Tuesday, August 31, 2010

Rumah Saya

Supirman kembali beraksi!!!
Lebih eksyen!
Lebih besau!
Lebih takut...

    Sampai-sampai epot, aku disambut dengan kete baru, eksyen la sikit kot. Dan kete tu sgt besau. 30 kali lebih besau dari kete sorong. Dan yang lebih menarik, aku dilantik pemandu sepenuh masa, berkuatkuasa serta merta!!! harharhar..

Sedikit tips membawa kereta:

1. Semasa berhenti di lampu isyarat, jangan takut sekiranya kereta anda terasa seperti mengundur ke belakang kerana sebenarnya kereta orang depan yang berjalan ke depan.

2. Jika enjin mati di lampu isyarat, jangan panik mahupun gusar. Walaupon kereta belakang hon-hon, biarkan sahaja, hidupkan enjin seperti biasa dan jalan tanpa ragu-ragu. Tak perlu malu sebab tiada siapa kenal anda.

5. Jika orang kasi signal nak ke kanan atau ke kiri, berikan laluan. Jangan kedek jalan. Sharing is caring.

9. Ada sesetengah pemandu yang "terlebih" berwaspada, terlalu kerap melihat cermin sisi dan cermin pandang belakang sehingga terlupa untuk melihat ke depan. Ini amat berbahaya. Sentiasa setkan di kepala anda, "aku memandu ke hadapan, bukan ke belakang.. maka harus lebih banyak pandang depan"

Dah jauh aku bawak kete ni rupenye. Celik-celik mate je mesti akan kedengaran perintah dari boss-boss besar rumah aku.
"Asip, nanti ikot ayah pegi sekolah. Lepas tu ikot ayah pegi hospital"
"Asip dah zohor ke belum? Nanti ikot ayah pergi Malim, nak pasang spoiler"
"Malam nanti kite nak pergi umah atok, cepat siap-siap"

Cantikkan bentuk ayatnya? Bunyi macam sedap je, konon-konon nak ajak pergi sekali tapi sebenarnye nak suruh aku jadi drebar hahaha. Takpe la, dulu mase aku kecik-kecik dah berjuta batu mak ayah aku bawak aku jalan-jalan. Sekarang turn aku la plak nak bawak dorang pusing-pusing. Yer tak? huhu..

***

"ASIP!!!! Kate nak belajau, cepat laa!!"
Kedengaran suare mak dari dapor. Ha'a, memang la aku ade kate nak belajau buat sup tulang. Aku pon roger la mak aku. Bile sampai-sampai kat dapor je, sume mende dah siap potong, hiris, kisar. Tinggal nak masukkan dalam kuali periuk je. So... dapat belajau mcmane nak masukkan bahan-bahan dalam kuali. Alahai~

     Mule-mule basuh kulit kayu manis, bunge lawang, lada sulah. Blend bawang kecik, bawang merah. Pastu tumis sume skali. Masukkan perencah sup dalam air, encerkan, pastu masukkan dalam kuali.  Biarkan menggelegak. Dalam periuk yang ade tulang, masukkan sup bunjut dan ape lagi tah. Kalo nak tau, tanye la mak aku huhu~ Last-last, masukkan bahan kuali ke periuk. Ta daa.. sup tulang. Untuk mereka yang bertulang..



Kenape aku bukak kelas memandu dan memasak di blog...?

Saturday, August 28, 2010

Orang Melayu

Kenapa nak pertikaikan apa yang orang lain lakukan? Bagi aku setiap orang ada tujuan dan motif tersendiri bila melakukan sesuatu. Ianya subjektif. Aku kira tindakan aku tersebut tidak menyusahkan sesiapa baik aku mahupon orang lain.... Adakah dia sedang mempersendakan aku? Aku macam ade perasaan nak berdendam tapi x elok la..

Roda pesawat mulai mencecah landasan. Orang lain dah sampai laaaaaaame da, aku plak baru je tibe. Adoyai, inilah takdir seorang pelajar kurang lulus.

Sampai kat el cece te, takde sesiape sambut. "Lagi 10 menit..".. Sementare menunggu aku dengar orang sekeliling aku cakap melayu!!!! Huiyooo, jakun sungguh. Abang pakai kemeje itam cakap melayu, akak tolak troli cakap melayu, makcik berkaca mata cakap melayu...sume cakap melayu. Dan yang lebih menarik, orang cina di sini bercakap bahase yang aku tidak paham. chong-cheng-chong-cheng~ Lamenye tak jumpe mende-mende macam ni.

Kene reset balik jam dalam kepale. Bukak pose bukan lagi kol 6 petang tapi kol 7 sengah! Kalau terminum air pada jam 6 petang mase awal-awal ni, harap-harap dimaafkan. Jetlag~

Murtabak, roti john, popia besau yang harge seinggit satu. Tu je la yang mampu dibelimakan oleh aku. Kadar tukaran wang sangat teruk. Ratus-ratus ribu lepas tuka dapat sekupang due je. Kabel monte plak tertinggal, dah la laptop aku xde bluetooth. Tak leh nak transfer file.

