Tuesday, September 21, 2010

Kadang-Kadang Aku Rasa Hairan

    
    Alhamdulillah, aku dah selamat tiba di negara kontroversi ni. Sikit-sikit nak gaduh. Jentik sikit tak boleh, cubit sikit emo. Bakar kain, baling jamban. Itu nak claim, ini nak claim. Agaknya tahun 2020 nanti, tembok besar cine pon dorang nak claim dorang punye..

    Suasana di sini masih sama seperti tiga minggu lalu sewaktu aku meninggalkannya. Sungainya masih lagi hitam. Lapangan terbang berhawa dinginnya sentiasa berbau asap rokok. Masyarakatnya masih meludah merata-rata. Jalan untuk aku ke kelas sentiasa basah, penuh dengan lecak-lecak yang berpunca dari jejeran air lori sampah.

    Tidak mengapa. Aku di sini hanya sebagai perantau. Sampai masanya, aku akan pulang. Dan takkan kembali lagi..

***

    Masa aku jemaah tadi, aku perasaan budak kecik sebelah aku tengah tahan kentut. Sebab dia gelisah semacam je. Lepas tu ada gigil-gigil macam tengah berusaha menutup pusat pengeluaran anginnya. Aku tau sebab mase kecik-kecik dulu aku pon selalu macamtu. 

    So, pengajarannya adalah, jangan tahan kentut masa solat sebab nanti orang kat sebelah kau solat tak khusyuk sebab dia terfikir yang kau sedang tahan kentut.

***

Kadang-kadang aku hairan bila ada orang kata macam ini,
"Yeay, esok takde kelas, malam ni boleh tido lambat"
Apa maksudnya? Bukankah sama sahaja ada kelas atau tidak? Kita still wajib bangun pagi untuk solat subuh. Adakah mereka yang kata macam tu semuanye merancang untuk tidur lambat, then bangun lambat dan pastu tinggalkan solat subuh?

Aku jugak pelik bila orang kata macam ni,
"Tudung? Nanti la, bila sampai masanya saya akan pakai"
Masanya dah lama sampai. Kalau dihitung-hitung, anda sebenarnya dah terlewat 1431 tahun (dan lebih) untuk bertudung. Patutnya anda dah bertudung 1400 tahun yang lalu. Sejak perintahnya diturunkan. Kalau tak percaya, rujuk [24:31] dan [33:59]. Takkan la aku nak tipu pulak..

    Kenapa suka tunggu saat-saat akhir. Bila senang, time ada banyak waktu free, kita sia-siakan. Main game, tengok movie, shopping sana sini dsb. Then bila dah sampai detik terakhir, baru la nak all out. Sampai ada yang tak tidur malam. Alasannya.. "awal-awal ni mood tu tak ada lagi. Lagipun masa banyak lagi..". Kalau macamtu tak ape la.

Tapi kenapa bila dah hujung-hujung nanti dia kata "menyesalnye aku tak buat awal-awal dulu.."




PS: Haaa, kan dah kene marah. Hik hik hik~

Thursday, September 16, 2010

Aku Bukan Begitu..

Lebih dari 4.3 juta rakyat berumur 21 tahun ke atas belum daftar mengundi!
Belum daftar bererti tak boleh mengundi.
Satu undi boleh mengubah segala-galanya.
Tapi tak ramai yang nak ambil kisah sume tu...

Aku pernah jumpa sorang ni, bile aku citer pasal daftar mengundi, dengan eksyennye die kate "nak buat ape daftar, politik-politik ni sume merepek je. Aku tak nak mengundi!"

Agak menyirap jugak la aku dengar. Tapi takpe la, die belum cukup umur, fikiran still level kanak-kanak alip-ba-ta lagi.. Maybe bile die naik 21 die paham kot.

