Monday, February 28, 2011

Monday Yang Sedey


Kalau dulu nampak tengkorak mesti aku terfikir pasal bomoh la, hantu la, jembalang dan macam-macam benda pelik lain. Tapi sekarang kalau nampak tengkorak yang bermain di fikiran adalah os occipital, os temporal, basis cranii, mandibula, maxilla.. bla bla bla. Tepu sudah. Tulang, tulang tulang. Aku pun dah macam tulang dah, bila nak berisi pon tak tau la. Orang kata lepas kawen, orang laki akan jadi gemuk lagi-lagi bila dah ada anak. Tak tau la macamana perkaitan dia.

Exam, exam, exam..
Aku rasa aku dah jawab sehabis baik dah tadi. Of course la kan dalam mana-mana paper mesti ada yang kita tak boleh jawab. Yang pasti aku yakin dengan jawapan-jawapan aku dan rasa yakin boleh lulus dengan separa cemerlang. Tiba-tiba masa keluar dewan sorang member tempatan sapa aku tanya-tanya pasal paper tu. Bincang punya bincang..

"Beng! Tu ke jawapan dia???"
"Kenapa aku tak ada jawapan macam tu dalam paper tadi?"
"Aku rasa dah jawab betul, kenapa macam tak betul plak?"

Sebab tu aku suka lari paling awal tiap-tiap kali exam, sebab aku tak nak terganggu dengan mende-mende macam tu.

- I did my best but my best wasn't good enuf - 


Kegilaan nak baca novel, buat origami, petik tali gitar saja-saja dan tenung katalog pizza lama-lama datang pada waktu-waktu kritikal macam ni. Lagi dekat nak exam, lagi terasa nak buat hobi. Time dah abes exam tak pulak rasa-rasa. Mangkuk betol. 

Saturday, February 26, 2011

Benarkan Aku Melangkah!

Bangun tidur, ke kamar mandi dan.. TAKDE AIR??? Again??? Kijap ada, kijap takde. Hipotesis aku adalah.. jiran-jiran aku semua tak bayar bil air. So, syarikat air rasa leceh nak potong air rumah by rumah lalu dia potong sekaligus satu kawasan T_T. Sampai hati jiran aku..


Asal bukak Fesbuk je, mesti ada gamba kawan-kawan aku berlatarbelakangkan Piramid, sungai kat Venice, Eiffel Tower... masjid mana ntah dekat negara mana ntah, yang pasti bkn kat Malaysia, gunung kat pedalaman German, padang rumput dan laut kat New Zealand.. isk2. Aku plak? Sungai itam.. udara habuk-habuk.. (oit, udah-udah la tu, xde sape nak kesiankan kau. bawak-bawak la bersyukur).

My point is.. dia belajar kat luar negara, aku pun sama. Yang bezanya hanyalah..... duit dorang banyaakkk! (still lagi nak buat ayat-ayat berbau ketidaksyukuran)

Actually aku boleh je nak melancong jauh-jauh. Tapi pilih satu antara dua! Nak melancong jauh-jauh, atau nak saving untuk masa depan!? Dulu seseorang yang agak berpengalaman pernah cerita kat aku, "masa belajar ni la kita nak melancong-melancong semua. Pergi jalan-jalan. Nanti dah kerja, susah nak ada masa". Well, aku rasa dia betul.

Tapi hakikatnya bukan semua berkesempatan. Lebih-lebih lagi bila seseorang tu belajar di negara yang dikatakan mempunyai kos hidup rendah yang sebenarnya tak de la rendah mana. Maka, dek kerana persepsi sebegitu tak banyak la yang disalurkan. Just cukup-cukup makan. Banyak mana la dapat sekalipun kalau menyimpan.

Bila memandang jauh ke hadapan, 10 tahun.. maybe 20 tahun.. Kat mana aku agaknya? Kalau aku ditakdir graduate, kemungkinan besar peluang untuk melancong aku akan turun dari 10% ke 1% atau mungkin 0% terus. Apa nak dikata.. Sibuk je memanjang. Well, we dont know about that. Biasanya 1st expectation aku tak pernah terjadi. So, kita tunggu dan lihat! Apa la kejutan dunia untuk aku agaknya huhu~

Friday, February 25, 2011

Jumaat ke? Ingatkan dah Sabtu. Buat cuak je..

