Sunday, January 31, 2010

Kenapa Kita Tidak Rapat?

Tiada seorang pon yang lebih tinggi derajatnya dari seseorang yang lain. Biar pon die seorang raja, pemerintah, majestret, tukang beca mahupon pemain saksofon, semuanya sama sahaja tidak berbeda. Namun kenape ade di antara kite yg dipandang tinggi melebihi seorang yg lain? Inilah peraturan yang dibuat oleh manusia. Bila mana seorang itu diberi tanggungjawab memimpin, mereka senantiasa merasakan bahwa mereka berkuasa dan berhak mendapat penghormatan dari masyarakat di bawahnya.

Aku sebenarnye bukan nak citer mende-mende yg berkaitan kuasa dan politik ni tapi aku lebih tertarik utk membincangkan topik asal itu yaitu  "Kenapa Kita Tidak Rapat?"

Sejak aku meninggalkan bangku sekolah rendah, aku jarang berada di rumah. Hidupku lebih tertumpu kepada kehidupan sebagai pelajar asrama. Aku telah tinggal di sekolah berasrama selama lima tahun, then bile dah tamat sekolah, aku menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Nah, bile dah join sudah semestinya kene tinggal kat kem. So, terpakselah aku meninggalkan rumah sekali lagi. Kali ni x lame, cume tiga bulan. After tamat kem, dapat lak tawaran melanjutkan pelajaran ke mane tah, aku da lupe. Selame due tahun lebih aku tinggal kat kolej, berjauhan dari keluarga, berjauhan dari kampung halaman. Tamat je kt sane, aku ke 'sini' pulak. Ade 'kontrak' belajar selame lime tahun sengah..sekali lagi aku x berpeluang dok umah sgt..

So, sepanjang tempoh ini, ape yg aku dapat? 1st of all, aku bersyukur selame aku hidup berjauhan dari keluarge, aku banyak belajar berdikari. Kalo dulu tak reti basuh baju, sekarang aku dah reti rendam baju. Dulu tak reti gosok baju, sekarang aku dah ade pembantu umah utk tolong gosokkan. Dulu x reti masak, sekarang aku dah ade toaster utk buat roti bakar. Aku telah belajar erti hidup. Aku boleh berdikari..

Namun, dari sudut lain, maksud aku dari kehidupan sosial aku, aku sedikit kehairanan. Aku kurang mengerti konsep senior-junior yg diamalkan sejak dahulu lg.. Aku cube mendekati senior-senior aku, merapatkan diri dengan mereke namun antara kami seolah-olah adenye suatu gap yang menghalang bond itu terbentuk. Aku gagal membentuk ikatan yang erat antara aku dan senior-senior aku. Aku tertanye-tanye, kenape aku boleh rapat dengan kawan-kawan aku, tetapi tidak dengan senior-senior aku? Setelah puas berfikir selame lebih tujuh tahun, akhirnye aku menemukan jawapannya..

Gelaran yang kite berikan pade mereke..
Kite telah terbiase memanggil mereke abang atau kakak. Dan aku rase, inilah faktor terbesar kenape aku susah nak rapat dengan mereke. Selagi gelaran ini berkuat kuasa, selagi itu la akan terase adenya gap antare kite. Berbanding dengan kawan-kawan aku, mereke aku panggil dengan name mereke. Kata ganti nama yang digunekan adalah 'aku dan engkau'. Setakat ini aku tak punye apape masalah dengan sesiape sahaja yang menggunekan 'aku-ko' dengan aku. Malah aku merasekan lebih rapat dan lebih senang ketike berbicare mahupon melakukan ape jue aktivitas bersame mereke.

Bile mane aku memanggil senior aku sebagai 'abang' atau 'kakak', dan membahasakan diri aku sebagai 'saya' bukannya 'aku', di sini la ketidakselesaan itu timbul. Yer, aku sedar bahwa gelaran itu perlu digunekan demi menghormati mereke yang lebih tue atau pon yg terlebih dahulu makan garam dari kite. Namun, jike aku tak gunekan 'abang-kakak', adakah itu bermaksud aku tidak menghormati mereke? Tidak same sekali! Aku menghormati semue orang, biarpon wanita mahupon laki-laki. Biar pon cantik mahupon jelik. Tiada berbedaan antara kita! Kamu lahir dari lubang yang sempit, aku jua lahir dengan cara yang sama. Makammu 3 kaki lebar, 6 kaki dalam, makam ku jua sebegitu ukurannya. Maka apa yang membedakan kita?

Setibanya aku di sini, aku sedikit kehairanan bile senior-senior (yang laki) memesan agar menggunakan 'kau-aku' sahaja bile berbicara dengan mereke instead of using 'saya-abang'. Aku mulanya agak janggal sebab dah terbiase gunekan saya-abang. Namun lama-kelamaan, janggal itu hilang dan dalam aku tidak sedar, keselesaan mule menempati ruang hatiku ketike bersame mereke. Tidak terase adenya gap antara kami. Mereke aku anggap lebih kepada kawan daripada seorang senior. Bedanya, mereke telah berada di sini lebih lame dari aku, dan punyai lebih banyak pengalaman hidup. Thats all...

Sebenarnye, umur itu hanyalah sebuah angka penentu berapa lama kita telah bernafas di muke bumi ini. Angke tersebut digunekan untuk menentukan bile seseorang itu boleh amek lesen moto, lesen lori serte bile die boleh mengundi. Pade aku, kalau beda umur kite hanyelah 2-3 tahun, make tak perlulah kite nak menggunakan perbedaan gelaran. Cukuplah dengan 'aku-kau'..karena ia lebih merapatkan. Tapi sekiranya bertemu dengan insan yg betol-betol kelihatan terlebih matang, make x salah kalo nak panggil die abang atau akak.

Bagaimana pun, ade sesetengah individu yang tak berape selese bile juniornya tak panggil die dgn gelaran 'akak'. Kalo macam tu la kesnye, kite follow je la care die. Panggil die akak. Kang kalo gune 'aku-ko' je kang, ade yang terase hati, silap-silap makan dlm. Antare dua mudarat, pilih le mudarat terkecil. Better tak berape rapat daripade x rapat langsung, kan?

Erm..macamane pulak dengan penggunaan saye-awak di kalangan teman-teman? Tak de masalah rasenye. Cumanya, seboleh-bolehnye aku akan elakkan. Aku just pakai saye-awak..hanye bile aku anggap die agak istimewa berbanding yg lain. So, as long aku x pakai saye-awak, semuenye same di mate aku~

So, moral of the story adalah, hidup kite cumalah sementare dan tempohnye adalah sangat singkat. Maka, gunekan la kesempatan itu utk mengenali nak merapatkan diri antare satu same lain. Tidak menggunekan istilah abang-kakak bukan la bermakne kite tak menghormati mereke, kite hanye cume mengelakkan terciptanya jurang di antara kita. Thats all~. But of course semue ni depend pade keadaan...


882

Friday, January 29, 2010

Pisang Oh Pisang

Info ni aku dapat dari mane tah, aku da lupe. Takpe, yang penting isinye. Jike ade antare korang yg tertanye-tanye ape kene ngan aku, "pisang, pisang, pisang..da kemaruk pisang ke ape mamat ni?" maka inilah antare sebabnye. Kalo takde yang tertanye-tanye pulak, xpe, aku peduli hape.

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca korang semua pasti akan memandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital, makan je pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi, garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mood kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .
Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku The New England Journal of Medicine, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!

Nah lihat la kedahsyatan pisang ini. Mungkin inilah sebabnye kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Namun meminati pisang seperti monyet meminati pisang tidaklah menjadikan kite seekor monyet.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang member2 jgn la buat tak reti je..(ops, aku da bayar sume k~)



896

Thursday, January 28, 2010

...

