Tuesday, June 28, 2011

Mengendap


(sambungan post Jaringan -Kerja Sosial...)


    Dalam febcook.. stalker adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang yang suka mengendap wall, profile, gambar-gambar dan apa sahaja yang terdapat pada page orang lain sama ada orang itu dikenalinya atau tidak dikenalinya. Dan perbuatan ini dilakukan di luar pengetahuan orang yg di-stalk, serta dilakukan dengan penuh minat dan.... bernafsu. (jangan nak tipu aku laaaa)

1. Kau pergi profile page seorang kawan kau, baca status dia single atau tidak, tengok profile picture dia, ketahui apa yang dia suka makan, movie kesukaan, buku kegemaran dll - maka kau stalker.

2. Kau pergi wall dia, dan kau nampak something yang dia post,

Siti Kucing oh, rindunya i~
(Lorenzo likes this.)
Lorenzo rindu i ke~? =P
Siti Kucing perasannye die~
Lorenzo memang betul you rindu kat i, mengaku je la XD
Siti Kucing huhuhu gatal la you ni ^.^

...jika kau jumpa dan baca dan baca dan baca - maka kau stalker

3. Kau pergi ke album dia, kau tengok semuaaaa gambau yang dia post. Memandangkan dia cantik, kacak, mata bulat, lesung pipit, bibir mungil, dah pakai tudung pun orang still boleh nampak itu, baju menutup semua tetapi ibarat tidak berbaju, pergi mandi sungai pakai boxer je... maka kau pun berminat nak tengok dia. Setiap kali dia upload gambau, kau akan tengok semuanya - kau stalker.

    Ok.. sekarang sesi pelik dan hairan. Kalau la aku yang buat kerje-kerje tengok ni... orang akan kata aku stalker. Soalan aku adalah.. kenapa aku stalker? Kau sendiri yang post pasal pertukaran status kau dari in relationship kepada single, kau sendiri yang tayang komen geli-geli kau kepada dunia, kau sendiri yang tunjukkan segala maklumat kau. Kau yang tayang untuk orang lain tengok.

    Kau tahu orang akan boleh baca, tetapi kau sendiri yang upload gambar yang kau snap dalam jamban, kau sendiri yang upload gambar kau bertudung tetapi diselimpang ke belakang sampai terpapar bentuk-bentuk dan tonjolan-tonjolan, kau sendiri yang tayang gambar kau dengan lelaki/perempuan bukan muhrim berpelukan di ladang strawberi, kau sendiri yang tayang gambar kau tak tutup aurat sambil bermain kura-kura. And then.. bila ada orang tengok.. kau kata dia stalker.

Sekarang sila jawab.. adalah orang itu yang stalker.. atau kau yang FLASHER????


Kalau menurut kefahaman aku, (aku bagi contoh situasi)..
Stalker: Kau sedang bermesra-mesra dengan isteri di dalam rumah, atau di halaman rumah.. tiba-tiba ada orang duduk dalam semak berdekatan dan mengendap kau dan isteri.. orang ini adalah stalker.

Flasher: Kau sedang tunggu bas di bus-stop. Tiba-tiba ada seorang lelaki datang, dan buka seluar dia cepat-cepat supaya kau dapat melihat alat genitalnya. Kau tak minta dia tunjuk, tetapi dia sukarela tunjuk.. orang ini adalah flasher.

So.. mana lebih tepat. Dia stalker atau kau flasher?

Sekian. Sama-sama...

Saturday, June 25, 2011

Nak Ke Jadi Macam Ni?

 
Kalau pun kau finalis, kalau pun kau feveret ramai..
Kalau iya pun nak buat kelakar, kalau pun nak buat orang ketawa..

Jangan guna nama Tuhan..

"saya tak ada niat pun nak mengorat, sumpah, wallah (demi Allah)!"
..dan kemudian, penonton-penonton ketawa. Lawak yang dibuat itu menjadikan nama Tuhan seolah-olah tiada makna di hati mereka. Nama Allah yang sepatutnya menginsafkan hati bila diperdengarkan.. sepatutnya digeruni or atleast ada rasa hormat.. tetapi bila diselitkan dalam lawak yang tak lawak.. orang ketawa.

