Showing posts with label minat. Show all posts
Showing posts with label minat. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

Bertukar!


Morphing untuk power rangers yang keenam selalunya lebih awesome dari morphing power rangers lain. Sixth ranger merujuk kepada Ranger istimewa yang muncul pada pertengahan siri power rangers. Misalnya kalau siri mighty morphin power rangers, sixth ranger-nya adalah green ranger atau white ranger. Kalau dalam power rangers wild force, Lunar Wolf merupakan sixth ranger-nya.

Setiap siri Power Rangers ada tema-temanya yang tersendiri, seperti ninja (kerana PR asalnya dari Jepun), elemen alam, haiwan purba, haiwan hutan, kereta lumba dsb.

Dan biasanya sixth ranger dari mana-mana siri akan memiliki nama-nama atau theme yang cool (bagi aku la). Misalnya Solaris Knight dari PR Mystic Force, bertemakan matahari. Atau Mercury Ranger dari PR Operation Overdrive, bertemakan mercury which is logam berat, n which is jugak.. cool kot haha. Lainnya adalah.. Drago Ranger, Rhino Ranger, Gold & Silver Ranger, Shadow Ranger, Quantum Ranger dan banyak lagi la! *excited gila*

Bagaimanapun, bukan semua siri PR menarik untuk ditonton. Kebanyakannya sangat tipikal, lawan-raksasa kalah-jadi gergasi-panggil robot-lawan-menang. Tapi ada juga siri yang betul-betul berbaloi untuk ditonton. Salah satunya Power Rangers RPM. Sangat lain, plot ceritanya tidak setipikal siri lain, dan tampak matang.

Yang lainnya adalah Power Rangers Time Force.. aku suka temanya. Time Travel! haha. Penjahat dari masa hadapan melarikan diri ke masa lampau lalu dikejar oleh polis yang juga Power Ranger. Namun ceritanya agak simple.. walaupun mereka berlawan di masa lampau, butterfly effect dan time paradox tidak terjadi. Too bad. Tapi kira ok la, kang kalau dia betul-betul buat cerita macamtu, pening pulak kepala budak kecik. Silap-silap nangis sebab berat sangat jalan ceritanya.

Kenapa la aku suka sangat power ranges ni.. tak tau la saye~




Aku sudah 22 20. Tak lama lagi nak kawen (haha). 
Dan aku masih meminati power rangers.. hmm..

...aku rasa tak ada masalah kot huhu

Saturday, November 5, 2011

Kembara Masa


Pengembaraan merentasi masa adalah sesuatu perkara yang sangat-sangat membuatkan aku tertanya-tanya, excited, kehairanan, pening kepala dll. Pendek kata, berfikir mengenai time travel sahaja sudah cukup membuat aku blank. Adakalanya berjam-jam lamanya sampaikan terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Masa adalah suatu elemen alam. Suatu misteri. Jangan cuba bermain-main dengan masa. Hanya Tuhan sahaja yang berkuasa ke atas masa.

Betul, manusia semakin hari semakin bijak, semua benda nak diciptanya. Dan aku yakin, ada di antara para saintis dan ilmuwan.. sedang cuba mencipta mesin masa sekarang ni. Ya, usaha itu sudah dimulai sejak berkurun lamanya. Tapi aku boleh pastikan, dan aku yakin seyakinnya.. tiada manusia yang mampu mencipta the thing that they called.. TIME MACHINE.

Kenapa tidak? Of course la ada perkara yang kita regret dalam hidup ni. Kadang-kadang kita selalu je tersyasyul.. "kalau la dulu aku aku berani jumpa ayah dia, mesti sekarang aku dah kawen dengan dia", "kalau aku tau dia ada adik cun, mesti aku dah baik-baik dengan dia", "patutnya aku tolong dia masa dia jatuh hari tu, baru la dia suka kat aku".. kan? Mesti ada yang pernah terlintas perkataan "kalau" tu..