Ape kene dgn aku hari ni? For no reason, aku refuse utk bercakap dan mengekspresikan ape jue perasaan. Puas la Dr. G tu buat lawak, tp aku x rase apape..ape kene dgn aku hari ni??

Wednesday, January 27, 2010

Ouch...

Adeh..apakah ini?
Shoo shoo..
Sesak rasenye..
Pergi, PERGI!!!

what a weird feeling....

Jadi Diri Sendiri

Aku terpikir, ape kate sekali sekala dalam hidup aku..aku cube jadi diri sendiri. Bukan la maksud aku selame ini aku x jadi diri sendiri, misalnye hidup dlm badan katak or manusie bermuke bunge matahari or lelaki berjiwe haiwani..bukan mcmtu.

Ape yg orang lain mampu buat aku pon nak buat jugak. Ape yg dorang ade, aku pon nak ade jugak. Pendek kate aku sentiase jeles dgn insan di sekeliling aku. Kalo aku tak dpt, aku jadi tak puas hati, bad mood, marah tibe-tibe, bengang tak bertempat, melakukan kerja-kerja sengal yang annoying dsb. Actually ini semue sangat memenatkan aku serte membebankan jiwe rage aku..

Ape sebenarnye yg aku jeleskan? Kalo jeles dgn orang yg dpt markah seratus ujian anatomi, xde masalah rasenye. Kalo jeles dgn org yang namenye diumumkan sebagai pelajar yg dpt markah tinggi ujian praktikum..pon xde masalah rasenye. Itu suatu jeles yang baik. Masalah timbul bile aku jeles kepade something yg tak sepatutnye dijeleskan...iaitu perhatian. Bile melihat teman2 aku diberi perhatian yg baik oleh orang lain, diberikan pujian atas sesuatu yg die lakukan, aku jadi cemburu..sangat-sangat.

Yer, aku seharusnye sedar yang setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Aku tak leh la nak jeleskan kelebihan orang lain yang xde pade aku. Dan bile mane aku xde kelebihan tu, aku meradang..xley la macamtu. Itu da melampaui batas rasenye.

So, ape yang harus dan mahu aku lakukan sekarang adalah menerima seadanya diri ku ini, akui kelemahan dan hargai kelebihan diri sendiri. Melihat kelebihan orang lain? Tak perlu kecik hati. Its ok kalo kite x ade kelebihan tersebut sebab tiada siapa pon yang sempurna dalam dunia ini. Maybe dalam kite tidak sedar kite juge ade talent yang tersembunyi yang kita sendiri tak pernah tahu. So, ape yang perlu kite lakukan? Kenali diri sendiri dan jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Bagaimana kalo kite mahukan apa yang ada pada dirinya? Usaha la ke arahnya. Semue expert bermule dari amateur. Dan kalo mahukan dirinya sendiri? Pandai-pandai le mengayat haha.

 So, kesimpulannye..just be yourself~

Thanks for reading~






332

Tuesday, January 26, 2010

Kisah Sebuah Angkot...



Ntah ape la masalah aku dgn angkot ni. Tak abes-abes masalah. Smalam lepas abes kelas, bajet nak gi CL la. Try ajak member-member, tapi xde yang nak ikot sebab tujuan aku nak pegi sane hanye la utk membeli sebatang pen. Boley plak dorang gelak kan aku. Haisy, tak paham btol aku. Tak nak ajak kawan-kawan pompuan, aku kan pemalu orangnye..

So, dipendekkan citer, aku pon naik la angkot merah tu. Memandangkan RUMAH BARU aku dekat je dengan jalan angkot, makanya tiadalah aku mendapat sebarang masalah mase nak tunggu angkot. Memang sepanjang mase ade je satu yg lepak kat tepi jalan sane. Dan seperti biase, perjalanan pergi sangatlah tiade masalah sebab CL merupakan destinasi terakhir angkot merah tu. So, nak tak nak supir tu terpakse gak berenti. Kalo die tak berenti kemungkinan besar angkot tersebut akan menabrak CL berserte pengunjung-pengunjung CL tersebut. Dan for sure esoknye di dada koran akan tertulis headline, "Supir Angkot Menabrak Tembok - 14 tewas"

Sampai kat sane, aku pon terus le berjalan kaki kire-kire 300 meter. Mase melintasi kedai DVD tepi jalan tu, ade la gak terserempak dengan beberape orang teman yang aku rase-rase macam kenal, tapi tak berani tego. Kang kalo salah tego kang, naye je. Dorang tgh pilih-pilih dvd. Ntah dvd ape tah. Korea agaknye, x pon industan. Maklum le housemate die gile industan rasenye. So aku pon terpaku la blakang mereke selame lebey kurang 15 seken dgn hati yg teragak-agak, nak tego ke..xnak. Dorang plak kompem la x sedar sebab tgh khusyuk. Akhirnye pade saat yang ke-16, aku pon menapak pergi dgn seribu tande tanye...benarkah itu mereke? Abaikan..

Dgn penuh harapan aku melangkah masuk ke dalam CL dan menuju ke Gramedia. Aku berlegar-legar selame beberape puluh menit kt dlm tu, amek apape yg patut dan membayar apape yang tak patut. Aku pon tak sure kenape boleh byk plak barang aku, rasenye aku nak beli pen sebatang jer..haisy..konpius.knopuis.

Akhirnye sampai la ke part yg mendebarkan yaitu part nak balik omah. Pilihan yang ade mesti la angkot tu je, ape lagi. Aku menuju ke penghujung jalan mencari angkot yang da nak penuh supaye boley terus jalan tanpe perlu menunggu. Di suatu simpang, aku jumpe satu angkot ni yg hampir penuh berisi dgn orang dan aku menaiki dgn penuh harapan. Lepas kire-kire 10 minit, akhirnya penuh la angkot itu. Aku terjepit di tengah-tengah. Actually aku sangat mengagumi ikan-ikan dalam tin sardin, sebab rasenye mereke lebih bahagie di sane berbanding aku di sini (dlm angkot).

Angkot pon berjalan dan kekagetan mule mengisi ruang hatiku. Seorang demi seorang turun tatkala sampai ke destinasi tujuan masing-masing. Aku tak putus-putus mengharap agar angkot tu kosong secepat mungkin sebelum sampai ke omah aku, so senang la aku nak suro pakcik tu berenti. Malangnye bile dah dekat nak sampai, angkot itu masih lagi penuh. Keringat sejuk mule membasahi dahi aku.. "alamak, macamane nak suro die berenti ni?". Aku cube mengamati persekitaran, mencari-cari orang yang nak turun sekali. Naseb aku baek sebab ade la sorang cewek ni, die pon da ready nak turun, aku nampak die dah prepare duit kt tgn die.

Akhirnye, bile sampai kt tempat yang dituju, aku menarik nafas lege tatkala mendengar kalimat "minggir, pak" yang dilafazkan cewek tersebut. Aku pon ready la nak turun sekali. TIBE-TIBE...angkot itu terus berjalan. Ah, sudah..orang tue ni tak dengar kokkkk!!! Berderau la darah aku dari seluruh anggota badan naik ke kepala. Kire-kire 10 meter berikutnye, cewek tersebut sekali lagi suro berenti, dan kemudian...angkot itu berhenti jua akhirnye. Aku pon turun dengan hati yang duka lara..membawa bersama seribu kenangan pahit bersama angkot tersebut..

Itulah kenangan yang tidak dapat aku lupekan. Biar pon baru berlaku semalam tetapi aku merasakan seolah-olah baru tadi ianya terjadi..

Akhir kata, aku berharap agar aku akan lebih berani utk menaiki angkot kelak..doakan aku berjaya...

