dorang warne-warne, lagi la
So, itu la die. Walau ape pon yg terjadi, aku tak pernah benci mahupon annoyed dgn pawe renjes. Biar pon mereke tak wujud utk menyelamatkan dunie dari kejahatan nyata, namun mereke mengajar kite tentang satu perkare. Kejahatan tidak akan selamanya bertakhta di muka bumi biarpon yang nyata mahupon yang tersembunyi. Suatu hari nanti sinar kebahagiaan dan cahaya kebenaran akan muncul jua dan mengalahkan kuasa kegelapan. Dengan kuasa bulan, akan menghukummu!!! (eh..ni citer lain)
Tentang
pengalaman,
semangat
Thursday, March 18, 2010
Itukah Kesudahannya?
Kelas masih belum start sebab cuti masih belum tamat. Keadaannye same macam aku kt rumah dulu, cumenye di sini tak ade adek-adek aku, takde parent aku, just ade kawan-kawan je. Boring tetap boring. So, most of the time aku habiskan dengan buat kerje-kerje tak berpekdah macam bace manga ni ha. Abes sume manga kat website onemanga.com tu aku geledah, cari manga-manga yang best untuk aku follow. But then terlintas plak kat kepale aku tentang suatu manga ni..yang dah lame aku follow, tapi aku tak penah bace ending die "Doraemon".
Aku tau yang doraemon ni bukanlah manga yang baru. Dah lame gile dah citer ni, kalo tak salah since aku lom lahir lagi. Kartunis die, Fuji. F. Fujiko memang berkepale futuristik, idea die memang out of the world. Even kebanyakan dari gadget doreamon tu macam pelik dan nampak mustahil, tapi die mengajar kite tentang banyak perkare sebenarnye. Ade di antare episod-episod yang diisu-kan memaparkan tentang pemanasan global, species terancam serte pencemaran. Dari cerite ni jugak pembace sedikit sebanyak dapat mempelajari tentang kepentingan menghargai masa, mempelajari sejarah dan ilmu-ilmu sains. Kan bagus kalau aku ade sume komik doreamon ni dalam almari umah aku tu.
Bagaimanapun, setiap permulaan pasti ade penamatnya. Kesudahan cerite doraemon ni sebenarnye mengundang byk kontroversi sebab ade macam-macam versi kesudahan. Namun, ade satu versi ni betul-betul membuatkan aku terharu dan menitiskan air mate.
Kisahnya...kuasa bateri doraemon akhirnya kehabisan dan nobita diberi pilihan sama ada menggantikan bateri tersebut tetapi mengakibatkan doraemon kehilangan memorinya, atau menunggu teknologi robotik berkembang suatu hari nanti bagi menghidupkan semula robot tersebut. Selepas daripada itu, segala hubungan antara dunia nobita dan dunia masa hadapan telah terputus. Nobita tidak lagi mampu menggunakan alatan futuristik, tidak lagi mampu menggunakan mesin masa dan yang paling penting, nobita telah kehilangan sahabat karibnya. Sejak hari itu nobita telah berubah dan bersumpah untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadi jurutera robotik. Pada masa hadapannya, diceritakan bahwa Jepun telah menjadi sebuah Republik dan Dekisugi menjadi presidennya. Nobita pula telah mengahwini Sizuka dan berjaya menjadi pakar dalam bidang robotik. Episod ini berkesudahan dengan kejayaan nobita menghidupkan semula doraemon yang sudah berhenti berfungsi selama 35 tahun..
Episod akhir ini membuatkan aku terfikir panjang. Di awal kemunculan doraemon, dinyatakan bahwa doraemon dihantar ke masa lampau oleh generasi nobita sendiri. Namun, yang menjadi tanda tanya adalah, apakah doraemon yang sama (yang dihidupkan semula) yang dihantar? Atau doraemon yang lain? Akhirnye lepas membace balik episod satu dan membandingkan dengan episod akhir yang tak official tu, aku mendapat sebuah kesimpulan. Sebenarnye tiada siapa yang tahu siapa pencipta doraemon. Doraemon diciptakan pada zaman yang lebih hadapan berbanding zaman di mana ia dihidupkan kembali oleh nobita. Maknanya, pada zaman nobita hidup (sampai la die mati), masih belum ada kilang mencipta robot kucing. Kilang itu hanya ada pada zaman cucu cicit nobita..
Aku agak kagum dengan idea penulis episod akhir tu. Dinyatakan bahwa nobita telah mengubah dunia dan mencipta suatu sejarah baru. Dia merupakan pengasas kepada penciptaan teknologi masa hadapan sehinggakan dia menjadi prioriti utama dunia. Satu mesej tiba dari masa hadapan dan memerintahkan dunia agar melindunginya bagi mengelakkan perubahan sejarah. Macam citer terminator la plak. See, selame ni watak nobita tu kite kenali sebagai si bodoh, lembab dsb, namun at the end..ternyata semuanya tidak benar. Penulis cuba menyampaikan mesej bahwa setiap orang boleh berubah. Sekiranya kita gagal pada hari ini, bukan bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Setiap tindakan yang kita lakukan hari ini mampu memberi impak yang sangat besar pada masa hadapan kita, dan mungkin juga pada masa hadapan dunia. Sama ada dunia akan terus maju atau akan mundur, semuanya terletak pada usaha kita.. (Dan ketentuan Allah. Tapi unsur agame takde la dimasukkan dlm citer ni.)