Well, semua yang terjadi tu adalah ditakdirkan terjadi. No kalau-kalau. Kau fail exam lepas tu kena hantar ke tempat lain, itu takdir kau. Boleh je kau nak regret "kalau la aku tak belajar betul-betul dulu", tapi apa pointnya? Kau tak akan ubah apa-apa, kan? Sekalipun kau belajar betul-betul, kalau dah memang takdir kau fail, maka kau fail. "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya". Yer, aku tau ayat tu. Tapi pada aku, ayat ini memberi pengajaran agar kita berbuat sesuatu sekarang agar kita tidak menyesal di kelak hari, bukannya untuk kita menyesali takdir kita sekarang akibat dari apa yang kita lakukan. Those things were meant to be! Fullstop!

Tu satu.. perkaitan antara masa dan takdir.


Tapi.. macamana kalau.. just kalau je la, just imagination je la, tak mungkin terjadi pon.. Macam mana kalau.. time machine betul-betul wujud dan berfungsi? Macam cerita Doraemon, Back To The Future, atau The Butterfly Effect. Apa akan terjadi then? Well, aku suka dengan teori Time Paradox..

Mudah je nak faham, tapi kau boleh pusing kepala kalau kau fikir banyak sangat.


Kau pergi ke masa dahulu, dan terbunuh atuk kau sebelum dia kahwin. Apa akan jadi? From that point of time, segalanya akan berubah. Ayah atau mak kau tak akan lahir. Dan kau juga tidak akan wujud. Jadi adakah kau akan hilang? Teorinya macam tu la kan..

Ok, kita sambung lagi. Bila kau tak wujud, maknanya kau tak akan time traveling ke masa lampau. Kau tak akan bunuh atuk kau dan ayah/mak kau akan lahir. Dari situ kau akan lahir. Kau ada la maknanya.

Bila fikir lagi.. disebabkan kau ada, kau yang ada itu akan time travel dan membunuh atuk kau dan the cycle continues. So, secara teorinya, kau akan ada atau tidak?

Satu lagi teori adalah Butterfly Effect. Kalau rajin, tengok la movie The Butterfly Effect. Bagus movie tu. Buat aku sakit kepale sebab pikir dalam sangat. T.T

update:
Pengembaraan masa juga boleh menyebabkan kecelaruan identiti. Macam dalam cerita terminator. Pada tahun 2029, John Connor telah menghantar Kyle Reese ke masa lampau, tahun 1984 bagi menyelamatkan emaknya, Sarah Connor dari dibunuh terminator. Dengan tidak semena-mena, Kyle Reese telah memberanakkan Sarah Connor. Anak yang lahir itu adalah John Connor. So, technically.. John adalah anak kepada seseorang yang masih belum lahir. Dan bila John dewasa, die perlu mencari semula bapaknya untuk dihantar ke masa lampau bagi memberanakkan ibunya. Kalau tak, dia tak wujud. Dia tiada pilihan. Dia perlu memastikan dirinya lahir agar dia boleh terus wujud.

Itu masih meningan. Bagaimana kalau John sendiri yang pergi ke masa lalu dan memberanakkan Sarah. Anak yang lahir itu adalah John. Maknanya, John adalah ayah kepada John! =.="

Celaru sungguh..


Time travel bermaksud kau boleh pergi dan balik dengan bebasnya ke mana-mana waktu yang kau nak. Ini berlainan dengan teori relativiti masa dengan kecepatan yang Einstein bagi tau. Kata Einstein, bila kau bergerak lebih pantas dari kelajuan cahaya (macam dalam cerita Smallville), ketika itu pertumbuhan kau akan menjadi lebih lambat dari orang sekeliling. Maksudnya, jika kau menaiki kapal angkasa cahaya pada usia 20 tahun, kelajuan pertambahan usia kau akan menjadi lebih lambat berbanding adik kau. Mungkin setengah kali lambat, 3x,4x, bahkan mungkin 10x lebih lambat. So, berdasarkan teori Einstein, bila kau balik dari angkasa, adik kau akan jauh lebih tua bahkan seusia datuk, sedangkan perjalanan kau, baru seminggu.

Jadi, seolah-olah kau mengembara ke masa depan la. Tapi itu bukan time travel, sebab kau hanya boleh pergi ke depan. Tak boleh nak ke masa lampau. Tapi semua ni teori je.