By the way, apa guna ada blog kalau tak tulis apapa, kan? Actually ada je gunanya. Satu, kalau cerita-cerita pasal blog, atleast kau boleh la nak join merapu sebab kau tau pasal blog jugak. Dua, even kau tak tau pasal blog, tapi ke-ada-an blog kau membuatkan kau rasa macam ke-pandai-an sikit dalam IT2 ni. Boleh pakai ke reason-reason ni? Aku rasa ade je orang yang tak ada blog tapi pengetahuan IT die melangit-langit. Lantak la..

Aku dah alter blog ni sane sini, cantik tak? putihh je. Macam stokin sekolah. Dan buang gadget-gadget menyemak kat tepi tu sebab tiap-tiap kali aku bukak blog aku melalui phone canggih aku tu, dia kata "xleh bukak, page ni besau sgt". Ada ke orang baca blog kat phone?

Orang belajar, aku belajar. Orang ujian, aku ujian. Tapi orang cuti, aku belajar lagi. Orang berjalan, aku ujian lagi. Aku memang suke bab-bab belajar dengan ujian ni. Bila la lagi nak belajar, kan? Walaupun hati nak pegi berjalan, tapi buku-buku bergambar tulang tu tetap menjadi keutamaan. Sorry la Puncak, Bogor, Bandung, Surabaya, Jogja, Bali, Gen..ting(???). Lain kali je la aku lawat korang.

Aku ingat phone aku rosak, sebab dia asek ter-restart sendiri lepas tu kate "simkad tidak terdeteksi" (die kate dalam BI la sbenanye). Rupenye-rupenye simkad aku yang rosak, bak kata orang-orang yang kata kat aku, "ni sebab panas sangat ni, pasal tu sim kau rosak". Nasib baik simkad je rosak. Aku dah berkira-kira nak beli iPhone 4 kalau betul-betul phone yang rosak. (sengal ape aku, repair laaa! ngok..)




p/s: aku tengok ramai je yang buat layout putih-putih mcmni, mcm best plak. btw, aku rase page aku lg best sebab page aku xde navbar yang kt atas tu. nampak mcm stylo sket hehe~

Thursday, February 24, 2011

Pos Semalam yang aku pos Hari ni tapi guna tarikh Semalam.

1. Aku baca berita harian online hari ni. Antara berita yang menarik perhatian aku adalah mengenai peluang pekerjaan di istana kat London. Gaji yang ditawarkan untuk seorang pembancuh kopi adalah.. baca sendiri la, hehe..
"Ratu Elizabeth meletakkan dua iklan kerja di laman web www.royal.gov.uk, untuk mendapatkan Pembantu Am bagi Bilik Kopi dan Membasuh. 

Bagi yang berjaya, mereka akan diberi gaji £14,000 (RM70,000) setahun dan bertugas di Istana Buckingham di sini. 

Pemohon yang berjaya juga akan diberi tugas pergi ke istana lain di seluruh Britain, menurut laporan. 

Bagi jawatan pencuci pinggan mangkuk, orang itu mesti memastikan kebersihan di kawasan restoran dan dapur kakitangan. 
Seorang lagi memikul tanggungjawab mengatur hidangan teh dan kopi serta sarapan. 
Jika dua tugas itu tidak begitu digemari, ratu juga mencari seorang yang sedia menerima gaji £75,000 (RM1.9 juta) sebagai Ketua Lawatan Diraja yang memerlukan pemegang jawatan itu merancang kunjungan anggota diraja secara jimat dan sejajar dengan isu semasa alam sekitar. – Reuters"


Pergghhh, kan? Tapi yang peliknye, sama ada translator salah taip atau wartawan yang tak reti buat matematik? 14,000p = RM70,000, then 75,000p = RM1.9juta??? Apsal aku kire dapat RM375,000 (1p = RM5). Adoyai~

2. Tajuk berita adalah "Kerajaan kaji opsyen stabil harga petrol". OPSYEN??? Adakah mereka memaksudkan "pilihan"? Alahai, bahasa kita dah cantik rasanya, pilihan. Kenapa nak translet (sorry, aku pon rojak gak haha) macam mana indon buat.. Option = Opsyen. Adoyai...eh, sebenarnye memang dah ada lama ke perkataan tu? tehee~

3. Lelaki di China mati lepas main game selama 3 hari tanpa henti. Dia tak tidur. Apa punya sengal la dorang ni.. No life!!! Aku rasa mesti laki ni tak ensem, pendiam, dan sebatang kara. Sebab tu dia tak ada awek or isteri nak jaga dia. Sebab tu dia tak ada kawan-kawan yang boleh diajak bersosial. Sebab tu dia tak kesah kalo tak balik rumah sebab tak ada siapa-siapa kat rumah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...