Seekor anak kucing ade dalam kotak di ruang tamu. Siap disusukan botol lg. Adoyai..

Tuesday, August 24, 2010

Sesuatu

(Awas! Post jiwa-jiwa..)

Aku selalu fikir bahwa masalah tidak akan terasa masalah jika aku tidur sahaja. Aku selalu fikir marah, panas, tensi akan hilang jika aku tidur sahaja.

    Dulu masa di kolej lama, bila 'sesuatu' terjadi, aku akan drive kereta selaju-lajunya dari seksyen 17 ke seksyen 18. Jalannya bukan highway tapi jalan negeri biasa sahaja tapi kat situ la aku pecut sampai 180-200 km/j. Aku tau masalah takkan selesai dengan memecut macam tu, sebaliknya mungkin akan timbul masalah lain seperti eksiden, saman dan lain-lain. Aku tau tak ada apa yang akan berubah kalau aku pecut macamtu tapi sekurang-kurangnya aku rasa puas. Sampai kat bilik, aku tidur sampai jam 12 malam, hanya bangun utk solat. Rasa kelakar sungguh, hanya kerana 'sesuatu' terjadi, aku buat kerja berbahaya..

    Aku tau macamana rasanye kalau 'sesuatu' tu terjadi, penah terjadi dan sejarah itu berulang lagi. Rasa macam nak pegang leher kelinci, lepas tu genggam kuat-kuat. Or rase nak duduk kat balkoni tingkat 5 sambil memegang laptop dan henset, lepas tu "opssss"~ (terjatuh pulak mereka berdua). Dan juga rasa nak balik semula ke 3,4 minggu sebelum 'sesuatu' itu terjadi lalu cuba membaiki keadaan. Namun semuanya tak mungkin terjadi. Aku tiada kelinci untuk dicekik, kalau ada pun..aku masih waras, cuma sedikit panas. Aku tak mungkin 'sengaja tercampakkan' laptop pemberian orang tua mahu pun mr. monte-l kesukaan aku. Perasaan ada tapi pelaksanaan jauh sekali. Dan aku juga tidak mungkin boleh travel back ke masa dulu.

    So, yang harus dan boleh aku buat sekiranya 'sesuatu' itu terjadi adalah mereka ayat-ayat yang bermula dengan "atleast" or "sekurang-kurangnya".
Atleast kali ni aku masih ada peluang untuk membaiki keadaan..
Atleast aku still boleh belajar tanpa kegusaran..
Atleast cuma 2,3 ...bukannya semua..
-ayat penyedap hati orang-orang yang kecewa...

"ship, dem, babun" (sape la yang ajau aku words ni sume)
Aku mencarut ke? Yer la kot. Walaupun perkataannya tak sama dengan perkataan asal, namun kalau niat di hati terasa nak mencarut, sebut word ketuhar pon boleh dikira sebagai mencarut tp orang lain tak terasa geram la, maybe dorang just gelakkan je. Pandai betul dorang alter word tu supaye yang buruk tidak kelihatan buruk sangat.


Haish!
Perasaan seperti mahu memecut 180kmj dari seksyen 17 ke seksyen 18 itu datang lagi..
Mujur tiada kereta untuk aku pandu..
Kalau ada, jangan jadi penumpang aku lagi..





Harus lebih rajin..
Kene stop merepek (ikrar yang sama, sudah 17 kali, but still tidak terjadi)
Apa je la yang aku ketikkan pagi-pagi buta ni.
Ikut suka aku la nak tulis apa..

Sunday, August 22, 2010

Sangap

Aku tak puas hati lagi!
Bila baca paper, tgk berita, mesti ada je pasal buang-buang bayi. Hari tu kerajaan dah kasi amaran keras, nak hukum gantung mana-mana kapel tak kawen yang buang bayi ni. Reti buat aja. Saje je aku gune word "kapel", sebab kalo sorang je x jadi kes. Yang jadi kesnye bile bla bla bla..aku malas nak taip, bosan. Lalala~

    Yang tadi plak aku baca pasal kerajaan nak buat tabung asam deoksiribolukleik (DNA) untuk tiap-tiap bayi yang dibuang tu. Tak tau la praktikal ke tak.. amek masa, costly dll. Tapi kalo dengan cara tu boleh kesan mamat ngan minah sengal tu, elok la dibuat. Kasi tangkap mereka, gantung terbalik kt atas pokok kelapa, letak kerengga dalam baju dorang. Padan muka..

    Taun lepas 79 kes buang baby. Taun ni 75, tu pon belum abes taun, baru bulan lapan. Agaknya kalo masuk bulan doblas nanti ntah dah berapa banyak la agaknya baby kena campak dlm tong, bungkus dalam plastik itam, lempar dalam sungai, lontar dari tingkat lapan kondo.. adoyai. Jangan la kejam sangat. Kalau yahudi tu lain citer la..