Walaubagaimana pun, percayalah.. tak kira apa yang mereka usahakan.. mereka tak akan mampu cipta Time Machine. Allah dah bagitau mengenai masa. Ada surah khusus.. Demi Masa. Membuktikan bahwa betapa pentingnya masa.. Tak boleh nak dibuat gurau-gurau. Atau dimain-mainkan. Apatah lagi nak dikawal sesuka hati..

Wednesday, September 8, 2010

Rumah Dan Air Mata

Aku main letak je apape tajuk, janji ade tajuk

Dah lebih seminggu aku di rumah tapi rasa macam baru beberapa minit. Baru 7,8 jam aku berhenti merenung laptop aku tapi terasa macam dah bertahun-tahun lamanya. Dua peristiwa yang kontradik melibatkan waktu dan persepsi.

Ok, aku merepek.

Kebosanan menyebabkan aku kembali semula melakukan hobi yang dah lama aku tinggalkan. Membaca.. Aku tak suke (aku da malas nak tulis dlm base baku da) bace sebenarnye. Tapi since bile ntah, aku minat dgn novel. Macamane pon aku tak bace novel-novel jiwang walaupon ade org penah kate aku mat bunge. Ish3, mintak dijauhkan la..

Aku bace tulisan Ramlee Awang Murshid since unsur yang diketengahkan dlm karyanya adalah misteri, thriller, psiko dll, bukannye cinte.

Baru-baru ni aku beli due lagi novel beliau, ADAM dan Cinta Sufi untuk memenuhkan rak buku aku. Mesti korang bosan bile ade orang citer pasal novel, kan? Lantak korang la..

*****



Semalam ayah aku kasi aku beberape keping not 50 ringgit dengan pesanan, "pegi beli baju raye". Nak je aku simpan duit tu, mane tau nanti-nanti boleh buat belanje kawen ke. Tapi sebab ayah aku dah pesan beli baju raye, terpakse la aku bershopping jugak walaupon aku tak suke.

Mase aku jejak je kaki kt tanah air, tempat pertame aku dibawa adalah.. kedai baju! Aku dengan berat hati follow je la. Ade jugak ayah aku offer, "kalo nak beli baju, pilih la sekali" tapi aku degil, tak dengar cakap. So aku tak pilih baju sebab aku pening. Aku pon hairan kenape aku tak suke shopping..

Tengah-tengah bershopping tu tetibe mak aku merungut, "mak pening la. mak bukan suke sangat shopping ni, ayah kau je.."

Sekarang aku tau kenape aku tak suke shopping..

*****



Ntah macamane boleh pulak tergerak hati nak kemas bilik aku yang mmg sejak azali lagi bersih berkilau ni. Rupenye aku ade satu habit yang tak best yaitu suke menyimpan segale macam sampah sarap..

Maybe bunyi sampah sarap tu agak kurang ajar, so aku tukar. Aku suke menyimpan barang-barang lame yang dah x dipakai langsung yang dah mencapai tahap "boleh dibuang atau dibakar".

Dari tali kasut yang tinggal sebelah sehinggalah ke printer lame yang memang tiada harapan sembuh, semuenye ade dalam bilik aku. Sepatutnye dah lame aku singkirkan tapi disebabkan dalam hati ade perasaan "mende-mende ni boleh dijadikan kenangan di hari tua".. so aku tak buang. 

*****



Dan kenape aku ade habit suke membeli buku tapi x bace buku tu?
Serte suke mengumpul tali leher walaupun tahu aku takkan pakai?
Mendownload movie-movie sehingga hdd aku penuh tp akhirnya aku delete semue tu tanpa menontonnya terlebih dahulu..

*****

Aku dah tiade reason untuk merenung laptop. Mungkin aku akan gunekan mase lapang yang ade ni untuk habiskan bace sume buku-buku yang aku beli dulu kot. Antaranya, 55 Silap Mata Mudah, Perlembagaan Persekutuan - berserta index, Discovery Chanel Magazine, National Geographic, 13 Mei: Sebelum dan Selepas serta Undang-Undang Keluarga Islam: Aturan Perkahwinan..

