Friday, March 25, 2011

Kau Salah, Aku Betul!


Apa gunanya berbalah kalau memang masing-masing keras kepala? Yang kau dapat nanti hanyalah penat dan lelah. Cuba fikir balik matlamat kau bila kau bercadang nak argue sesuatu dengan seseorang. Mesti la kau nak dia terima pendapat kau kan? Kau bagi satu statement dengan harapan dia akan bersetuju, atau paling tidak mengangguk dan berkata "ha'a, betol la tu".

Tapi bila dia mulakan jawapan dia dengan, "mana ada, sebenarnya aku rasa...".. di situ perbalahan akan bermula. Kau cuba incept kepala dia dengan idea kau, dan dia pula sedaya-upaya bertahan dengan idea dia. Kemudian kau keluarkan fakta-fakta dari buku dan internet bagi menyokong idea kau, dan dia keluarkan petua-petua dan kata-kata orang-orang lama bagi menentang idea baru tersebut.

Perbalahan semakin berlanjutan. Masing-masing memilih untuk terus berada di jalan perbalahan daripada masuk ke simpang penyelesaian. Kerana apa... masing-masing keras kepala.

Sekali lagi..
Apa gunanya argue kalau memang masing-masing keras kepala? Bukankah lebih baik kau pilih satu topik yang sama-sama setuju, kemudian cecite sesame. Lebih mudah, bukan? Kenapa kita memilih untuk melihat perbezaan yang satu sedangkan kita punya persamaan yang beribu..

Kalau bila kau start cecite pasal sesuatu dan kemudian terjadinya perbalahan yang tak dijangka, tak mengapa. Teruskan dahulu. Tapi kalau dah sampai 5 minit, 10 minit.. masing-masing masih berkeras, baik kau berhenti sahaja atau pura-pura mengalah walaupun dalam hati rasa nak bagi stokin masuk mulut dia.

Kau takkan dapat apa-apa melainkan tenaga terbuang dalam bentuk haba yang keluar sia-sia melalui mulut kau. Kau takkan dapat apa-apa melainkan rasa panas dalam hati yang tak mungkin hilang walau kau makan gaviscon.

Dan sebenarnya, apa yang memotivasikan kau untuk terus berbalah sedangkan kau tahu yang dia sama sekali takkan terima idea-idea kau? Tak rasa macam kau memperbodohkan diri ke bila terus nak berbalah jugak? Banyak benda lain kau boleh buat daripada habiskan masa menegakkan idea.. bahwa "gajah mampu tersenyum" kepada seseorang yang sama sekali tak akan percaya..Kalau dia dah memilih untuk tidak percaya, maka dia tetap tak percaya, tak akan percaya dan tak mungkin percaya. So.. jangan buang masa kau..

Unless kau rasa itu adalah perjuangan kau.. maka tegakkanlah. Jangan sesekali berhenti.

Tapi sebaiknya elakkan persengketaan, guna medium berkesan, cara yang berhemah. Bukannya cuba menjatuhkan dia..

Wednesday, March 23, 2011

Mr. Crab


Ketam merupakan haiwan berkaki lapan yang sering ditemuikan di pasar dan bot-bot nelayan yang menangkap ketam. Ketam boleh dijadikan makanan sekiranya ditangkap dan dimasak dengan betul. Ketam telah menduduki bumi ini sejak zaman jurasic lagi dan telah mengalami berbagai bentuk evolusi. Ketam juga dijadikan watak dalam siri kartun pokemon iaitu Crabby dan Kingler

Ketam boleh dimasak dengan berbagai-bagai kaedah dan cara. Kekreatifan masyarakat telah menghasilkan pelbagai jenis masakan ketam seperti ketam bercili, ketam masak sos bawang putih, gulai ketam, ketam masak sambal kerisik, ketam masak berempah, kari ketam, ketam masak sos tomato dan macam-macam lagi.

Adoyai..
Masalahnye aku tak boleh makan ketam...... T.T
Alergik. Dulu masa kecik-kecik boleh, tapi bila masuk f4.. segala-galanya bermula di situ.

"yeay, mak masak ketam
"ngap2..
"eh, kenape gatal?
"eh, kenapa bibir jadi besau?
"eh? eh? ehhhhhh???

