Monday, September 28, 2009

Kenangan Itu


Kenangan indah, kenangan pahit..

Bilang pade gw, siapa di dunia ini ga punya kenangan? Selagi seorang itu bergelar manusia, pasti die punyai pengalaman dan kenangannya yang tersendiri. Tapi adakah kita bahagia dengan kenangan-kenangan lampau kita?

Entah bile aku develop mende ni.. Dari hari ke hari, aku seolah2 semakin jauh dan cube melarikan diri dari kenangan2 aku. Aku cube melupekan bagaimana kali pertama aku belajar mengayuh sepeda. Aku cube melupakan bagaimana kali pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah. Aku cube melupakan dengan siapa aku bermain dahulu. Aku cube melupakan kenangan2 indah sewaktu di sekolah rendah.
Di dalam kotak ingatanku tersimpan jutaan kenangan2. Aku pernah menerima surat misteri dari seseorang sewaktu di sekolah rendah, ayatnya berbunga2. Aku pernah kepatahan tangan akibat kecuaian aku sendiri. Aku juga pernah bergaduh dengan kawan aku sehingga terjadinye adegan kejar-mengejar di waktu kelas sedang berlangsung. Menduduki peperiksaan bersama teman2. Bergembira sewaktu keputusan diumumkan. Menangis tatkala berpisah dgn teman tersayang. Semuenye merupakan kenangan yang sentiasa bermain-main di fikiranku.

Aku masih ingat, dahulu aku bukanlah seorang yang outstanding. Walaupun keputusan akedemikku agak baik, tetapi secare keseluruhan, aku bukanlah kebanggaan warga sekolahku. Kepimpinan bukanlah bidangku. Jiwaku bukan pada sukan. Ketika semue rakan2ku gembire bermain di padang, seorang remaje berkelana di bawah pepohon rendang..melangu di pondok kecil. Aku hidup dalam duniaku sendiri..

8A dan 10A? whats the point? Aku gembire dengan pencapaian aku tp jauh di lubuk hati aku tertanye, untuk ape aku bergembire? Adakah kerane keputusan tersebut keliatan cantik? Atau kerane sudah menjadi budaya masyarakat, gembire bile mendapat keputusan sedemikian. Aku tak mengerti..

Aku minat kesenian dan pasukan beruniform. Kraf dan kawad adalah sesuatu yang amat indah buat aku. Tapi itu semue telah lame berlalu, minat hanye tinggal minat dan aku tidak berpeluang mengembangkannye lg. Menyertai Program Khidmat Negara. Itulah kali terakhir aku berase benar2 puas dan gembire. Aku bebas menyertai sesuatu yg aku minati. Tp tak lame, sekadar 3 bulan.

Aku bertemu pula dengan teman2 baru di kolej. Kesemuanya unik dan memiliki karekter yg menarik. Belajar bersama kalian merupakan kenangan yg indah buat aku. Bgaimana aku mengusik teman di sebelah, bgaimana kita bersama meraikan harijadi seorang teman, bgaimana kite same2 terlewat mendatangi dewan peperiksaan...semuenye masih jelas di kotak ingatanku.

Tapi... Kini sesuatu telah terjadi. Kini, aku lagi coba untuk melenyapkan semua ingatan2 ni. Sebolehnya aku mahu melupakan semua kenangan2 yg tercipta ini. Biarpun manis, biarpun pahit..ia amat menyakitkan. Setiap kali aku terkenangkan semue ni, entah knp tibe2 aku perasaanku berbaur, rase terkilan dan kecewa. Aku tak mahu kenangan2 ni! Dengan siapa aku berkawan dahulu, di mana aku bersekolah dahulu, apa yg pernah aku lakukan dahulu, semuanya aku tak nak ingat lagi.
Tak boleh ke aku hanye hidup in present? Bangun tidur tanpa sebarang ingatan dan kenangan lampau. Mencapai matlamat hari tersebut, tidur semula dan melupakan terus apa yang telah aku lakukan pada hari itu. Tiada word future, tiada word past..yang ade hanye present..

Itu mustahil...

Sunday, September 27, 2009

Thanks For The Compliment


Kenape mesti nak bandingkan aku dengan orang lain? Mereke, mereke la..aku, aku la. Aku tak mungkin same dengan mereke, dan mereke tak mungkin same dengan aku. Care mereke bertutur, gaya mereke, care mereke malayan kawan-kawan..masing2 diciptakan unik dan berbeda..

Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, kenapa ade orang boleh berfikiran sebegitu. Apabila melihat akan perubahan aku, mereka keliru dan bertanya "kenapa jadi macamni? kenapa cara anda tak sama seperti Ali, Zali, atau Kamil (bukan nama sebenar). Tak boleh ke anda jadi macam mereke? Cube tengok Daus, Padil or Zafran (bukan nama sebenar).
Mereka lain, mereka tak sama macam anda. Kite x senang la dgn kelakuan anda yg sebegini..."

Seyesly, aku kecik hati bile dgr ayat mcmni. Aku sedar aku ni terlalu byk kekurangan dan siapalah aku untuk dibandingkan dengan nama-nama yang disebutkan tu. Tambah memedihkan hati bile name2 yg disebutkan tu merupakan nama kawan2 yang aku kenal rapat. Mereke memang banyak kelebihan dan aku akui aku mengagumi keterampilan mereke. Tapi bile sekali ade orang membandingkan aku dengan mereke...aku benar-benar kecewe. Terase betape hinenye aku ni. Alangkah sedih bile orang tidak memandang aku sebagai aku.