    Ape la yang susah sangat. Bile dah cukup umur, pergi je pusat pendaftaran. Bile tibe hari pilihanraya, pangkah je. Tapi make sure pangkah yang betul la. Kalau rase-rase nak try rase macamane kaum lain tadbir negare, cube la pangkah parti tu. Mane la tau negare kite jadi mcm singapore ke di mana kaum melayu tu macam terpinggir je.

    Memang betul kite harus pilih pemimpin yang baik. Tapi ade je pemimpin yang kurang berwibawa walaupun parti politiknya disertainya boleh dipercayai. So, dalam kes ni mane kite perlu utamakan? Parti atau pemimpin? Terpulanglah kepada masing-masing untuk fikir. Aku ade jawapan aku sendiri.

    Kenapa aku bersungguh-sungguh sangat ni? Sebab aku khuatir, andaikata dalam 4.3 juta tu kebanyakannye orang melayu, ertinye pangundi dari bangsa melayu kurang la kan? Dalam kata lain, pengundi dari kaum lain lebih ramai la kan? Ini juga membawa maksud, kalau pilihanraya datang lagi... tak mustahil negara jatuh ke tangan orang lain, kan?

    Kalau orang lain ambil negara kita, takde masalah kot. Mungkin sekolah berasrama penuh hanye 5% je tempat utk orang melayu. Mungkin pegawai kerajaan 99% dari bangsa lain. Mungkin tiada lagi pelajar melayu berpeluang belajar di luar negara sebab semua dana disalurkan kepada pelajar mereka. Mungkin di hospital, pesakit biasa mereka lebih diutamakan dari pesakit kecemasan kita. Kadar tol naik 100%. Rumah-rumah kecil dirobohkan untuk dibina rumah-rumah besar. Dan semestinya tak ramai antara kita yang boleh beli rumah tu. Sama ada terlalu mahal, atau quota perumahan tu 100% untuk mereka sahaja. 0% untuk kita.

    Ini semua hanya kemungkinan. Maksudnye, mungkin terjadi dan mungkin tak terjadi. 50-50. Persoalannya, adakah kita nak ambil risiko tu? Berbanding kalau kita pilih untuk tidak memilih mereka, pasti peluang untuk terjadi tu 0%, kan?

Adakah aku racist? 

    Aku gembira dengan kepelbagaian kaum di negara kita. Pergi mana-mana tiada sikit pun rasa terancam. Aku bebas membeli belah bersama mereka. Bebas belajar dengan mereka. Seronok bila berbual dengan mereka. Kalau negara ni kita punya, kita masih ada peluang untuk buat program-program seperti bersatu teguh bercerai roboh, 1Malaysia, muafakat bangsa dsb. Sebab ini negara kita maka kita boleh mencorakkannya sedemikian. Aku yakin kita takkan tergamak untuk ketepikan mereka setelah sekian lama kita hidup aman dan makmur bersama. Tapi jika negara ini jadi negara mereka, adakah sesiapa di antara kita yang boleh beri jaminan kepada aku bahawa mereka akan berfikiran macam tu?

Adakah aku still racist sebab tidak sudi memilih mereka?
Ataukah anda yang racist kepada bangsa sendiri kerana langsung tidak ambil kisah akan semua ini?


*****

    Jika anda kata politik tidak penting.. kenangkan semula apa yang Nabi kita buat sebaik sahaja tiba di Madinah. Buat sekolah? Mantapkan ekonomi? Kukuhkan pertahanan? Tidak. Baginda tubuhkan Piagam Madinah terlebih dahulu. Itu bukan politikkah?

Adakah masih anggap politik tidak penting?



Akhir kata, silalah daftar sebagai pengundi. Tahun depan mungkin ada pilihanraya lagi..

Ini bukan hiburan untuk digelakketawakan..

