Tuesday, August 20, 2013

Prap!


Kalau tak ada orang tegur, maknanya apa yang kau buat tu tak salah la?
Kalau ada orang tegur pula, kau kata "macam la kau tak pernah buat salah. kalau diri tu tak perfect, tak payah sibuk-sibuk nak betulkan orang lain"

Macam mana ni?

Bila kita tegur dengan menerapkan nilai-nilai moral, dia tak nak dengar.
Bila kita tegur dengan menjelaskan hukum-hukam agama, dia melenting.

Macam mana ni?

Terangkan situasi berdasarkan fakta, dia kata kita tak habis belajar, exam pun tak pass.
Terangkan hujah berdasarkan dalil, dia kata kita tak ada ilmu, memandai nak jadi uztaz.

Macam mana ni?

Itu la dia. Allah dah bagitau, "berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran"

Kesabaran. Sebab Allah tau apa yang kita perlukan untuk jadi orang baik. Iaitu sabar. Kalau tak ada sabar, senang nak snap. Tegur orang, orang melenting, kita pun ikut meletup.

Walhal kalau ikut sifir dakwah, senang sahaja. Tegur, ingatkan. Seterusnya kalau dia nak melenting, nak pakat-pakat dengan kawan-kawan dia jatuhkan kau, buruk-burukkan kau dalam blog dan sebagainya, lantak dia la. Kau beredar sahajalah. Kerja kau selesai. Memberi peringatan. Menurunkan hidayah bukan kerja kau. Tak perlu susah hati pikir.

Tapi kenapa orang nak melenting kalau apa yang kau tegur tu betul?

Nah, tu la yang kau kena tengok pada keadaan sekeliling.
1. Sebab dia tak suka orang tegur dia. Dari kecik dah terdidik dia sentiasa betul.
2. Sebab dia rasa lagi pandai dari kau. Jatuh la maruah kalau orang tak pandai tegur dia
3. Sebab dia tak suka kau. Kau busuk kot.
4. Sebab dia tak kenal kau.

Satu dan dua memang masalah dia la. Tapi tiga dan empat kau boleh usahakan.

Pokoknya. Sabau je la..

Saturday, August 17, 2013

Kereta Tak Dak Kualiti!

Scene 1
M: Kereta tempatan tak berkualiti! Tak selamat nak bawa
A: Beli la kereta import yang berkualiti then..

M: Kereta import mahal sangat
A: Beli la kereta import yang second hand then..

M: Kita bukan tau sejarah silam kereta tu. Kalau rosak, banyak duit nak pakai untuk repair
A: So, beli kereta import yang murah?

M: Kereta import yang murah, feature dia tak banyak la. Cikai je nanti
A: So, kumpul la duit beli kereta import yang bagus

M: Macam mana nak kumpulnya. Gaji dah la kecik. Sampai bila nak berhutang?
A: Cari kerja yang gaji besar la then..

M: Zaman sekarang banyak persaingan. Degree aku layak untuk kerja ni je
A: Minta naik gaji?

M: Dah 10 tahun aku kerja. Naik gaji 3 tahun sekali, itu pon ciput je. Kos hidup makin naik
A: Buat kerja sampingan?

M: Kerja apa nak buat? Aku bukan ada masa lebih. 5 pagi - 7 malam. Balik penat
A: Kurangkan kos perbelanjaan then. Pergi kerja dengan motor

M: Gila kau. Motor lagi tak selamat. Nak jimat macam mana, hutang kereta, rumah, bank dll
A: So, masalah kereta kau tak dapat selesai la ni?

M: Boleh selesai kalau kualiti kereta tempatan dinaikkan
A: Tapi harga pon akan naik

M: Mana boleh macam tu, nanti rakyat tak mampu beli
A: Rakyat tak perlu la beli then..

M: Tak beli kereta nak bergerak macam mana??
A: Naik pengangkutan awam la

M: Anak aku 5 orang, nak naik bas yang sesak dengan bangla indon sume tu? Gila ka
A: Selama ni macam mana bergerak?

M: Selama ni aku guna kereta ni la, alza.
A: Pernah kemalangan?

M: Yang teruk tak pernah la. Setakat kemek sikit. Terlanggar belakang orang. Dia brake mengejut
A: Ada yang cedera?

M: Tak ada.
A: Then apa masalahnya?

M: Masalahnya kereta ni tak berkualiti. Macam mana kalau kemalangan lagi besar?
A: Hantar repair la

M: Cakap senang la. Duit beribu terbang nanti
A: Jadi bawa la elok-elok

M: Kita bawa elok mana pon, kalau orang lain yang langgar, kita jugak yang susah. Sebab kereta tak berkualiti.
A: (Orang kalau dah tak reti bersyukur...)



Scene 2

A: Amboih, kereta baru. Awat myvi second hand ja? Awat tak beli kereta import baru? Elok sikit
M: Alhamdulillah ada kereta. Ini ja yang kami mampu. Orang lain ada yang naik motor je. Syukurlah kami anak beranak ada kenderaan elok. Bismillah..[doa naik kenderaan] (vroommmm)

A: :)



Nampak tak? Masalah utama bukan dari tempat/pihak lain tapi dari kau sendiri. Seandainya kau bersyukur apa yang kau miliki, pasti segalanya akan terlihat sebagai suatu anugerah.