Aku tak rase ade yang berminat nak amek tau pasal ni, so entah kenape aku susah payah terangkan semue ni. Tapi ape aku kesah, ni blog aku. Sukati la aku nak terang pasal ape pon. Saye ade hak! Anyway, i really hates ending. Tak kire la macamane sekali pon, happy ending or not, aku tetap tak suke..
661
Saturday, January 9, 2010
Tenangkan Dirimu
Ape ni! Ape ni!!!?Sebelum aku sampai sini, macam-macam citer tak best aku dengar. Kisah buluh runcing la, ganyang la, birokrasi yg teruk la, gempe la dan byk lagi. Seyesly aku merase ragu dan sangsi mengenangkan berite sedemikian. Risau, takut, cuak dan segale perasaan lain bercampur aduk di sanubari ini. Maklum le, aku bkn belajar kt tempat sendiri, aku merantau di tempat orang. Bagaimane agaknye nasib aku? Adakah aku akan dianaktirikan? Mereke tak kasi aku makan ke nanti? Diskriminasi? Adakah aku akan kene kejar dengan anjing dorang? Aku tak tahu..dan aku risau sangat-sangat. Namun, setelah hampir empat bulan di sini, persepsi aku berubah seratus lapan puluh darjah. Aku menghormati mereke, dan mereke menghormati aku. Mereke juge manusia biasa. Masakan mereke akan mengamuk kt aku tak tentu pasal hanye karena aku bukan dari kalangan mereke. Yang penting adalah, aku memulakan dahulu. Jike orang senyum kat kite, jike orang melayan kite dgn baik..apakah kita akan membaling kepale mereke dengan batu tele atau cucuk2 pusat dorang gune buluh? Semestinya tidak, kan. So, pokoknye, tiada apa yg aku risaukan. Risauku tidak bertempat..
Walaupon aku selese di sini, hati aku tidak selese mengenangkan ape yg terjadi di Tanah Air Tercinta. Negare kite telah pon merdeka lebih setengah abad yg lalu. Pernah kite bayangkan bagaimana susahnya tokoh2 dahulu kala memperjuangkan nasib negare kecik ni?? Pernah tak kite rase bagaimana payahnye mereke menuntut kemerdekaan? Hendak ke London, tiada berduit. Namun berkat kerjasama serta semangat ingin merdeka yang membara, segala harta SANGGUP DIKORBANKAN demi membiayai perjalanan menuntut kemerdekaan ini. Untuk siapa kemerdekaan ini? Untuk merekakah? Tidak, karena mereke dah tue, ape lagi yg mereke ade. Jadi untuk siapa? UNTUK KITA!!! Kerananya kita lahir dengan selesa. Kerananya kita membesar dengan sempurna. Kerananya kita berjaya mencapai apa yang kita citakan.
Sejujurnya aku kecewa dan amat terkilan dengan ape yang berlaku. Apakah kita lupa pada peristiwa 13 Mei dahulu? Sentimen perkauman dimainkan tanpa adanya rasa bersalah. Sungguh lancang kata-kata dan tindakan mu. Entah berapa ramai terbunuh dan berapa banyak nyawa terkorban. Yang tidak bersalah menjadi mangsa, yang tidak berdosa mati sia-sia.Menyentuh isu nama Allah ini, aku rase hairan sekali. Kenapa tibe2 je nak gunekan dalam agame mereke? Dulu takde pon kecoh2, kenape sekarang? Ape niat mereke? ......jika tiada angin, masakan pohon bergoyang. Tambah menghairankan lagi, kenape ade jugak insan dari kalangan kite yang bersetuju untuk membenarkannya?..
Wahai pembaca yang budiman,
Bayangkan sekiranya nama Allah itu dibenarkan utk diguna pada agama lain, apa akan terjadi? Mungkinkah kalimat tersebut akan digunekan utk menghiasi rumah ibadat agama lain? Mungkinkah kalimat tersebut akan diletakkan di tengah2 cross, dan cross itu dipakai kemana-mana, even ke tandas, disko, kelab dangdut dsb? Mungkinkah kalimat itu akan diletakkan di dada figure insan yang digantung di atas cross itu? Kita tidak tahu. Yang pasti semua ini tidak mustahil terjadi. Dan sekiranya itu terjadi, tanya semula diri kita, di mana maruah kita? Di mana maruah agama kita?