Aku tak boleh la nak memaksa org utk memahami aku apatah lagi utk menerima cara aku kerana itu merupakan hak dan kebebasan masing2. Jika ada kesilapan dan kesalahan, aku tak kisah jike ade yang nak menegur. Silakan. Suara anda amat berharga buat saya. Tapi sekurang-kurangnya, jangan membandingkan aku dengan orang lain..

Sejujurnye, aku benar2 kecewe dengannya.
"
Ap
e yang aku rase dulu, kini hilang same sekali..."


Saturday, September 26, 2009

Ingin Kembali...

Kenapakah? Tibe2 aku rase bersalah sangat2. Tibe2 aku rase sedih sangat2. Dan ade ketikenye aku rase macam nak ketawe dalam kemarahan. Siape sebenarnye aku? Dan aku ini sebenarnye orang yang bagaimana? Aku tahu apa namaku. Aku tahu bila tanggal kelahiranku. Siapa orang tuaku, siapa rakan2ku, di mana aku belajar, apa makananku. Aku tahu semuanya. Tapi 4 some reason, aku rase seolah-olah aku tak tahu siapa sebenarnya aku. Ape sebenarnye telah terjadi pade aku?


Aku benar-benar kusut. Hilang punca. Apakah penyebabnya? Apakah ada kaitan dengan tindakan-tindakan aku pada suatu ketika dahulu? Dari hari ke hari aku dapat rasakan aku semakin kehilangan kekuatan untuk mengawal diri sendiri. Emosi aku, tindakan aku, pemikiran aku..semuanya aku rasakan seolah-olah di luar kawalan aku. Untuk apa aku buat ini? Kenapa aku buat itu? Apa significantnya tindakan aku ini? Adakah perbuatan aku itu mendatangkan apapa kesan pada diri aku? Aku tak tahu...

Aku sedar aku selamenye tidak akan mungkin mampu untuk berhenti berfikir. Setiap detik, setiap saat, sepanjang waktu selama aku hidup...fikiranku tidak pernah kosong. Ada sahaja perkara2 yang bermain di fikiran aku. Aku betul2 tertekan. Fikiran2 aku ibarat satu suara, bercakap2 denganku tidak kira masa. Seolah-olah ada sesuatu atau seseorang mendiami kotak fikiranku dan cuba berkomunikasi dengan aku. Dan aku pula terpaksa melayaninya kerana aku tidak mampu melarikan diri darinya.

Pernah sekali aku cuba menghentikan suara2 ini tapi aku tak mampu. Even dalam tidur, suara2 ini masih kedengaran, tidak pernah hilang. Aku benar2 buntu. Aku bingung, kenapa aku kerap memikirkan bende2 yang aneh dan pelik. Idea-idea yang terlintas di kepalaku adalah abstrak dan tidak normal, sesuatu yang tak tercapai dek akal ku sendiri.


Bagaimana dengan karekter aku? Aku tak tahu. Aku boleh berubah menjadi orang lain dalam sekelip mata sahaja. Kadang kala aku menjadi seorang yang overprotective, kadang kala aku menjadi seorang yang serius dan pemarah, dan ada ketikanya aku seorang yang ceria dan suka bergurau. Itu bukanlah masalahnya. Yang membuatkan aku bingung adalah, aku tidak mempu mengawal karekter aku sendiri. Tak semua orang senang ketika bersama aku, bukan semua orang faham akan keadaan aku ini. Tapi aku tak mampu menjelaskan semuanya pada semua orang. Dalam masa yang sama aku tak boleh mengharap agar mereka cuba memahami aku.

Aku cuba memahami situasi, mengenalpasti masalah diri aku. Malangnya aku tidak berjaya menemukan punca masalah jiwa aku ni sehinggakan kadang kala aku akan tertanya pada diri sendiri "aku ni sakit mental ke?" "aku ni gile ke?"

Mungkin ini merupakan hukuman bagiku. Mungkin aku terlalu leka pada dunia. Aku akui, ujian Allah itu amat subjektif. Dia tidak hanya memberikan kesusahan sahaja sebagai ujian, sebaliknya Dia kirimkan jua kesenangan sebagai salah satu bentuk ujian.

Aku bersalah pada diriku sendiri. Aku terlalu menurutkan nafsu dan kehendakku sehingga aku lupa pada tanggungjawabku sebagai seorang hamba.

Adakah solatku diterima? Aku buntu. Bukankah solat yang sempurna itu mencegah diri dari melakukan kemungkaran? Tapi kenapa aku masih lagi melakukan kemungkaran? Adakah solatku sempurna? Aku rasa berdosa...

Mungkin aku telah terlalu jauh dari jalan yang haq. Mungkin aku telah terlalu jauh dari sinar kebenaran..Aku ingin kembali..

Aku ingin berubah..


Saturday, September 19, 2009

Selamat Tinggal Ramadhan


Ramadhan sudah pun hampir melabuhkan tirainya. Puasa aku? Alhamdulillah..sehingga ke saat ini, masih cukup semuanya. Hari ini merupakan hari terakhir Ramadhan tahun ini..esok dah raye. Sob2~ Selamat Tinggal Ramadhan..kapan bisa kita ketemu lagi..? Atau mungkinkah aku yg dikapan sebelum kita bisa ketemu..

Sedar tak sedar, sudah lebih seminggu aku di perantauan. Proses menyesuaikan diri benar2 memenatkan jiwa dan ragaku. Namun dari hari ke hari..aku dapat merasai perubahannya. Dahulu aku takut dan risau, kini aku yakin dan tabah. Cumanya aku tidak pasti apakah keyakinan dan ketabahan ini mampu kekal sehingga ke hari terakhirku di sini. Inilah resamnya pelajar2 di perantauan. Ramai yang telah kecundang tapi ramai juga yang masih gagah melangkah. Pokok pangkal, semuanya terletak dalam diri kita sendiri..