"Chelsea terus cemerlang"
Apsal aku letak tajuk ni???

    Seorang pembuat biskut di Turki berjaya menghasilkan biskut yang boleh menahan seseorang dari merasa terlalu lapar ketika berpuasa. Pulak dah... Puasa tu tujuannya nak kasi kite berkongsi perasaan dengan orang yang lapar atas sebab-sebab kekurangan dsb. Kalo dah buat biskot tahan lapar, tak rasa macam tujuan puasa tu mcm lari sket ke?? (suka hati je aku buat spekulasi huhu). Nanti kasi biskot tu kat orang yang kurang mampu tu ek. Boleh la dorang berkongsi mcmana perasaan org yang tak lapar pulak~

    Enam masjid dikesan mendoakan "name pemimpin cina" dalam khutbah instead of doakan sultan. Apakah??? Baik doakan aku je. Or doakan sungai itam tu jadi sungai putih, tenteram la sket aku nak gi skola nanti..

    Pengemis asing di bazaar ramadhan kaut RM300 sehari. Kalau sebulan, dah jadi RM9000. Wow! "Rajen" sungguh mereka bekerja. Tapi memang macamtu la biasenya. Perantau or orang luar ni besenye kerje sangat rajen. Maybe sebab jauh dari famili, so dorang punye motivasi tinggi la. Tapi aku pelik la dengar pasal orang rajen mengemis!!! Adoyai...

    Ariel, Luna masih enggan mengaku terbabit rakam video. Haha.. Then Luna mahu bukukan kesah hidup plak. Ntah citer apa la yg dia nak bukukan tu. Maybe die nak buat mcm citer twilight kot. Ade novel, lepas tu ade "movie". Mesti best kan, mungkin ade dalam tu ade citer pasal Ariel yang menjadi serigala jadi-jadian.

    Penjenayah manfaatkan waktu berbuke untuk merompak. Kalau yer pon nak rampok, buke la puase dulu. Tak elok lambat-lambatkan berbuke puase.




Apsal aku ulas berite-berite ni??? Memang dah takde keje sungguh la kot..

Saturday, August 21, 2010

Tak Reti Nak Letak Tajuk Apa..

Betul ke nak kasi pengajaran? Atau sekadar nak melakukan penjualan akhbar dan majalah?

    Dulu aku suka baca majalah Mestikah. Banyak cerita-cerita menarik serta kupasan-kupasan yang bermanfaat dalam tu. Antaranya kisah pasal bigfoot, ufo, cerita sejarah, kupasan mengenai hasil-hasil hutan seperti tongkat ali dan kacip fatimah (macam la tak ade pokok lain..), kisah hidup nelayan dan masyarakat asli serta banyak lagi. Tapi entah bila, tiba-tiba cerita-cerita yang dimuatkan dalam tu menjadi semakin pelik dan semakin panas...

    Asal beli je, mesti ade laporan tentang lorong-lorong gelap, kisah haruan makan anak, anak makan haruan, ayah sedara haruan makan anak buah haruan, atok haruan raba-raba haruan punye anak, haruan pergi disko balik tengah-tengah malam, muntah dalam teksi dsb...kesian haruan, tak pasal-pasal dapat name..

    Lepas tu pula ada kisah bomoh baca mantera, orang takut dengan batang kayu yang kena bungkus oleh kain putih yang dijumpai di tanah perkuburan, kain putih terbang-terbang mengekori kereta di malam hari, wanita tahan kereta malam-malam kat jalan sunyi serta banyak lagi kisah-kisah mistik dan misteri..

***

Ok, tu mukadimah je. Saje nak lepas geram. Yang benarnye  nak citer pasal berite yang aku bace dari sebuah akhbar ni, ntah ape namenye... Mtero kot..

    Lelaki didakwa subahat nikah tanpa tauliah di Sungai Buloh. Citer pasal sorang pakcik ni, kawenkan anak dare orang padahal die bukan wali pompuan tu. Semuanya terjadi sebab pihak lelaki tu kate, dia tidak dapat restu mak ayah nak kawen, yang pompuan plak kate dia punye parent dah tak ade. Tu la, lain kali kalau nak kawen, make sure tunjukkan perangai molek-molek kat mak ayah. Kasi dorang percaye yang diri tu dah matang, dah boleh pikul tanggungjawab. Ni tak, hari-hari dok depan laptop main fabecook, preng moto sane sini, solat maghrib 4 rakaat, puasa ramadhan 2,3 hari je..tu pon sekerat hari...mcmane mak ayah nak kasi greenlight.. (pandai-pandai je aku~)

    Ada berita tentang M Moorthy. Pasal status agama yang tak jelas. Waktu dia mati, ditanam kat perkuburan Islam tapi famili dia datang tuntut. Katanya Moorthy masih Hindu.. Aku rase aku ingat kes ni sebab dulu mase kat kolej lame, ustat Redha penah suruh aku bentang pasal akta 121(1A). Pasal kuasa mahkamah bla bla bla...(leceh nak terangkan, pi google kat google tu)

    Then, berita pasal cerai. Ingat senang ke nak kawen? (actually takde yang susah, masyarakat kite je yang membuatkan ia kelihatan susah). Then, lepas kawen nak cerai-cerai pulak. Adoyai... Citer pasal pemain badminton yang menceraikan isterinya buat kali kedua. Apa mereng agaknya beliau ini. Or maybe dia benar-benar ada masalah? Entahlah aku..x baik buruk sangka. Nanti takde orang nak wakil negare main badminton. Majulah sukan untuk negara...