Sensetif bukan isu ini? Yer, amat sensitif. Seperti juga isu perkauman, isu keagamaan ini ibarat minyak tanah atau minyak petrol. Hanya dengan sedikit percikan api, nescaya membaralah ia membakar apa yg ada. Namun api tidak boleh dibalas dengan api. Hanya insan yang bodoh sahaja yg akan cuba memadamkan api dengan menambahkan api. Perbuatan membakar atau menghancurkan rumah ibadat agama lain sama sekali tidak masuk akal dan boleh dikatogerikan sebagai aktiviti yang bodoh serta tidak bermaruah sama sekali. Tidak dinafikan, memang kite terase dengan isu sebegini. Namun bukan begitu carenye utk kite menyelesaikan masalah. Bagaimana orang nak menghormati kita jika kepercayaan mereka terlebih dahulu kita raguti? Adakah kita menyangka mereka akan berdiam diri, duduk membatu dan mengunci mulut sahaja apabila rumah ibadat mereka kita hancurkan? Tidak! Seperti juga kita, mereka juga bermaruah dan berperasaan..Itulah apa yang terjadi. Kesal, aku kesal sekali. Aku di sini untuk kalian. Bila aku sudah berjaya, aku akan pulang kepada kalian. Berkhidmat utk kalian adalah suatu penghormatan buat diri ku. Oleh itu, jagalah perasaan aku, jagalah Tanah Air kita. Seandainya suatu hari nanti Tanah tersebut retak dan hancur angkara kerakusan serta amarah kalian yg tidak terkawal...jangan salahkan aku jika aku tetap di sini..

676
Tentang
masyarakat,
patriotik,
semangat,
serius
Friday, January 8, 2010
Entry Tergendala
Oh rumah baru. Dah lame aku nak menyuare hasrat di hati untuk pindah rumah. Melihat teman2 yang bisa berjalan kaki ke kampus, aku sedikit cemburu. Aku tiap2 hari bersabung nyawe nak ke kuliah. Dengan sepeda yang aku beli di kedai pakcik Papua (nickname yg aku reke sendiri utk org kedai tu), aku pon mengayuh dengan penuh rase keikhlasan. Even adekalenye hujan, ade masenye banjir..aku tetap ke kelas. Di sepanjang perjalanan aku menempuh jalan2 yang berliku, asap menyesakkan dada, lubang2 berlopak, bau-bauan dari pusat pelupusan mini dan banyak lagi. Namun aku tak kesah semue tu. Semuenye aku lakukan bukan untuk kepentingan diri aku je tetapi untuk "mereke" juga. Alhamdulillah, dan terime kasih wahai pembayar2 cukai yang menyaport kehidupan aku di sini. Jasa kalian amat aku hargai. Aku janji akan belajar sungguh2 dan bekerje di Tanah Air bagi membalas jase kalian.
Berbalik pade rumah baru. Hasrat utk pindah ini dikuatkan dengan banyak lagi faktor lain selain faktor di atas ini. Jarak rumah aku sekarang dgn kampus boleh tahan la jauhnyer. Walaupon bersepeda, still memakan mase jugak utk sampai. Faktor lain adalah jauh dari teman2 seperjuangan. Agak berpeluh jugak la kalo ade majlis apape, biar pon rasmi atau tak rasmi. DAN ade satu lagi faktor yg aku rasekan merupekan faktor terbesar yang mendorong kuat terjadinye penghijrahan ini. MASJID yang jauh... Memang tak dinafikan, masjid dan rumah aku agak jauh. Jiwe terase kosong. Ade kalanya bile terdengarnye laungan azan yang antara dengar atau tidak, hati aku terase sayu. Aku rindu suasana di rumah atau di kolej lame aku yaitu bile masuknye waktu, pasti akan kedengaran azan bersahut-sahutan..Bagaimane pon segale-galenye bakal berakhir tak lame lagi. Usehe mencari rumah telah berakhir setelah menemui sebuah yang memenuhi semue spesifikasi yg dikehendaki. Dekat dgn masjid (selang 3,4 rumah je), dekat dengan teman2, dekat dengan kampus, dekat dgn pecel way seputih, dekat dgn KLV serte mempunyai bilangan bilik yang cukup utk aku dan kawan2 aku. Alhamdulillah~
Kuliah aku ini adekalenye memeningkan kepale. Namun ini la jalan yang aku pilih. Pernah sekali tu seorang dosen menyatekan bahwa kebijakan atau kekurangan kemampuan berfikir seseorang itu tergantung pade junction cell dlm kepalenye. Maknenye kalo banyak mende tu, bijak la die, mudah la die nak mengingat, mudah la die nak score..dan begitu la sebaliknye. Bagaimane pon ade satu ayat dari dosen tersebut yang men-desing-kan telinge aku. "jike pencapaiannya kurang disebabkan kekurangan junction cell tu, make tak boleh buat ape la"...(ayat diolah demi kepentingan bersame). Aku sememangnye tak setuju. Even kalo benar ade kaitan antare junction cell tu dgn kebijakan seseorang, namun aku tetap menolak utk menerime pandangan tersebut. Bagi aku, usaha kite la yang menentukan semuanya karena Allah itu Maha Adil. Aku lebih menyanjung insan bodoh yang menggunung usahanya dlm memajukan diri daripada si bijak yang malas berusaha, yang hanya bergoyang kaki, mengekspoitasi serta memanipulasi insan lain.. Gagal setelah berusaha itu lebih baik dari kejayaan yg dicapai dengan penipuan dsb..
565
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)