Monday, September 13, 2010

Kisah Sabun Pelakon Hindustan

(Awas, post panjang yang merepek! Risiko jika pembacaan dilakukan: kebosanan dan mengantuk)

    Kadang-kala aku rasa hairan dengan iklan shampoo, sabun, pencuci muka, bedak dsb. Dalam iklan-iklan tersebut, penerbit mengambil selebriti terkenal yang wajahnya sememangnya putih berseri, kacak, cantik, rambut lembut serta wajah yang bersih tanpa jerawat.

Apa pointnya???

    Mereka diambil untuk mempromosikan produk kecantikan kerana mereka memang sudah cantik? Kalau begitu buat apa kita beli produk-produk tersebut sebab produk itu hanya untuk mereka yang memang sedia kala cantik, ya dak?

    Bila Aisywarya diambil berlakon dalam iklan sabun misalnya, kemudian dalam iklan tu dia kata, "untuk menjadikan kulit lembut, gunalah Lax". Ok, apa yang aku cuba sampaikan adalah, siapa di sini yang pernah lihat Aisywarya berkulit kasar? Sebab iklan tu kata untuk jadikan kulit lembut. Maknanya sebelum jadi lembut, haruslah kasar dulu, kan? Kenapa tak ambil orang yang berkulit kasar lepas tu buktikan dalam iklan tu bahawa orang itu boleh berkulit halus dengan menggunakan produk itu? Atau.. adakah sabun itu memang untuk orang berkulit lembut seperti Aisywarya sahaja. So siapa yang kulit macam kulit nangka tak payah beli...

    Kemudian iklan shampoo pon macam tu jugak. Dah memang seleb tu rambut dia lurus dan cantik, maka kalau tak pakai shampoo tersebut pon still cantik la jugak, kan? Ni tak, pengarah iklan gunakan dia dalam iklan kononnya shampoo tu yang buat rambut dia lawa. Masyarakat pula terpengaruh dengan iklan tu sebab artis kegemaran mereka berlakon dalam iklan tu. Mereka beli dengan tujuan nak rambut cantik macam artis tu walaupon masing-masing tahu artis tu memang sedia kala berambut lawa. Untuk apa???

    Artis tu memang dah kacak lawa. Dan dia cuma ambil upah berlakon dalam iklan sebab kelebihan yang dia ada. Bukan sebab produk tu buat dia lawa lepas tu dia berlakon iklan. Aku rasa anda paham apa maksud aku (even aku sendiri rase macam terbelit-belit).

    Then ada pulak iklan di mana penerbitnya konon-konon cuba membuktikan bahawa shampoonya berkesan. Dipaparkan seorang wanita berbaring kemudian rambutnya ditarik lalu jari tersekat sebab rambut wanita tu kusut. Lepas guna shampoo, rambutnya tidak lagi tersekat bila ditarik. 

Apa yang aku faham di sini? 
Semasa menonton iklan sebegini, aku 100% yakin bahawa rambut lurus itu adalah rambut asal wanita tersebut. Kemudian penerbit mengusutkan rambut itu lalu membuat claim bahawa "ini adalah rambut sebelum guna shampoo". Lepas paparan mandi ditayangkan dan rambut jadi lurus, penerbit kata "rambut lurus setelah guna shampoo" padahal itu adalah rambut asal wanita tu, bukan rambut hasil shampoo. Faham tak ape aku kate?

    By the way, aku bukan marah or tak puas hati. Ikut suka siapa-siapa la nak guna apa-apa pun bila-bila masa di mana-mana jua. Aku just pelik je. Kenapa walaupun kita tahu tapi kita buat-buat tidak kisah dan terus membiarkan diri tertipu dalam penipuan itu?

    Aku rasa kalau penerbit iklan tu ambil orang huduh, berambut dawai dan berkulit biawak berlakon iklan, mungkin ambil masa yang lama kot untuk jadikan mereka lawa bagi membuktikan produk mereka benar-benar berkesan. Jadi, sebab tu ambil artis yang dah sedia ada lawa, kan? Mudah, cepat, asli..

Nasib la. Rezeki masing-masing..

