Saturday, December 31, 2011

Tinggalkan


ok, laporan tahunan.

Pada tahun 2011..

1. Mendaki gunung Gede. Setinggi 2900 meter. Start mendaki kol 9 pagi, sampai tempat camping kol 4 petang. Bermalam dan mula mendaki ke puncak kol 4 pagi. Sampai ke atas kol 7 pagi. Haah, solat subuh entah ke mana. Teruknya aku.. Kat atas sangat sejuk. Air mata sampai boleh beku. Air ken.. mmmm. Nasib baik tak beku. Kang takleh kuar plak.

2. Backpacking ke Green Canyon, Pangandaran. Naik bot, terjun dari batu 4 meter. Nahh.. dah biasa sume2 tu (ececey). Ke sana naik bas 10 jam. Lepas tu naik bot 4 jam. Kata pak bot, laut yang diredahi tu, laut lepas. Kalau terusssss je, boleh sampai Australi. Ada jugak dia tunjuk pulau ape-tah-nama-dia. Katanya, dulu-dulu, siapa yang kena kusta, diasingkan ke pulau tu. Dorang macam kena curse, so tak boleh campur dengan orang lain. Alahai orang dulu~


3. Menguruskan suatu program besar. Yer, sesuatu yang baru bagi aku. PERMAI 2011. Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia se-Indonesia. Mereka semua berhimpun untuk dengar kupasan mengenai baitul muslim. Senang cite, pasal kawen laa. Tak tau la kenapa, ramai sangat la pulak cite pasal kawen sekarang. Tsk3.. Sepanjang program tu, ada la pengisian-pengisiannya, oleh pelbagai uztaz. Tapi aku tak fokus pun.. (padahal aku rasa aku sangat perlu fokus..). Ada peserta sakit, nak balik awal, datang lambat, hilang basikal tapi dah jumpe balik (haha) dll. Pokoknya, penat laaa. Tapi deep inside, puas hati~

4. Pegi taman safari. Awalnya nak pegi gunung gede. Tapi demam. So, pegi bogor je la. Sepanjang di sana, pengunjung akan dibawa menaiki kereta berpusing-pusing untuk melihat haiwan di tepi-tepi jalan. So, pendek kata.. haiwan tu yang tengok kita, sebab kita terkurung dalam kereta T.T.

5. Ke bogor jugak. Tapi ada program exellent apa-tah, anjuran universiti. Yang bestnya, sejuk. Yang lain.. no komeng.

6. Derma darah buat kali pertama. Baru aku tahu, aku darah O. Darah pemurah~ Sebab orang darah O ni, semua orang boleh terima darah dia tapi dia hanya boleh terima darah O sahaja. Takpe la, orang darah O paling ramai dalam dunia hehe. Berlawanan dengan darah AB. Dia boleh terima darah dari semua orang tapi boleh derma kepada darah AB sahaja. Agak kedekut, bukan? haha. JK >.<

7. Kursus kahwin. Erm.. nak report ape? Kursus kawen tu kursus kawen la =.="


Finally, aku mengakhiri tahun 2011 ini dengan memandu dari melaka ke sg buloh. Kemudian kembali semula ke melaka. Membawa satu misi.. dan juga rombongan hehe.





Baiklah.. Seperti biasa, kita tutup diari 2011 dan buka lembaran baru 2012.Yang lalu jangan dilupa, yang baru jangan disia..

Semoga, hari-hari yang berlalu semakin mematangkan aku dan menjadikan aku lebih berani membuat keputusan. Terutamanya keputusan yang besar dan keputusan-keputusan yang boleh mempengaruhi corak masa hadapan aku. Dan semoga hari yang mendatang pula bakal ditempuhi dengan lebih cekal, tabah dan sabar..


Mesti ada yang nak fire kate "tahun masihi, panjang-panjang post kau eh, tahun Islam, xde pulak". hehe. Ok, since baru je tahun baru Hijr kelmarin, aku sekalikan post ni untuk tahun Hijr jugak.

Akhir kata.. selamat tahun baru. ^^Tahun yang gede buat aku~

Friday, December 16, 2011

Ngesot

Aku terjumpa satu berita, video ni. Dah lama dah jadi, sabtu haritu. Pasal seorang remaja perempuan yang ditendang pengawal keselamatan di muka.. Dahsyat, bukan?

Pada aku, pak satpam (security guard aka satria pengaman) itu tak bersalah. Dia telah melakukan tindakan yang tepat.