Ok, sejak hari itu, ketam telah menjadi musuh meja makan aku. Gembira melihat orang lain makan ketam. Tapi dalam hati ini, tiada siapa yang tahu. Tak mengapalah, biar aku makan nasik kosong dengan telur kicap sahaja..

Walaubagaimana pun, setelah menghadiri kelas patologi anatomi yang didosenkan oleh bu wiwi, aku akhirnya menyedari sesuatu yang penting. Sebenarnya aku mampu makan ketam. Yang penting adalah keyakinan dan kesabaran. Pokoknya aku harus tabah! Ayat-ayat dari ibu wiwi telah menyedarkan aku..

"ibu tak boleh minum susu sebab ibu ada lactose intolerans.. 
"kalau minum, diarenya bukan main
"tapi ibu lawan juga sebab ibu tahu ianya boleh diatasi
"hari ni minum sikit, sampai seminggu kalau tak diare, tambah banyak sikit
"nanti lama-lama, ibu tak diare lagi

Ya, itu dia kuncinya! Kalau aku cuba makan sikit-sikit, aku juga mampu jadi seperti itu! Aku mampu makan ketam! I know i can do it!

Tapi.. mana nak carik ketam tiap-tiap hari? haih...




..kenape la pulak tiba-tiba nak makan ketam ni?

sebab gambau ni..

Ok, awak. Awak hutang saye ketam!

Saturday, March 19, 2011

Buat Jeee~


Ramai orang ada hati nak buat suatu kebaikan tapi akhirnya dia batalkan niat dia sebab dia takut dengan pandangan orang lain.

"Uih, tiba-tiba je rajin ke masjid, encik uztaz~
"Wallawei, rajin siot kau belajar sekarang!
"Kalau kau kutip semua sampah-sampah tu, nanti tukang kutip sampah takde kerje la hahaha
"Tak payah la nak jadi baik, kau tu memang dilahirkan jahat~~~
"Dulu freehair, sekarang bertudung. Ni mesti ada apa-apa ni

Ini merupakan sebahagian kata-kata orang yang selalu membuatkan kita lemah semangat dan tak jadi nak buat baik. Kemudian kita pun lupakan hasrat murni kita. Alangkah ruginya.

Pun begitu, bukan semua orang bermulut busuk dan cakap lepas. Ada yang ikhlas memberi pandangan dan pujian. Tapi... datang pula masalah lain. Iaitu dari hati sendiri.

"Wah, bagus la kau buat kerja-kerja amal ni. Bangga aku jadi kawan kau
"Tahniah la kerana berjaya berubah. Bukan semua mampu melakukan hijrah macam kau

Even mereka ikhlas, namun adakalanya hati kita refuse untuk menerima semua itu. Ada sahaja bisikan-bisikan jahat terbit dari hati.

"Dia orang ni puji-puji mesti ada apa-apa ni
"Macam la tak kenal aku, aku kan memang macamni. Aku jahat..
"Jangan la puji-puji, kalau aku ter-riak karang, sia-sia je la apa aku buat. Tak dapat pahala

See.. di sinilah masalahnya. Kemudian, dalam kes yang lebih teruk lagi.. kita pun tinggalkan apa yang kita buat dan tak istiqamah lagi dah. Alangkah ruginya.

Hurm..
Bagi aku la kan. Aku rasa baik kau buat je apa yang kau rasa nak buat. I mean, jangan ambil kisah dengan kata-kata orang. Bukan la aku nak kata pekakkan telinge, tapiii sebaliknya! Buka telinga luas-luas dan.... ikut je kata hati kau. Kalau kau rasa kau tak nak buat sebab takut nanti ter-riak, dan disebabkan benda tu kau rasa kau taknak buat.. so, kenapa kau tak buat je dengan riak terus! 

Setkan je niat tu kepada niat-niat yang tak baik seperti..

"aku nak buat ni sebab nak tunjuk kat orang
"haaa... biar semua orang tau aku baik!
"aku pakai tudung sebab nak nampak macam baik, bukan ikhlas pon

    Nampak macam jahat je bila berniat macam tu, kan? Bagaimana dengan "kalau niat tak ikhlas, tak guna pun buat". Well, siapa kata tak guna??? Bagi aku, banyak gunanya. Misal kata kita angkat sampah dengan niat nak menunjuk dan rasa macam tak dapat pahala, memang la nampak macam tak guna je kalau buat tapi atleast kalau kau buat bumi kita akan bersih, kan?