Dahulu aku tak kisah sangat dengan lagu-lagu raya ni sebab aku menganggapnya tidak lebih daripada sekadar penceria suasana raya. Tapi kini tidak lagi, bile terdengar je lagu raye yg dipasang oleh teman-teman, hatiku terusik. Apa khabar keluarga tercinta? Rakan-rakan di tanah tercinta? Sahabat-sahabat di perantauan? Saudara-mara? Guru-guru?..Aduh, sayu rasanya..

Sebelum ke sini, sempat la jugak aku menapau kuih2 raye dan serunding. Smpai sekarang pon ade lagi kat atas meje tu tak terusik langsung, saje je, tak nak ilang seri kuih. Baju raye yg aku beli pulak masih ade lagi tag hargenye, tak terusik pon. Cumenye aku risau nak pakai baju melayu tu..maklum je la..aku bukan di UK, US, Aus mahu pon di India. Aku berada di negara yang kontroversi. Berita-berita yang tersiar sememangnya tidak enak didengari membuatkan aku sering sahaja bertanya pada diri sendiri "selamatkah aku?"

Betol ke aku berfikiran macam tu? Haha, takde kot. Tiap2 hari ku sentiase penuh dengan gelak2 dan ketawe2. Di sini aku bebas ke mane2. Mall2nya banyak bangat, malah ade yang lebih advance dari Sonway dan Midvolley. Satu hari pusing pon belom tentu puas. Kedai2 makannye pon banyak jugak, dan kebanyakannya selamat utk dikunjungi. Satu gerai yang paling kerap aku lawat adalah warkop, singkatan kepada warung kopi. Menunye simple tp sedap bangat. Ropang merupakan menu kegemaranku. Apakah ropang? Tekelah~ haha


Semalam aku ke sarinah mall, di mane byk brg2 cenderahati boleh didapati di situ. Seyesly mmg rambang mate aku, semuenye lawa2..cantik2, dan murah..kot. Aku pon membookmark tempat ini, sebab nanti aku nak bawak die jalan2 kat sini..best~

Erm, ujan batu di negeri orang, kumpulan ujan di negeri sendiri, baik lagi negeri sendri.. Macamane pon aku tetap syg tanah air tercinta, tempat aku dilahir dan dibesarkan. Aku di sini hanyalah sebagai musafir lalu, perantau ilmu. Entah bila dapat aku pulang, aku pon tak pasti. Mungkin 6 bulan lg? setaun lagi? 2 tahun lagi? Atau pon mungkinkah aku hanya akan pulang selepas tamat kuliah 6 tahun ke? Biarlah masa menentukan~






442

Friday, September 11, 2009

Kembara Persepsi


Salam Dari Seberang..
Flight yang kami naiki selamat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 1400 waktu Malaysia. Kami sememangnya tidak tahu bagaimana nasib kami di negara orang ketika itu. Ketika pesawat mula bergerak aku agak tertanya-tanya, benarkah ini yang terbaik buat aku? Segalanya terlalu deras, masa untuk berfikir tidak banyak dan pilihan yang diberikan ternyata berat sebelah. Sama ada ke sini dan terus mengikuti pengajian bersama mereka, atau menanti kemasukan baru institusi pengajian tinggi Malaysia. Jika aku memilih untuk belajar di dalam negara, aku perlu menunggu kemasukan seterusnya yakni pada pertengahan tahun hadapan. Menunggu setahun lagi? Oh tidak..penantian itu satu penyeksaan. Maka, hanya tinggal satu sahaja pilihan yang ada. Ke sini, yakni Jakarta. Tarikh mula pengajian adalah pada 14hb, bermakna aku masih belum terlambat untuk itu. Thanks to system pendidikan di Universitas Kristen Krida Wacana. Semester pengajiannya bermula agak lewat berbanding universiti-universiti lain.

Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sokarno Hatta (betul ka macam ni ejenye?), Jakarta pada jam 1510 waktu tempatan. Sewaktu pesawat mula mendarat kami agak terkejut melihatkan padang rumput yang meluas di sekitar kawasan pendaratan. Pada mulanya, kami menjangkakan pasawat akan mendarat di atas padang rumput tersebut..ternyata sangkaan kami meleset sama sekali. Landing stripnya sama sahaja seperti di mana-mana lapangan terbang lain. Maafkan kami penduduk Jakarta. Sebaik sahaja turun dari pesawat, kami seolah-olah tidak terkejut dengan apa yang ada di sekeliling kami. Seolah-olah kami masih berada di Malaysia. Tidak banyak perbezaan di sini dan Tanah air, apa yang ada di sini, segalanya ada di negara tercinta. Cumanya di sini mereka enggak punya mobil nasional mereka sendiri. Jika di Malaysia kita ada Proton dan Perodua, di sini mereke hanya menggunakan kereta-kereta import, Toyota, Honda, Kia, Merc dan sebagainya.