"Maut selepas makan rojak"
Mati-mati aku ingat mamat ni makan rojak beracun. Rupenye die mati eksiden motor selepas makan rojak. Cet, pandai tol dorang ni nak lakukan surat kabar...

"Wanita ganas dijel 3 tahun"
Aku dah mule eksaited nak bace berite penuh sebab tertarik kat word ganas tu. Entah ape la yang wanita tu buat sampai dilabel ganas. Dalam kepale aku dah terbayang kisah wanita yang mencucuk mata kekasihnya gune lidi sate, menggigit telinga kelinci yang baru dibeli dari Bandung, or memukul belakang kekasihnya kuat-kuat menggunakan kamus dewan sebab kekasihnye mengutuk karipap yang dibuatnya. Huih..ganas sungguh.. Tapi last-last aku kecewe sebab dia dilabel ganas semata-mata kerana dia mencuri kereta pegawai Majlis Agama Islam Melaka.... ganas la sangat~

    Selain tu ade la lagi citer-citer best or yg boleh tahan layan jugak yang aku bace. Batik berdarah, Sifat sabar asas bentuk hubungan bahagia, Pencuri motosikal larikan dua kereta, Disneyland kena saman, 2 tentera Israel mencuri (kejadahnye.! dorang sume pencuri, apsal 2 orang je yg masuk berite?), Ramai sangka Obama Islam, Wanita kemaruk Blackberry tuntut cerai dan banyak lagi. Banyak mende sebenarnye yang terjadi di sekeliling kite. Daripade asek tidor je atas sofa smpai tengahari, maybe lebih baik kite same-same buat mende berfaedah seperti membaca dan belajar buat kuih seperti karipap..


Malasnye nak bukak buku falsasah ni...
Aku rase lagu ni best. Try dgr

Thursday, August 19, 2010

Thank You..

Atas sebab-sebab tertentu..aku sangat gembira hari ini. Dan dalam mase yang sama, aku rase sedikit sedih.

Terima kasih tanganku..
Terima kasih kakiku..
Terima kasih perutku..
Terima kasih kepada setiap bagian tubuhku yang setia menemani aku dari dulu hingga kini.

Aku sedar aku bukanlah penjaga kalian yang baik. Kerap sahaja aku mencalari, menggunakan dengan cuai, mengasari kalian. Aku minta maaf atas semua kesilapan dan kealpaan tersebut. Jangan risau..selepas ini, aku berjanji akan berusaha menjaga kalian sebaik mungkin.

Terima kasih kerana sudi berkhidmat untuk aku hingga ke hari ini..

Namun yang paling utama adalah..
Alhamdulillah..
Terima kasih, ya Allah..










Sudikah kalian menemani aku hingga ke akhirnya?


Selamat Hari Lahir kepada kalian..
Kalaulah mereke mampu berkata-kata.. 

Saturday, August 14, 2010

Peningkah?

Sesungguhnya...
Aku sangat tak suke shopping...

Hari tu konon-konon je nak gi beli-belah. Plannya adalah pergi, beli dan blah secepat mungkin. Simple je, kan? Aku ingat lepas dah setahun, dah ok la kefobiaan aku terhadap kedai baju ni. Rupenye same je macam dulu. Aku rase aku ade penyakit peningjikemasukkedaibaju la.. Aku tak paham kenape orang buat baju banyak-banyak. Tak rimas ke dikelilingi bende yang same je? Pekedai tu plak, hari-hari duduk dalam timbunan baju, tak lemas ke???

Akhirnya aku dimarahi oleh orang-orang yang menemani aku.. "asek merungut jer!!!"

Aku x suke pegi kedai baju....

*****

Sesungguhnye...
Aku tak belom reti pegi pasar...

Hari-hari niat nak belajau masak gulai la, masak merah la, kari la, kurma la dll. Tapi niat hanye tinggal niat sebab aku takut nak masuk pasau.. Aku takut tgk sayur banyak-banyak kene susun tingkat-tingkat tu. Aku takut tengok ayam tergolek-golek atas meje. Takut tengok bawang dan halia. Dan yang paling aku takut adalah... orang yang jual ayam, sayor same bawang-bawang tu. Bukan takut ape pon..takut nak sebut ape yg aku nak beli je (macam takut nak suro angkot berhenti). Adoih la saye... Harus lebih berani!!!

Akhirnya aku diketawakan oleh orang-orang yang menemani aku.. "haha"

Aku takut pegi pasar....