Thanks for reading..





627

Monday, January 25, 2010

Omah Baru~

Akhirnye..
Dah lame sebenarnye aku plan nak citer pasal mende ni. Tapi tiap2 kali aku taip, ade je aral melintang. Sakit perut la, perut lapar la, exam la, ngantuk la..Sampaikan kadang-kadang tu, aku da taip da, dekat 1000 word aku taip, tapi disebabkan mende-mende ni menjadi hambatan, mood aku utk meneruskan pengetikan hilang begitu sahaja. So, sekarang alang-alang da free ni, da x lapa, da xde exam, da xde apape....aku dgn senang hatinye menaip pos ini sebagai tanda perasmian rumah baru aku (versi "aku seorang je")

Tanggal berape tah, aku telah berpindah dari Grenvil ke Tanjung Duren Selatan. Migrasi seperti ini adalah adat bagi sesiapa sahaja yg ditempatkan di Grenvil pada awal kedatangan mereke. Biasenye, pelajar-pelajar tajaan seperti kami ni tak berape tahan sangat dok sane sebab jauh dari kampus dan jauh dari rakan-rakan. Actually tak la jauh sangat, sekitar 1,5 km jer. Kalo naik sepeda, dlm 10 menit je. Pon begitu, bagi aku ianya tetap jauh. Cube bayangkan mase nak ke kuliah, naik sepeda..kayuh punye kayuh bukan tak sampai..sampai sebenarnye, tp sampai dengan keringatan yang mengalir. Then masuk ke dewan kuliah cari port bawah ekon, kasi cool down dulu. Tu kalo nasib baik la. Kalo naseb tak baik, kuliahnye dalam bilik berekon rosak atau tiada berekon. Tapi rasenye semue ruangan ade ekon kot, kecuali tandas. Setakat ni naseb kami masih lagi baik la sebab setahu aku dalam sejarah Uni ni, belom penah lagi yang ade buat kuliah dalam tandas.

Seterusnye bayangkan pulak kalo assignmen penting tertinggal kat kamar. Ikotkan ati, malas je nak amek sebab jauh, tapi disebabkan para dosen mengugut untuk menggagalkan aku jike tak antar mende tu, so aku pon dengan berat hatinye terpakse la kayuh sepeda tu 3 km pegi balik demi mengantar assingmen.. Itu lah antare cabarannye jike tinggal di Grenvil.

Bagaimane pon itu tidak berlaku lagi dah. Omah baru aku sekarang sangat dekat dengan kampus. Jalan kaki 5 menit, da smpai. Kalo jalan tutup mate pon boley sampai jugak sebenarnye. Tapi bukan smpai kampus la. Mungkin smpai ke wad atau ke liang lahad. Sepeda biru yang dulunye banyak berjase kepade aku, kini aku beri die kelonggaran utk berehat di rumah je. Sian die, hari-hari berkorban utk aku. Kadang-kadang tayar die terkene najis, kadang-kadang tayar die pancit, brek die rosak, hendel die sengat, seat die cabut, pedal die patah..semuenye gara-gara aku yg selalu cuai dan kurang memberi perhatian kepadenye. Maafkan aku wahai sepeda..

Omah baru ini dikontrakkan kepade aku selame setahun dengan bayaran 1000000000000juta (bukan angke sebenar). Omah kontrak ni banyak bedanya dgn omah kos. Kalo di kosan, kite just bayar bulan-bulan, then tinggal tanpe sebarang kerisauan. Listrik, air, basuh dan gosok baju, semuenye akan diuruskan. Berlainan dengan kontrakan ni, listrik dan air bayar sendiri. Baju sumer kene basuh sendiri atau kalo malas, boley la pandai-pandai cari embak (pembantu rumah). Nasib aku agak baik sebab ade orang di kejiranan ni yg sudi menguruskan rumah aku ni. Just bayar die bulan-bulan, then die akan uruskan omah ni dari keje-keje membasuh, sampai la menggosok. Sapu, mop, cuci pinggan semue die uruskan. Kadang-kadang kalo aku terlupe nak beli aqua, die akan belikan dulu. Listrik same air, pas kt die bersame-same bilnye, die akan tolong bayarkan. Pendek kate, alhamdulillah, aku sangat berterime kasih kepade insan tersebut.

Dekat dengan masjid, membolehkan aku menunaikan solat dengan senang hati. Cumenye satu yang aku kesalkan yaitu kadang-kadang ade imam kat mesjid tu yg bacaannye kurang sket betulnyer. Misalnye instead of "izazulzilatil...(99:1)"..die bace "ijajuljilatil" (pelat J). Dan lagi ade yang bacaannye tak berape nak tepat harkatnye. "alam ta ro kai 'faa' fa a'la rabb...(105:1)" (faa itu dipanjangkan harkatnya). Yang mane panjang dipendekkan, dan yang pendek dipanjangkan. Aku rase mereke bukan tak sengaje sebab tiap-tiap kali pon macam tu jugak tak berubah ubah. Tgk la mcmane nanti..biar aku dok sini lame-lame dulu, rapat dgn orang kt kejiranan ni, then aku try cucuk pelan-pelan..Mudah-mudahan dipermudahkan~

Mase mule-mule pindah, omah ni kosong je. So, banyak gak la pengeluaran uang utk membeli apapa yang perlu. Setting internet, katil, lemari, meje, water dispencer, kipas, kerusi dan lain-lain. Sengek memang tak leh nak kate ape la. Dah le duit pembayar cukai tu aku abeskan, tambah lagi dgn scholar pa-ma. Itu pon still x cukup gak. Kalo takat nak uruskan umah je, cukup la kot. Tapi aku nak makan ape nanti? Makan lemari es? Makan kipas? So, dengan muke tak tau malunye, berkredit la aku dengan teman-teman aku. Dont worry, aku ingat sume yg aku pinjam. Totalnye sejuta tujuh ratus dua puluh lima ribu. Nanti duit masuk aku bayar yer teman-teman hehe~

Terus...aku baru je lepas exam blok kelmarin. Bengong gak le susahnyer. Actually tak susah mane pon kalo belajar awal-awal. Yg jadi sengalnye kalo study last-last menit. Err..biase la, korang sume paham rasenye hehe. So, lepas ni aku nak buat anjakan paradigma sehat pade care belajar aku. Pagi kuliah, malamnye tu aku akan struggle habis-habisan menghafal dan memahamkan amende yg aku belajar tu seolah-olah aku mempunyai exam keesokan hari. Doakan aku berjaye! By the way, terime kasih pade kawan-kawan yg menolong aku belajar di sepanjang blok ni. Study group tu agak berkesan pade aku. Ia sangat membantu. Alhamdulillah. Thanks sooo much k.a.w.a.n - k.a.w.a.n ku sekalian~

Owh yer, aku baru lepas cat bilik aku. Warne asalnye terlalu biru. So, before kepale aku pon jadi biru atau fikiran aku dirasuk elemen-elemen biru, aku rase better aku cat bilik tu.
Pergi Kuantan mencari busana,
Singgah di Kampar membeli duku,
Kalau tuan bijak laksana,
Warna apa pilihan hatiku?
Ha, teke..teke, bilik aku warne ape??? Kalo betol aku belanje pop-ice~ (sape da tau diam yer!)

Da lewat kot, kol 2.17am. Esok bermule la satu lagi blok baru yang juge merupekan blok penutup kepada semester satu ini. Selesai jer blok empat ni nanti, cukup la satu semester aku di perantauan. Cuti mendatang tu, aku balik kot. Kalo xde aral melintang...
Langit cerah, laut tenang...insyaAllah, aku pulang..(aku berpantun lg~)

Thanks for reading~






P.S: Pos ini aku dedikasikan kepade Ibu Nisa, Ibu Yus, Abg Wan, Pak eR Te, sepeda biruku, tokey kedai perabot Aking, kawan-kawan yg aku sayangi selalu dan semue yg terlibat secare langsung, secare tidak langsung, mahu pon yg tidak terlibat langsung..Semoga kalian sehat sejahtera selalu~

1022

Friday, January 22, 2010

...