Semua berita-berita enggak enak yang didengarin dari Malaysia rupa-rupanya tidak ada apa yang perlu dikhawatirkan. Pelajar Malaysia di sini banyak membantu kami dari segi emosi dan mental. Mereka telah lama di sini, dan jika mereka boleh sahaja tenang-tanang di sini, mengapa tidak kami? Oleh itu, buat teman-teman di Malaysia, tenang-tenang aja ya. Dari airpot kami di bawa ke kampus Ukrida untuk taklimat ringkas, solat asar dan berbuka puasa. Terus, kami dibawa pulang ke penginapan masing-masing di Rumah Kost Ibu Mey Mey. Yang cewek2nya kami nggak pasti ke mana. Susah hendak kami gambarkan tentang keadaan di sini. Rumah yang kami duduki mempunyai empat tingkat, 10 bilik. Keliatannya rumah ini seperti rumah kedai di Malaysia. Sewaktu dibawa pusing-pusing sekitar kawasan Bandar tadi, kami dapat liat sendiri bagaimana suasana masyarakat di sini. Semuanya baik-baik aja, masyarakatnya pon menerima kami dengan tangan terbuka.

Banyak perkara yang perlu dipelajari di sini selain ilmu-ilmu kedoktoran. Kami perlu segera menyesuaikan diri dengan suasana di sini, menjadi sebahagian dari mereka. Masalah uang juga seringkali membuatkan aku bingung. Kami perlu segera belajar bagaimana hendak menguruskan kewangan kami memandangkan mata wang di sini jauh sekali bezanya dengan ringgit Malaysia. 1000 rupiah di sini bersamaan 35sen duit Malaysia. Pun begitu, banyak sekali kegunaan 1000rupiah ini sebenarnya, tapi aku tak pasti bagaimana dan di mana boleh aku menggunakannya. Sewa bilik yang aku diami ini aja sudah mencecah 800k. Waduh, jika di Malaysia dengan uang 800k(RM) itu macam2 yang boleh dibeli. Rumah, kereta dan lain-lain. Untuk orang-orang kebanyakan seperti aku ini, memiliki nilai sebanyak itu di Malaysia adalah mimpi semata-mata. Tapi itu tidak terjadi di sini ya. Di sini orang-orangnya bisa aja memiliki not-not sebanyak itu kerana 800k(rupiah) itu jika ditukar ke mata wang Malaysia..nilainya cuma RM280..

Banyak lagi yang nak dikongsi bersama, tapi emangnya aku enggak punya cukup waktu. Selain perlu belajar menggunakan bahasa tempatan, aku jugak perlu belajar banyak perkara lain di sini. Kami di sini mungkin tidaklah semewah atau se-loaded pelajar-pelajar di UK, US, Ireland, Poland, mahupon India, tapi itu bukan apa-apa sih. Kami tenang-tenang aja di sini. Perjalanan aku masih jauh dan suka untuk aku gelarkan perjalanan ini dengan istilah Kembara Persepsi. Jika dahulu aku hanya dapat melihat kekurangan serta kelemahan Negara jiran ini, sekarang mataku mula terbuka untuk melihat kelebihan dan ‘keindahan’ Negara ini. Persepsiku terhadap masyarakat di sini mula berubah, sedikit demi sedikit..

Jika dahulu aku agak terkilan dengan keputusan pihak penaja tidak menghantar aku ke India bersama teman-teman lain, mungkin selepas ini tidak ada lagi perasaan sebegitu. Jika dahulu aku segan untuk memberitahu teman-teman serta sanak-saudara yang aku melanjutkan pelajaran di Indonesia, mungkin selepas ini aku akan bangga untuk menceritakan kisah-kisah aku di sini. Mungkin ada siapa-siapa di luar sana yang mencurigai kata-kata aku, “eleh, die nak sedapkan hati die sendiri je tu”..itu terpulanglah. Cuma yang pasti..aku sangat-sangat bersyukur dihantar ke sini. Alhamdulillah~





753

Wednesday, September 9, 2009

Tak Sedap Hati

Aku tak sedap hati. Dan aku pasti, ape yang aku rase ni tak same dgn 'tak sedap hati' yg selalu2 aku rase. Kali ni semacam je tak sedap hatinye..

Aku tak tahu ape cerite sebenarnye sebab mase berite bersiaran aku ade dalam kerete, menuju ke rumah atok. Tapi dari ape yg aku dgr melalui perbualan ayah aku dgn pakcik aku, mmg menakutkan aku. Destinasi aku ni mmg tak meyakinkan aku. Ade je berite2 yang tak enak sepanjang mase. Bencane alam, masalah masyarakat dan sebagainye. Bukan aku tak yakin dgn pendidikan di situ, tapi melihatkan keadaan2 sebegini, hati mane yang tak risau. Mereke sememangnye telah lame berdendam dgn kite, isu lagu Negaraku, irama poco2, kebudayaan negare yg dikatekan ciplakan dari mereke, isu kemerdekaan dan byk lagi isu lain. Semue isu2 ni sengaje dibesar2kan smpai menakutkan pelajar2 mcm aku ni.

Macamane pon aku kene perbetulkan niat aku, iaitu utk menuntut ilmu. Even aku masih lagi ade rase kecik hati, tp itu semue tak membawe ke mane. Mase depan aku, aku sendiri yg merancangnye. Mase depan aku..semuenye atas keputusan yg aku buat. Tapi yang pasti aku tak kesah semue tu. Semue tempat pon same je, kan?(kate2 yg biase aku terime dari org ramai) Even aku berade di negare paling maju sekali pon, andai aku gagal membawe diri, kecundang jugak nanti. So, tak ape la..aku redha.