Wednesday, August 11, 2010

Tajuk Post Ini Adalah Selamat Berpuasa Kepada Semua Yang Boleh Berpuasa. Yang Tak Boleh, Jangan Lupa Ganti Bila Dah Boleh Puasa.


Aku pon nak tulis pasal puasaaaa!!!!

Puasa adalah menahan diri dari makan minum serte melakukan kerje lain yang boleh mengurangkan pahale puase seperti mengendap orang mandi, mandi bersame orang yang dimengendapkan tu, menonton hikayat biru di laman maya, menyorok belakang dapor restoran cina dsb.

Mase kecik-kecik dulu, aku penah kene tipu bulat-bulat dengan abang aku. Die kate, "kentut boleh batalkan puase". So, satu hari aku tahan kentut. Lepas tu kene gelak.

Kalau mak kejut, memang liat nak bangun. Tujuh kali kejut pon, masih menonggeng2 kat katil. Kalau ayah kejut.. mate merah-merah je mase makan sahur..

Orang sahur kite sahur. Orang puase kite korek idung. Mase buke, kite paling awal makan, 5 menit sebelum azan. Alasannya...tak elok melambat-lambatkan berbuka.

Sekarang aku dah besar. Dah boleh bangun sahur sendiri. Actually bkn bgn sahur, tp tak tidor malam sampai waktu sahor. Tak ape, yang penting aku puase.

Sepanjang bulan ni aku xnak pening-pening mase duduk depan laptop (kite rest dulu yer, nanti sambung balik lepas beberape taun). Aku nak buat keje bermanfaat. Mengasah bakat melukis, menghafal atlas anatomi dan merancang kewangan dengan baik. Aku jugak nak memburu semua nyamuk dan lipas yang bermaharaja lela di bilik member aku kt tingkat atas. Kalau rajen, aku nak membanteras kegiatan tikus-tikus di seluruh kota pada malam hari.

Shopping bukan specialty aku. Harus ade orang teman kalo nak gi shoping, untuk mengelakkan aku pengsan, pitam mahupon hilang dalam ramai. Sape rase mampu bertahan dgn amukan puaka aku, anda sangat dialu-alukan untuk teman aku shopping. Mane tau aku belanje aiskrim. Ape? Puasa? Kalau mcmtu...xleh buat ape la~

Tuesday, August 10, 2010

Te Teng Te2 Teng te2 Teng te3 Te Teng~ (Lagu Tema Buletin Utama)


   Malam tadi aku tengok Buletin Utama. Kerajaan nak letak syarat pada penjual rokok. Sapa-sapa nak jual rokok even sebatang, harus ade lesen. Aku pon tak paham ape tujuannye. Kalau dah niat kasi mati cepat org tu, ade lesen ke, xde lesen ke...same je, kan? Ape bezenye. Oh yer, lesen tu boleh didapati secare percume dengan melengkapkan borang di http://lktn.gov.my. Mudah bukan? Tapi lepas 1 September, da x free daaa :-( Kene bayo 50 inggit kalo nak buat lesen. So, ape tunggu lagi. Cepat-cepatlah isi borang~

   Then kerajaan nak buat laporan terperinci kat enset Blackberry jugak. Dah ade negare haramkan enset ni antarenye UAE. Dengar citer enset ni bahaye. Boleh jadi bom kalo xreti gune. Malaysia pon nak haramkan jugak sebab takut enset ni jadi transformers puak decepticon. Buat la apape yang patut. Nak ban ke, nak haram ke, nak boikot ke..aku kurang kesah. Jangan monte aku diapa-apakan sudah le..

   Tiada pengampunan buat pendatang tanpa izin sempena hari raya. Amboi3...banyak cantik. Ingat ko raye kat kampung ko ke??? Gi depan ayah, salam tangan. "Ayah, orang mintak maaf sebab kasi tercekik itik ayah kelmarin. Mintak maaf jugak sebab selalu fail exam, selalu je HERR. Lepastu, lepastu, lepastu... (sambil pura-pura nangis teresak-esak), bile rase-rasenye orang boleh kawen~?". Haaa, kalo kt umah boleh la buat macam ni. Ni tak, dtg sedap-sedap, keje kuat-kuat, pastu duit tu hantar balik indo negare asal. Tak bley la mcm tu mas.. Sorry yer, lupekan je soal pengampunan2 ni. Tak dapat nak nolong. Den bukan menteri perdana..

   Then...Washinton tak minat campur tangan kes liwat pakcik nuar. Malas nak komen. Dah berkurun aku dengar pasal lee-what ni. Tak settle-settle jugak.. Tak malu ke? Da la haram. Dengan kaum sejenis lak tu. Due kali haram. Publisiti tak kene tempat. Copot je buntut tu, settle kes.

   Lelaki lembut boleh lapor pada Kementerian Sumber Manusia jike dipecat tanpa sebab. Alahai, lembut ke, keras ke..orang tu nak keje, biau je la. Bukannye die melembut pade kaw. Ko tu pon, macam la keras sangat. Dah2, xmo diskriminasi2 ni yer. Tak elok. Boleh menjejaskan kesihatan.. Benci ai taw..

