Saturday, August 17, 2013

Kereta Tak Dak Kualiti!

Scene 1
M: Kereta tempatan tak berkualiti! Tak selamat nak bawa
A: Beli la kereta import yang berkualiti then..

M: Kereta import mahal sangat
A: Beli la kereta import yang second hand then..

M: Kita bukan tau sejarah silam kereta tu. Kalau rosak, banyak duit nak pakai untuk repair
A: So, beli kereta import yang murah?

M: Kereta import yang murah, feature dia tak banyak la. Cikai je nanti
A: So, kumpul la duit beli kereta import yang bagus

M: Macam mana nak kumpulnya. Gaji dah la kecik. Sampai bila nak berhutang?
A: Cari kerja yang gaji besar la then..

M: Zaman sekarang banyak persaingan. Degree aku layak untuk kerja ni je
A: Minta naik gaji?

M: Dah 10 tahun aku kerja. Naik gaji 3 tahun sekali, itu pon ciput je. Kos hidup makin naik
A: Buat kerja sampingan?

M: Kerja apa nak buat? Aku bukan ada masa lebih. 5 pagi - 7 malam. Balik penat
A: Kurangkan kos perbelanjaan then. Pergi kerja dengan motor

M: Gila kau. Motor lagi tak selamat. Nak jimat macam mana, hutang kereta, rumah, bank dll
A: So, masalah kereta kau tak dapat selesai la ni?

M: Boleh selesai kalau kualiti kereta tempatan dinaikkan
A: Tapi harga pon akan naik

M: Mana boleh macam tu, nanti rakyat tak mampu beli
A: Rakyat tak perlu la beli then..

M: Tak beli kereta nak bergerak macam mana??
A: Naik pengangkutan awam la

M: Anak aku 5 orang, nak naik bas yang sesak dengan bangla indon sume tu? Gila ka
A: Selama ni macam mana bergerak?

M: Selama ni aku guna kereta ni la, alza.
A: Pernah kemalangan?

M: Yang teruk tak pernah la. Setakat kemek sikit. Terlanggar belakang orang. Dia brake mengejut
A: Ada yang cedera?

M: Tak ada.
A: Then apa masalahnya?

M: Masalahnya kereta ni tak berkualiti. Macam mana kalau kemalangan lagi besar?
A: Hantar repair la

M: Cakap senang la. Duit beribu terbang nanti
A: Jadi bawa la elok-elok

M: Kita bawa elok mana pon, kalau orang lain yang langgar, kita jugak yang susah. Sebab kereta tak berkualiti.
A: (Orang kalau dah tak reti bersyukur...)



Scene 2

A: Amboih, kereta baru. Awat myvi second hand ja? Awat tak beli kereta import baru? Elok sikit
M: Alhamdulillah ada kereta. Ini ja yang kami mampu. Orang lain ada yang naik motor je. Syukurlah kami anak beranak ada kenderaan elok. Bismillah..[doa naik kenderaan] (vroommmm)

A: :)



Nampak tak? Masalah utama bukan dari tempat/pihak lain tapi dari kau sendiri. Seandainya kau bersyukur apa yang kau miliki, pasti segalanya akan terlihat sebagai suatu anugerah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...