Friday, December 19, 2014

Matang (1)

Orang sangat sensetif.

Sensetif dengan kritikan

Sensetif dengan teguran

Sensetif dengan kebaikan

..sensetif dengan agama

Orang tak suka ditegur, apalagi dikritik cara hidupnya. Biarpun jauh di sudut hati teguran itu baik untuknya, namun menerima teguran merupakan.. suatu kelemahan.

Orang suka menang. Suka betul. Ditegur bererti ada yang tak betul. Menerima teguran bererti mengakui dirinya tidak betul. Dan tidak betul adalah suatu kelemahan. Lemah simbol kekalahan. Orang tak suka kalah.

Kita takut gelap. Bukan kerana gelap itu, tapi kerana tidak tahu apa yang ada di dalam kegelapan. Jika tahu itu cahaya, maka tidak tahu itu kegelapan. Dan ramai yang rela berada dalam kegelapan. Bukan kerana berani. Tapi kerana tidak mahu terlihat penakut, terlihat lemah. Kita.. tidak suka dipandang lemah. ..biarpun telah ditunjukkan cahaya

Aku teringat sebuah peristiwa, waktu aku menegur seseorang tentang kelakuannya yang menjengkelkan. Lalu aku dimalukan di depan orang lain. Tugasku selesai, memberikan teguran. Aku berlalu pergi, tidak mahu bertengkar. Pahit.

Teguran aku, ya.. semestinya untuk mengingatkannya dan aku tahu, dia tahu tindakannya itu tidak wajar dan menyimpang. Aku tahu, dia tahu maksud tujuanku memberi teguran. Tapi seperti yang aku bilang.. kita tidak mahu terlihat lemah. Inilah egois namanya.

Bila berkisah tentang agama, serta merta mereka memaling kepala. Agama itu baginya, indah jika sesuai kesukaannya. Bila tidak menuruti kehendaknya, maka kalimat "ada fatwa lain yang mengatakan boleh" menghalalkan segalanya. Kerana sekiranya dia menerima dakwah, bererti mengakui dirinya yang selama ini salah, dan salah bererti lemah dan bodoh. Tidak ada siapa mahu mengaku salah dan bodoh. Maka, dakwah itu ditolak, dan simpang ke jurang menjadi pilihan.

Selagi kau tak boleh menelan kepahitan teguran, selagi kritikan itu sentiasa terlihat seolah serangan, dan selagi kau tak mampu menahan diri untuk berperang dengan penegur itu.. kau masih kecil. Kau bukannya berpegang prinsip. Itu bukan karekter diri kau. Itu hanya egois.

Sunday, December 14, 2014

Aminnnn

Satu hari di sebuah masjid yang indah..

Ali masuk ke dalam masjid lalu duduk menunggu, kejap lagi nak masuk zohor dah, boleh la berjemaah, fikir Ali

Tiba-tiba datang tiga budak lelaki, budak tadika. Macam upin ipin je dorang ni, fikir Ali lagi.

Mereka ambil wuduk, dan bersiap  dalam posisi solat berjemaah. Berlatih solat yer? Comel betul mereka, Ali berfikir lagi.

"Allahu akbar.." si imam comel mengangkat takbir. Diikuti makmum kecik dan makmum kenot di belakang. Imam comel itu pon membaca fatihah dengan kuat walaupun hari masih siang. Tak apa la, tak salah pon, boleh dia orang belajar, Ali fikir dalam hati.

Aaaamiinnn.. si imam comel mengaminkan bacaan sendiri

Tiba-tiba..
Makmum kecik: Eh, ko bace fatihah tak abes, mane boleh cakap aminn!
Makmum kenot: Betol la tu die bace fatihah. Kau yang tak hapall

Imam comel: Abes tu macam mane? Boleh rukuk ke belom ni?? Aku nak terkencing nii

Ali menepuk dahi
Alahai anak-anak aku..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...