Tuesday, May 31, 2011

Pilihan Kau Sendiri


   Kita adalah siapa yang kita pilih untuk jadi. Ok, tipu. Ada je orang yang nak jadi pawe renjes tapi sebab mak ayah suruh die jadi cikgu, maka dia jadi cikgu.

   But still, aku nak jugak kata, untuk jadi siapa, itu pilihan kita. Tiada siapa yang memaksa. Nak buat apa, nak makan apa, nak kawan dengan siapa, kita sendiri yang tentukan.

   Kau sendiri yang memilih untuk jadi siapa yang kau nak. Nak jadi pekerja yang berdedikasi, pelajar yang berintegriti, perompak yang digeruni mahupun perogol yang dicari polisi, itu terserah. Kau ada hidup kau sendiri. Kau bukan budak kecil untuk ditentukan masa depannya oleh mak bapak. Kau tahu membezakan baik dan buruk.

   Kau tak nak pakai tutup aurat, tak nak berhenti mengumpat, nak tengok yang bukan-bukan dalam internet, nak mencarut-mencarut, nak bergaul laki pompuan atas alasan mengeratkan silaturrahim, nak dating-dating tanpa ikatan, semua tu pilihan sendiri. Tuhan dah kasi macam-macam jalan yang baik untuk kau pilih, tapi kau tak nak ikut, still nak ikut kepala sendiri, itu terserah.

"Aku bukan nabi. Aku memang budak jahat, semua orang tahu. So, tak payah la susah-susahkan diri kau nak nasihat aku. Kau baik sangat ke? Kalau kau sendiri pernah buat, layak ke nak tegur orang?"

   Ha'a, kau bukan nabi. Aku bukan nabi. Tapi kita sama-sama mahukan syurga. Jangan kau fikir "aku Islam, macamana kena seksa pun, last-last aku masuk syurga jugak".
Cuba letak tangan kau atas api, biarkan 10 saat, tengok apa jadi. Apa rasanya? Kau ingat kau kebal? Tu baru dunia..

   Dan jangan jugak sesekali kau cuba berfikiran "semua orang buat silap, aku pun buat silap. Tak apa, nanti aku akan diampunkan jika bertaubat. So, tak apa la, aku nak enjoy dulu, nanti aku bertaubat la."
Bila kau mati? Kau tahu?

   Dan jangan jadikan alasan kesempitan dan kesusahan untuk melakukan apa yang kau rasa kau tak nak buat tapi kau buat juga sebab kau rasa dah tak ada apa-apa lagi yang boleh kau buat.

"Aku tak nak buat keje-keje mengendap ni.. tapi, tak boleh tahan laa, nak tengok depan-depan, bapak dia tak kasi"

Hmmm.. terserah la. Kau sendiri yang tentukan masa depan kau.


Last but not least..
"Eh, kau siapa nak tegur-tegur aku. Kau jaga hal kau dah la. Jangan sibuk-sibuk, esok mati, kubur lain-lain, kau susah apa?!"
"Ha'a, sebab kubur lain-lain la aku tegur kau, nanti dah mati tak dapat nak tolong dah"

Wednesday, May 25, 2011

Yang Lebih Baik


Mahu menjadi insan yang lebih baik?

Mulakan dengan memperbaiki solatmu dahulu.

1. Di masjid (bagi lelaki)
2. Berjemaah
3. Jangan bertangguh


FAQ
1. Saya ada kelas/kerja/ujian sewaktu azan berkumandang. Adakah saya harus tinggalkan urusan itu dan pergi ke masjid untuk berjemaah?
- Tidak semestinya. Selesaikan urusan itu dahulu dan kemudian pergi ke masjid. Tetapi jangan bertangguh. Main game dan tengok movie bukanlah urusan penting. Maka, tinggalkan dahulu, dan tunaikan solat.