    Aku bukan apa, aku dah guna macam-macam produk (bukan sebab terpengaruh dgn seleb yang mandi separuh bawgel gune shampoo sunsilk or sabun lux), tapi hasilnya tetap sama tidak berubah. Jadi aku tertanya-tanya la, adakah aku ditipu?

    Adakah aku boleh jadi kacak macam artis itu dengan menggunakan produk itu? Atau adakah aku harus jadi artis yang berwajah kacak, berkulit halus dan berambut panjang dulu sebelum guna produk tu? Yang mana satu dulu ni....?

Peliknya...


(573 patah perkataan tidak termasuk ayat ini)

Thursday, September 9, 2010

Pendengar Setia

Aku rasa macam freak sebab kerap sangat buat post baru kat blog. Macam sudah tidak ada kerja lain. Lagi-lagi bila esok nak raya, patutnya pergilah tolong mak masak rendang ke, kemas rumah ke, load kuih masuk telap ke.. Ni tak, blog blog, blog. 

Biar pun dulu aku pernah baca pendapat peribadi dari seseorang ni yang berbunyi lebih kurang..

"aku takde la nak update blog hari-hari, macam freak je"

..tapi aku tak kisah. Banyak benda aku mahu ceritakan.

*****

    Saya (lebih sopan) agak terkilan dengan sesetengah blogger yang letak muzik dalam blog dia. Mungkin dia rasa gembira sebab blog dia lawa, ceria, ada bling-bling, meriah dsb tapi adakah semua pembacanya rasa sedemikian? Kalau ikut undang-undang perblogan, tiada masalah kalau nak letak hiasan apa sekali pun, tapi timbang rasa la sedikit pada orang yang mahu baca.

    Mungkin dia beranggapan.. "blog aku, suka hati aku la". Okey, saya mengalah. Saya cuma terasa je, bukan niat nak tegur dan memperbetulkan sebab apa yang mereka buat tu sikit pon tak salah. Cuma saya sahaja yang rasa terganggu.

    Pada saya kalau nak letak lagu tu tiada masalah, tapi kalau boleh pilih la music player atau widget music yang boleh di-pause-kan lagunya. Bukan apa, andai kata ada pembaca yang kurang senang dengan lagu tu tapi berkeras nak baca sebab cerita anda menarik, dia boleh la pause-kan lagu tu buat sementara.

    Biasanya untuk pembaca yang mudah terganggu ni, mereka akan me-mute-kan laptop/komputer mereka bila membuka blog-blog yang mempunyai muzik yang tidak dapat dihentikan. Akibatnya, ia akan menyukarkan pembaca tersebut menikmati lagu kegemarannya (dari laptop sendiri) lantaran tindakan me-mute-kan itu.

    Tambah memburukkan keadaan, sekiranya blogger itu memuatkan klip-klip video dalam blog mereka, bagaimana pembaca boleh menumpukan perhatian pada video tersebut sekiranya lagu tersebut tidak dapat dihentikan? Mungkin lagu itu boleh "disenyapkan" dengan me-mute-kan laptop tapi bagaimana pula dengan video tersebut? Mampukah dia mendengar apa yang terbit dari video itu setelah mute dilakukan?

    Saya sering menjelajah dari satu blog ke satu blog dan bertindak sebagai silent reader sahaja kerana masih belum bercadang mahu "mengkomersialkan" blog saya. Kebanyakan kisah yang saya muatkan di blog ini terlalu kurang pengisiannya dengan ilmu dan moral. Jadi, untuk menayangkannya kepada seluruh dunia, mungkin belum tiba masanya. Mungkin beberapa tahun lagi. Selepas sudah bekerja mungkin..

    Di sepanjang pengembaraan itu, saya kerap menemukan blog-blog seperti itu, yang diselitkan unsur-unsur yang mengganggu tumpuan membaca. Setiap orang ada misinya yang tersendiri sewaktu memutuskan untuk menjadi blogger. Ada yang mahu mengembangkan sinar Islam, alhamdulillah, menceritakan pengalaman diri, berkongsi ilmu mahupun sekadar meluahkan rasa tidak puas hati.