Atau mungkin aku akan habiskan mase memfoto segale mende yang boleh difoto dengan monte aku ni. Sile ke album gambar aku. Aku tak update sebulan dan takde ape yg best pon gamba-gamba tu..

Thursday, March 18, 2010

Itukah Kesudahannya?

Kelas masih belum start sebab cuti masih belum tamat. Keadaannye same macam aku kt rumah dulu, cumenye di sini tak ade adek-adek aku, takde parent aku, just ade kawan-kawan je. Boring tetap boring. So, most of the time aku habiskan dengan buat kerje-kerje tak berpekdah macam bace manga ni ha. Abes sume manga kat website onemanga.com tu aku geledah, cari manga-manga yang best untuk aku follow. But then terlintas plak kat kepale aku tentang suatu manga ni..yang dah lame aku follow, tapi aku tak penah bace ending die "Doraemon".

Aku tau yang doraemon ni bukanlah manga yang baru. Dah lame gile dah citer ni, kalo tak salah since aku lom lahir lagi. Kartunis die, Fuji. F. Fujiko memang berkepale futuristik, idea die memang out of the world. Even kebanyakan dari gadget doreamon tu macam pelik dan nampak mustahil, tapi die mengajar kite tentang banyak perkare sebenarnye. Ade di antare episod-episod yang diisu-kan memaparkan tentang pemanasan global, species terancam serte pencemaran. Dari cerite ni jugak pembace sedikit sebanyak dapat mempelajari tentang kepentingan menghargai masa, mempelajari sejarah dan ilmu-ilmu sains. Kan bagus kalau aku ade sume komik doreamon ni dalam almari umah aku tu.

Bagaimanapun, setiap permulaan pasti ade penamatnya. Kesudahan cerite doraemon ni sebenarnye mengundang byk kontroversi sebab ade macam-macam versi kesudahan. Namun, ade satu versi ni betul-betul membuatkan aku terharu dan menitiskan air mate.

Kisahnya...kuasa bateri doraemon akhirnya kehabisan dan nobita diberi pilihan sama ada menggantikan bateri tersebut tetapi mengakibatkan doraemon kehilangan memorinya, atau menunggu teknologi robotik berkembang suatu hari nanti bagi menghidupkan semula robot tersebut. Selepas daripada itu, segala hubungan antara dunia nobita dan dunia masa hadapan telah terputus. Nobita tidak lagi mampu menggunakan alatan futuristik, tidak lagi mampu menggunakan mesin masa dan yang paling penting, nobita telah kehilangan sahabat karibnya. Sejak hari itu nobita telah berubah dan bersumpah untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadi jurutera robotik. Pada masa hadapannya, diceritakan bahwa Jepun telah menjadi sebuah Republik dan Dekisugi menjadi presidennya. Nobita pula telah mengahwini Sizuka dan berjaya menjadi pakar dalam bidang robotik. Episod ini berkesudahan dengan kejayaan nobita  menghidupkan semula doraemon yang sudah berhenti berfungsi selama 35 tahun..

Episod akhir ini membuatkan aku terfikir panjang. Di awal kemunculan doraemon, dinyatakan bahwa doraemon dihantar ke masa lampau oleh generasi nobita sendiri. Namun, yang menjadi tanda tanya adalah, apakah doraemon yang sama (yang dihidupkan semula) yang dihantar? Atau doraemon yang lain? Akhirnye lepas membace balik episod satu dan membandingkan dengan episod akhir yang tak official tu, aku mendapat sebuah kesimpulan. Sebenarnye tiada siapa yang tahu siapa pencipta doraemon. Doraemon diciptakan pada zaman yang lebih hadapan berbanding zaman di mana ia dihidupkan kembali oleh nobita. Maknanya, pada zaman nobita hidup (sampai la die mati), masih belum ada kilang mencipta robot kucing. Kilang itu hanya ada pada zaman cucu cicit nobita..