2. Saya tertidur/ujian selesai lambat. Jemaah di masjid sudah tiada. Adakah masih perlu ke masjid? Bukannya ada jemaah. Tetap solat sendirian.
- Tetap juga ke masjid. Cari sesiapa untuk solat bersama. Jika ternyata tiada sesiapa, maka boleh solat sendiri. Tetapi tetap juga di masjid.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
"Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh. Kalaulah mereka tahu pahala keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Inginlah aku rasanya menyuruh seseorang menggantikan ku mengimami solat, sesudah itu aku pergi dengan beberapa orang membawa ikatan-ikatan kayu bakar ke rumah-rumah orang yang tidak datang solat berjemaah, lalu dibakar rumah-rumah mereka."



     Amat mendukacitakan apabila pergi ke masjid, golongan yang paling ramai berjemaah adalah golongan tua, yang sudah pecen. Mana perginya pemuda-pemuda? Dirinya disibukkan dengan hiburan. Katanya, "tak apa, aku solat di rumah sahaja, solat jugak, kan?". Ya, solat.. Tiada apa-apa keuzuran, masjid hanya berjarak sepelaung, tiada ribut, tiada taufan, badan sihat.. Tetapi memilih untuk solat di rumah.

     Hiburan lebih diutamakan dengan alasan, "tak apa, lepas aku habis main game ni, aku solat la. Zohor lame lagi". Di penghujung zohor, baru la tergesa-gesa mengangkat wudu'. Dan adakalanya solat hanya dengan berkain sarung, tidak berbaju dengan alasan, "tak apa, yang penting tutup aurat". Ya, benar.. cuba try pergi kampus/kerja dengan hanya berkain sarung, tidak berbaju. Berani? Bila keluar dating, pakaian haruslah yang terbaik, rambut disisir rapi, wanginya menusuk kalbu.. Tapi bila solat, mahu menghadap Tuhan.. hanya sebegitu pakainya?

     Anda mahukan yang pasangan yang terbaik? Sama juga konsepnya. Baiki solat dahulu, baiki diri dahulu. Jangan kekalkan prinsip lama anda. Jangan terpengaruh dengan kisah 'the Beauty and the Beast', dongeng semata! Sebagaimana anda mahukan pasangan yang terbaik, si dia juga mahukan yang terbaik untuk menjadi imamnya. Jika solat sahaja tidak terjaga, bagaimana mahu menjaga keluarga kelak?

Sentiasa terus mencuba dan berusaha. Mungkin kita dibesarkan tanpa diperkenalkan dengan masjid, maka susah untuk kita membiasakan diri. Tetapi, jangan sesekali berhenti berusaha dan mencuba!

Monday, May 16, 2011

Survival


Tak apa la.. teruk macam mana pun takpe..

Yang penting..
Aku survive

Sila teruskan senyum dan ketawa..
Pura-pura pon tak apa.

Saturday, May 14, 2011

Sangkar



Jika ditangkap, akan berusaha melepaskan diri.
Jika dikurung, akan meronta keluar.
Jika ditekan, akan pecah.
Jika dikejar, akan berlari.
Jika ditentang, akan melawan.

Tiada siapa atau apa-apa yang selesa jika dikurung. Memang fitrah kejadian dan penciptaan. Setiap apa pun biarpun bernyawa atau tidak, tidak akan selesa dengan tekanan.

Dan apabila dikurung dan ditekan sehingga melebihi batasan yang mampu untuk dipikul, secara semulajadinya ia akan menentang dan melawan. Apa sahaja caranya akan digunakan bagi membebaskan diri dari 'tekanan' tersebut..

Belon yang kenyal juga akan pecah jika ditiup terlalu lama.
Gunung berapi akan meletus jika isinya terpendam terlalu lama.
Itu adalah apa yang kelihatan.

Bagaimana pula dengan sesuatu yang tidak kelihatan?
Sesuatu yang hanya dirasakan?
Perasaan contohnya..
Apa terjadi jika ditekan, ditahan dan dipendam terlalu lama?
Ya, ia juga akan 'meletup', sama seperti gunung berapi.

Perasaan juga mahukan kebebasan. Tidak suka dikongkong dan dikurung..