Jumaat, 22 Januari 2010
Aku tobat..taknak buat lagi dah..
Sampai bile-bile..

Thursday, January 21, 2010

Lembu Mutasi

Biokimia yang sangat tak best!!! Aku memang tensi dgn apape subyek yang berkaitan dgn kimia ni. Dari dulu lagi aku dan kimia memang tak pernah sebulu. Entah macamane mase Es.Pe.Em dulu aku boley dapat A pon aku tak tau. Actually berbulu jugak le aku mase jawab soalan2 tu, tp nak wat macamane, kalo otak tu mmg da cerdik, susah macamane pon still A jugak hehe. Tapi tu dulu la, mase sekolah.

Berbulu~~~
Biokimia oh biokimia. Style belajar aku adalah dgn menggunakan gambar2. Aku senang nak paham kalo ape yang aku belajar tu, aku boleh gambarkan dalam kepale. Misalnye seekor lembu makan rumput. Then pade lembu tu aku boley imagine ade 4 perut. Dlm perut2 tu adenye enzim2 yang mencernekan rumput. Bile lembu berak, taik pon kuar. Pade taik tu ade pulak unsur seperti ammonia atau urea. Mendalah ni pulak diurai oleh microb2 sehingge tercipte la sesuatu yang dinamekan baje. Baje itu menyuburkan tanaman dan membolehkan rumput hidup dengan tenteram. Rumput yang subur menghijau  (thanks to tahi itu tadi) akan di makan kembali oleh lembu. Proses kitaran tahi ini akan berterusan sehingga ke anak cucu lembu tersebut di mana pada generasi lembu berikutnya, tahi tersebut akan terus bergerak dari perut satu lembu ke perut lembu yang lain.

Kalo ceritenye macamni je, aku boleh paham. Biasenye mende ni kite belajar dalam subyek biologi. Tapi dlm mase yang same, ade jugak kaitannye dgn subyek kimia. Misalnye urea dan ammonia tu. Dalam kimia kite akan belajar pasal struktur, ape atom2nye, reaksi2 berkaitan dan sebagainye. Kat sini la masalah timbul. Aku mengenali urea sebagai urea. Tapi bile aku nak gambarkan urea ni, aku tak reti. Aku tau dlm urea tu ade unsur nitrogen, hidrogen, oksigen dan carbon, tapi macamane rupe sebenar unsur tu? Aku mengenali unsur2 tu hanya dari huruf2 yang digunekan misalnye H utk hidrogen atau N utk nitrogen. Masalahnye bile aku melihat ke urea tu, aku hanye melihat tahi. Aku tak melihat sebarang huruf, baik huruf Ha mahupon eN. Even aku menggunekan microskop elektron berkuasa nuklear yang dibeli dari China sekali pon, aku still tak kan melihat apa huruf di dalam unsur tersebut. Jadi macamane aku nak menggambarkannye? Aku keliru..

Anda paham ke ape aku taip? Tak kesah la korang paham ke tak, janji aku dan lembu tu paham.

Anyway, post ini ditujukan kepade diri aku sendiri yang tak berape stabil di kala ini. Yang pasti bukan disebabkan oleh Korpus Albican la..





399

Wednesday, January 20, 2010

Perasaan Apakah?

(entry ini agak sedikit kejiwa-jiwaan)


Perasaan oh perasaan...

Dahulu aku pernah menceritekan ttg diri aku yang dikatakan telah kehilangan perasaan di mana aku tidak merasakan apapa seperti marah, sedih, gembira dan sebagainya. Sebenarnya aku yang silap. Perasaan itu ada cuma aku sahaja yang selalu cuba melarikan diri darinya. Namun kini segalanya tidak berlaku lagi, aku merasakan kehidupan aku semakin berwarna warni sekiranya aku menghiasinya dengan perasaan-perasaan ini..

Pon begitu, aku memiliki suatu habit tak berape best - suka menahan perasaan. Apabila aku gembira, aku lebih suka menyimpan di dalam. Sekadar gembira dalam hati. Di luarnya aku hanya menzahirkan senyuman yang sangat tipis dan bersifat sangat sekejap. Entah kenapa, aku susah nak ketawa atau dalam bahasa mudahnya, aku malas nak ketawa seperti orang lain. Bagaimanapon aku merasa senang sekali jika orang di sekelliling aku tertawa, senyum dan gembira sewaktu di samping ku.

Begitu juga dengan marah dan sedih ku. Ianya bersifat sementara dan akan hilang dalam waktu yang sangat singkat. Misalnya sekarang aku marah, beberapa minit lepas ni kemarahan tu hilang begitu sahaja seolah2 tiada apa yang berlaku. Sedih atas kehilangan sesuatu? Juga tidak lama. Hidup perlu diteruskan. Sekiranya aku terus bersedih atau terus merasa marah, tiada sebarang keuntungan buat diriku. Kemarahan tidak menjadikan aku kaya..kesedihan tidak menambahkan ilmu ku..

Kesemua perasaan ini boleh aku manage dengan cara tersendiri agar perasaan ini tidak memakan diri. Seandainya aku diserbu kemarahan menggila, biasanya aku jinakkan ia dengan cara tidur secepat mungkin. Manusia ini istimewa. Mereka dikurniakan dengan perasaan yang tidak kekal. Biar selama mana pun seseorang itu marah, suatu hari nanti pasti dia akan tenang. Begitu juga dengan kesedihan. Bayangkan jika perasaan sedih ini terus kekal selamanya, sudah pasti kita akan berterusan mengalirkan air mata sekiranya kehilangan orang tersayang. Namun semua itu tidak terjadi, bukan? Seiring dengan perjalanan waktu, perasaan yang membuatkan diri kita merasa tidak senang itu pasti akan pudar juga akhirnya.

Macamane pon, ade satu perasaan yang aku tak tau macamane nak urus. Bile perasaan ini datang bertandang, aku tak boleh lari darinya dan aku juga tak mungkin boleh mengelakkan diri. Sekiranya aku turutkan perasaan tersebut, apakah pelajaranku akan terganggu? Andai aku cuba melarikan diri darinya, hatiku menjadi tidak keruan dan jika aku menahan perasaan ini, aku sendiri yang terase peritnye. Inilah perasaan yang dinamakan "perasaan ingin dic--ta- dan menc--ta-". Perit, memang perit. Yer, sebagai manusia biasa, perasaan ini sudah menjadi darah daging dalam diri kita. Kalau marah tu, boleh la aku nak lepaskan dgn menumbuk pintu atau menggigit buku, tp kalo perasaan mcmni? Hanya ada satu jalan utk aku salurkannya yaitu melalui perkahwinan. Namun itu semua tidak mungkin terjadi dlm masa terdekat ini. Lalu cara kedua yg dianjurkan adalah menahan diri dengan berpuasa. Pon begitu, even aku melakukannye, perasaan ni still ade dan semakin berkembang. Aku buntu..aku cube memesongkan pemikiran ku ke sesuatu yang lain seperti membace buku atau melakukan kerje-kerje lain, tapi ianya still tidak luput malahan terus menyesakkan. Dalam bahasa mudahnya, gejala ini dipanggil "angau", dan aku x sangke pulak aku pon poleh terkene. Aku buntu..