Kepade semue kawan2 aku, aku nak mintak maaf dari ujung rambut smpai ujung kaki. Kalo korang xde rambut, sori yer..no offence. Tp kalo korang xde kaki sebab main mercun, aku xtau nak kate ape.. Ade teramik apape, termakan smpai kenyang tanpe aku sedar, aku mintak halal yer. Bukan sengaje aku makan, aku tgk mcm sedap je..pasal tu aku amek. Anyway...semoge korang berjaye walau kat mane korang berade. Aku plak kat sane nanti, aku tak tau ape nasib aku..mudah2an selamat la insyaAllah~





303

Tuesday, September 8, 2009

Laporan Lawatan Sambil Belajar

week..weak..

Ok, buat mase ni, semuenye nampak macam dah comfirm. Aku akan ke negara berjatakan garuda tersebut. Tapi selagi aku belum naik plane, dan selagi plane tu belum berlepas meninggalkan ruang udara Malaysia tercinta, aku memilih utk tidak meletakkan harapan yang tinggi. Aku akan sentiase expect less mulai saat ini, dan tak akan sekali2 mengunungi harapan aku. Mungkin seolah2 semuenye dah muktamad, memandangkan tarikh keberangkatan dah dekaaaaaaaaaaat sangat, jadi rasenye tak mungkin la akan berlakunye sebarang pertukaran rancangan lagi, kan? Tapi siape kite untuk menentukan semue tu? Everything can change even at the very last seconds, kalo mende nak jadi, make ia akan tetap terjadi. Mungkin aku akan dapat satu lagi penggilan telefon misteri, atau mungkin satu pengumuman penting akan dibuat di airpot kelak. Who knows?

So, ape yang perlu aku buat? Hanye bersedie dan bersedie. Dan aku sudah pon bersedie untuk semue kemungkinan2 tu. Just bring it on!

Andai kate semuenye berjalan dgn baik, aku dijangke tibe di sane pade hari yang same..2 jam selepas waktu penerbangan. Tiade transit di mane2, tiade penginapan di hotel2, dan tiade mase utk tidur dalam kapal yang terbang tu. Semuenye akan aku tinggalkan di tanah air tercinta, yakni mende2 yang perlu ditinggalkan la mcm mesen basuh, tv dan almari kasut. Bersamaku hanyelah barang2 penting, dokumen2 perjalanan, uang kocek..serte kenangan2 indah sewaktu bersame dgn teman2 dahulu (best tak ayat aku?). Tiade lagi pokok rambutan jantan dpn umah, tiade lagi pokok pisang derhaka, tiade lagi angse2 betine garang serte tiade lagi kumbang2 jahat yg selalu kacau aku mase tidor tu.

Biase la, kerje2 last minit, semue huru hare jadinye. Bukan aku yang tangguh kerje, tapi keputusan yang dibuat pihak penaje yg jadikan aku mcmni. Entah berape kali agaknye aku kene turun naik, melake-kl, kl-melake, melake-putrajaya, melake-jalan tun razak dsb. Semuenye semate-mate nak menguruskan pasport, visa, taklimat pra penerbangan dll. Disebabkan dah kerap sgt turun naik turun naik, smpaikan aku pon dah terbiase dgn jarak dan mase perjalanan. Kalau dulu rase mcm jauuuuhh je, skrg dah tak rase jauh lagi. Kalau dulu rase macam lambat je sampai, skrg aku rase macam sekejap je. Antare part yang aku suke mase pengurusan mende2 ni semua adalah mase aku drive sorang2 dari melake ke putrajaya, pagi2 bute. Jam 6.30pg aku gerak dari kampung aku, masuk highway kol 7pg dan kol 8pg dah sampai putrajaya. Takde la laju sgt aku bawak, sekitar 140 je, so pasal tu lambat smpai..

Visa (versi pendek)
Isnin aritu aku dgn beberape kawan aku buat visa di pejabat kedutaan. Buat kol 9 pagi, siap kol 3 ptg. Lepas collect visa masing2, kami pon balik ke rumah.

Visa (versi panjang)
Mase nak wat visa pon best jugak. Visa Trip. Kate pegawai berkenaan, pejabat kedutaan tu mmg btol2 kt tepi jalan dan parking mmg xde. So, takleh nak drive la ke situ. Tgh pening2 pikey pasal transport, mujurlah ade sorang sahabat ni. Kebetulan abg die nak ke KL, so just tumpang je la dan tak payah susah2 nak carik parking sebab die akan drop kitorang kt dpn kedutaan. So, kene la aku buat plan baru. Die tunggu kt seremban, janji kol 6.30 pg tp entah macamane..aku tersesat pulak. Mase kat highway tersalah masuk simpang, maklum le..simpang yg tulis serembang tu ade 3. Kol 7 baru sampai seremban tu, dan disambut oleh renungan tajam abang die (haha..sori). Masuk je tol sg. besi tu, mak aih..ramainye kerete~ agaknye mcmane la org KL ni idop. Tapi kate org alah bisa tegal biase. So, maybe dorang dah biase kot drive dlm keadaan mcmtu, gerak seinci seminit. Akhirnye, lepas menempuhi pelbgai onak, duri dan ranjau, smpai la aku di depan pejabat kedutaan yang masih belom bukak tu. Dan mase dalam pejabat kedutaan tu, sekali lagi aku terpana. Mak aih..lautan manusia? Dlm dewan tu, terlalu ramai manusia menanti giliran utk berurusan, adelah dalam 300-400 kot...or lebih. Suasanenye mmg bising la, ntah ape yg dingomongkan, ngak pasti pulak.

