Saturday, April 9, 2011

Kau Beri, Kau Dapat


Kita mampu mengubah banyak benda dalam dunia ini. Ubah bentuk muka bumi, ubah wallpaper laptop, ubah design rumah, ubah ini, ubah itu. Dan kita sendiri boleh berubah kalau kita mahu. Ubah perangai, ubah persepsi, ubah nasib diri dan sebagainya. Kita boleh mengubah semua itu semahu hati kita.

Namun, perubahan yang ingin kita lakukan terbatas kepada itu sahaja. Kita tidak mampu mengubah persepsi orang, kita tidak mampu mengubah suatu kepercayaan orang.

Actually, boleh jika kena pada caranya. Pandai berbahasa, tunjukkan contoh yang baik, perilaku mulia dsb. Lihat sahaja bagaimana cara nabi junjungan kita. Apa hasilnya? Berkembangnya Islam di seluruh muka bumi. Dan bukan itu sahaja. Malah wujud pula kerajaan-kerajaan Islam di merata dunia. Berkekalan dan berkembang sehingga kini.

Apa yang cuba aku sampai adalah, persepsi dan kepercayaan seseorang, baik terhadap diri kita atau sesuatu benda.. tidak akan mampu kita ubah dengan paksaan serta kekerasan. Misalnya, kau cuba nak berkawan dengan seseorang tetapi si dia belum terbuka hati untuk menerima kau. Lalu kau berang dan menyerangnya dari pelbagai arah.. menggunakan berbagai-bagai cara. Kau juga psiko dia, "yela kan, kau tu glamor amous, mane pandang orang macam aku", "kau bijak, aku kurang.. aku akan menyusahkan kau" dsb.

Kemudian, kau serang jiwanya dengan melabelnya dengan kata-kata sifat yang menyakitkan hati seperti bongkak, "kau fikir kau bagus sangat?" dan sebagainya untuk memuaskan hati kau dengan harapan, hatinya akan terbuka untuk menerima kau. Tapi sedarkah kau bahawa tindakan kau itu hanya akan menjarakkan lagi jurang antara kau dan dia. Dari "belum bersedia menerima" akan menjadi "tidak akan menerima". Dari "hurm, let me think first" kepada "malas aku nak layan kau".

Tidak pernahkah kau meletakkan diri kau di tempatnya dan berfikir sejenak apa yang mungkin bermain di benaknya apabila diperli, dituduh dan di-psiko sebegitu?

Dan tidak pernahkah kau walaupun seketika, walaupun sekelip mata... bertanya kepada diri sendiri "apa kurangnya aku sehinggakan dia tidak mahu berkawan dengan aku?". Tak terfikirkah kau bahwa, mungkinkah ada sesuatu pada diri kau yang menghalangnya daripada tertarik kepada kau?

Kita mungkin tidak mampu mengubah dunia dan seisinya. Kita mungkin tidak mampu mengubah persepsi dan pemikiran orang lain. Tapi kita mampu mengubah apa yang ada pada diri kita. Tak ada maknanya memaksa hati orang dengan kekerasan dan keegoan. Lagi orang benci ada la. Nak orang sayang kita, tapi kita menyakiti dirinya. Adilkah kita?

Tiada apa yang percuma. Kau sebagai pembeli, dia penetap harga. Kau tak puas hati, dia kisah apa. Kau marah-marah dengan harganya, kau boleh mengata dan mencerca.. tapi sedarlah, dia sikit pun tak rugi apa-apa. Masih ramai pembeli lain yang sudi membeli. Kalaulah kau mengerti...

Thursday, April 7, 2011

Nak Ikut Gak...


Hari tu plan nak pergi panjat gunung. Segala perlengkapan cukup dah. Beli ini dan itu. Tapi kita hanya merancang, menentukannya bukan kuasa kita. Demam la pulakkkkk~

"Alahai Chombi.. nampaknya tinggal kita berdua je la kat rumah."
"Nak buat macamane, kamu kan demam.."
"Ha'a la kan. Takpe la. Aku dok umah je."
"Elok la tu.. kalo kamu pergi, sape nak jaga aku."
"Hmmm.. betul jugak kan~"


Tak apa la. Kita tunggu dan lihat. Cuti masih panjang, mana la tau orang lain ada plan lain. Join je la nanti.
Ok, memang orang lain ada plan lain. Demam still belum elok, tapi hati kuat nak berjalan.. so, redah je la~

"Aik, demam-demam pon nak berjalan?"
"Dah tu, jeles la tengok orang lain je berjalan. Nak gak merasa."
"Nak gi mana?"
"Ntah la, ke mana dorang nak bawak aku, aku ikut je."
"Bila nak pergi?"
"Esok.."
"Alaa..."


Kalau nak diikutkan, ada banyak rancangan yang kawan-kawan aku rancang. Ada yang nak panjat gunung, pergi funfair, tengok binatang, main air, makan-makan dan bergossip serta macam-macam lagi. Tapi nak dijadikan cerita, kebanyakan rancangan tu boleh plak clash pada hari yang sama. Adoyai.. aku hanya boleh pilih satu je! Isk3..

"Tu esok, habis hari ni nak buat apa? Duduk rumah je?"
"Dah kol empat. Ingat jap lagi nak pegi 'olahraga' sket hehe"
"Owh, ha'a. Dah lama kamu tak pergi. Nak ikut boleh?"
"Oit, mana boleh. Kaki ko kan sakit. Dan lagi... kau tu kan kena banyak rehat. Maklum la kan~"
"Yela, yela.."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...