   "Sudahlah digugurkan, dicampak pula dari tingkat atas sebuah pangsapuri ke dalam tong sampah". Adoyai. Boleh aku mencarut? Tak mau la..aku xnak selevel dengan mereke tu. Dorang ni lagi teruk dari menatang. Menatang pon x campak anak. Menatang tak gugur anak. Tak letak anak dalam tong sampah. Aku rase dorang harus masuk kelas menatang dulu, belajar etika-etika kebinatangan, belajar erti kasih sayang dari menatang dulu, lepas tu baru masuk kelas manusia. Dah kronik sangat la dorang ni...

   "Kami bukan orang politik, kami hanya mahu berniaga". Haaa, cube tengok ape jadi bile tampuk kepimpinan diambil alih oleh bangsa asing. Kes ni jadi kat Penang. Tu la aku da kate, jangan kasi can org lain memerintah. Kalo kite sendiri yang tadbir, takde la kes-kes macamni. Orang tu dah labur modal 100k, 50k utk bukak bazzar ramadhan, last2 xleh meniage. Kesian la. (Cey, pandai2 je aku buat spekulasi~)

Dah, dah..
Aku ta maw jadi pengulas berite lagi!






Lapau la plak..

Sunday, August 8, 2010

Asyik Terbakau Jer!

Asal pegi mart itu, mesti aku marah. Bukak je pintu mart dan nampak pekerje tersebut, rase nak mengamok terus bertandang di jiwa. Berapa kali harus aku marah-marah pada mende yang same. Banyak lagi perasaan lain yg aku nak rase. Nak jugak rase jiwang ke, sentimental ke, cintan2 ke, dll. Ni tak, asek-asek rase nak marah. Bosan la!


Dia sering buat aku panas dan Terbakar. Dah berpuluh kali aku pegi mart tu, still rasa panas jugak. Lagi-lagi kalau die jaga kaunter. Hey, saya customer tau!!! Saya sentiasa betul! Jika kamu betul dan saya salah, saya tetap betul. Dan jika saya betul dan kamu salah...sudah pastilah kamu lebih-lebih lagi salahnya!!!

Memang la dalam mart tu bukan aku sorang customernye. Ramai lagi. Tapi dalam kes ni, aku harus diberi keutamaan sebab aku dah sampai kaunter dan nak bayar. Dalam mart tu ade banyak je pekerje lain nak tolong carikan barang utk customer lain. So, kenape biarkan aku mematungkan diri utk jangka waktu yang lama di situ!!??? Aku bukannye ade semua waktu di dunia. Aku nak kene balik cepat, nak bace buku. Tak boleh la nak berlama-lamaan kat situ (tulis blog boleh plak). Kalau ade spider singgah kt kaki, maybe die sempat siapkan sarang kat celah jari tu..

Rasa comel sangatkah? Anda rasa semua orang tergoda dengan andakah? Tidak sampai hati nak marah-marah andakah? Allah dah beri wajah yang elok, kenapa tidak diusahakan mempunyai perangai dan displin yang elok sekali? Saya ada foto anda tau! (haritu sempat snap gune monte sebab dah marah sgt). Anda mahu kena jampikah??? Kasi jampi tangan ngan kaki tu biar takleh pegi mane2, dok je kat kaunter!


"Aku cekik kawww!!!" 




Adoih..penatnye marah-marah. Bukannye die bace pong. Sape-sape yang pegi mart tersebut, nampak pekerje pakai baju putih, sile check nametag die. Aku nak tau name die. Nanti nak add die kat facebook. Lepas tu nak delete name die dari page aku sebagai tande protes dan tidak puas hati. Marah sungguh ni!

Friday, August 6, 2010

Tak Habis Lagi Rupenye. Ingatkan Dah Boleh Tidur Nyenyak..

Anda tidak gagal..
Cuma belum berjaya..
Kegagalan adalah kejayaan tertunda...
(ayat nak sedapkan hati sendiri)

"Kau belajar betol-setol sip. Malu je dengan. ..." ayat emakku masih terngiang-ngiang di telinge.

"Baik mak!" jawabku patuh..

Aku akan pulang dengan segulung ijazah. Dan bersama-sama dengan .....
Alahai. Menggunungnye harapan dan cita-cita.

Itu janji aku.
Harap-harap sempat.
















Saya agak sedih..
Dan pening juga..
Biarkan saya tulis apa yang saya mahu..