Lepas tu, kene tunggu smpai kol 3ptg b4 boleh collect pasport dan visa tu..so, macamane? Jam baru pukul 10pg. Bapak sorang lagi kawan aku menawarkan utk membawe aku berjalan2. Kawan aku ni kononnye nak beli buku, tapi yer2 je minah ni. Aku dibawak pusing2 sekitar ibu kota sampai kepale aku pon pusing jugak, mane taknye kete sume berpusing2 kiri dan kanan jalan yg berpusing2 tu. Adeh. Serius aku tak nak keje kat KL. Kalo dihantar gak, aku sanggup berenti keje (eleh, macam le berani..haha). Tup2 je, smpai la kat Sogo. Aku mule rase tak sedap hati sebaik sahaje melepasi pintu masuk. Rupe2nye, benar..kawan dan sahabat aku ni telah membawe aku ke KEDAI BAJU rupenye. aaaaarrrrgghhh..tidak! Smpai hati dorang. Aku terus ke bghn kasut bg mengelakkan diri bertembung dgn baju2 Sale tu. Yey, skrg aku ade kasut baru! Yang kawan aku ni pon beli kasut jugak, ntah brape byk kasut agaknye die nak beli. Tp aku tau, org mcm kawan aku ni mmg tak suke pakai kasut, so sekali sekala beli kasut kire ok la kot (haha). Lepas tu, kedue2 mereke ni menyatekan hasrat nak ke bhgn baju. Aku tak leh buat ape dah, dorang dah rambang mate bile tgk sale smpai 70% off. Aku pon try2 le join, mane la tau boleh mengubati sindrom takut-kedai-baju aku ni. Tapi akhirnye, aku surender jugak, aku mmg x boleh meneruskan pencarian. "kak, akan carikkan yg saiz 30, apape kaler pon boleh, saye malas nak pilih". Akak tu hanye tersenyum memandangkan aku telah memudahkan kerjenye. Make keluarlah aku dari pintu Sogo bersame2 sepasang seluar dan sepasang kasut baru.

Next stop is kedai buku. Walaupon niat asalnye nak ke kedai buku, tp ntah mcmane boleh tersampai ke kedai baju dulu, aku pon tak sure. Berjalan dan berjalan, sampailah kami di kedai buku ape-name-ntah. Masuklah kami ke kedai tersebut dgn satu hasrat, satu tekad dan satu semangat. Aku bagaimanepon terpakse melayan kerenah sahabat dan kawan aku ni yang kadang2 terberperangai mcm budak2. Nak beli pensel warne la, nak belik pensel case la..eleh cute la tu (err, mmg cute pon..haha abaikan) tp takpe, jangan dorang suro aku bayar sudah, semput la aku kalo mcmtu. Tibe2 berlaku la satu kejadian aneh di kedai buku tersebut. 2 kedai buku, name kedai same, buku2 dlm kedai same, tp harge buku lain2. Kedai ni rm49.90, kedai tu pulak rm53.brape-posen-ntah. Agaknye sebab banggla kedai sane putih sikit, banggla kedai satu lagi itam sgt, pasal tu harge lain2 kot.

Lepas solat zohor, kami pon berangkat la ke pejabat kedutaan semule utk mengutip visa yg mungkin sudah siap. Yer, mmg da siap pon. Make pulanglah kawan aku ni bersame bapanye meninggalkan aku dan sahabat aku sendirian di pejabat visa. Entah macamane ade pulak rakan sekolej yang dikenali tibe2 datang situ, dgn tujuan nak buat visa. "mintak maaf buk, visa hanya boleh dibuat sebelum jam tiga, sekarang ibuk sudah terlambat" kata pegawai tu sambil berpura2 melihat jam tangannye walaupon die dah tahu pukul berape (haha). Ketike tu, jam dah menunjukkan jam 4, nak tak nak rakan ni kene dtg lain hari utk menyelesaikan urusan tersebut. Masa terus berjalan..akhirnye pade jam 4.30 ptg jam kami dihalau keluar secare baik oleh pegawai tersebut. Make keluarlah kami dan menyambung penantian di luar pejabat. Sebenarnye kami sedang menunggu abang sahabat aku ni, katenye die nak dtg amek. So, tunggu je la.

Dalam kol 5 sengah dekat nak kol 6, abang ni smpai. Die ni tinggal kt melake, so alang2 nak balik melake, aku tumpang la sekali. Alhamdulillah ade org tolong. Macamane pon sahabat aku ni still lagi kene balik seremban, so..perjalanan diteruskan ke seremban dulu. Sampai2 di seremban, da pukul 7 dah pon. Kalo nak balik, berbuke kt umah mmg la tak sempat, so aku pon dengan sukecitenye menerime pelawaan sahabat aku ni utk berbuke kt umah die je (mmg muke tak tau malu aku ni haha). Pade aku, famili sahabat aku ni agak happening dan kelakar. Sepanjang kt rumah tu, aku tahan gelak je. Ape yg kelakar? Takpe, biar aku simpan sorang je hehe. Kol 8mlm, baru la perjalanan diteruskan ke melake. Sepanjang perjalanan tu aku risau je memanjang, melihatkan gauge minyak kete abg ni mcm dah kosong. Maknenye, bile2 mase je ble terberenti, tapi die dgn selambernye memecut mcm x ade apape berlaku haha. Macamane pon, aku selamat jugak smpai ke destinasi aku. Time kasih korang sekeluarge yer. Aku akan ingat jase kamu semue sampai ke tua haha~

Laporan disediakan oleh,





1378

Thursday, September 3, 2009

Tidak Kesampaian..