    Namun, walau apa jua tujuan anda, sekiranya anda benar-benar mahukan blog anda dibaca oleh segenap lapisan masyarakat, kenapa tidak mengambil blog-blog lain yang mempunyai reputasi sebagai contoh? Atau adakah anda sebenarnya hanya mahu menulis untuk diri sendiri (diari)...?


Salam terakhir buat ramadhan ini. Adakah peluang untuk kita bertemu kembali?
Selamat meneruskan ibadah puasa pada saat-saat terakhir ramadhan ini
Selamat berbuka, mudah-mudahan diberkati..
Selamat hari raya, maaf zahir batin~
30 Ramadhan 1431...
6:40PM
-Hasif Hussin-
Melaka

Zahirah dan Tok Batin..


"Sempena hari baik Hari Raya, aku nak minta maaf pada kau, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Andai ada terkasar bahasa, tersalah tersilap di mana-mana, ampun maaf ku pinta. Halalkan makan minum. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin"


    Ini adalah antara ucapan standard yang dituturkan, diYMkan, dituliskan atau diSMSkan setiap kali menjelang raya. Persoalannya... adakah bila hari raya baru nak minta maaf?

"Takpe la, nanti bila hari raye baru aku minta maaf kat dia sebab cucuh tapak kaki dia dengan api mancis masa dia tengah tidur haritu"

    Tup, tup... Sehari sebelum raya orang tu mati kena baham harimau kat simpang tiga ujung kampung dekat padang golf sana. Sempatkah nak minta maaf? Seumur hidup diselubung penyesalan teramat.

    Yer, memang benar, bila hari raya menjelang, orang semua suka dan gembira. Terasa ringan je hati nak bermaaf-maafan. Sebab tu ramai yang pilih hari raya untuk minta maaf. Even anak dara yang kahwin lari kat siam pon akan pulang bila hari raya untuk minta maaf. Or suami yang dah kahwin empat dan simpan rahsia tu sampai 15 tahun. Or anak yang fail exam kat luar negara lepas tu kata dia tak fail seterusnya buat bisnes sendiri kat sana. Or isteri yang larikan diri selepas sebulan melahirkan anak sehingga membuatkan suaminya sasau setahun. Semuanya akan pilih hari raya untuk pulang dan memohon ampun. Kan?

    My point is, segeralah minta maaf kalau rasa-rasa ada buat salah dengan orang. Hukumnya wajib. Dah buat orang marah, kecik hati, bengang, rasa nak mengamok... harus la minta maaf. Dan bukan mesti nak tunggu hari raya je. Hari tak raya pon boleh.

    Jangan sesekali kita beranggapan hati seseorang itu akan sejuk setelah kita tag nama dia kt gambar kad hari raya di facebook. Dan jangan juga anggap remeh soal minta maaf ni. Tulis satu sms/email pastu forward kat 500 kenalan kita. Seyes anda tak seyes nak minta maaf...

    Paling elok jumpa sendiri orang yang kita gilis gune troli tu, minta maaf depan-depan. Buat la muka kesian sket, muka mintak simpati, muka bersalah. Tapi jangan over sebab kalau dia tak paham maybe die tersalah anggap muka tu sebagai muka mintak penampar. Then, untuk kasi manis sikit bawak la buah-buahan ke, bunga ke, or apapa hadiah. Tak pon kasi je kereta exora atau sony ericson yang ada layar sentuh yang baru dibeli tu. Mudah-mudahan hatinya terbuka untuk memaafkan kesilapan kita.