Thursday, August 5, 2010

Post Orang Baru Lepas Abes Exam Tapi Die Risau Pasal Result Die, Takut Kalau Kene HERR

Exam
Ya, betul tu. Exam. Tiada siapa yang suka. Kalau ada yang suka pun, mesti bersebab. Maybe sebab penjage exam tu pakai seksi-seksi. Tutup pusat dan lutut je, yang lain tak tutup. Atau maybe die suke sebab ayah die dah janji nak belikan die helikopter kalo die lulus exam (lantak ko la Karim, ayah hang tipu hang bulat-bulat pon hang percaye). Tapi, bagi orang-orang kebanyakan, biasenye exam ini dianggap sebagai sesuatu yang sangat menyusahkan. Biasenye pada waktu minggu peperiksaan, kita merasakan macam ada byk sgt mende yang kite nak buat. Time-time belajar tu la tetibe datang urge nak tido, main basikal, lompat-lompat atas katil, dgr lagu Barney & frens, layan lagu rock kapak, tgk citer pawe renjes dsb. Namun apabila exam tamat...kesemua perasaan tersebut hilang begitu sahaja. Adakalanya terasa buntu sebab xde idea nak buat ape. Misteri, bukan?

Ramadhan
Bulan puasa datang lagi. Di saat post ini ditaip, ade lebih kurang 6 hari lagi sebelum masuknye bulan puase atau Ramadhan. Kantin-kantin akan tutup. Kedai-kedai makan banyak yang tutup. Biasanya pada hari pertama puasa la ramai orang akan mengambil kesempatan utk makan dgn sengaja di siang hari. Bila ditangkap, mereka menjawab "alamak pak, sori2..saye lupe la da masuk bulan puase". Masjid-masjid akan penuh pada awal Ramadhan. Sederhana penuh pada pertengahan Ramadhan, penuh semula pada hujung Ramadhan dan kosong pada hari raya kedua. Begitulah rutin tahunannya...

Ramai ustat kampung menasihatkan agar kita menambah amal di bulan ini. Kalau boleh, biarlah Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan tahun lalu. Aku rase insaf mendengarnya. Oleh itu, aku berazam nak puasa 2 bulan plak dlm Ramadhan kali ni. Taun lepas aku puase sebulan je..


Masa
Maybe kite rase jemu dan boring mase belajar ni. Rase macam nak abes cepat-cepat je. Kalo boleh esok jugak kite nak abeskan pengajian. Tapi macamane kite usehe sekali pon atau ikhtiar sampai nak termuntah-muntah, kita memang tidak akan mampu mempercepatkan masa hatta sesaat sekali pon. Kalau sesaat pon xboleh, seminit lagi la xboleh. Apatah lagi sejam, sehari, seminggu mahupun setahun..or due tahun.. or tige tahun. So, teruskanlah kehidupan secara normal dan sehat. Sabau, sabau! Adoyai..

Daftar Pemilih?
Haritu ade sorang member jauh aku me-ym aku waktu aku tgh stress. Die selalu panggil aku dgn gelaran "kedek" sebab die eksaited dengan blogpost aku baru-baru ni yang bertajuk "Kedek". Dalam YMnya, die pesan agar aku memesan pada anda semua utk mendaftar sebagai pemilih. Alaaa, daftar pengundi la. Sape-sape yang umornye dah cukop 21 tahun, maka dia dah boleh daftar dah. Kalau dah daftar tu, pandai-pandai le pegi mengundi. Bukan ape, just tak nak negara ditadbir oleh bangsa lain je terutama sekali Cina. Bunyinya memang agak racist tapi hakikatnya...erm..memang racist pon sebenarnye. 

Kalau boleh biarlah negara kita tu berdiri dan maju dengan acuan kita sendiri. Kalau nak kate pemimpin kite korupsi, kat mane-mane pon ade korupsi. Tapi atleast kite still dipimpin oleh seorang Muslim. Masih ada iman di dadanya. Minum beer bace doa dulu. Masuk kelab dangdut langkah kaki kanan. Buruk mana pon lakunya, tetap dia akan ada kesedaran tentang dosa dan pahala, surga dan neraka. Berbanding dengan pemimpin yang jelas terlihat kekafirannya, bukan kite tak percaye kat dorang, tapi kite sekadar berhati-hati je. Pemikiran mereka tak sama dengan kita. Boleh jadi hari ini mereke menghulurkan tangan berjabat salam, tp esok menghunus pisau menikam belakang. Tak siape tau kan?

So, di sini, saya menyeru kepada anda semua, walau di mana anda berada selatan, timur, barat mahupon utagha.. Ambil la berat pasal negara kita. Tak banyak, sikit pon jadi la. Sekiranya rase diri tu dah tue, umo da doplo satu, takyah la berangan nak jadi pawe renjes or otromen lagi. Sebaiknya, daftarlah sebagai pemilih dan pergilah mengundi. Senang, kan? Wajah ensem tak semestinya perangai kacak. Rupa huduh tak bererti perilaku buruk. Terpulanglah kepada anda sebagai rakyat nak pilih siapa sebagai pemimpin. Taip "Afundi Pak Lah" dan hantar 32998. Mudah, bukan? Anda telah layak untuk memilih. Aku tak layak lagi la..lg 3 taun baru leh pangkah.

Tuesday, August 3, 2010

Pusing Aku Memikirkannya

Haih..
Orang baik-baik kate, kite tak sepatutnye mengeluh dalam kesusahan sebab mengeluh bile ditimpe dugaan tu tande orang tak bersyukur n tak redha. So, aku tarik balik "haih" yg kat atas tu..

