Wednesday, January 19, 2011

"Aku dah penat.."

"Selamat malam.."

assalamualaikum

Sunday, January 16, 2011

Bahasa

Waktu aku tengah mandi tadi aku terfikir mengenai sesuatu iaitu perkataan-perkataan bahasa inggeris yang sering digunakan ketika sedang emosi. Seperti yang kita tahu, ramai orang kita yang masih segan menggunakan bahasa inggeris dalam perbualan harian tetapi apabila mereka sudah terlalu suka, cinta, marah atau sedih, secara otomatis perkataan bahasa inggeris akan keluar dari mulut mereka.

Misalnya, I love You atau I miss You (muah2! - kdg2 ditambahkan untuk penyedap ayat). Ya, memang sering digunakan. Ramai yang guna ketika sedang bercinta cintun, di bawah pokok bunga, di gagang-gagang telefon, di tepi-tepi tangga. Tak mengapa mereka sudah bernikah (bersangka baik). Persoalannya, kenapa tidak menggunakan bahasa melayu? Aku cinta kau. Aku rindu kau. Kau pun tahu aku sangat-sangat mencintai kau (you know how much i lap u). Klasik bukan?

Seterusnya ketika sedang marah. "Go to hell!". Sekali lagi bahasa inggeris. Kenapa tidak gunakan bahasa melayu? "Pergi neraka la!!!". Semua tahu neraka itu perkara ghaib, tiada siapa tahu bagaimana keadaannya. Jadi kenapa nak suruh pergi neraka? Bukankah lebih logik kalau suruh dia melakukan perkara yang sememangnya dia tahu bagaimana sakitnya seperti "pergilah jatuh basikal!" atau "pergilah kene langgar kereta!"

Ada jugak mereka yang terlalu bengang lalu mengucapkan "fu** you". Sikit-sikit F you, ini F you, itu F you. Perkara ini membuatkan aku tertanya-tanya, kenapa mesti bahasa inggeris. Kenapa tidak guna bahasa melayu. "Bersetubuh kau!". Atau pun "pergi bersetubuh sendirian" (go fu** yourself). Aku belajar dari movie. I hate movie..

Walaubagaimana pun, ternyata masih ada yang mengekalkan jati diri dalam berbicara. Ketika marah pun mereka masih menggunakan bahasa melayu misalnya, "babi!", "bi.. na.. tang!!!" dan sebagainya. Kerana.. mungkin perkataan ini tak enak disebutkan dalam BI. "Pig!", "Animal!!!"

Tapi pada pendapat aku, kalau marah macamane sekalipon, tau perlu la nak keluar-keluar perkatan macam tu, tak settle pon masalah. 



Ok. Sekarang baru nak pakai baju..

Monday, January 10, 2011

Persepsi

Benar, kita memang tak kan mampu nak puaskan hati semua orang.. tapi sekurang-kurangnya kita mampu memuaskan hati sendiri. Kenapa nak kisah pandangan orang lain terhadap kita.. asalkan kita rasa kita telah buat yang terbaik, itu sudah memadai buat kita.

Bayangkan kalau si A menegur, "kau tak cukup ensem harini sebab misai kau panjang"
Kita pon potong misai.
Kemudian si B pula menegur, "kau tak cukup hensem sebab pakai baju coklat"
Kita pon tukar baju merah.
Si C pula, "tak hensem sebab rambut sikat macam 60-an"
Kita pun sikat macam safee sali.
Si D pula, "baju merah tu corak dia macam gay"
Kita pon tukar ke baju merah corak Hawaii.
Si E pula, "alang-alang dah pakai hawaii, pakai la suar pendek"
Kita pun amek gunting dan kerat seluar kita.
Si F pula, "tak hensem sebab warna seluar tak masuk sangat dengan baju merah"
Kita pun bengang dan terus tak pakai seluar..pakai baju je..

Sampailah ke si Z.. "Kau tak hensem sebab kau memang tak hensem.."

Apa sahaja yang kita buat memang akan ada yang tak bersetuju. Dan orang-orang itu hanyalah sebahagian kecil dari seluruh populasi masyarakat dunia. Kebanyakan orang tak kesah pon kau nak pakai baju or tak pakai baju. Bagi mereka, asalkan kau tak paw baju mereka, itu sudah cukup bagus.

Jadi kenapa nak susah payah puaskan hati orang yang takkan pernah puas. Kalaulah kau hidup untuk mengejar kepuasan orang lain demi mencapai kepuasan diri.. bermakna kau takkan sesekali mampu hidup puas sebab untuk memuaskan hati semua orang adalah mustahil.

So, apa yang kau harus buat adalah, buat apa yang kau harus buat. Bukan buat apa yang orang lain rasa kau patut buat. Kalau kau rasa cantik, great.. kau memang cantik. Kalau kau rasa tak cantik, sila tukar kasi cantik sikit. Tapi kalau dah memang tak cantik, takpe.. kecantikan dalaman itu lebih penting. Dorang tu semua memang macam tu, dengki. Busuk betol perangai...