Melihat insan-insan di sekelilingku yang berpacaran, erat dan rapat seperti belangkas itu membuatkan aku tertanya-tanya. Sampai bila mereka akan terus begitu? Jika aku juga turut melakukan perbuatan yang sama, apakah kesudahannya? Adakah kehidupan aku diberkati? Redhakah Penciptaku atas perbuatan ku ini? Atau apakah aku akan jauh dari rahmat Ilahi..? Aku masih tertanya-tanya...





547

Sunday, January 17, 2010

Tersungkur


Aku sering tertanya-tanya, kenapa susah sangat untuk aku menerima suatu ilmu? Aku cuba merenung kembali zaman kanak-kanakku. Pada waktu itu aku la jago dalam kebanyakan mata pelajaran. Aku tak hebat dalam bidang sukan seperti teman2 seusiaku. Ada di antara mereka yang bermain sepak takraw sehingga ke peringkat dearah, ada yang main bola smpai ke peringkat mukim dan bola jaring sampai ke peringkat negeri. Tapi tidak bagi aku. Duniaku hanyalah buku-buku dan alat tulis. Orang tua ku memberi penekanan yang sangat mendalam pade pelajaranku. Jika ada peralatan yang kurang, mereka akan tambah. Jika ada apa2 yang tidak dimengerti, mereka sendiri akan ajarkan. Buku latihan yang membukit menjadi teman2 seharianku. Aku jarang keluar bermain bersame teman2 seusia.. Hasilnya, setiap kali keputusan ujian diumumkan, aku antara yang teratas. Guru2 senang menghantarkan aku ke mana2 pertandingan atau kuiz2 ilmiah..

Tapi itu dulu..

Seiring dengan peningkatan usiaku, pembelajaranku menjadi semakin rumit dan sukar. Jike dahulu kalau ade yang aku tak faham, orang tuaku tiada masalah membantu. Tapi kini, jika aku bertanya pada mereka, tidak semua bisa diajarkan. Aku perlu mencari inisiatif sendiri untuk memahami ilmu ini. Tapi entah mengapa, setiap apa yang aku pelajari seolah2 tidak mahu masuk dalam kepale. Aku lambat memahami apa yang dipelajari berbanding teman2ku. Dan aku juga sukar untuk menghafal istilah2 penting di sepanjang pembelajaranku.

Adakalanya aku menyalahkan diriku sendiri. Aku menghukum diri sendiri di atas setiap kegagalan yang aku terima. Aku salahkan otakku, aku salahkan tanganku, aku salahkan setiap anggota tubuhku. Kerana mereka, aku sukar mengingat. Kerana mereka aku sering ketinggalan dalam pelajaran.

Namun jika direnung sedalam-dalamnya. Serta merta aku rasa bersalah. Mereka tidak bersalah. Aku yang bersalah. Aku terlalu memandang rendah pada diriku sendiri. Kurang keyakinan dalam diri. Tidak percaya bahwa aku boleh melakukannya. Itulah kekesalan terbesar aku sepanjang kehidupan aku sebagai seorang pelajar.

Kegagalan demi kegagalan. Adakah ia suatu yang buruk? Ya, memang buruk. Tiada siapa yang mahukan kegagalan.

Kenapa sering gagal? Adakah kerana kebodohan? Adakah kerana tidak bijak seperti insan lain? Adakah kerana Tuhan tak sayang kat kita? Tidak! Kita semua dilahirkan sama tidak berbeda. Kita hanya melihat peristiwa ini dari sudut pandang yang negatif. Tidak pernah sesekali pun kita cuba merungkai maksud tersirat di sebalik kejadian ini. Sering kali kita menyalahkan takdir..Pernah tak kita terfikir bahwa di setiap kejadian itu terdapatnya hikmah2 yang tersembunyi?

Aku merenung kembali kehidupan ini. Selalunya bila ditimpa kegagalan, sudah pasti kita merasa tertekan, bukan? Lantas kita terus belajar dan belajar agar tidak gagal lagi. Ape kesudahannya? Kita gagal lagi. Lalu kita belajar dan terus belajar menggunakan kaedah yang lain. Kesudahannya? Gagal lagi..Begitu la seterusnya, belajar, gagal, belajar dan gagal. Namun adakah kegagalan tersebut kekal sampai bila-bila? Tidak, suatu hari nanti kejayaan pasti bertandang jua. Nah, sekarang cube kite bayangkan, di sepanjang tempoh ini dah berapa banyak yang kita belajar sebenarnya? Mungkin orang lain yang hanye belajar sekali untuk berjaya, tapi kita? Untuk berjaya kita mungkin harus belajar 10 kali, 100 kali malah 1000 kali. Dan once kita dah berjaya, apa yang akan dirasakan? Perasaan yang sungguh indah, kesyukuran tak terhingga. Biasanya kita akan lebih menghargai sesuatu yang sukar kita dapat atau capai. Dalam kes ini, kejayaan yang diterima adalah kejayaan yang sangat bermakna buat diri kita..

Aku bukanlah bermaksud nak menggalakkan korang gagal, tetapi aku cuma nak menyatakan bahwa..gagal sekali tak bermakna gagal sampai bila-bila. Memanglah susah, memanglah payah, tetapi ianya tidak mustahil utk dikuasai. Jangan rase down bile kite tak faham sewaktu ilmu itu diajarkan. Setiap orang memiliki kemampuan yang berbeza-beza, ada yang cepat tangkap, ada yang lambat pick-up. Bagaimanapon, tiada seorang pon yang dilahirkan untuk menjadi si gagal (loser). Kejayaan adalah milik setiap insan yang berusaha. Yang penting kita yakin..dan percaya pada diri sendiri.


605

Monday, January 11, 2010

Aku Dan Bas Awam

(post ini adalah sedikit panjang..)

Sehingga ke saat ini, sudah banyak jenis ketakutan telah berjaya aku atasi. Takut untuk mengayuh beskal, takut utk menaiki pesawat, takut berenang, takut gelap dan mcm2 lagi. Namun ade satu lagi ketakutan yang sampai sekarang masih lagi menghantui hidup aku. Ketakutan ini adakalanya menyusahkan diri aku dan kadang2 teman2 sekeliling juge terpakse merasekan kesusahan tersebut. Ketakutan tersebut adalah...takut menaiki kenderaan awam!

Yer, kenderaan awam. Ini merupakan pilihan terakhir aku jike nak kemane-mane. Aku lebih prefer mengayuh, menunggang atau memandu sendiri daripade menaiki bas, angkot atau apa sahaja kenderaan yg membawa muatan lebih dari 4 orang. Teksi aku tak risau sangat, tp bas ni...adeyh. Ntah kenape aku takut aku pon tak tau. Sebelum umurku mencecah 15 tahun, amat jarang sekali aku menaiki bas awam ni. Biasenye aku tumpang parent aku je. Itu pon kalo tempat yg aku nak pegi sejalan dengan tempat yg mereke nak tujui.

Seingat aku, aku mule mengenal bas awam ketike aku berumur empat tahun. Bas Mini namenye kalo di Shah Alam. Ketike itu aku belum lagi bersekolah atau bertadika. Sebaik sahaja aku masuk tadika, terkuburlah istilah bas awam itu dari kotak ingatanku. Aku tidak pernah menyentuh bas ini sejak dari itu sehinggalah aku berada di tingkatan tiga. Ade la dalam 11 tahun kot aku tak naik bas awam.