Ujian praktikal anatomi. Dari pagi sampai ke petang aku termangu-mangu, apa sebenarnya sih yg terjadi pada aku???

1. List kehadiran diterbalikkan. Dulu giliran aku 20 lebih dari 189 orang. Maka bile da terbalikkan list name, giliran aku jadi 160++. Aku kene tunggu lame sebelum boleh amek ujian. Bau formalin yg kuat tu menusuk-nusuk hati dan sanubari. Aku tanye orang sebelah, die kate die tak bau apape, padahal idong die lg besar dari aku (bukan sebab bisul). Aku pegi kt sink sebelah toilet, cube sedaye upaye menahan isi perut dari terkuar..

2. Bile ruang menunggu tu da lengang, sunyi sepi laksana tanah perkuburan, baru la name aku dipanggil. Time tu sebab da lame sgt menunggu, ape mende dlm kepale sume jadi lupe. Masuk dalam "dewan" exam, ntah merapu-rapu dijawabnye. Macamane otot kat perut boleh tertukar name dengan otot kt buntut? Jangan tanye aku1...

3. Abes exam, cepat-cepat lari kuar. Pegi kat lobby hospital, tak nampak sape2 yang familiar. Aku ditinggalkan keseorangan2...

4. Naseb baik ade saki-baki student yang lom balik. Dorang pon senasib ngan aku. Dekat kol 12 sengah baru abes exam. Nego punye nego, tambah muke simpati sikit..akhirnye dorang pon bersetuju utk aku balik same-same dengan dorang. Tunggu teksi tepi jalan. Waktu balik tu, jam makan siang. So, paham je la macamane tahap kemacetan jalan raya tersebut. Sume orang tgh istirahat utk makan siang. Ya ampun...

5. Dapat pulak teksi yang Air-Cond nya selevel dengan ketuhar. Dah la macet, ketuhar pulak tu. Perjalanan pulang itu terasa amat lama sekali. Nasib baik sengah jam je dalam teksi tu. Kalau sejam..maybe aku dah jadi kuih raya atau kek coklat jenama bekasjunioraku.

6. Sampai rumah, singgah kat warteg ibu. Ikan-ikan yang aku suke tak ade pulak. Gurame same jambal. Last-last aku pilih bawal. Tapi ibu tu kate ikan yg lagi satu (aku x ingat namenye) lagi sedap. Tak jadi amek bawal sebab aku terpengaruh dgn ibu tu. Aku sengaje bayau dgn 50k walaupon aku ade 4 keping not 10k sebab aku tau ibu tu ade lebih banyak not 10k dari aku.

7. Waktu nak balik, aku perasan lampu kat periuk nasik ibu tu tak menyale. Aku mule rase tidak sedap hati..

8. Sampai rumah, rupenye ape yang aku tidak-sedap-hatikan betol-betol terjadi. Takde listrik!!! Aku makan dalam suasane tidak berape terang. Due, tige kali hampir kene cekik dengan tulang ikan.

9. Teringin nak makan aiskrim. Bukak peti ais, aiskrim dah cair sikit.

10. Proses defikasi. Aku takde mood nak memerut sebenarnye, tapi siape aku untuk melawan feces-feces tersebut. Mereke mahu melihat dunia, biarkanlah.. Masuk toilet, termenung dalam gelap. Nasib baik la ade cahaya balam-balam dari lilin sebatang tu. Rasa terhibur seketika. Suasana jamban yang agak romantis..

11. Tengah-tengah berdefekasi, pale paip tercabut! Memang nak mengamok sungguh la, feel2 indah semuenye pergi begitu sahaja.

12. Akhirnya mata terlelap dalam kegelapan siang. Sebelum azan asar lak tu. Disebabkan takde listrik, orang kampung pon xdpt nak azan gune mic. Maybe die azan tp aku tak dengar. Maka aku menjadikan "tidak dengar azan" itu sebagai alasan utk skip asar berjemaah. Adoyai...

13. Bangun tidor, asar tinggal lg 5 menit bla bla bla (citer seterusnye tak berape penting utk dicerita-meritakan)


Pepatah ada mengatakan, sudah jatuh ditimpa tangga. Tapi aku rase pepatah ni tak relevan lg skrg. Memandangkan tangga-tangga moden sekarang kebanyakannya melekat pada bangunan (stairs), adalah agak sengal jika kita ditimpa tangga tersebut, melainkan terjadinya gempa bumi, bangunan runtuh...maybe ade kemungkinan kite jatuh dan terperosok di bawah tangga.
Sabau je la..




Trivia:
1. Aku rase susah nak jawab anat maybe sebab minggu lepas aku penah kate "dr K ni da mcm cadaver je aku tgk.."
2. Aku bukan kene tinggal, tapi aku yang suruh dorang balik dulu. Saje nak kasi citer nampak lebih kasihan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...