 *****


"Alhamdulillah, syukur. Berkat doa ibu bapa saya (maksiat yang diberkati?), akhirnya saya berjaya dinobatkan sebagai finalis Akedemi-nyanyi-dan-menari ini. Namun, perjalanan saya tidak hanya sampai di sini, masih jauh lagi ke hadapan. Maka, doakanlah saya berjaya" - Nur (bukan nama sebenar)

Itu adalah contoh ucapan yang kadang-kadang bila masyarakat dengar, masyarakat akan beranggapan..
"oh, baiknya penyanyi ni, dah berjaya pun, masih ingat Tuhan (ingat Tuhan ketika nak buat maksiat), masih ingat sama ibu bapa. Tidak sombong"

Dan di bawah pentas..
"Syukurlah, isteri/tunang/adik/kakak aku terpilih. Aku bangga dengan dia (berbangga atas perkara mungkar). Setiap malam kami sekeluarga tak putus-putus mendoakan dia"

    Kau, kau dan kau.. inilah realiti masyarakat kita. Wanita menyanyi dan menari, bapanya langsung tidak peduli, malah galakan semakin diberi, kredit terus dibeli, jemari pantas mengundi. Anak yang seharusnya menjadi penyambung amalan apabila meninggal, bertukar menjadi anak yang menarik bapanya ke neraka.

 *****
 
"Saya tidak kisah apa pun pekerjaan yang dilakukannya. Mahu menyanyi atau menari, itu terserah. Saya faham kerjayanya dan saya akan teruskan menyokongnya. Asalkan dia tahu menjaga dirinya (jaga diri yang macamana?)" - suami

"Syukurlah dia faham kerjaya saya. Dia tidak membantah, malah redha  dengan perkerjaan saya (redha dengan maksiat???). Sebab tu saya sayang sangat pada dia" - isteri

Erm.. hello, isteri kau nak bawa kau masuk neraka tu. Dan kau redha diri kau dibakar. Kau kawen agar kau dipanggang dan disalai-salai... TT.TT


    Well, aku ni siapa nak judge mereka? Ok, aku tak judge, sebab post ni bukan untuk mereka. Tapi untuk aku. Mana la tau anak-anak aku gatal nak menyanyi.. nak makan penampau? Or, mana la tau bini aku tiba-tiba teringin nak berjoget atas pentas. So, pesanan ini adalah untuk aku. Dan juga peringatan untuk orang-orang macam kau, yang tak mahu jadi macam suami/bapa yang diceritakan di atas. Kalau dalam hadith riwayat ahmad, lelaki macam tu nabi kata.. lelaki dayus. Kalau la orang panggil kau.. "oit, dayus la kau!" sure panas telinga kita. Tapi ni bukan orang biasa yang kata, tapi nabi yang sebut. Kau tak malu?

Jaringan-Kerja Sosial


    Setiap kali aku buka browser mozilla aku, secara otomatisnya aku akan membuka tiga site iaitu febcook, twittet dan blug. Memang macam tu, aku pun kurang pasti kenapa. Bangun tidur, balik kelas, keluar tandas, tak kira la bila-bila, itu pasti akan terjadi. Dia macam paket la lebih kurang, datang tiga-tiga sekali.

    Febcook adalah untuk melihat update dari kawan-kawan. Kadang-kadang dia orang ni post benda menarik antaranya video kucing menguap, video bayi ketawa macam raksasa, gambar laut yang dia orang tangkap untuk kasi aku jeles, mahupun artikel-artikel islamik. Selalunya kalau artikel tu, aku terdorong untuk baca kalau tajuk dia ada word nikah, isteri, cinta, nikah lagi, keluarga bahagia dll. Aku bukan gatal.. just.. ok, aku gatal. Fine..

    Kalau blug.. oleh kerana aku banyak follow blug-blug, maka aku ternanti-nanti post-post menarik seperti dari blug blogserius, telurdibasuh (tapi owner die dah mati, dan blug ditake-over oleh abangnya.. dan kurang menarik dah), blug cikgeligeli, terfaktab dan blug kawan-kawan aku yang rajin update. Tapi sekarang kawan-kawan dah tak update blug dorang sebab takut aku baca (assumption sendiri), dan blug adik aku pon aku dah tak boleh baca, dia dah privatekan sebab dia kata, kalau aku baca, nanti aku gelakkan dia. Memang la abang gelakkan kau.. sebab abang kan abang.. itu la yang abang buat hahahaha

    Dan twittet.. dibuka untuk aku lihat mengarut-mengarut kawan-kawan aku. Yer, twittet adalah tempat mengarut. Dia tak sama dengan febcook. Kalau di twittet, kau boleh tulis "alamak, aku terkentut lagi" mahu pun "rasa macam nak buang air la" tanpa rasa ragu-ragu sedikit pun. Sebab dia memang tempat untuk mencapub. Dan.. kalau kau nak jiwang-jiwang pun orang tak kisah. Bukan kerana itu twittet.. tapi memang orang tak kesahkan kau pon hahahaha. Sabau, sabau~

Sebenarnya atas ni mukadimmah. Sebenarnya aku nak cerita pasal ... 'stalker' (aka orang yang menghendap binatang liar - sumber: kamus dwibahasa oxford fajau).