    Bukan semua kebaikan terus datang dengan niat yang ikhlas. Cuba fikir masa zaman kanak-kanak dulu. Kita sepatah apa pun tak faham tentang konsep ketuhanan, kenapa kena solat, puasa dsb. So, kenapa kita buat? Sebab mak ayah suruh. Kalau tak solat asar, tak boleh keluar main kat taman. Tu tak dikira buat kerana orang ke? 

    Dan tiap-tiap hari kita solat dengan niat yang macam tu, sebab takut mak ayah marah. Tapi bila kita dah besar, perasan tak yang kita tetap terus melakukannya even mak ayah tak suruh? Kenapa? Sebab kita dah terbiasa. Dan lagi disebabkan ada pendidikan yang terus menerus, akhirnya kita tak lagi buat kerana orang, tapi kita buat kerana kita rasa itu satu tanggungjawab.

    Jadi, point aku di sini adalah. Pedulikan niat anda. Nak buat dengan niat tak ikhlas ke, dengan niat nak menunjuk ke, riak ke.. silakanlah berniat-niat macamtu. Yang penting kau buat. Soal dapat pahala atau tidak, itu bukan urusan kita. Kita bukan Tuhan nak tentukan orang ni dapat pahala atau tidak. Kalau Allah mengehendaki akan sesuatu, even kau buat tak ikhlas pun still boleh dapat pahala, kan? Tu semua kerja Allah. Kerja kau, buat jeeeeee!

    Buat je even tak ikhlas. Nanti bila dah lama-lama buat, orang keliling pun dah biasa tengok dan kau pun rasa penat nak menunjuk, kau akan stop berniat macam tu dan kemudian kau akan tetap melakukannya sebab dah jadi kebiasaan. Dan dari situ, insyaAllah lepas lama sikit, datang pula keikhlasan. Alangkah bertuahnya..^^

Yang penting adalah.. start buat! Tak kira la apa bentuk kebaikan pun~

Thursday, March 10, 2011

Pandang Jauh-Jauh


Bila buka site paper online, link pertama yang akan aku tuju adalah bagian dunia atau luar negara. Obviously aku tak ambil pot sangat pasal perkembangan sukan. Dan cerita-cerita yang berlaku di dalam negara.. aku baca last sekali. Nak buat macamana, aku nak tahu cerita sebenar lebih-lebih lagi berkaitan politik. Tapi apa yang dihidang bersifat berat sebelah dan tidak telus. Di paper ni cerita lain, di paper sana lain lagi kisahnya. Kalau itu yang kau lihat dan dengar, dan memang itu kisahnya, kenapa kau nak ubah-ubah cerita atau sembunyikan fakta? Tak lain adalah kerana kepentingan orang tertentu. Lame..

Ok, back to kisah dunia. Bila aku buka link tersebut, top 3 berita yang ada di sana adalah.. "3 bandar Libya medan PERANG", "Penduduk Kristian, Islam BERTEMPUR di Kaherah", "37 maut serangan BOM di Pakistan". Tau apa persamaannya? Budak kecik pon tahu dan faham bila dengar perkataan perang, bertempur atau pun bom tu. Seringkali ianya digunakan untuk menggambarkan situasi genting, tegang, tidak aman, tak boleh nak tidur selesa dll.

Dan kemudian masih ingat peristiwa gempa bumi di New Zealand baru-baru ni? Kemudian kalau anda rajin menggoogle-ing, ada banyak lagi kawasan lain turut terlibat. California, Alaska, Chile, Iran, Portugal, Greece, Japan. Dan semestinya Indonesia sendiri. Malaysia? Bukan tak akan, tapi belum. So, jangan berlapang dada lagi. Sila ambil pengajaran dari tragedi 26 Disember 2004 dahulu. Itu hanya sedikit peringatan. Teruskanlah projek kelab malam anda. Teruskanlah rancangan anda untuk membuka pusat-pusat perjudian. Bukalah pusat-pusat hiburan sebanyak-banyaknya yang konon dikatakan mampu meningkatkan pendapatan negara. Kami golongan belia adalah aset negara, dan beginikah cara anda mendidik kami?