Sekolah menengahku adalah sekolah berasrama di atas bukit. Setiap Sabtu, dua minggu sekali kami diberi peluang untuk keluar bersiar2..suatu aktiviti yang dinamakan OUTING pelajar. Dan setiap Ahad ada satu lagi outing tetapi khusus bersama keluarga. Sejak hari pertama aku menjejakkan kaki di sekolah itu, aku tak pernah keluar outing sendirian. Biasanya parent aku akan datang dan aku akan pulang ke rumah sebab rumah dekat. Bukan le nak kate homesick atau manje, tapi.....erm..lebih kepade, aku sayang keluarge aku (hahaha). Tak kire Sabtu atau Ahad, aku akan melakukan perkare yang same yaitu pulang ke rumah. Kalo x pulang, aku just stay je kat asrama. Langsung aku tak pernah terfikir utk keluar sendirian atau bersame teman2 utk pergi bersiar2.

Sehinggalah tiba hari itu...
Aku sudah berumur 15 tahun yaitu tingkatan tiga. Kebosanan yang amat menyebabkan tercetusnya idea di kepale aku utk keluar OUTING sendirian buat PERTAMA KALINYA. Aku melangkah keluar dari perkarangan sekolah sendirian. Bukan aku tak nak pergi dgn kawan2, tapi aku nak rase sendiri macamane rasenye. Dan sebab lain pula adalah...aku xnak orang len tau yg aku tak reti naik bas hahahaha.. Maklum le kalo keluar outing biasenye naik bas la, mane ade studen skola tu yg tunggang moto..lesen pon xde. Destinasi yang dituju adalah Jaya Jusco (JJ) berdekatan.


Sebenarnye ape yang aku takutkan tentang bas ni yer. Tak lain tak bukan adalah....AKU TAKUT NAK TEKAN LOCENG!!! Haisy...



Mase pergi JJ tu ok lagi la, sebab ramai nak turun situ. Jadi ade la orang lain yg tekankan. Yang masalahnye, bile balik tu, aku sorang je yg nak berenti depan sekolah, so aku sendiri kene tekan loceng. Inilah antare rentetan peristiwe yang terjadi....
Mase dalam bas tu aku tibe2 jadi kaget, macam2 soalan aku tanye dlm hati,
"alamak macamane nak turun ni?"
"loceng ni tak rosak ke?"
"macamane kalo drebar bas tak dgr?"
"macamane kalo bas terlajak juah?"

Make untuk mengelakkan perkare buruk terjadi aku pon terus berdiri  dan bersedia menekan loceng seawal mungkin. Yang tak bestnye, aku tekan awal sangat. So bas tu tak berenti kat bustop sekolah sebaliknye berenti di bustop sebelumnye yang berjarak kire-kire 1 kilometer dari bustop sekolah. Aiseymen, mase tu sume orang pandang aku sebab aku yang tekan loceng. Jadi nak tak nak aku pon turun la kat situ dan berjalan kaki sejauh 1km menuju ke sekolah. Dalam hati aku aku berdoa banyak2 "harap2 takde member2 nampak aku jalan kaki"

Seterusnye pade Outing yang lain (outing ke-2 aku), aku pernah tersalah naik bas. Mase dalam bas tu keadaan semue ok dan stabil. Tibe di satu simpang empat, biaseye utk ke sekolah kene amek jalan terus je, sebaliknye bas tersebut tibe2 membelok ke kanan. Aku serte merte jadi kaget tak tentu pasal. Berderau darah aku. Lepas tu ape lagi, aku tekan loceng tu sepenuh hati berkali-kali bagi menampaikan pesanan "AKU NAK TURUNNNNNN!!!!" pade drebar bas. Sekali lagi aku menjadi perhatian orang ramai...Dan pade hari tersebut aku sekali lagi terpakse berjalan kaki kire-kire 1.5 km utk kembali ke sekolah. Dalam hatiku, tak putus2 aku berharap "jangan la ade sape2 nampak aku jalan kaki mcmni"

Kejadian yang same kerap berulang bile aku menaiki bas sendirian. Mulai saat tersebut, kalo nak ke mane2, aku akan pastikan ade sorang teman yg follow sekali. Biar die je yg tekan loceng...

Baru-baru ini aku pergi ke sebuah Mall utk menukar matawang. Aku pergi bersama seorang teman, menaiki angkut. Angkut ini seperti bas tetapi lebih kecil..Dan kalau nak turun, TIADA LOCENG. Utk turun anda harus berkata "Pak, minggir ya" atau pon "Kiri ya, mas" atau pon apapaje kalimat yang bersangkutan. Mase pergi tu, semuenye tiada masalah sebab destinasi yang aku tujui ini merupakan destinasi terakhir yang dilewati angkut, so comfirm angkut ni berenti. Yang menjadi masalahnye adalah ketike nak balik. Teman aku ni die turun lebih dahulu sebab rumah die dekat2 situ je. Aku pulak terpakse meneruskan perjalanan sebab rumah aku jauh lagi. Mase die turun, aku dah mule rase kaget sebab AKU DITINGGALKAN KESEORANGAN. Aku dah mule jadi kelam kabut sebab takut nak suruh drebar tu berenti.

Bagi mengelakkan perkare buruk, aku pon sound drebar tu awal2 "Uk**** ya, pak". Rupe2nye aku sound terlalu awal, tempatnye masih jauh tapi aku da sound suro berenti. Sume orang dlm angkot tu pandang aku dan aku terdengar mereke berbisik2 "masih jauh kok..". Drebar angkot pon mengomel mende yang same "kok masih jauh udah dibilang berenti". Mase dah turun dan nak bayar fee sekali lagi aku kaget. Ntah kenape aku kaget aku pon tak pasti. Aku mengeluarkan not uang paling besar yang ade dlm kocek aku. So drebar tu pon terpaksela mengire uang baki utk dikembalikan. Actually angkot tu berenti kat tengah jalan, so mase nak kire wang baki tu, banyak kete2 kt belakang kene block sehingga mengakibatkan macet (traffic jam). Semuenye adalah GARA-GARA AKU...

Mende2 macamni la yang kerap terjadi pade aku. Sehingga sekarang aku masih lagi takut untuk menekan loceng atau menyuarakan hasrat mahu turun itu. Setiap kali aku menaiki bas atau angkut, hati aku akan berdegup kencang dan terase berdebar-debar. Bile nak turun serte merte aku jadi kaget...

Aku harap suatu hari nanti aku akan berjaya mengatasi rasa takut terhadap loceng bas, pemandu bas serta bas awam itu sendiri..

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa utk membaca..






1073

Saturday, January 9, 2010

Tenangkan Dirimu

Ape ni! Ape ni!!!?
Sebelum aku sampai sini, macam-macam citer tak best aku dengar. Kisah buluh runcing la, ganyang la, birokrasi yg teruk la, gempe la dan byk lagi. Seyesly aku merase ragu dan sangsi mengenangkan berite sedemikian. Risau, takut, cuak dan segale perasaan lain bercampur aduk di sanubari ini. Maklum le, aku bkn belajar kt tempat sendiri, aku merantau di tempat orang. Bagaimane agaknye nasib aku? Adakah aku akan dianaktirikan? Mereke tak kasi aku makan ke nanti? Diskriminasi? Adakah aku akan kene kejar dengan anjing dorang? Aku tak tahu..dan aku risau sangat-sangat. Namun, setelah hampir empat bulan di sini, persepsi aku berubah seratus lapan puluh darjah. Aku menghormati mereke, dan mereke menghormati aku. Mereke juge manusia biasa. Masakan mereke akan mengamuk kt aku tak tentu pasal hanye karena aku bukan dari kalangan mereke. Yang penting adalah, aku memulakan dahulu. Jike orang senyum kat kite, jike orang melayan kite dgn baik..apakah kita akan membaling kepale mereke dengan batu tele atau cucuk2 pusat dorang gune buluh? Semestinya tidak, kan. So, pokoknye, tiada apa yg aku risaukan. Risauku tidak bertempat..

