Saturday, February 26, 2011

Benarkan Aku Melangkah!

Bangun tidur, ke kamar mandi dan.. TAKDE AIR??? Again??? Kijap ada, kijap takde. Hipotesis aku adalah.. jiran-jiran aku semua tak bayar bil air. So, syarikat air rasa leceh nak potong air rumah by rumah lalu dia potong sekaligus satu kawasan T_T. Sampai hati jiran aku..


Asal bukak Fesbuk je, mesti ada gamba kawan-kawan aku berlatarbelakangkan Piramid, sungai kat Venice, Eiffel Tower... masjid mana ntah dekat negara mana ntah, yang pasti bkn kat Malaysia, gunung kat pedalaman German, padang rumput dan laut kat New Zealand.. isk2. Aku plak? Sungai itam.. udara habuk-habuk.. (oit, udah-udah la tu, xde sape nak kesiankan kau. bawak-bawak la bersyukur).

My point is.. dia belajar kat luar negara, aku pun sama. Yang bezanya hanyalah..... duit dorang banyaakkk! (still lagi nak buat ayat-ayat berbau ketidaksyukuran)

Actually aku boleh je nak melancong jauh-jauh. Tapi pilih satu antara dua! Nak melancong jauh-jauh, atau nak saving untuk masa depan!? Dulu seseorang yang agak berpengalaman pernah cerita kat aku, "masa belajar ni la kita nak melancong-melancong semua. Pergi jalan-jalan. Nanti dah kerja, susah nak ada masa". Well, aku rasa dia betul.

Tapi hakikatnya bukan semua berkesempatan. Lebih-lebih lagi bila seseorang tu belajar di negara yang dikatakan mempunyai kos hidup rendah yang sebenarnya tak de la rendah mana. Maka, dek kerana persepsi sebegitu tak banyak la yang disalurkan. Just cukup-cukup makan. Banyak mana la dapat sekalipun kalau menyimpan.

Bila memandang jauh ke hadapan, 10 tahun.. maybe 20 tahun.. Kat mana aku agaknya? Kalau aku ditakdir graduate, kemungkinan besar peluang untuk melancong aku akan turun dari 10% ke 1% atau mungkin 0% terus. Apa nak dikata.. Sibuk je memanjang. Well, we dont know about that. Biasanya 1st expectation aku tak pernah terjadi. So, kita tunggu dan lihat! Apa la kejutan dunia untuk aku agaknya huhu~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...