Saturday, June 25, 2011

Nak Ke Jadi Macam Ni?

 
Kalau pun kau finalis, kalau pun kau feveret ramai..
Kalau iya pun nak buat kelakar, kalau pun nak buat orang ketawa..

Jangan guna nama Tuhan..

"saya tak ada niat pun nak mengorat, sumpah, wallah (demi Allah)!"
..dan kemudian, penonton-penonton ketawa. Lawak yang dibuat itu menjadikan nama Tuhan seolah-olah tiada makna di hati mereka. Nama Allah yang sepatutnya menginsafkan hati bila diperdengarkan.. sepatutnya digeruni or atleast ada rasa hormat.. tetapi bila diselitkan dalam lawak yang tak lawak.. orang ketawa.

 *****


"Alhamdulillah, syukur. Berkat doa ibu bapa saya (maksiat yang diberkati?), akhirnya saya berjaya dinobatkan sebagai finalis Akedemi-nyanyi-dan-menari ini. Namun, perjalanan saya tidak hanya sampai di sini, masih jauh lagi ke hadapan. Maka, doakanlah saya berjaya" - Nur (bukan nama sebenar)

Itu adalah contoh ucapan yang kadang-kadang bila masyarakat dengar, masyarakat akan beranggapan..
"oh, baiknya penyanyi ni, dah berjaya pun, masih ingat Tuhan (ingat Tuhan ketika nak buat maksiat), masih ingat sama ibu bapa. Tidak sombong"

Dan di bawah pentas..
"Syukurlah, isteri/tunang/adik/kakak aku terpilih. Aku bangga dengan dia (berbangga atas perkara mungkar). Setiap malam kami sekeluarga tak putus-putus mendoakan dia"

    Kau, kau dan kau.. inilah realiti masyarakat kita. Wanita menyanyi dan menari, bapanya langsung tidak peduli, malah galakan semakin diberi, kredit terus dibeli, jemari pantas mengundi. Anak yang seharusnya menjadi penyambung amalan apabila meninggal, bertukar menjadi anak yang menarik bapanya ke neraka.

 *****
 
"Saya tidak kisah apa pun pekerjaan yang dilakukannya. Mahu menyanyi atau menari, itu terserah. Saya faham kerjayanya dan saya akan teruskan menyokongnya. Asalkan dia tahu menjaga dirinya (jaga diri yang macamana?)" - suami

"Syukurlah dia faham kerjaya saya. Dia tidak membantah, malah redha  dengan perkerjaan saya (redha dengan maksiat???). Sebab tu saya sayang sangat pada dia" - isteri

Erm.. hello, isteri kau nak bawa kau masuk neraka tu. Dan kau redha diri kau dibakar. Kau kawen agar kau dipanggang dan disalai-salai... TT.TT


    Well, aku ni siapa nak judge mereka? Ok, aku tak judge, sebab post ni bukan untuk mereka. Tapi untuk aku. Mana la tau anak-anak aku gatal nak menyanyi.. nak makan penampau? Or, mana la tau bini aku tiba-tiba teringin nak berjoget atas pentas. So, pesanan ini adalah untuk aku. Dan juga peringatan untuk orang-orang macam kau, yang tak mahu jadi macam suami/bapa yang diceritakan di atas. Kalau dalam hadith riwayat ahmad, lelaki macam tu nabi kata.. lelaki dayus. Kalau la orang panggil kau.. "oit, dayus la kau!" sure panas telinga kita. Tapi ni bukan orang biasa yang kata, tapi nabi yang sebut. Kau tak malu?

6 comments:

Zanaishi said...

salam.if nk tahu,ak ramai kwn non-muslim,ak salu diajukn soalan lbh kurg cmni:

'knp ada org islam pakai tdung n ada yg x?'

'knp ada yg leh minum arak n ada yg x?'

Jadi leh menimbulkan fitnah pd agama islam disitu.Mcm cte ko dlm post nie,if ada org yg non-muslim dengar ucapan2 mrk ckp 'syukur alhamdulilah sy berjaya masuk finalis akdemi menyanyi/bejoget bla bla..',mst ada non-muslim yg pelik kan?

Jd mrk mcm da menimbulkan fitnah pd agama islam pula..huhu..

Btw,time kasih bg peringatan.

Amin Baek said...

nice sip


sbb tu cat steven kata,dia syukur ditemukan dengan islam dahulu sblum umat islam..


thanx..muhasabah bt diri

Asip Hussin said...

zana: mungkin dorang sendiri tak sedar apa yang dorang sebut. punya banyak akademi kat negara kita, akademi/rancangan/benda2 mcmtu jugak yang dorang pilih.

Itu la dia, nak hancurkan satu masyarakat ni, hancurkan je pemuda-pemudanya. Dan nak hancurkan mereka, tak perlu senjata berat-berat.. racun je fikiran mereka.

Cara nak racun fikiran, tak perlu pergi pada sorang-sorang dan ajarkan dia cara nak buat maksiat pun sbenanye.. dorang just buat je dulu, dan gunakan media untuk 'naikkan martabat' hiburan tu, sehingga pemuda-pemudi merasakan.. "itu lah dia hiburan yang patut kita contohi"...

halusnya..
T.T

Amin: sama-sama~ mudah-mudahan kesedaran itu terus terpahat di hati kita semua..

+aNa baNana+ said...

nice one~ tq

orkeD said...

nice one kedek! :) tak terfikir la pulak kan.

tapi kan,let say if org tu ckp semate2 ckp je (ie he's faking it,ckp tk sedar cmtu).at first mungkin cmtu.tapi who knows,lama2 die akan tersedar and terdetik apa yg die ckp tu membawa makna yang besar..mungkin die akan berubah ke(?) tak rasa ke?

kawan aku penah ckp "Fake it..until you make it"

Asip Hussin said...

Betul. Boleh nak cakap semata-mata cakap je tapi cakap perkara lain selain Allah dan rasulullah la kot. Sebabnya.. ada banyak lagi yg boleh disebutkan dan boleh diselitkan dalam gurauan. Pada aku, tak perlu kot nak dikomersialkan nama Allah dan rasul dalam rancangan lawak.

Orang akan lebih fokus pada lawak (yg xde sikit pon nilai) berbanding nama Allah, seolah2 nama Allah tu dipandang kedua/x dipandang.

Lain la kalau lawak (yg berpada-pada) tu diselitkan dalam pada kita nak kasi taklim, sebab tu boleh menjadikan org tertarik nak dengar.

Wallahu'alam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...