
Aku benar-benar kusut. Hilang punca. Apakah penyebabnya? Apakah ada kaitan dengan tindakan-tindakan aku pada suatu ketika dahulu? Dari hari ke hari aku dapat rasakan aku semakin kehilangan kekuatan untuk mengawal diri sendiri. Emosi aku, tindakan aku, pemikiran aku..semuanya aku rasakan seolah-olah di luar kawalan aku. Untuk apa aku buat ini? Kenapa aku buat itu? Apa significantnya tindakan aku ini? Adakah perbuatan aku itu mendatangkan apapa kesan pada diri aku? Aku tak tahu...
Aku sedar aku selamenye tidak akan mungkin mampu untuk berhenti berfikir. Setiap detik, setiap saat, sepanjang waktu selama aku hidup...fikiranku tidak pernah kosong. Ada sahaja perkara2 yang bermain di fikiran aku. Aku betul2 tertekan. Fikiran2 aku ibarat satu suara, bercakap2 denganku tidak kira masa. Seolah-olah ada sesuatu atau seseorang mendiami kotak fikiranku dan cuba berkomunikasi dengan aku. Dan aku pula terpaksa melayaninya kerana aku tidak mampu melarikan diri darinya.
Pernah sekali aku cuba menghentikan suara2 ini tapi aku tak mampu. Even dalam tidur, suara2 ini masih kedengaran, tidak pernah hilang. Aku benar2 buntu. Aku bingung, kenapa aku kerap memikirkan bende2 yang aneh dan pelik. Idea-idea yang terlintas di kepalaku adalah abstrak dan tidak normal, sesuatu yang tak tercapai dek akal ku sendiri.

Aku cuba memahami situasi, mengenalpasti masalah diri aku. Malangnya aku tidak berjaya menemukan punca masalah jiwa aku ni sehinggakan kadang kala aku akan tertanya pada diri sendiri "aku ni sakit mental ke?" "aku ni gile ke?"
Mungkin ini merupakan hukuman bagiku. Mungkin aku terlalu leka pada dunia. Aku akui, ujian Allah itu amat subjektif. Dia tidak hanya memberikan kesusahan sahaja sebagai ujian, sebaliknya Dia kirimkan jua kesenangan sebagai salah satu bentuk ujian.
Aku bersalah pada diriku sendiri. Aku terlalu menurutkan nafsu dan kehendakku sehingga aku lupa pada tanggungjawabku sebagai seorang hamba.
Adakah solatku diterima? Aku buntu. Bukankah solat yang sempurna itu mencegah diri dari melakukan kemungkaran? Tapi kenapa aku masih lagi melakukan kemungkaran? Adakah solatku sempurna? Aku rasa berdosa...
Mungkin aku telah terlalu jauh dari jalan yang haq. Mungkin aku telah terlalu jauh dari sinar kebenaran..Aku ingin kembali..
Aku ingin berubah..

No comments:
Post a Comment