Tapi bukan semua. Ada je yang ikhlas kasi pandangan. Mana la tahu, apa yang kau buat tu memang jelas sekali hodoh dan raksasa. So, dia tegurlah untuk kebaikan kau. Dan kebaikan orang lain jugak. Yela kan, nanti semua orang yg tengok akan "termengumpat" kau plak.. tak pasal-pasal dorang kena bakar.

So, pokoknya penuhi keperluan diri dahulu sebelum kepuasan orang lain..

Saturday, January 8, 2011

Tak Jauh

Anda dengar! Aku yakin anda dengar. Tapi anda duduk sahaja di situ, membatu, seolah-olah pendengaran dan kesedaran anda tertutup walaupun telinga anda terbuka. Tak jauh pun. Tak sempat berpeluh pun. Jika berjalan ke sana, anda akan tiba sebelum pun jarum saat itu sempat melengkapkan pusingannya. Sangat dekat. Tapi yang dekat itu sebenarnya jauh bagi anda.

Dan setiap kali aku pergi, aku akan melihat ke arah jam. Apabila pulang, aku lihat sekali lagi. Cuma 10 minit. Mungkin lebih sedikit, mungkin kurang sedikit. Tapi urusannya tidak pernah melebihi 15 minit.

Sebaliknya, kalau diajak menonton di layar gergasi.. 
1. Segera bersetuju = tak sampai 2 saat
2. Mandi = 5 minit
3. Mengenakan pakaian yang sesuai = 5 minit
4. Merapikan diri, deodorant, minyak rambut, sikat, sedikit minyak wangi.. = 10 minit. 
5. Memeriksa dompet dan phone = 2 minit. 
6. Berjalan ke tempat menunggu pengangkutan awam = 2 minit. 
7. Menunggu teksi = 5-10 minit. 
8. Perjalanan ke destinasi = 10 minit. 
9. Beratur dan membeli tiket = 5 minit. 
10. Makan sebelum tayangan bermula = 30 minit. 
11. Duduk sahaja dan memandang ke layar gergasi... = 2 jam. 
12. Keluar dan berjalan ke tempat menunggu teksi = 10 minit. 
13. Menunggu teksi = 10-20 minit.
14. Perjalanan pulang = 10 minit.
15. Dari pintu teksi ke pintu rumah = 2 minit.

Jumlah = 3 jam 46 minit hingga 4 jam..
Perasaan? Sangat puas hati, gembira, tersenyum girang.

Apalah sangat 15 minit jika hendak dibandingkan dengan 4 jam. Tapi 15 minit itu terasa sangat lama seperti sehari. Sedangkan 4 jam itu seolah-olah tidak terasa pemergiannya. Sungguh pandai mereka mempermainkan hati dan akalmu.

"Kau tu, macamlah baik sangat"
Ya, aku juga tidak sempurna. Aku juga adakalanya gagal melengkapkan yang 5 itu di situ. Kadang-kadang cuma 4. Adakalanya 3. Mungkin sahaja 2, 1 atau tiada langsung. Tapi adakah aku patokan anda? Apakah anda menunggu aku mendapat ilham dari langit barulah kata-kata dan ajakan ku dipertimbangkan? Itu tidak mungkin terjadi..

Tempat anda di situ.. melainkan ada seorang wanita, maka anda terkecuali.

Sedangkan si buta juga tidak terlepas dari perintah. Walaupun rumahnya jauh, tetapi kerana dia masih mampu mendengar seruan itu..dia tetap disuruh ke situ.

Apakah alasan kita sekarang..?



Tuesday, January 4, 2011

Hampir Maghrib..

Usianya aku kira sudah terlalu lanjut. Tapi masih gagah untuk berjalan ke sana ke mari. Biasanya ramai yang seusia begitu aku lihat lebih menumpukan kehidupan mereka di tikar-tikar sejadah, di masjid-masjid. Apabila subuh, berlumba-lumba mereka ke sana biarpun ada yang terpaksa bertongkat dan terbongkok-bongkok.

Tapi dia lain, dia masuk melalui pintu kaca tersebut dan beratur di belakangku sambil memegang syiling yang banyak. Sepertinya dia mengumpul syiling-syiling itu dengan bersusah payah. Tiba-tiba aku terbayang sekujur tubuh tua sedang terbongkok-bongkok mengutip syiling di celahan almari. Kemudian tercari-cari syiling di timbunan surat-surat di atas meja. Ataupun mengorek-ngorek dompet usangnya untuk mengeluarkan sisa-sisa syiling yang ada. Penuh kesungguhan..

Namun aku hairan apabila dia beratur sahaja tanpa memegang apa-apa untuk dibayar. "Owh, mungkin barang yang mahu dibelinya berada di kaunter pembayaran. Mungkin pencukur rambut agaknya", aku membuat andaian.