Aku agak kagum dengan idea penulis episod akhir tu. Dinyatakan bahwa nobita telah mengubah dunia dan mencipta suatu sejarah baru. Dia merupakan pengasas kepada penciptaan teknologi masa hadapan sehinggakan dia menjadi prioriti utama dunia. Satu mesej tiba dari masa hadapan dan memerintahkan dunia agar melindunginya bagi mengelakkan perubahan sejarah. Macam citer terminator la plak. See, selame ni watak nobita tu kite kenali sebagai si bodoh, lembab dsb, namun at the end..ternyata semuanya tidak benar. Penulis cuba menyampaikan mesej bahwa setiap orang boleh berubah. Sekiranya kita gagal pada hari ini, bukan bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Setiap tindakan yang kita lakukan hari ini mampu memberi impak yang sangat besar pada masa hadapan kita, dan mungkin juga pada masa hadapan dunia. Sama ada dunia akan terus maju atau akan mundur, semuanya terletak pada usaha kita.. (Dan ketentuan Allah. Tapi unsur agame takde la dimasukkan dlm citer ni.)


Aku tak rase ade yang berminat nak amek tau pasal ni, so entah kenape aku susah payah terangkan semue ni. Tapi ape aku kesah, ni blog aku. Sukati la aku nak terang pasal ape pon. Saye ade hak! Anyway, i really hates ending. Tak kire la macamane sekali pon, happy ending or not, aku tetap tak suke..
661

Thursday, August 13, 2009

'T' Untuk Televisyen

Sejak pertengahan tahun 2007, minatku pade rancangan2 tempatan di kace tv kian pudar. Aku tak lagi se-excited dulu dgn drama2 yg bersiaran. Dulu kalau Isnin malam tu, ade citer Gerak Khas. Memang satu famili aku suke tgk AC Mizal ngan Abby tu berlakon. Mase aku darjah 3-4 sitkom senario memang tak pernah mengeringkan gusi aku, terbahak2 jugak le ketawe. Sebelum tu lg ade rancangan2 berkonsepkan kependekaran, dgn pelakon2nye yg bersilat, latar belakang kampung dan sebagainye, sumenye betol2 menyeronokkan. Tapi tu dulu la. Dengan arus pembangunan yg semakin hari semakin deras, idea dan konsep2 sebegitu tak bertempat di hati aku. Aku mule rase boring sejak tamat sekolah dulu. Mule dari saat tu, aku tak pernah lagi rase seronok atau teruje nak lari2 ke depan tv bile suatu2 rancangan bersiaran.

Pernah jugak aku minat balik pade rancangan kt tv tu, slot Samarinda, citer Kaizer yg berlagu temakan Mahakarya Cinta nyanyian Faizal Tahir. Agak follow jugak la, tp tu pon x brape minat sgt. Seingat aku, tu jer la kot. Umah aku takde Astro, yg ade hanyelah RTM Teman Setia Anda, tv3 Inspirasi Hidupku, ntv7 Your Feel Good Chanel dan tv9 Dekat Di hati. Biasenye yg selalu aku on, atau lebih tepat yg 24jam bersiaran kt tv aku tu, tv3 lah. Sebab channel tu je yg paling clear. Walaupon aku x ikut cerite2 die, tp aku xde la bengap sgt kalo ditanye apape. Still lg aku boleh bercerite ttg slot2 yg ditayangkan. Ade samarinda, seram, aksi, akasia, lestary, sinetron, panggung sabtu dan sebagainye.

Kebanyakan dari slot2 ni, slot sinetron la yg plg aku nyampah. Citer2 dari seberang yg langsung tak mempunyai apape msg bagi aku. Kebanyakan wataknye da boleh agak dah yg mane baik, mane jahat. Yang jahat biasenye sgt kaye, dgn raut wajah yg sangat meluat bile dipandang. Yang baik pulak biasenye selalu ditimpe kecelakaan, cantik, innocent dan kadang2 sgt miskin. Jalan citer pulak same je, yang jahat akan sentiase menganiaya yg baik. Mcm2 care die gune nak pedajal org tu, kdg2 care yg sgt tak matang atau kebudak2an turut digunepakai. Contohnye, baling lipas mase org tgh belajar. Lepas tu, dgn tak semene2 lipas tu dtg balik kt dorang dan mereke yg jahat ni pon menjerit jer tanpe sebarang tindakan susulan mcm melarikan diri atau membunuh lipas tu. Tak ke bodoh tu. Biar je lipas tu merayap kt atas badan. Aku rase dorang x normal la, kalo normal, bile kite takut atau geli pade lipas, secare reflexnye kite akan menepis lipas tu sebab terkejut, kan? Tak mcm citer ni. Aku bukan ape, pade mate aku, cerite2 yg dibuat sebenarnye mencerminkan diri sesebuah masyarakat. So, bile aku tgk citer yang memaparkan kebusukan hati, kebodohan masyarakat, kebengapan karekter mcm citer2 ni, aku pon terpikir jugak la, masyarakat kt seberang mcm ni ke?

