Friday, May 6, 2011

Apa Yang Kau Dapat?

Apabila buka youtube, perkara paling memualkan bila menonton MV lagu-lagu best dari seberang (indo) adalah.. komen-komen di bawahnya! Seriusly, lagu yang sedap, penyanyi yang ada rupa, band-band yang mantap tapi satu je masalahnya.. mereka dari seberang.

"Eh, apa masalahnya? Mereka nyanyi je pon, bukan serang negara kita"

Ha'a, betul. Mereka tak salah dan sepatutnya tak ada masalah. Yang buat masalah adalah segelintir masyarakat kita yang suka buat provokasi (dorang pon same bengong, gi layan beng-beng orang yang beng tu kenapa? Dua-dua beng). Nak pula kalau mereka nyanyikan lagu-lagu kita. Nanti adeeeee je yang panas tangan kutuk-kutuk.

Tak boleh ke mereka duduk baik-baik, dengar elok-elok tak payah nak gatal-gatal tangan taip "samp**" ke, "tah*" ke, "budu*" ke, "cam pondan" ke.. Lepas tu bertekak kat youtube tu sampai 7,8 ratus komen. Entah dari mana tiba-tiba ada cerita pasal perebutan pulau la, mbak kena iron, pendatang asing, buluh runcing, claim poco-poco dll..

Come on laaaaa. Kau jauh lagi matang daripada itu. Komen pasai lagu tu dah la. Hang dok cita jauh-jauh pasai apaaaaaaa..

Dan kalau pun ada yang nak betulkan keadaan, komen baik-baik dah la. Dorang komen kesat-kesat, kau pun tak selesa dan cuba membaiki keadaan.. dengan menggunakan kata-kata kesat jugak. Dah berapi-api, lagi kau nak tambah petrol (dah naik 20 sen sekarang, mahal. Better gune minyak tanah je).

"Biarler.... Asal Paham.... Naper Nak Prejudis Sgat... 543P4H Lah Kepala Otak Korang.... Dengar Jer Dahlaaah..." 
- (ni bukan tulisan orang umah aku kot, walaupun style-nya sama haha)

See? You are not helping at all!!!! Aku tau kau pon teruja nak join kutuk-kutuk sekaki dua, tapi takut orang kutuk kau balik so kau "kutuk dengan niat yang baik"


Apa yang kau orang dapat bila taip "lagu dari indo* ni bod*****2 semuanya!!!! (contoh je)"??? Nothing, you get nothing!!! Tak percaya cuba kau komen apape lepas tu duduk atas katil, peluk lutut, pandang screen laptop dan tungguuuu je. Tak ada apa-apa yang terjadi, kan? Elaun tak masuk cepat (eh, haritu die masuk awal hehe), tak bertambah juga, unless kalau currency tgh turun. Pensyarah-pensyarah tetap juga memekak dalam dewan exam dan sistem universiti kau orang tetap tak maju-maju. Apakah bila kau komen-komen macam tu, lecturer akan datang tepat pada waktunya untuk mengajar? Tidak! Sama sekali tidak! Adakah kemacetan jalan raya akan berkurang??? Juga tidak! Kalau SP kene bayar juta-juta dan tak boleh balik raya. Tak ada apa-apa yang berubah.

Jadi, untuk apa kau orang laburkan sesuatu sedangkan kau tahu kau tak akan mendapat apa-apa pulangan? Kepuasan diri?

By the way, kalau dorang still nak bertekak, dorang akan bertekak juga. Post ni tak akan mengubah apa-apa pun, saje je nak emo-emo hehe~

6 comments:

Zanaishi said...

ini pasal lagu ella dengan rossa tu ke....?

Asip Hussin said...

x la, general je. lagu ella rossa? lagu yg mane?

Zaim Van Java said...

aku suka komen ni,

"laju macam nak terberak jek"

Zanaishi said...

ooo..igtkan lagu ella yg rossa nyanyi tu...ade satu lagu tu,rumate ak tunjuk ritu,ella nye lagu,sekali tersama pulak ngan lagu baru rossa..pastu yg komen2 tu gaduh2,ada yg kutuk malaysia ade yg kutuk indon..pedas gakla komen2 dia...huhu...macam2..

Asip Hussin said...

haa, dah jumpe lagu tu. kalo x salah lagu yg ella nyanyi same2 dgn shah tu, "ku merindu" ape tah tajuk die. agak la, dorang komen pedas2. amende la dorang ni. adoyai...

Mohd Saifuddin Ishak said...

aku suke bace komen2 kat bwh tue.. klaka kot. haha..

tp mmg bodo pon!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...