Apabila selesai urusanku dengan cashier muda tersebut, aku terdengar si tua itu. Jari telunjuk kanannya bengkok, sedikit bergetar ketika menunding ke arah sesuatu. Namun masih jelas ke mana arah yang ditunjuknya. Dia memesan sesuatu dan kemudian terbatuk-batuk. Bait-baitnya jelas walaupun suaranya tersekat-sekat. 

"Sampoerna merah"

Urusanku telah selesai di kedai itu, wahai pakcik.. atau atok, mungkin lebih tepat. Tapi bagaimana denganmu? Apa sebenarnya yang kau cari di senja usiamu ini...? 

Monday, January 3, 2011

Dekati

Memang benar. Bukan tidak mampu, tetapi tidak mahu.

Yang sedap tak semestinya berkhasiat dan yang berkhasiat tak semestinya sedap. Terpulang pada diri sendiri untuk menilainya. Kita asyik kata, tak mampu nak menahan diri, ianya terlalu menggoda sehingga membuatkan diri lemah terhadapnya. Bohong! Bohong! Bohong!

Memanglah gula-gula itu manis dan sedap, tetapi ia juga tidak berkhasiat. Boleh merosakkan gigi, meningkatkan kadar gula darah dan mungkin menyebabkan pelbagai lagi penyakit lain jika pemakanannya tidak terkawal.

Kita tahu keburukan sesuatu itu, tetapi lebih mendalam pengetahuan kita, lebih indah pula ianya terlihat di mata. Jika sudah tahu dan sedar alangkah pentingnya kita untuk menjauhi dan menghindarinya, kenapa kita masih melakukan tindakan yang bertentangan dengan kesedaran kita?

Jika ianya mendatangkan mudarat kepada kita, jangan sekadar berkata "aku mahu menjauhinya" tetapi lakukan dengan sesungguh-sungguhnya! Kadang-kala kita tidak sedar bahawa yang melemahkan kita bukan subjek itu semata-mata tetapi perkara yang membawa kita kepada subjek tersebut.

Kita tidak mahu makan gula-gula lagi, maka jangan berfikir mengenainya. Campakkan fikiran kita jauh daripadanya. Jangan melakukan sesuatu yang membawanya masuk ke fikiran kita. Pejam mata dari melihatnya, tutup telinga dari mendengar mengenainya, cegah jari-jemari dari mencari maklumat mengenainya.

Kita tak sedar.. Arahannya adalah "janganlah kamu mendekati.." bukannya "janganlah kamu melakukannya". Itulah fokusnya. Tetapi kita ego. Kita kata, Asalkan aku tidak melakukannya, semuanya akan baik-baik. Itulah kita. Ada mata tetapi buta. Ada telinga tetapi pekak.

Saturday, January 1, 2011

Selam Tahu Bar

Dah masuk tahun 2011. Kalau ikut kira-kira by year, umur aku patutnya dah meningkat lagi setahun walaupun belum sampai bulan kelahiran. Bererti.. aku semakin MUDA!!! yeay~

Tahniah kepada pasukan bola yang menang hari tu. Kepada yang kalah, jangan bersedih, kalah sekali bukan bermakna kalah selama-lamanya.. tapi kalau dah kalah, tetap kalah jugeeee. Untuk menyedapkan hati, seorang pemandu teksi tempatan (indo punye) berkata, "tapi Indonesia udah menang 2 kali, Malaysia cuman sekali. Bererti Indonesia menang 2-1". Ikut suka bapaklah haha

Azam baru tahun ni adalah.. erm... aku mana penah buat azam tahun baru, aku punya azam adalah azam hari baru. Tiap-tiap hari ada azam baru. Nak jadi lebih ensem la, nak ada duit lebih sikit dari jiran sebelah, nak naik berat lebih sikit tapi takde lebih-lebih sangat la, tak nak kehilangan berat badan tanpa sebab yang jelas la, nak jadi pandai walaupun banyak main la dan macam-macam lagi. Owh, ada lagi. Nak kawen cepat dan nak beli robot transformers kat kedai bebas cukai KLIA. Murah gileerrrr!


Btw, tadi kat bandara aku kena tahan. Pegawai tu suruh bukak beg besau tu sebab nak check.
"Ini apa!?"
"nasi pak"
"yang benar nasi???"
"iya pak.."


agaknya orang sini tak penah buat nasik impit gune plastik putih tu kot. Sebab tu dia konfius.

Ok, cuti dah habis. Kat sini kuliah mula hari selasa bukan isnin. Agaknya kalau aku baca "yellow pages" tu dalam dua hari ni.. boleh khatam sepertiga kot. Hurm~



P/S: Citer Kabhi Kushi Kabhi Gham memang dicipta untuk buat orang nangis ke?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...