Ok, aku sebenarnya dah tulis habis post aku tapi bile tengok balik, sangat panjang rupanya. Post ini ada maksud yang nak aku sampaikan, tapi kalau aku post sekaligus, ia jadi sangat panjang.. kalau panjang, orang tak baca. Kalau orang tak baca, orang tak paham. Kalau orang tak paham, tak sampai la maksud aku. Jadi, lain kali je aku post part kedua entry ni..

Thursday, June 16, 2011

Tolong Tepuk Belakang

Again, and again, and again..
Ntah la saya.
Tu la, siapa suruh fikir banyak sangat.

Saturday, June 11, 2011

Bukan Cerita Itu

  
     Tidak kira apa pun jantina anda, tolong la beringat bahawa perasaan tidak menyelesaikan masalah. Di saat konflik terjadi, jika kita tetap berpegang pada pendirian "aku kan memang dilahirkan berperasaan, jadi memang tak boleh buat apa la, memang nature aku"..maka anda silap. Siapa kata tidak boleh buat apa-apa?

     Katakan kau terlanggar seseorang dan air yang dipegangnya tertumpah ke atas baju dia. Lepas tu tuan badan yang kebetulan muka macam rumah kurang siap tu minta kau basuh baju dia hand wash. Walaupun kau sebenarnya tak ada masalah nak basuh, tapi disebabkan kau rasa tumpah tu sikiiiiit je, tak berbaloi kau nak basuhkan, dan juga kau ada isu dengan muka dia yang tak seperti penari dan penyanyi korea pujaan kau... maka kau pun tak nak basuh. Dia minta lagi, dan kau tetap tak nak basuh. Sehinggalah terjadi pertengkaran di situ, menarik perhatian ramai orang..

     Pertengkaran berlaku sampaikan ada orang rekod video dan masuk youtube. Orang yang lalu lalang amek gambar kau dan upload di fesbuk. Di twitter pula, ada yang meng-update "ternampak pergaduhan di restoran Pakwan pagi ini.. haih dunia, bila la nak aman".

     Bila kau sampai tempat kerja, kau bad mood sakan. Semua rakan-rakan sekerja saling berpandangan dan ada yang menggeleng.. "biasalah tu.. bulan sudah mari~". Bos anda panggil masuk office. "Elena Mila, tolong buatkan surat permohonan perpanjangkan kontrak syarikat kita dengan syarikat Alam Jaya, lepas tu buatkan saya kopi." Kau pun jawab acuh tak acuh sebab bad mood tak hilang. Bila surat dah siap, bos marah sebab kau tulis guna Caps Lock. Bad mood kau semakin bertambah.

     Kau pun keluar dari office dan menuju ke butik pengantin untuk test baju pengantin. Tiba-tiba tunang kau pula buat hal tak dapat nak datang sekali sebab bos dia suruh pergi Penang. Selalunya kau tak ada masalah, tapi disebabkan kau bad mood, kau pun marah tunang kau sampai dia terasa hati. Lalu tunang kau syak yang kau ada affair dengan bos dia.

     Ok.. apa sebenarnya yang aku cuba nak sampaikan adalah.. Semua ketegangan dapat dielakkan dan kita mungkin dapat menjalani hari dengan baik sekiranya kita selesaikan masalah dengan akal fikiran, bukan dengan perasaan. Yer, memang la orang tu muka macam rumah kurang siap, so what? Kita yang salah, kan.. so, kenapa tidak kita minta maaf dan basuhkan je baju dia. Kejap je pun. Senyum dan terima kesilapan kita dengan hati yang terbuka. Kau marah-marah pun, selesai ke masalah?

     Cuba kalau kau buat macam tak kisah je, just ikut apa dia nak. Mana la tau tiba-tiba dia suka kat kau. Dan sanggup belanja kau makan. Atau sanggup hantar dan amek kau balik dari office guna Merc warna merah, kan? (ok, tak boleh. Bukan mahram. Bahaya berduaan dalam kereta huhu)

     My point is.. jangan guna perasaan bila berdepan dengan masalah! Keputusan yang dibuat mengikut perasaan waktu kita tak stabil akan lebih mengeruhkan keadaan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...