    Dan bila orang dah minta maaf kat kita, buang la perasaan ego dan keras kepala tu. Sila maafkan dia jika dia benar-benar ikhlas. Even kalau dia main-main je pon, tak ikhlas, taik idong masin, bagai melepaskan batuk di tangga sekali pon, kita ikhlaskan la diri kita memaafkan dia. Sifat terpuji tu~



Kita hidup di dunia hanya sekali. Mati pon hanya sekali. Tapi minta maaf boleh banyak kali. Apa aku mengarut ini?

Kepada semua kawan-kawan...
Aku dah maafkan semua kesalahan korang. Aku sikit pon tak terase kalo ade yang termengumpat aku. Aku tau korang tak sengaja...

Persoalannya sekarang..
Adakah korang maafkan aku jugak? Aku minta maaf....
(sila baca ayat first kt post ni, aku malas nak taip lagi skali)

Wednesday, September 8, 2010

Rumah Dan Air Mata

Aku main letak je apape tajuk, janji ade tajuk

Dah lebih seminggu aku di rumah tapi rasa macam baru beberapa minit. Baru 7,8 jam aku berhenti merenung laptop aku tapi terasa macam dah bertahun-tahun lamanya. Dua peristiwa yang kontradik melibatkan waktu dan persepsi.

Ok, aku merepek.

Kebosanan menyebabkan aku kembali semula melakukan hobi yang dah lama aku tinggalkan. Membaca.. Aku tak suke (aku da malas nak tulis dlm base baku da) bace sebenarnye. Tapi since bile ntah, aku minat dgn novel. Macamane pon aku tak bace novel-novel jiwang walaupon ade org penah kate aku mat bunge. Ish3, mintak dijauhkan la..

Aku bace tulisan Ramlee Awang Murshid since unsur yang diketengahkan dlm karyanya adalah misteri, thriller, psiko dll, bukannye cinte.

Baru-baru ni aku beli due lagi novel beliau, ADAM dan Cinta Sufi untuk memenuhkan rak buku aku. Mesti korang bosan bile ade orang citer pasal novel, kan? Lantak korang la..

*****



Semalam ayah aku kasi aku beberape keping not 50 ringgit dengan pesanan, "pegi beli baju raye". Nak je aku simpan duit tu, mane tau nanti-nanti boleh buat belanje kawen ke. Tapi sebab ayah aku dah pesan beli baju raye, terpakse la aku bershopping jugak walaupon aku tak suke.

Mase aku jejak je kaki kt tanah air, tempat pertame aku dibawa adalah.. kedai baju! Aku dengan berat hati follow je la. Ade jugak ayah aku offer, "kalo nak beli baju, pilih la sekali" tapi aku degil, tak dengar cakap. So aku tak pilih baju sebab aku pening. Aku pon hairan kenape aku tak suke shopping..

Tengah-tengah bershopping tu tetibe mak aku merungut, "mak pening la. mak bukan suke sangat shopping ni, ayah kau je.."

Sekarang aku tau kenape aku tak suke shopping..

*****



Ntah macamane boleh pulak tergerak hati nak kemas bilik aku yang mmg sejak azali lagi bersih berkilau ni. Rupenye aku ade satu habit yang tak best yaitu suke menyimpan segale macam sampah sarap..

Maybe bunyi sampah sarap tu agak kurang ajar, so aku tukar. Aku suke menyimpan barang-barang lame yang dah x dipakai langsung yang dah mencapai tahap "boleh dibuang atau dibakar".

Dari tali kasut yang tinggal sebelah sehinggalah ke printer lame yang memang tiada harapan sembuh, semuenye ade dalam bilik aku. Sepatutnye dah lame aku singkirkan tapi disebabkan dalam hati ade perasaan "mende-mende ni boleh dijadikan kenangan di hari tua".. so aku tak buang. 

*****



Dan kenape aku ade habit suke membeli buku tapi x bace buku tu?
Serte suke mengumpul tali leher walaupun tahu aku takkan pakai?
Mendownload movie-movie sehingga hdd aku penuh tp akhirnya aku delete semue tu tanpa menontonnya terlebih dahulu..