Walaupon aku selese di sini, hati aku tidak selese mengenangkan ape yg terjadi di Tanah Air Tercinta. Negare kite telah pon merdeka lebih setengah abad yg lalu. Pernah kite bayangkan bagaimana susahnya tokoh2 dahulu kala memperjuangkan nasib negare kecik ni?? Pernah tak kite rase bagaimana payahnye mereke menuntut kemerdekaan? Hendak ke London, tiada berduit. Namun berkat kerjasama serta semangat ingin merdeka yang membara, segala harta SANGGUP DIKORBANKAN demi membiayai perjalanan menuntut kemerdekaan ini. Untuk siapa kemerdekaan ini? Untuk merekakah? Tidak, karena mereke dah tue, ape lagi yg mereke ade. Jadi untuk siapa? UNTUK KITA!!! Kerananya kita lahir dengan selesa. Kerananya kita membesar dengan sempurna. Kerananya kita berjaya mencapai apa yang kita citakan.

Sejujurnya aku kecewa dan amat terkilan dengan ape yang berlaku. Apakah kita lupa pada peristiwa 13 Mei dahulu? Sentimen perkauman dimainkan tanpa adanya rasa bersalah. Sungguh lancang kata-kata dan tindakan mu. Entah berapa ramai terbunuh dan berapa banyak nyawa terkorban. Yang tidak bersalah menjadi mangsa, yang tidak berdosa mati sia-sia.

Menyentuh isu nama Allah ini, aku rase hairan sekali. Kenapa tibe2 je nak gunekan dalam agame mereke? Dulu takde pon kecoh2, kenape sekarang? Ape niat mereke? ......jika tiada angin, masakan pohon bergoyang. Tambah menghairankan lagi, kenape ade jugak insan dari kalangan kite yang bersetuju untuk membenarkannya?..

Wahai pembaca yang budiman,
Bayangkan sekiranya nama Allah itu dibenarkan utk diguna pada agama lain, apa akan terjadi? Mungkinkah kalimat tersebut akan digunekan utk menghiasi rumah ibadat agama lain? Mungkinkah kalimat tersebut akan diletakkan di tengah2 cross, dan cross itu dipakai kemana-mana, even ke tandas, disko, kelab dangdut dsb? Mungkinkah kalimat itu akan diletakkan di dada figure insan yang digantung di atas cross itu? Kita tidak tahu. Yang pasti semua ini tidak mustahil terjadi. Dan sekiranya itu terjadi, tanya semula diri kita, di mana maruah kita? Di mana maruah agama kita?

Sensetif bukan isu ini? Yer, amat sensitif. Seperti juga isu perkauman, isu keagamaan ini ibarat minyak tanah atau minyak petrol. Hanya dengan sedikit percikan api, nescaya membaralah ia membakar apa yg ada. Namun api tidak boleh dibalas dengan api. Hanya insan yang bodoh sahaja yg akan cuba memadamkan api dengan menambahkan api. Perbuatan membakar atau menghancurkan rumah ibadat agama lain sama sekali tidak masuk akal dan boleh dikatogerikan sebagai aktiviti yang bodoh serta tidak bermaruah sama sekali. Tidak dinafikan, memang kite terase dengan isu sebegini. Namun bukan begitu carenye utk kite menyelesaikan masalah. Bagaimana orang nak menghormati kita jika kepercayaan mereka terlebih dahulu kita raguti? Adakah kita menyangka mereka akan berdiam diri, duduk membatu dan mengunci mulut sahaja apabila rumah ibadat mereka kita hancurkan? Tidak! Seperti juga kita, mereka juga bermaruah dan berperasaan..

Itulah apa yang terjadi. Kesal, aku kesal sekali. Aku di sini untuk kalian. Bila aku sudah berjaya, aku akan pulang kepada kalian. Berkhidmat utk kalian adalah suatu penghormatan buat diri ku. Oleh itu, jagalah perasaan aku, jagalah Tanah Air kita. Seandainya suatu hari nanti Tanah tersebut retak dan hancur angkara kerakusan serta amarah kalian yg tidak terkawal...jangan salahkan aku jika aku tetap di sini..





676

Friday, January 8, 2010

Entry Tergendala



Arrgghhh..aku da ilang fokus. Jam dah menunjukkan 11:11pm. Biasenye tempoh utk aku belajar dgn serius ni hanye la due jam. Itu je limitnye. Sengah jam pertame tu memang serius gile la, orang ketuk pintu pon aku tak perasan. Masuk sengah jam kedue tu tangan aku da mule gatal nak mengetuk2 apape yg ade di sekeliling aku. Bile dah sengah jam ketige, perut plak dah berketuk2 mcm tong biskut kosong, mintak diisi. Akhirnye mase sengah jam keempat, kepale aku la yg terketuk ketuk.. Tamat la riwayat Encik Fokus~

Oh rumah baru. Dah lame aku nak menyuare hasrat di hati untuk pindah rumah. Melihat teman2 yang bisa berjalan kaki ke kampus, aku sedikit cemburu. Aku tiap2 hari bersabung nyawe nak ke kuliah. Dengan sepeda yang aku beli di kedai pakcik Papua (nickname yg aku reke sendiri utk org kedai tu), aku pon mengayuh dengan penuh rase keikhlasan. Even adekalenye hujan, ade masenye banjir..aku tetap ke kelas. Di sepanjang perjalanan aku menempuh jalan2 yang berliku, asap menyesakkan dada, lubang2 berlopak, bau-bauan dari pusat pelupusan mini dan banyak lagi. Namun aku tak kesah semue tu. Semuenye aku lakukan bukan untuk kepentingan diri aku je tetapi untuk "mereke" juga. Alhamdulillah, dan terime kasih wahai pembayar2 cukai yang menyaport kehidupan aku di sini. Jasa kalian amat aku hargai. Aku janji akan belajar sungguh2 dan bekerje di Tanah Air bagi membalas jase kalian.

Berbalik pade rumah baru. Hasrat utk pindah ini dikuatkan dengan banyak lagi faktor lain selain faktor di atas ini. Jarak rumah aku sekarang dgn kampus boleh tahan la jauhnyer. Walaupon bersepeda, still memakan mase jugak utk sampai. Faktor lain adalah jauh dari teman2 seperjuangan. Agak berpeluh jugak la kalo ade majlis apape, biar pon rasmi atau tak rasmi. DAN ade satu lagi faktor yg aku rasekan merupekan faktor terbesar yang mendorong kuat terjadinye penghijrahan ini. MASJID yang jauh... Memang tak dinafikan, masjid dan rumah aku agak jauh. Jiwe terase kosong. Ade kalanya bile terdengarnye laungan azan yang antara dengar atau tidak, hati aku terase sayu. Aku rindu suasana di rumah atau di kolej lame aku yaitu bile masuknye waktu, pasti akan kedengaran azan bersahut-sahutan..

Bagaimane pon segale-galenye bakal berakhir tak lame lagi. Usehe mencari rumah telah berakhir setelah menemui sebuah yang memenuhi semue spesifikasi yg dikehendaki. Dekat dgn masjid (selang 3,4 rumah je), dekat dengan teman2, dekat dengan kampus, dekat dgn pecel way seputih, dekat dgn KLV serte mempunyai bilangan bilik yang cukup utk aku dan kawan2 aku. Alhamdulillah~

Kuliah aku ini adekalenye memeningkan kepale. Namun ini la jalan yang aku pilih. Pernah sekali tu seorang dosen menyatekan bahwa kebijakan atau kekurangan kemampuan berfikir seseorang itu tergantung pade junction cell dlm kepalenye. Maknenye kalo banyak mende tu, bijak la die, mudah la die nak mengingat, mudah la die nak score..dan begitu la sebaliknye. Bagaimane pon ade satu ayat dari dosen tersebut yang men-desing-kan telinge aku. "jike pencapaiannya kurang disebabkan kekurangan junction cell tu, make tak boleh buat ape la"...(ayat diolah demi kepentingan bersame). Aku sememangnye tak setuju. Even kalo benar ade kaitan antare junction cell tu dgn kebijakan seseorang, namun aku tetap menolak utk menerime pandangan tersebut. Bagi aku, usaha kite la yang menentukan semuanya karena Allah itu Maha Adil. Aku lebih menyanjung insan bodoh yang menggunung usahanya dlm memajukan diri daripada si bijak yang malas berusaha, yang hanya bergoyang kaki, mengekspoitasi serta memanipulasi insan lain.. Gagal setelah berusaha itu lebih baik dari kejayaan yg dicapai dengan penipuan dsb..