"Jika kamu tiada malu, berbuatlah sesuka hatimu"
Well, wanita menari di khalayak ramai bukan lagi suatu yang pelik. Amatlah pelik bila mereka sendiri pun tak rasa pelik. Alaa, I muda lagi, nanti dah tua I pakai la tudung, I berhenti la menyanyi. Kepala hutak hang..

Owh owh... dan tak lupa juga kepada berita mengenai skandal di sana sini. Kemudian berita tentang pasangan ditangkap basah. Nenek 40 tahun ditangkap ketika bersama kekasihnya pada malam 14 Febuari dll. Seterusnya kisah janin dalam tong sampah. Aku masih ingat lagi kata pembaca berita Buletin Utama TV3 suatu ketika dahulu.. "sudahlah dipukul, dibunuh, dilontarkan pula dari tingkat 5 masuk ke dalam tong sampah". Jangan bermain dengan nyawa dan maruah manusia!

Ok, tu je. Peperangan, gempa bumi, wanita menari dianggap perkara biasa, pemerintah yang tidak tahu apa yang dilakukannya, penzinaan dan pembunuhan yang berleluasa. Tak terfikir apa-apa? Atau hati keras sangat sampai tak boleh nak terima kenyataan? Well, tak apa la. Atleast kalau kau solat, tak aniaya orang, doakan orang lain.. itu dah cukup baik daripada kau tengok sahaja dan menggeleng-geleng dan kemudian sambung balik makan rasuah, tipu harta orang, bergaul bebas dan mengumpat kawan kau...



"Keamanan bukan pada sehebat mana senjata yang dicipta, tapi sedalam mana kasih sayang kita.."

Wednesday, March 9, 2011

Dengar Je la~


Kita tak boleh nak samakan kapal terbang dengan shooting stars kerana kapal terbang hanya mampu terbang setinggi lapisan kedua atmosfera iaitu lapisan stratosfera sedangkan shooting stars adalah meteoroid yang memasuki dan terbakar di lapisan atmosfera yang ketiga, mesosfera.

Shooting stars tidak termasuk dalam fenomena alam yang akan membuatkan doa kita dimakbulkan. Waktu terbaik untuk berdoa adalah ketika bersujud dalam solat.. bukan ketika terlihat shooting stars.

Walaubagaimana pun, tiada siapa melarang kita untuk berbaring di padang rumput dan menunggu kelibat kemunculan shooting stars kerana itu juga merupakan sebahagian dari keindahan ciptaan Ilahi. Just tengok je la dan bertasbih. Tak payah le nak terpengaruh dengan cerite-cerite barat dan hindustan yang kononnya kalau buat permintaan masa nampak shooting stars, permintaan akan dimakbulkan. Kau mintak kat sapa? kat bintang? Semua tu khurafat..

Dan kalau suka melangit-melangit sekalipun pada seseorang, tak perlu la sampai nak tangkap bom tangan untuk dia. Even tentera di medan perang pun tak pernah terpikir nak buat macam tu. Grenade dicipta untuk dilontar bukan untuk disambut.

Atau tahan pisau guna tangan atau lompat depan kereta api. No, no, no... itu terlalu hiperbola. Pisau dan kereta api tidak dicipta untuk mencederakan siapa-siapa. Sekalipun nak berjanji tak perlu nak gunakan janji-janji sebegitu. Merepek semua tu. Dibuatnya betul-betul dia nak tengok kau tahan pisau yang dia baling, apa kau nak jawab?

"Kalau you betul2 sayang I, tahan la pisau yang I baling ni guna tangan you~"

Haaa, tak ke repot jadinya.. (Mudah-mudahan orang macamtu tak wujud dalam dunia ni.. T.T)

Saturday, March 5, 2011

Tengah Tunggu La Ni..


Semasa kecil aku sering berangan nak cepat-cepat jadi besar sebab orang besar boleh buat macam-macam. Memandu, memandu dan memandu (dahulu, ini je reason kenape aku nak membesar dengan cepat haha, punya la x matang). Waktu susah aku nak cepat-cepat senang. Bila belajar, nak cepat-cepat lulus.

