Friday, September 11, 2009

Kembara Persepsi


Salam Dari Seberang..
Flight yang kami naiki selamat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 1400 waktu Malaysia. Kami sememangnya tidak tahu bagaimana nasib kami di negara orang ketika itu. Ketika pesawat mula bergerak aku agak tertanya-tanya, benarkah ini yang terbaik buat aku? Segalanya terlalu deras, masa untuk berfikir tidak banyak dan pilihan yang diberikan ternyata berat sebelah. Sama ada ke sini dan terus mengikuti pengajian bersama mereka, atau menanti kemasukan baru institusi pengajian tinggi Malaysia. Jika aku memilih untuk belajar di dalam negara, aku perlu menunggu kemasukan seterusnya yakni pada pertengahan tahun hadapan. Menunggu setahun lagi? Oh tidak..penantian itu satu penyeksaan. Maka, hanya tinggal satu sahaja pilihan yang ada. Ke sini, yakni Jakarta. Tarikh mula pengajian adalah pada 14hb, bermakna aku masih belum terlambat untuk itu. Thanks to system pendidikan di Universitas Kristen Krida Wacana. Semester pengajiannya bermula agak lewat berbanding universiti-universiti lain.

Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sokarno Hatta (betul ka macam ni ejenye?), Jakarta pada jam 1510 waktu tempatan. Sewaktu pesawat mula mendarat kami agak terkejut melihatkan padang rumput yang meluas di sekitar kawasan pendaratan. Pada mulanya, kami menjangkakan pasawat akan mendarat di atas padang rumput tersebut..ternyata sangkaan kami meleset sama sekali. Landing stripnya sama sahaja seperti di mana-mana lapangan terbang lain. Maafkan kami penduduk Jakarta. Sebaik sahaja turun dari pesawat, kami seolah-olah tidak terkejut dengan apa yang ada di sekeliling kami. Seolah-olah kami masih berada di Malaysia. Tidak banyak perbezaan di sini dan Tanah air, apa yang ada di sini, segalanya ada di negara tercinta. Cumanya di sini mereka enggak punya mobil nasional mereka sendiri. Jika di Malaysia kita ada Proton dan Perodua, di sini mereke hanya menggunakan kereta-kereta import, Toyota, Honda, Kia, Merc dan sebagainya.

Semua berita-berita enggak enak yang didengarin dari Malaysia rupa-rupanya tidak ada apa yang perlu dikhawatirkan. Pelajar Malaysia di sini banyak membantu kami dari segi emosi dan mental. Mereka telah lama di sini, dan jika mereka boleh sahaja tenang-tanang di sini, mengapa tidak kami? Oleh itu, buat teman-teman di Malaysia, tenang-tenang aja ya. Dari airpot kami di bawa ke kampus Ukrida untuk taklimat ringkas, solat asar dan berbuka puasa. Terus, kami dibawa pulang ke penginapan masing-masing di Rumah Kost Ibu Mey Mey. Yang cewek2nya kami nggak pasti ke mana. Susah hendak kami gambarkan tentang keadaan di sini. Rumah yang kami duduki mempunyai empat tingkat, 10 bilik. Keliatannya rumah ini seperti rumah kedai di Malaysia. Sewaktu dibawa pusing-pusing sekitar kawasan Bandar tadi, kami dapat liat sendiri bagaimana suasana masyarakat di sini. Semuanya baik-baik aja, masyarakatnya pon menerima kami dengan tangan terbuka.

Banyak perkara yang perlu dipelajari di sini selain ilmu-ilmu kedoktoran. Kami perlu segera menyesuaikan diri dengan suasana di sini, menjadi sebahagian dari mereka. Masalah uang juga seringkali membuatkan aku bingung. Kami perlu segera belajar bagaimana hendak menguruskan kewangan kami memandangkan mata wang di sini jauh sekali bezanya dengan ringgit Malaysia. 1000 rupiah di sini bersamaan 35sen duit Malaysia. Pun begitu, banyak sekali kegunaan 1000rupiah ini sebenarnya, tapi aku tak pasti bagaimana dan di mana boleh aku menggunakannya. Sewa bilik yang aku diami ini aja sudah mencecah 800k. Waduh, jika di Malaysia dengan uang 800k(RM) itu macam2 yang boleh dibeli. Rumah, kereta dan lain-lain. Untuk orang-orang kebanyakan seperti aku ini, memiliki nilai sebanyak itu di Malaysia adalah mimpi semata-mata. Tapi itu tidak terjadi di sini ya. Di sini orang-orangnya bisa aja memiliki not-not sebanyak itu kerana 800k(rupiah) itu jika ditukar ke mata wang Malaysia..nilainya cuma RM280..

Banyak lagi yang nak dikongsi bersama, tapi emangnya aku enggak punya cukup waktu. Selain perlu belajar menggunakan bahasa tempatan, aku jugak perlu belajar banyak perkara lain di sini. Kami di sini mungkin tidaklah semewah atau se-loaded pelajar-pelajar di UK, US, Ireland, Poland, mahupon India, tapi itu bukan apa-apa sih. Kami tenang-tenang aja di sini. Perjalanan aku masih jauh dan suka untuk aku gelarkan perjalanan ini dengan istilah Kembara Persepsi. Jika dahulu aku hanya dapat melihat kekurangan serta kelemahan Negara jiran ini, sekarang mataku mula terbuka untuk melihat kelebihan dan ‘keindahan’ Negara ini. Persepsiku terhadap masyarakat di sini mula berubah, sedikit demi sedikit..

Jika dahulu aku agak terkilan dengan keputusan pihak penaja tidak menghantar aku ke India bersama teman-teman lain, mungkin selepas ini tidak ada lagi perasaan sebegitu. Jika dahulu aku segan untuk memberitahu teman-teman serta sanak-saudara yang aku melanjutkan pelajaran di Indonesia, mungkin selepas ini aku akan bangga untuk menceritakan kisah-kisah aku di sini. Mungkin ada siapa-siapa di luar sana yang mencurigai kata-kata aku, “eleh, die nak sedapkan hati die sendiri je tu”..itu terpulanglah. Cuma yang pasti..aku sangat-sangat bersyukur dihantar ke sini. Alhamdulillah~





753

3 comments:

amirulhazwan said...

selamat maju jaya di negara orang

AkMaR said...

assalammualaikum,,
lorh, mengapa bahasanya sudah ditukar?
agk pelik lorh m'baca nya..
hahaha..
xpe xpe, aku gembira sbb kau blh berbangga bgtau org di mana kau belajar. actually, belajar kt mana2 pun sama, yg penting nye attitude kita sndiri.. setuju?

kn ada pepatah melayu,
"benih yg baik klo dicampak ke laut jadi pulau, dicampak ke darat jadi gunung"

x pasti la plk sejauh mana betul ayat aku tu, tp that is what it meant la..

so lastly, all the best!!
strive for a better future...!
=)

slmt hari raya!!

Asip Hussin said...

ape yang tukarnye? same je..hehe.
ok la, selamat maju jaya buat teman2 semua. tak kira di mana anda berada, sentiasalah beringat, negara kita adalah malaysia, tanah tumpah darah kita..hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..baik lagi negeri sendiri. Malaysia tercinta~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...