565

Thursday, January 7, 2010

Golek-Golek Telur

Malasnye nak update blog ni. Tapi sebagai blogger separuh mase, aku terpakse merajenkan diri jugak mengetik-ngetik di sini. Masuknye aku di tahun baru ini tanpa membawa sebarang azam. Yang aku bawa cumalah seribu satu harapan serte senarai2 panjang pembaharuan serta transformasi yang bakal aku lakukan. Untuk memastikan tahun ini lebih baik dan advance dari tahun2 lalu, aku rase aku xleh lagi merasekan yg diri aku budak kecik lagi..

Oh tidak..aku tergolek di tahun baru. Aku kene remed subjek Ilmu Kedokteran Komunitas~ haha. Untuk pengetahuan para pembaca yang budiman, remed adalah sejenis ujian ulangan bagi mereke yang tidak berjaya mendapatkan markah yang membolehkan mereke digelar 'lulus' oleh pihak universiti, pihak keluarge serte rakan taulan. Atau dalam bahase pasarnye.."kuaang asam, macamane boleh fail lak ni!!" haha. Warna warni di tahun baru. Sistem blok yg diaplikasikan membuatkan aku kurang merase down bile tersepit dlm situasi2 macamni. Maklum le belajar tige minggu, terus..langsung dikasi ujian. Jadi katekan la dalam tige minggu tu aku terserempak dgn masalah2  seperti member aku plan nak kawen lari ke, perut member aku meragam sampai kene masuk wad ke, false alarm gunung api nak meletup ke..tak ke repot jadinye. So, tak bley la nak kate aku boleh 100% fokus dlm tige minggu tu. Mende2 unexpected mcmtu ade kalenye memesongkan perhatian aku pade pelajaran..dan menyebabkan terjadinye suatu gejale misteri yg disebut.."ketidak-lulusan-exam".

Mule belajar anatomi serte melakukan praktikum. Due peristiwe mengembirekan pade hari ini. Pagi yang indah dimulakan dengan praktikum di laboratorium. Main cucuk2 jari gune jarum sampai kuar darah. Kalo tak kuar, sile cucuk lagi or kalo xnak, bersedie la menerime akibat buruknya. Antare akibat buruknye adalah xleh ikut praktikum berikutnye lalu tidak boleh ikut ujian yang membawa kepada ketidak-lulusan exam. Yang pasti mase praktikum tu, enam tetes darah telah aku teteskan dlm tabung uji tu. Abes darah aku...

Anatomi plak mcm blaja dalam kandang ayam atau reban lembu. Mendengar istilah2 anatomi yang ke-latin-nan tu ibarat mendengar dialog citer hidustan(tanpa subtitle)...maknenye tak paham langsung le. Pulak tu, lepas je ak
*some text missing*




enrty ini tergendala seketike karena penulis perlu belajar utk remed esok...

Friday, January 1, 2010

Warna Warni

Jumaat, 1 Januari 2010. Dentam dentum bunge api da abes. Konsert dangdut depan rumah pon da abes. Aku di tahun baru. Tahun 1431 dan tahun 2010. Ape azam baru? Naaaa, mudah-mudahan aku bisa menjadi lebih fokus dlm melakukan ape jua yg aku lakukan. Kadang-kadang aku tertanye2 kenape aku kerap dgr soalan ini bile menjelang taun baru. Ape pointnyer? Bagi aku membuat azam baru di tahun baru adalah pelik. Aku membuat azam baru setiap kali aku bangun tidur. Aku tidur pade malam hari dengan penuh pengharapan agar hari esokku lebih baik dari hari ini. Dan bile aku bangun, aku bangun dengan seribu pengharapan, agar hari ini lebih baik dari semalam. Saban hari aku cube memperbaiki ape yang aku lakukan. Memperbaiki jadual tidurku, memperbaiki menu makan aku, memperbaiki aktiviti harianku. Aku nak spend umur aku cube melakukan perkare2 bergune dan berfaedah. Mencuba yang terbaik setiap hari. Melakukan yang terbaik buat aku dan lingkungan aku..

Agak sedikit kecewe hari ni. Lepas solat jumaat, try la jap survey kolam renang kt Petra tu. Dgn penuh pengharapan aku mengayuh sepeda aku menuju ke destinasi tersebut. Dah lame aku nak survey tempat ni, sejak aku jejak kaki ke sini lagi. Tiap2 hari aku buat rancangan yang same, nak pegi, nak pegi, nak pegi. Tapi selalunye ade je mende lain yg kaco. So, ntah mcmane hari rajen plak aku nak pegi. Macamanepon ape yang aku harapkan jauh dari kenyataan. Kolam tersebut bukanlah kolam utk aku berenang mcm dulu2. Ianye tak lebih hanyelah sebuah kolam air kanak2, tempat hiburan utk anak2 itik ni menghabiskan libur mereke, main simbah2 air.

Adeh. Sedeh aku. Singgah la jap kedai buah depan tu. Agaknye mmg da musim kot, jeruk ade kat mane2. Beli la sekilo due. Selalunye aku makan jeruk ni bile boring, kirenye jeruk ni aku anggap sbg snek aku la. Macamanepon aku tertanye2, ape kesan buruk kalo makan buah jeruk ni byk2? Hopefully xde. Dan kalo ade, jgn la teruk sgt. Kalo takat sakit2 perut sket2 tu xpe la. Tapi kalo smpai boleh mengakibatkan perut berlubang or kentut berdarah dsb sumpah lepas ni aku tak makan buah ni lagi. huh..

Dalam perjalanan balik, aku terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raye. Tapi terlibat secare tak langsung je la, sebagai penonton kehormat. Aku tak menabrak dan tak ditabrak, sebaliknye kejadian penabrakan tu berlaku depan mate aku. Ini accident ke-3 yang aku lihat. Yang pertame melibatkan member aku sendiri. Kemalangan antare die, pintu teksi dan penunggang motosikal. Kemalangan kedue aku ingat2 lupe. Tp yang ketige ni agak dasat la. Sampai pecah-pecah ape sume. Abes patah-patah. Naseb baik xde sape2 yg injure. Hanye windshield helmet pecah dan cermin sisi moto yg patah. Agak teruk gak la. Tp yang aku kagumnyer, tiap2 kali aku jumpe accident2 mcm ni pasti akan ade insan2 misteri yang muncul dan bertindak sebagai org tgh bagi mendamaikan hati2 yang terbakar tu. Dan kesudahannye lg la best. Even moto da xleh jalan, cermin pecah, susah nak start, mereke yg terlibat ni boleh plak bersalam2 mcm hari raye. Bermaaf-maafan. What the!! Wow..

Aku tertanye-tanye. Kenape aku diberi peluang melihat semue ni? Aku tak faham. Tapi aku rase sedikit gembire. Bukan gembire atas kemalangan tu, tp gembire melihat masih adenye kebaikan even bile ditimpa musibah sebegitu..






533

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...