Memang betul, kalau boleh kita nak semuanya cepatttttt je. Dan kerana itu tak hairanlah kalau kita dengar berita-berita orang kena saman sebab lesen terbang, orang yang makan rasuah dan orang kantoi menipu dalam ujian. Malas berusaha, tidak sabar dan ambil jalan singkat tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Sebenarnya apa yang dikejarkan dalam mencapai suatu matlamat? Andaikata hari ini kita mengimpikan untuk menjadi jutawan, lalu kita pergi merompak bank, matlamat kita tercapai bukan? Tapi apa pointnya.. kelak yang merasa bersalah adalah kita sendiri. Yang bakal tertangkap adalah kita. Yang akan dipandang hina oleh masyarakat. Yang akan dipenjarakan. Yang akan dibakar dek panasnya api neraka.. Semuanya tak lain adalah diri sendiri. Matlamat tercapai tetapi hati tidak tenteram, jiwa raga terseksa, kalau tidak di dunia, di akhirat kelak. Adakah ini yang dikejarkan?

Jalan terpesong akan sentiasa terlihat indah dan penuh kenikmatan. Memang begitu lumrah dunia. Namun kenikmatan itu hanyalah ibarat buah-buahan ranum yang diletakkan di tengah-tengah jerat sang haiwan. Haiwan yang tak berakal tidak berfikir panjang untuk mencapainya namun bila sudah terperangkap mulalah gelisah bagai dan panik mencari jalan keluar. Sayangnya, dah terlambat!

Again. Apa yang kita kejarkan? Kenapa begitu terburu-buru? Kenapa diturutkan sangat nafsu tu? Kepuasan yang kita dapat hasil dari jalan singkat yang kita ambil hanyalah kepuasan yang bersifat sangat-sangat sementara. Tiada kepuasan. Tiada apa yang nak dibanggakan..

Mungkin kita tidak sedar, dalam pada kita berusaha mengejar cita-cita, akan sentiasa ada peristiwa-peristiwa sampingan yang bakal kita lalui. Dan daripada situlah kita akan belajar pelbagai nilai kehidupan.

Bawa duit berjuta, rasuah orang atasan untuk naikkan pangkat kita. Kalau dia mata duitan, mungkin tercapai la matlamatnya. Dengan cara yang singkat dan keji. Dan orang akan sentiasa memandang jelek padanya kelak. Namun bagaimana pula jika kita kerja sungguh-sungguh, jujur, amanah dan berdedikasi serta berintegriti? Orang akan senang dengan kesungguhan kita dan jika ada rezeki naik pangkat, tiada siapa yang dengki dengan pencapaian kita kerana di mata mereka "ya, dia sememangnya layak untuk jawatan tersebut". Aman, bukan?

My point is.. bersabarlah. Jangan terburu-buru. Just take it slowly. Memanglah penantian itu satu penyiksaan tapi di situ juga letaknya kenikmatan. Saya sabar, awak sabar, kita sama-sama sabar.

Sabar, sabar dan sabar.
...serta banyakkan berdoa juga~ ^^

Wednesday, March 2, 2011

Anat 6

Satu lagi paper yang membunuh. Tinggi gila level soalan. Kalau aku analogikan dengan game pokemon, ibarat aku menentang Groudon yang level 99 menggunakan Pichu yang baru sahaja menetas. Sekali picit dah kiok..

(sila click untuk pembesaran sihat)

Sebenarnya tak ada la susah mana soalan dia, just tak tau nak pilih jawapan mana je. Bayangkan dia tanya soalan macam.. "Bila ukrida nak maju?" Pilihan jawapan dia sama ada 2002, 2004, 2006, 2008 or 2010... haa, aku nak jawab apa? (Ni contoh soalan je, soalan sebenar aku dah lupa tehee~)

Pulanglah aku membawa hati nan duka lara.. :'(

Balik rumah, layan youtube lagu-lagu melayu lama. Sapa kata lagu melayu tak best??? Aku dengar best je. Cuba dengar lagu ini, ini dan ini haha. Well, tak kesah la orang suka atau tidak, itu terpulang pada masing-masing. Setiap orang ada citarasa tersendiri. Aku tak minat lagu omputih tapi ada orang lain yang minat. Aku minat power rangers tapi ada orang lain tak minat. So, adakah aku nak mengata mengutuk pasal lagu-lagu omputih? No. Dan apakah pointnya jika orang yang x minat power rangers tiba-tiba mengatangutuk aku dan minat aku? No point at all.. Setiap orang ada taste tersendiri dan kita kena hormat la~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...