Slot2 lain pulak tak de apape yg aku suke atau nyampah sebab biase la citer2 tempatan, kan. Kalau tak bertemakan dunia korporat (samarinda), mesti bertemakan kolej (dunia baru) mahupun kehidupan harian (impian illyana). Yang pasti tema utame utk kesemue citer2 ni adalah CINTA. Cinte, cinte, cinte..patut le budak2 skola skrg tak abes2 nak bercinte, khatan pon tak kering, ade hati nak bercinte. Sumenye tak lain tak bukan adalah kerane pengaruh tv. Cinte tu x salah sebenarnye, kalau dunie ni xde cinte takkan ade tempat yg selamat utk didiami. Mane taknye, kalo xde sape2 cintekan negare, mesti la negare ni senang nak dijajah, dikuasai dan dizalimi, right?

Okey3, mesti ade nak protes apape, kan? Yer, betol tu. Bukan sume pasal cinte, ade jugak slot2 yg cube mengetengahkan genre lain mcm seram dan teknologi. Bukan le aku tak suke citer2 seram ni dan dlm mase yg same, nak kate aku gemar pon tak jugak. Tapi agak2 le kalo nak wat cerite. Kesian budak2 tak dpt nak tido mlm. Maklum le, dlm citer tu ade kerande terbang la, pontianak melayang2, toyol berkeliaran dan mcm2 lagi la. Hantu2 berwajah hodoh dan buruk menyerang orang kampung yg balik dari surau, mengejar budak2 balik mengaji dsb. Jadi budak2 yg innocent ni mesti akan percaye adenye mende2 tu, dan akhirnye takut pade bayang2 sendiri. Bile tanye knp xnak gi ngaji, jawabnye "takut, nanti ade pontianak cekik". Hadooi, kite sepatutnye cube melahirkan generasi yg berani, cekal dan tabah menghadapi apa jua situasi, biar cemas mahupun puaka. Tapi ape yg berlaku adalah sebaliknye. Mungkin dgn rancangan2 mcmni generasi baru akan lebih mudah mengalah atau melatah jike ditimpe perkare aneh sebegitu. Mcmane nak pertahankan negare kalau terserempak bayang2 sendiri pon da pengsan.

Rancangan2 aksi pon kdg2 tak relevan. Ade pulak citer ttg remaje bermasalah ditayangkan. Yer, aku paham maksud penerbit. Die nak kasi pengajaran, jgn berlumbe, jgn merempit sebagainye. Tapi bagi aku, care dorang tak betol. Lebih banyak aksi2 lumbe dan rempit tu daripade citer kehidupan watak utame. Dan kebanyakannye dilakukan dgn pro dan penuh bergaye. Motor2 atau kerete yg digunekan plak sume kebykannye yg murah2 dan senang didapati. Kalau mcmni, lebih teruje le remaje2 senteng kt luar tu nak meniru. Woho pedas2...

Mcmane plak dgn slot2 pendek, maknenye yg bukan drama la macam Carekarama dan Panggung Sabtu? Yg ni aku rase neutral je. Kdg2 citer die best, kdg2 bese2 je dan ade kalenye rase mcm nak bakar je tv tu. Bukan salah tv atau salah sape2 sebenarnye, tp ni sume cite rase masing2 kan, mungkin aku tak suke, org lain barangkali suke. Pokok pangkalnye terletak kat diri kite sendiri. Producer tu pon manusie gak, tak mampu nak memuaskan hati semue.