Aku tak tahu nak rase ape sekarang. Aku tak tahu ape yang mereke semue mahukan. Memang la kebahagiaan tu misi semue org dalam dunie ni tapi kebahagiaan yang macam mane yang kite mahukan sebenarnye!!!? Melalui kesusahan orang lain? Adekah mereke semue berpuas hati, berbahagie selepas harapan dan impian orang lain dihancurkan? Memang aku tak tau ape yg sepatutnye aku rase. Mungkin aku perlu rase marah, sebab tersepit dgn masalah mcmni. Atau mungkin aku perlu rase sedih bile rase diri seolah2 teraniaya. Dan apakah mungkin aku perlu rase gembire bile mengenangkan semue yang berlaku ini ade hikmahnye? Oh tidak. Aku tak tahu. Ape pointnye semue perasaan2 tu? Adakah masalah aku boleh selesai dgn hanye merase marah, sedih atau gembire?

Macamane pon aku tak kesah sebenarnye. Lantak dorang la nak marah ke, nak mengate atau nak dengki kat aku. Kalo dorang rase dgn menghancurkan harapan aku dorang boleh bahagie, aku redha. Kalo dorang rase itulah sebaik-baik keadilan buat mereke dan seluruh isi dunie, aku redha. Kite manusie mmg diciptakan unik kerane kite mempunyai harapan dan cite2. Itulah sebabnye aku tak kesah akan ape yg TELAH terjadi. Harapan hanye tinggal harapan. Tapi biar pon satu harapan telah terkubur, tak bermakne semue harapan mati same. Harapan dan impian manusia akan sentiase lahir semule walau berape kali ianye dihancurkan. Hanye mase menjadi penentu.

Tahniah kerane berjaye membuatkan hatiku berbunge walaupon hanye seketike. Dan terime kasih kerane merampas semue harapan aku. Aku amat menghargai usehe2 murni kamu semue.

Ternyate bahawa rezeki aku sememangnye bukan di sane, bukan jua di sini. Entah di mane, aku sendiri tak pasti. Cumenye aku harap aku dapat terus berdiri dan melangkah. Kini aku terpaksa berhadapan dengan beberape persimpangan lain dan aku tak tahu ape yang menanti di sane. Yang pasti, aku mesti memilih salah satu darinya utk meneruskan perjalanan ini. Entahlah. Mungkinkah ada lagi insan2 berhasad dengki seperti itu menanti aku di sini? Aku tak tahu..

Mungkin aku telah melakukan tuduhan yang tidak berasas. Andai aku silap, sejuta kemaafan aku pohonkan. Tapi bagaimane jike semue ini benar2 angkare mereke...

redha?

Dan mintak maaf jugak kepade semue kawan yang tertanye2 atau yang pure2 mengambil berat (haha). Don worry, korang sume bkn mcmni, kan? Thanks kerane mengambil berat, really appreciate that. Tapi berkaitan kisah sebenarnye, segalenye akan aku ceritekan, cume jangan ditanye bile.

Anyway, ade satu perkare yg membuatkan aku excited sebenarnye. Meskipon rase mcm kecewe, sedih, marah dan sebagainye, dlm mase yg same aku sebenarnye rase teruje. Aku tertanye2 apakah kesudahan cerite aku ini. Kehidupan ini ibarat satu pementasan. Ade watak protagonis, antagonis, ade plot2 seperti permulaan, perkembangan, klimaks, kesudahan dan sebagainya. Then ade jugak konflik2, kisah2 suke dan pelbagai lagi cerite2 duke dimuatkan bersame. Yang pasti semue inilah yang mewarnai dan menghidupkan pementasan kite dalam tidak sedar. Dan for some reason, aku rase, aku mmg memerlukan plot2 sebegini dlm kisah aku ni. Bukan ape, aku just tak nak kehidupan aku plain je mcm kehidupan seekor haiwan. Dilahirkan, dibesarkan, berdikari, berketurunan dan mati begitu sahaja. Walau pon kisah2 aku ni tak semuenye menarik dan indah tapi aku tetap bangge. Setidak tidaknye, adelah jugak cerite utk aku kongsikan pade generasi aku kelak.





501

Tuesday, September 1, 2009

of Katil Aku

Pernah tengok cerite Lord of The Rings? Baru2 ni aku berpeluang menonton ketige2 episod dari sekuel filem epik ini. Owh, tentang filem ni, kebanyakan filem2 yg aku minat adelah filem2 superhero dan filem2 yg bersambung, ape kate org...sekuel la, contohnye mcm Lord of The Rings ni. Filem lain plak termasuk la citer Terminator, Jurassic Park, Star Wars, Harry Potter (kurang minat sikit), Spiderman dll. Filem2 mcm ni kalo sekali da ade dalam simpanan aku, make selame-lamenye la akan berade di situ tidak seperti nasib filem2 lain seperti cite ... aku tak ingat la ape tajuknye, sebab da byk sgt yg aku delete. Filem pertame sekali yg pernah aku simpan dlm laptop aku ni adelah citer Transformers (2007) sebab time tu aku baru ade laptop. So tiap2 hari le aku tgk citer ni oleh kerane hanye citer ni je yg ade. Mase tu laptop aku suci dan bersih serte terpelihare dari noda dunia tak mcm skrg haha. Skrg da hampir penuh dah harddisk aku ni, disumbat dgn file jpeg, gif, avi, mp3, mp4, mpeg, doc, docx, ppt, pptx dan mcm2 lagi la, maleh aku nak taip sume.