Monday, June 17, 2013

Pilihan Raya dan Pilihan Mak Bapak

Masa pilihan raya hari tu, aku tak dapat mengundi sebab aku tak balik. Pun begitu, aku harap PR menang sebab manifesto mereka memukau. Aku siap hantar mesej kat Rafizi lagi, kat facebook dia, tanya kalau PR menang elaun aku boleh naik tak. Tapi jadahnye, dia tak reply pon. Aku sedikit tak puas hati. Tapi takpa la, dia sibuk nak kira harga kereta kot. So, aku maafkan je la dia.

Malam nak kira undi, aku lepak rumah kawan tengok online. Internet sini laju ooo. Kol berapa tah, result kat Sarawak keluar dulu, BN menang. Lepas tu lambat-lambat result kat tempat lain keluar. BN banyak menang, sehinggalah aku terlelap sekerat jalan. Dan bila terjaga, BN menang lagi banyak. Hasrat aku nak naik elaun yang macam takde harapan tu, semakin tak ada harapan.

Owh, aku dah kawen. Tapi tak ada kena mengena dengan pilihanraya.

Dulu aku selalu suruh orang kawen. Sekarang lepas pikir-pikir, aku rasa kalau korang nak kawen ke, tak nak kawen ke, ikut suka korang la. Aku bukan mak ayah korang nak menjodoh-jodohkan korang. Lagi pon, kalau orang tu sendiri tak reti nak urus diri, waktu solat pon apek yang ingatkan, tudung buang bawah katil, buat maksiat pon tak sedar, aku rasa tak payah la kawen. Betul.

Tapi kalau kau rasa kau rasa gatal sangat.. erm.. kawen la. Aku kesah apa hahaha. Tapi seriously, jangan jadikan tu alasan untuk kau bertekak dengan mak kau untuk mintak kawen. Apa lagi ugut nak telan chewing gum.

Pokoknya, kalau kau rasa kau nak dan perlu kawen, cari la jalan untuk kawen. Kalau rasa nak kawen, tapi malas nak cari jalan, selesa dengan couple je, teruskan la kalau tak takut kena bakar. Of course la korang tak takut, sebab tu buat. Kan? Kate sayang, tapi bawak die buat maksiat. Dosa la bang, kak.

Monday, March 25, 2013

Sudu

Lepas teman orang rumah dekat Koja* semalam, aku pun balik la Tanjung Duren**. Walaupun aku ada motor, aku lebih selesa pergi balik dengan kenderaan awam. Bila orang tanya kenapa, aku jawab "pajak dah mati". Walhal.. aku takut nak bawak moto jauh-jauh sebenarnya.. lepas peristiwa haritu. Trauma.

Maka berangkatlah sang suami pulang ke rumah menaiki angkut, bas dan busway.

Sepanjang perjalanan tu, aku rasa seperti perjalanan aku dipermudahkan sebab tiap-tiap kali aku naik bas, aku akan dapat seat dan bas terus jalan. Rejeki.

Duduk di Jakarta ni, tak ada satu tempat pun yang tak ada sampah. Seyesly. Bila merentasi sungai, mana-mana sungai pun berwarna hitam. Tak macam sungai Cheonggyecheon. Sungai Chong (shortform aku buat sendiri) dulunya kotor dan busuk jugak tapi lepas dah dimajukan, dia pun jadi cantik. Aku berharap sungai hitam juga akan jadi cantik satu hari nanti. erm.. atleast jadi coklat la.

Sepanjang perjalanan, aku disajikan dengan pemandangan-pemandangan bersampah di kiri dan kanan jalan. Ditambah pula dengan bau rokok, hati naik menyampah. Namun sesekali jiwa terpujuk bila ternampak kentahapapaan masyarakat di sini.

Seat sebelah aku diduduki seorang lelaki berambut gondrong, berpakaian serba hitam. Dia memakai gelang di pergelangan tangan kirinya. Dan gelangnya dibuat dari sudu camca yang dibengkokkan menjadi bentuk gelang. Sepanjang dia duduk kat sebelah aku, aku asek tenung je sudu tu. Kadang-kadang teragak-agak nak keluarkan phone, nak amek gambar dan upload kat instagram. Tapi tak jadi.

Sebagai seorang anggota masyarakat yang prihatin, jiwa aku sentiasa rasa tak tenteram bila melihat makcik-makcik, atau ibu-ibu yang mengendong anak. Ye la kan, aku duduk, dorang pulak berdiri. Last-last aku tak berdiri untuk memberikan seat aku sebab bas sangat sesak (alasan 1). Lagi pula, ibu itu berada jauh nun (alasan 2). Bukan apa, di sekeliling aku ada ramai orang-orang muda yang kelihatannya ligat mencari seat. Aku takut waktu aku bangun nanti, belom sempat makcik tu duduk, mamat tu dah rembat seat aku (alasan 3).

Walau apa pun alasan yang aku kasi, aku sentiasa "orang jahat" dimata orang lain yang merasakan aku jahat sebab aku tak kasi seat kepada orang yang lebih memerlukan. Aku faham.

Mungkin kalau aku kasi alasan aku tak boleh bangun dari seat sebab aku tengah tahan kencing, orang akan faham kot.



Kottt la..





*   Hospital pendidikan
** Kediaman rasmi aku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...