Mesti ade yg bengang dgn citer aku, dan tak kurang jugak yg bersetuju. Ah, aku tak kesah! Macamane pon depa sume tau tak mcmane aku boleh tau sume mende2 ni even aku cakap aku tak suke? Sebabnye, aku tgk jugak sikit2 sebagai tande penghargaan. Sian dorang, penat2 buat citer. Walaupon aku nyampah kdg2, aku tak boikot brgn tempatan tau. Aku tak pernah pulau rancangan2 kt tv tu. Mmg aku akui, idea serte kebolehan producer tempatan tak setanding producer luar mcm producer Heroes, One Litre of Tears mahu pon Winter Sonata. Tp kalo bukan kite yg sokong dorang, sape lg? Kalau rakyat negare ni sendiri xnak appreciate, nak harap rakyat asing appreciate? huh, jauh sekali..

Uisy, panjang le pulak. Sebenarnye yg kat atas ni aku nak jadikan mukadimmah je. Fokus aku sebenarnye pade satu rancangan ni, yg tibe2 je menarik minat aku utk menonton tv. Tp xpela, aku malas nak padam.. nanti2 je la aku citer ttg rancangan yg satu ni. Setiap Jumaat, jam 9 malam. Apakah anda sanggup dikorbankan untuk cinta?





1067

Monday, August 10, 2009

Bila Tulisan Bersuara

Haa..da byk kali aku try, akhirnye dapat jugak aku peluang nak citer pasal novel ni. Kalau la korang dgr je word novel ni, especially sape2 yg ade buah halkum tu, mesti korang terpikir "ape kes bace novel, tak layan la jiwang2 ni". Dan jika anda ditakdirkan lahir sebagai insan yang lemah lembut, berkeupayaan menjadi kakak atau ibu, mesti anda akan terfikir, "erm, dah berpuluh novel aku bace, malas la nak bace entry ni" seperti biase, aku langsung tak kesah. Itu sume korang punye pasal, aku tak kuase nak layan haha.

Minat ni bermule mase sekolah menengah lagi. Kalau tak silap tingkatan 3 rasenyer. Senior aku ni, boleh kate jambu gak la, tp bukan lembu yer (sengaje aku tinggalkan T tu). Die ni ade byk gile koleksi buku2 novel dari pelbagai penulis. Kebanyakannye jiwang ler. Dah tiap2 hari aku dok tgk die bace, satu hari aku pon memberanikan diri utk mencoba. Maklum le jiwe remaje, sentiase bergolak untuk mencoba mende2 baru. Sebenarnye aku bersyukur, walaupon aku remaje normal yg bersikap ingin tahu mcm remaje lain, aku tak pernah terdetik nak mencoba rokok dan apape yg berkaitan dgnnye. Ternyate akalku masih waras, terime kasih Malaysia!

Balik ke topik. Bile aku mintak pinjam, die syorkan satu buku ni. Setulus Janji oleh Aina Emir. Bile bace sipnosis, "cis cerite jiwang rupenye" desis kecil hatiku. Dengan berat hati, aku pon membelek la muka pertama, kedua ... dan tanpa ku sedari aku telah pon terjebak! Kini aku di muka 87. Nak tak nak, aku terpakse meneruskan bacaan, sebab dah tersangkut. Seminggu jugak le aku bace. Pastu aku pulangkan balik, n mintak buku lain. Die kasi buku ni plak, Manisnya Cinta oleh Anis Ayuni. Pengalaman lalu ternyate tak mampu menyelamatkan aku. Sekali lagi aku terjerat bile selakan demi selakan aku lakukan. Memang aku akui, ceritenye sarat dengan kisah2 cinte. Tapi apakan daya aku hanyelah manusie biase hehe.