*****

Aku dah tiade reason untuk merenung laptop. Mungkin aku akan gunekan mase lapang yang ade ni untuk habiskan bace sume buku-buku yang aku beli dulu kot. Antaranya, 55 Silap Mata Mudah, Perlembagaan Persekutuan - berserta index, Discovery Chanel Magazine, National Geographic, 13 Mei: Sebelum dan Selepas serta Undang-Undang Keluarga Islam: Aturan Perkahwinan..

Atau mungkin aku akan habiskan mase memfoto segale mende yang boleh difoto dengan monte aku ni. Sile ke album gambar aku. Aku tak update sebulan dan takde ape yg best pon gamba-gamba tu..

Saturday, September 4, 2010

Balik Kampung

    Hari raya dah dekat. Tujuh lapan hari je lagi. Biasenye time raye la orang balik kampung. Yang dok bandar, dok metropolis, dok megalopolis dan sumesume, ramai akan balik ke kampung jugak. Tapi ade je yg tak balik. Maybe sebab die xde kampung nak balik. Maybe sebab kampung die dah xde.. kene bakar dgn komunis, kene bom atau dilande ribut sebab penduduk kampung die tak solat.. atau maybe die kene buang kampung sebab kaco anak-anak dare kampung. Tak tau la kan..

    Aku pulak.. memang asal-asal kat kampung. So, kalau raye pon kat sini je la. Melake melake melake. Makyah melake, atok melake, pokcik mokcik melake, paklong, tokngah, mokde..sume melake. Pusing la mane-mane pon, memang melake je. Seinci pon x kuar. Kadang-kadang bile tgk drama-drama melayu yang laki bini gaduh-gaduh nak balik kampung sape, aku rase jeles plak. Takpe la.. nanti bile da keje, aku keje jauh-jauh. Time tu baru la ade feel nak balik beraye, ye dak?

    Kepade yang balik beraye, diharapkan anda pandu, tunggang dan jalan dengan selamat. Asal tgk berite, ade je citer pasal eksiden. Kepale hilang setengah kene gilis lori, berut burai-burai tertusuk divider, tangan di kaki, kaki di kepale, rambut gugur, kening hilang, lubang hidung bertambah dan sebagainye. Nak buat ape bawak laju-laju.. Negare kite belum cukup moden untuk memiliki kampung yang mampu bergerak-gerak. Kalau kampung itu dibina die tepi sawah, insyaAllah..sampai ke anak cucu cicit pon kampung itu akan tetap di tepi sawah. Tidak ke mana-mana. Jadi, tak perlu la terkejar-kejar..

Untuk mereke yang pulang secara memandu...sedikit tips memandu untuk anda (konon-konon blog aku ni femes la, seluruh tanah melayu bace~)

3. Kadang-kadang kite rase mcm jalan tu kosong je. So, kite pon on la high beam, kasi terang sket jalan. Takpe, xde masalah. Tapi kalo ade kete lain lalu, pandai-pandai le turunkan balik lampu tu. Silau la!!! Adoyai..

6. Ade sesetengah pemandu yang bad mood sekiranya mengantuk, lebih-lebih lagi jika memandu di waktu malam. Lebih-lebih lagi kalo orang di sebelah die sedap je tido. Sangat-sangat la bad mood. Cis! (ini bukan tips memandu)

12. Secanggih mana pun kereta anda, ada 3G, ade bluetooth, ade wifi.. sewaktu memandu, fokuskan diri anda kepada pemanduan. Tak payah la gune enset tu, laptop tu. Berhenti dulu kalo nak call, sms, email atau ym. Nyawa anda lebih berharga dari enset baru berjenama sony ericson yang baru dibeli haritu.. Seyesly. Enset tu harge die 3juta lebih. Name die start dgn huruf V.

