Wednesday, January 20, 2010

Perasaan Apakah?

(entry ini agak sedikit kejiwa-jiwaan)


Perasaan oh perasaan...

Dahulu aku pernah menceritekan ttg diri aku yang dikatakan telah kehilangan perasaan di mana aku tidak merasakan apapa seperti marah, sedih, gembira dan sebagainya. Sebenarnya aku yang silap. Perasaan itu ada cuma aku sahaja yang selalu cuba melarikan diri darinya. Namun kini segalanya tidak berlaku lagi, aku merasakan kehidupan aku semakin berwarna warni sekiranya aku menghiasinya dengan perasaan-perasaan ini..

Pon begitu, aku memiliki suatu habit tak berape best - suka menahan perasaan. Apabila aku gembira, aku lebih suka menyimpan di dalam. Sekadar gembira dalam hati. Di luarnya aku hanya menzahirkan senyuman yang sangat tipis dan bersifat sangat sekejap. Entah kenapa, aku susah nak ketawa atau dalam bahasa mudahnya, aku malas nak ketawa seperti orang lain. Bagaimanapon aku merasa senang sekali jika orang di sekelliling aku tertawa, senyum dan gembira sewaktu di samping ku.

Begitu juga dengan marah dan sedih ku. Ianya bersifat sementara dan akan hilang dalam waktu yang sangat singkat. Misalnya sekarang aku marah, beberapa minit lepas ni kemarahan tu hilang begitu sahaja seolah2 tiada apa yang berlaku. Sedih atas kehilangan sesuatu? Juga tidak lama. Hidup perlu diteruskan. Sekiranya aku terus bersedih atau terus merasa marah, tiada sebarang keuntungan buat diriku. Kemarahan tidak menjadikan aku kaya..kesedihan tidak menambahkan ilmu ku..

Kesemua perasaan ini boleh aku manage dengan cara tersendiri agar perasaan ini tidak memakan diri. Seandainya aku diserbu kemarahan menggila, biasanya aku jinakkan ia dengan cara tidur secepat mungkin. Manusia ini istimewa. Mereka dikurniakan dengan perasaan yang tidak kekal. Biar selama mana pun seseorang itu marah, suatu hari nanti pasti dia akan tenang. Begitu juga dengan kesedihan. Bayangkan jika perasaan sedih ini terus kekal selamanya, sudah pasti kita akan berterusan mengalirkan air mata sekiranya kehilangan orang tersayang. Namun semua itu tidak terjadi, bukan? Seiring dengan perjalanan waktu, perasaan yang membuatkan diri kita merasa tidak senang itu pasti akan pudar juga akhirnya.

Macamane pon, ade satu perasaan yang aku tak tau macamane nak urus. Bile perasaan ini datang bertandang, aku tak boleh lari darinya dan aku juga tak mungkin boleh mengelakkan diri. Sekiranya aku turutkan perasaan tersebut, apakah pelajaranku akan terganggu? Andai aku cuba melarikan diri darinya, hatiku menjadi tidak keruan dan jika aku menahan perasaan ini, aku sendiri yang terase peritnye. Inilah perasaan yang dinamakan "perasaan ingin dic--ta- dan menc--ta-". Perit, memang perit. Yer, sebagai manusia biasa, perasaan ini sudah menjadi darah daging dalam diri kita. Kalau marah tu, boleh la aku nak lepaskan dgn menumbuk pintu atau menggigit buku, tp kalo perasaan mcmni? Hanya ada satu jalan utk aku salurkannya yaitu melalui perkahwinan. Namun itu semua tidak mungkin terjadi dlm masa terdekat ini. Lalu cara kedua yg dianjurkan adalah menahan diri dengan berpuasa. Pon begitu, even aku melakukannye, perasaan ni still ade dan semakin berkembang. Aku buntu..aku cube memesongkan pemikiran ku ke sesuatu yang lain seperti membace buku atau melakukan kerje-kerje lain, tapi ianya still tidak luput malahan terus menyesakkan. Dalam bahasa mudahnya, gejala ini dipanggil "angau", dan aku x sangke pulak aku pon poleh terkene. Aku buntu..

Melihat insan-insan di sekelilingku yang berpacaran, erat dan rapat seperti belangkas itu membuatkan aku tertanya-tanya. Sampai bila mereka akan terus begitu? Jika aku juga turut melakukan perbuatan yang sama, apakah kesudahannya? Adakah kehidupan aku diberkati? Redhakah Penciptaku atas perbuatan ku ini? Atau apakah aku akan jauh dari rahmat Ilahi..? Aku masih tertanya-tanya...





547

11 comments:

Qila Rahim said...

asip angau..?!!
sekian tme kaseh.

aLmA♥ said...

hehe..
agak la..
tetibe asip kate die angau..
siapakah?
:)

.::: norhasmahsalleh:::. said...

da lama tak lawat blog awk.
agak bersimpati,,~~ngee.
btw,bg akk perasaan tu tak bley lari,,lg kita lari,,lg kita berfikir tentangnya,,so apa yang perlu,ingatlah bhwsanya perasaan tu dari Allah,doakan moga2 awk dapat yang terbaik =) kalau kita kuat,kita mampu untuk bertahan~~be cool asip!

Asip Hussin said...

aku angau? mane ade! haha

akak? actually adek la. xkesah la ape pon hehe. yer, perasaan tu dtg tibe2 tanpe diundang. bley kate dugaan yg agak sederhane berat jugak le kot.

btw..aku nak graduet dan keje cepat2 demi "mase hadapan" yg lebih gemilang. sekian time kaseh

FatinZol said...

WOW!!! hahahaahaha....

sori,tergelak banyak lak kt ko.

rilek bro!

sekian terima kasih!

Asip Hussin said...

haa, gelak la korang~
"misi besar"ku takkan terjejas dgn gelak tawe anda semue hahaha

.::: norhasmahsalleh:::. said...

hik3..kesilapan teknikal,,ingatkan sy lagi tua,ha3..btw,pape je lah. doktor pun blom jadi lagi,strive to accomplish da mission.. ~~tp klo kat sini,,ramai je yang da kawen,ikut persetujuan famili&kematangan la kot..
k :)

~ n.u.u.r ~ said...

sepertinya tahu siapakah "dia".

the-person said...

jgn gna ayat ak da la asip k..haha..
the-person-who-dont-want-to-be-named

Asip Hussin said...

name org yg komen di atas adelah asydad haha

cube teka sape said...

haha..
aku bru bace post ko yg satu nih..klaka nyer..xsngka hasif yg xder perasaan nih bleh jadi angau??..klu angau,makna nye adelah org yg ko angaukan ek?? haha..malang sungguh org itu! =)
dah2, ko tu still TAK MAMPU lagi..jgn nk bnyk citer..ko nak bg anak bini ko mkn pasir?hehe
gi bace buku!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...