Lepas tu ade sebuah lagi aku pinjam bace, Gerimis Di Hati oleh Sharifah Abu Salem, jugak cerite jiwang yang diselitkan unsur-unsur kekeluargaan. Mase ni aku da tak kesah da, aku nak bace jugak. Tu la sape suroh gatal2 try, kan da kene. Seterusnye antare ingat atau tak, rasenye aku pernah jugak bace Yang Terindah tulisan Anis Ayuni. Ah, memang sume jiwang la. Pendek kate ape yang menjadi igauan kini telah menjadi kenyataan. Tidak, aku telah terperangkap! Aku telah menjadi mangse keadaan. Hadooi. Kat mulut kate tak suke novel jiwang tapi hakikatnye jauh tersimpang. Namun aku tetap meneruskan bacaan seolah-olah tiada apa berlaku.

Mangse selepas itu adalah tulisan Aisya Sofea, novel berjudul Adam & Hawa. Dan yg terakhir sekali aku pinjam dari die adalah, Hatiku Di Harajuku oleh Ramlee Awang Mursyid. Kali ni aku betol2 terkesima dan terpana. Gaya penulisannya sama sekali berbeze dgn novel2 yang aku bace sebelum ni. Memang dahsyat idea die, sesuai dgn gelaran yang diberi 'novelis thriller no.1 Malaysia'. Satu demi satu chapter aku bace tapi tak sampai suku buku, sempai tu mintak balik pulak, katenye nak hantar sume balik umah. Make berdukalah aku. Minatku pade novel semakin hari semakin pudar. Aku meneruskan kehidupan seperti lazimnya. Sehinggalah tiba hari itu...

5 tahun kemudian...
Kini usiaku menjangkau 20. Aku bukan lagi murid sekolah. Alam persekolahan telah lame ku tinggalkan selepas pengetua sekolah tidak lagi mengiktiraf aku sebagai pelajarnye. Katenye dahulu, aku tidak layak lagi bersekolah bkn sahaja di situ, malah di mana2 sekolah jugak. Lalu aku membawa diri ke Institusi Pengajian Tinggi hehe. Satu hari semase aku melawat kedai kegemaranku, yakni kedai buku (ecece, tp ni btol, tak tipu) aku terserempak dengan kenangan lama..ya, sejarah berulang kembali. Aku dipertemukan semula dengan novel yang tidak sempat ku habiskan. Tiada kata dua, tiada fikir semula, aku terus membelinye. (hadoi, apsal aku tulis mcm ni?)

Lepas abes novel tu, byk lagi la yang menyusul dan semuenye adalah tulisan Ramlee Awang Mursyid. Karya novelis lain langsung aku tak sentuh. Dalam novel2 die ni, yg paling aku kagum adelah care die bermain-main dgn unsur ruang dan mase. Sekejap mase lampau, lepas tu mase depan, kejab kat sini, tibe2 kat situ dan akhirnya semua berkumpul pade titik yang satu, membentuk satu cerite yg hebat. Seyesly, mcm tgk filem. Aku pon kumpul le novel bro ni, antare yang dah ade kt almari tu, Hatiku Di Harajuku, Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Mikhail dan Ungu Karmila. Pade aku semuenye menarik. Takpe le, aku lagi suke beli dari pinjam sebab buku2 ni ade nilai2 estetikanye yang tersendiri haha. Ntah la, mungkin aku akan terus membeli dan membace selagi idea die tak kekeringan. Bukan nak pengaruh korang sume la, tp aku rase tak rugi bace. Mungkin ade yang nak perlekehkan hobi aku dgn berkate "bace buku2 agame lagi byk manfaatnye" atau pon "its just a story, khayalan mereke yang suke berfantasi" yg tu masing2 punye pandangan. Ikut suke hang la. Yang penting aku suke, kalau orang lain tak suke, aku sikit pon tak terase.

Anyway, just try le bace, tak nak bace yang aku syorkan pon takpe, boleh bace mende lain. Dari kite asek main game, sie2kan mase dgn mende tak berfaedah, kan lagi elok kite memantapkan diri dan pemikiran kite. Kite adalah aset negare. Kalau berkualiti asetnye, dihormatilah pemiliknye, kan? Andai kita lalai serta lah lupa, masa akan lari sia-sia, jiwa kosong tak berharga, dunia bukan syurga wohoo! Lagu ape yer? Ingat tak? hehe~

Kesimpulannye, belilah barangan buatan Malaysia...



















885

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...