    Mungkin ade yang tak beraye di kampung sendiri, di negeri sendiri, di negare sendiri. Takpe, walau di mana anda beraya, pastikan anda sentiase berhati-hati dalam perjalanan. Jika rasa-rasa pilot tu bawak laju sangat, bisikkan ke telinganya "ingatlah orang tersayang". Mudah-mudahan anda selamat sampai dan selamat kembali~




Selamat berpuase, selamat berbuka puase dan selamat hari raye walaupon belum raye lagi. Jemputlah buat open house di rumah sendiri. Kemudian persilakanlah aku bertandang. Dengan senang hati aku akan datang. InsyaAllah~

Thursday, September 2, 2010

Kerja Orang Tiada Kerja

Jadual Hari Ini
Berikut adalah jadual untuk hari ini, Khamis 2 September 2010, 23 Ramadhan 1431

5.00 am: Bangun tidur dan sahor lauk bukak puase semalam
5.20 am: Merenung laptop
5.40 am: Mandi pagi, subuh
6.00 am: Merenung laptop
6.20 am: FB, Youtube, Utusan Online, Bharian, email.
6.40 am: Blog

Yang di atas ini telah pon dilakukan (skrg pukul 6.40 am). Berikut adalah rancangan untuk jam-jam berikutnya.

7.00 am: Bace modul dan hafal netter
7.02 am: Tutup modul dan netter..
8.00 am: Basuh kerete
9.00 am: Membuat kerje-kerje berfaedah
10.00 am: Membuat kerje-kerje tak senonoh berfaedah
11.00 am: Sambung tengok citer melayu, "Janji Kekasih" yang baru siap donlod semalam, 12 episod semuanya.

12.00 pm: Masih lagi tengok cerite melayu tu
1.00 pm: Ha'a, citer x abes lagi. Masih lagi sedang tengok
1.05 - 1.20 pm: Dijangkakan, emak akan mengecall utk suruh jemput adik kat sekolah.
1.20 pm: Bile mak nak call ni??
1.23 pm: Rupe-rupenye mak takde mesyuarat, jadi tak perlu jemput adik balik.
1.25 pm: Zohor

2.00 pm: Merenung laptop
3.00 pm: Direnung laptop
4.00 pm: Sambung tengok citer melayu, "Janji Kekasih" episod last
4.30 pm: Asar

5.00 pm: Mungkin ayah akan penggil utk mintak tolong buat reban
6.00 pm: Mungkin emak akan panggil pulak utk mintak tolong belikan kuih kat kedai Pak Cik Nin
6.30 pm: Adik aku plak nak panggil-panggil aku. Dia mau kena lempang la tu..
7.00 pm: Ke dapor
7.20 pm: Ke perut
7.40 pm: Merenung laptop
8.00 pm: Lari-lari ke bilik air utk amek wuduk sebab ingatkan maghrib dah nak abes. Rupe-rupenye belum, still lagi terbawak-bawak dgn waktu solat di negare seberang.

8.30 pm: Isyak dan tarawikh
9.00 pm: Merenung laptop
9.30 pm: Emo
10.00 pm: Dah tak emo
10.30 pm: Tidur lepas review balik citer Janji Kekasih. Pelakon die comel~

    By the way, semua ni hanyalah rancangan. Sejauh mana kebenaran dalam pelaksanaannya.. tiada siapa yang tahu. Kita hanya mampu merancang. Tapi sebaik-baik perancang adalah Yang Maha Mengetahui. Mungkin apa yang kita rancangkan berjalan seperti yang kita mahukan, dan mungkin juga tidak. Namun tidak perlu la kita bersedih mahu pun kecewa sekiranya rancangan kita tidak menjadi kenyataan kerana di sebalik setiap yang terjadi.. terdapat hikmah yang tersembunyi dan mysterious~

Selamat berpuasa kepada yang berpuasa.
Selamat tidak berpuasa kepada yang tidak.
Have a nice day~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...