Tapi sbenanye aku bkn nak cite pasal filem ape yg aku minat atau perkhabaran laptop aku, tapi ttg katil aku. Kalau dalam citer Lord of The Rings tu, cincin yg dibawa oleh Frodo merupakan cincin yang membawa kesusahan kpd Frodo dan semue orang di sekelilingnye. Semue mahu mendapatkan cincin tersebut sehingge boleh pulak berlakunye peperangan, perkelahian, pertumpahan darah, hilang sahabat, konflik musuh dalam selimut dsb. Hanye kerane sebentuk cincin pelbagai masalah dan tragedi tercetus. Lepas tu pulak melibatkan pelbagai kaum dan bangse seperti golongan orang kerdil, org bunian, manusie, pokok hidup, orc, ahli sihir dan sebagainye. Dari mule citer sampai la ke akhir, misinye hanye satu - memusnahkan cincin tersebut. Puas le aku memikirkan, knp la aku tertarik nak menghabiskan maseku selame 12 jam menonton cite pelik ni haha.

Eh, bile nak masuk cite pasal katil aku ni? Ok, citernye begini. Katil aku dgn cincin LOTR tu mmg saling tak tumpah. Jike cincin tu membawe kesusahan kepade Frodo, katil aku plak memberi kesusahan kepade aku. Sekirenye aku bercadang mahu melakukan sesuatu yang baik, seboleh2nye aku akan mengelak dari mendekati katil aku. Misalnye belajar atau membace buku. Katil aku seolah hidup dan sentiasa memanggil2 aku supaye mendatanginye dan bile sekali aku dah berbaring di atas katil ini, amat susah sekali utk aku meninggalkannye. Jadi tidak hairanlah kalo aku katekan aku berupaye berbaring di atas katil tanpe membuat apape selame lebih dari 5-6 jam dan ini belum lagi termasuk waktu tidur yg lebih kurang 7-8 jam. Brape jam sume? Ade la dlm 14-15 jam. Kebanyakan waktu aku dihabiskan di atas katil ini. Melayari internet, membace komik, melukis kartun, mendengar radio...semuenye dilakukan di atas katil ini.

Walau di mane aku berade, hakikat ini tetap tidak berubah. Katil aku ni pulak bukan la katil kt rumah aku je tetapi katil2 lain jugak turut memiliki semangat yang same. Selagi katil itu bergelar 'katil aku' make tidak kire la di mane katil itu berade, di dorm asrama, di bilik kolej, di hotel pelancongan atau di mane sahaje. Seolah2 ade satu sumpahan meresap ke dalam setiap katil yang aku ade. Aku menjadi keliru dan bercadang mengkaji asal-usul katil2 aku ni tetapi akhirnye aku hampa sendiri. Belom sempat aku memulekan apape kajian, katil aku terlebih dahulu mempengaruhi aku supaye berbaring di atasnye. Aku curiga. Adakah katil2 aku ini merupakan katil2 yang disumpah oleh masyarakat purba? Rasanya tidak kerane katil2 ini dihasilkan tidak smpai 10 tahun yg lalu. Jadi dari mane dtgnye fenomena aneh ini? Terlalu empuk dan selesa sehingga tidak mampu aku describekan.

Misteri katil ini tidak terhenti setakat disitu. Katil2 ini jugak mempunyai kuasa utk menyerap tenaga dan keinginan seseorang. Apabila aku baring atas katil ni, aku da tak kuase lagi nak buat keje lain, aku just terpikir nak tidur je. Walaupon waktu tu aku mempunyai keinginan yang kuat utk melakukan sesuatu, semuenye hilang begitu sahaja sebaik sahaja berada di atas katil ini..Alangkah peliknye kejadian katil ini.

Walaumacamane pon, semue ni hanyelah khayalan aku semate-mate. Katil ini sebenarnye same sahaje seperti katil2 lain. Tiada sebarang sumpahan atau puaka meresapi katil ini. Aku sedar akan hakikat kejadian katil ini dan hakikat diri aku sendiri. Yang bersalah adalah aku kerane membiarkan diri dibaluti kemalasan yang amat, selepas itu pelbagai alasan dicipta dan katil pula yang dipersalahkan. Inilah ape yang berlaku pade aku semase di rumah dan di kolej dahulu. Dek kerane termakan oleh desakan nafsu tido yang menggile, pelajaran serte aktiviti harian aku terabai. Di kolej dahulu aku cube memperbetulkan kesilapan aku tetapi bile aku mule menyedarinye, segale2nye dah terlambat. Masa utk aku menyiapkan diri dgn ilmu2 bergune utk ke dewan peperiksaan semakin suntuk. Andai masa ini mampu ku putar semahuku, sudah pasti sahaja sejak hari pertame lagi aku akan cube menjauhi katil aku dan belajar di tempat yang sesuai, yakni tempat yang jauh dari katil aku. Tapi itu tidak mungkin berlaku dan aku mempunyai satu prinsip iaitu 'ape yang berlaku, biarkan ia berlalu..aku tak kan kesahkan walaupon sekali sekala datang juga perasaan kesal'. Yang perlu diambil beratkan adalah masa hadapan ku. Yer, aku pernah tersungkur dan mmg aku kesal akan ape yang terjadi. Tapi aku tak kesah dan bersyukur kerane diberi peluang kedue.. Tekad aku kali ini, aku sama sekali tidak akan mengulangi kesilapan lalu.

Mungkin aku kehilangan rakan2 kerane kesilapan aku dahulu. Mungkin aku terpisah dgn teman2 kerane kealpaan aku dahulu. Tapi siapa tahu mungkin itu adalah yang terbaik buatku, jadi aku tak dapat melihat ape pointnye utk aku bersedih atau kecewe. Cumenye, aku harapkan, pemergian aku kali ni mampu membawa satu perubahan pada diri dan care pemikiran aku. Mudah2an aku selamat semase di perantauan kelak.





945

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...