Friday, May 6, 2011

Apa Yang Kau Dapat?

Apabila buka youtube, perkara paling memualkan bila menonton MV lagu-lagu best dari seberang (indo) adalah.. komen-komen di bawahnya! Seriusly, lagu yang sedap, penyanyi yang ada rupa, band-band yang mantap tapi satu je masalahnya.. mereka dari seberang.

"Eh, apa masalahnya? Mereka nyanyi je pon, bukan serang negara kita"

Ha'a, betul. Mereka tak salah dan sepatutnya tak ada masalah. Yang buat masalah adalah segelintir masyarakat kita yang suka buat provokasi (dorang pon same bengong, gi layan beng-beng orang yang beng tu kenapa? Dua-dua beng). Nak pula kalau mereka nyanyikan lagu-lagu kita. Nanti adeeeee je yang panas tangan kutuk-kutuk.

Tak boleh ke mereka duduk baik-baik, dengar elok-elok tak payah nak gatal-gatal tangan taip "samp**" ke, "tah*" ke, "budu*" ke, "cam pondan" ke.. Lepas tu bertekak kat youtube tu sampai 7,8 ratus komen. Entah dari mana tiba-tiba ada cerita pasal perebutan pulau la, mbak kena iron, pendatang asing, buluh runcing, claim poco-poco dll..

Come on laaaaa. Kau jauh lagi matang daripada itu. Komen pasai lagu tu dah la. Hang dok cita jauh-jauh pasai apaaaaaaa..

Dan kalau pun ada yang nak betulkan keadaan, komen baik-baik dah la. Dorang komen kesat-kesat, kau pun tak selesa dan cuba membaiki keadaan.. dengan menggunakan kata-kata kesat jugak. Dah berapi-api, lagi kau nak tambah petrol (dah naik 20 sen sekarang, mahal. Better gune minyak tanah je).

"Biarler.... Asal Paham.... Naper Nak Prejudis Sgat... 543P4H Lah Kepala Otak Korang.... Dengar Jer Dahlaaah..." 
- (ni bukan tulisan orang umah aku kot, walaupun style-nya sama haha)

See? You are not helping at all!!!! Aku tau kau pon teruja nak join kutuk-kutuk sekaki dua, tapi takut orang kutuk kau balik so kau "kutuk dengan niat yang baik"


Apa yang kau orang dapat bila taip "lagu dari indo* ni bod*****2 semuanya!!!! (contoh je)"??? Nothing, you get nothing!!! Tak percaya cuba kau komen apape lepas tu duduk atas katil, peluk lutut, pandang screen laptop dan tungguuuu je. Tak ada apa-apa yang terjadi, kan? Elaun tak masuk cepat (eh, haritu die masuk awal hehe), tak bertambah juga, unless kalau currency tgh turun. Pensyarah-pensyarah tetap juga memekak dalam dewan exam dan sistem universiti kau orang tetap tak maju-maju. Apakah bila kau komen-komen macam tu, lecturer akan datang tepat pada waktunya untuk mengajar? Tidak! Sama sekali tidak! Adakah kemacetan jalan raya akan berkurang??? Juga tidak! Kalau SP kene bayar juta-juta dan tak boleh balik raya. Tak ada apa-apa yang berubah.

Jadi, untuk apa kau orang laburkan sesuatu sedangkan kau tahu kau tak akan mendapat apa-apa pulangan? Kepuasan diri?

By the way, kalau dorang still nak bertekak, dorang akan bertekak juga. Post ni tak akan mengubah apa-apa pun, saje je nak emo-emo hehe~

Wednesday, May 4, 2011

Sila Bertenang!



"Bawa-bawalah mengucap. Jangan ikutkan sangat perasaan tu. Sabarlah"
"Believe in yourself. Ingat Allah, selawat banyak-banyak"


"Dan banyakkan berpuasa... untuk kebaikan kau jugak"

Monday, May 2, 2011

Help..

Kawan-kawan..
Sila tenangkan saya
T_T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...