Kalau malas nak baca/tengok video tu.. aku cerita je la...

     Seorang perempuan nak prank kawan-kawan dia yang tengah naik lift. Jadi, dia bersiap-siap dengan berpakaian putih dan mengengsot (merangkak) die depan pintu lift, meniru gaya seperti 'suster ngesot' (crawling nurse ghost). Kawan-kawan dia ada dalam lift bersama satpam ni. Bila sampai di lantai (tingkat) sekian, masing-masing dah bersiap nak keluar, dah berdiri depan pintu.

     Arakian, tatkala pintu lift terbuka, kagetlah (terkejut) semua yang ada di dalam lift sehingga mendapat reflex terdorong ke belakang kerana takut melihat hantu di muka pintu lift. Pak satpam juga turut terkejut cumanya.. reflexnya berbeda. Dia keluar dari lift lantas menendang muka hantu tersebut!

     Apabila melihat hantu tersebut mengerang, pak satpam segera mendekati hantu tersebut untuk meneruskan reflexnya demi memastikan hantu tersebut benar-benar mati (ok, tipu. aku tambah sendiri). Kawan-kawan hantu tersebut, apabila menyedari hantu itu adalah kawan mereka, segera menahan pak satpam dari terus meng-exorcize hantu tersebut.

     Hantu tersebut telah mendapat cedera pada pipi serta patah dahi. Bapa hantu tersebut yang merupakan orang kaya, telah membuat laporan polis ke atas pak satpam tersebut.

Bagaimana pun, sokongan masyarakat berpihak kepada pak satpam tersebut. Fabecook. Interview dengan suster ngesot.

"“Silly unstable teenager, lucky for you you didn’t die of the security officer’s kick and become a real crawling nurse in the apartment ... Why don’t you just accept the result of your own doing? It was a reflex; the security officer couldn’t have kicked you intentionally,” - komen seorang fabecooker.. tapi pada aku.. tak perlu la nak judge orang lain (nice saying, pengomen!!! haha)

Ps: Tindakan yang tepat. Tiada apa yang harus ditakutkan. Hantu juga bisa patah gigi..

Asing

Seperti hidup dalam dunia yang asing. Masyarakat yang sama, persekitaran yang sama, cuaca yang sama.. tetapi semuanya terasa asing.

Apa yang kau inginkan, tiada di zaman ini. Kau toleh kiri, kau toleh kanan, apa yang kau cari seolah-olah tertanam, tersorok. Kau mahukan ketenangan. Ketenangan sepanjang masa, di mana sahaja. Namun, sebaik sahaja kau melangkah keluar, segalanya terasa asing. Tidak ada ketenteraman. Apa yang aneh bagi kau, merupakan normal di mata mereka. Dan kau tak boleh melakukan apa-apa...

Pun begitu, kau harus juga keluar kerana cita-cita kau berada di luar sana. Meskipun kau tenang di sarangmu, kau terikat dengan tanggungjawab. Hanya di luar sahaja bisa kau tunaikan tanggungjawab kau. Tiada pilihan.

Apakah kau yang harus berubah? Yang pasti, adaptasi yang kau lakukan.. pasti akan membawa pengaruh yang besar terhadap jiwamu. Kau tak akan tenang..

Wednesday, December 14, 2011

Kembali


Optional: Play lagu ini, dan biarkan ianya berputar..

1. Kadang-kadang aku tertanya-tanya..
Kita melakukan suatu dosa. Dan kita menyesal akan perbuatan kita lalu sujud bertaubat, taubat dengan sebenar-benar taubat. Berazam dan berjanji tidak mahu mengulanginya..

Namun, yang dinamakan manusia, tak boleh lari dari alpa dan lupa. Kita tidak maksum. Kita lakukan lagi dosa yang sama, lagi dan lagi. Menyesal, bertaubat. Lagi dan lagi..

Persoalannya, adakah kita tahu sama ada taubat kita diterima atau tidak? Memohon keampunan itu wajib, namun mendapat pengampunan atau tidak, tak siapa tahu. Dan memandangkan kita tidak tahu, wajarkah kita bersenang lenang? Bagaimana kita boleh tidur dengan tenang dalam dosa? Tergamak sungguh kita. Tenang tak bertempat.. Bagaimana jika dosa kita tidak diampunkan, dan kita mati sebelum diampunkan dosa? Apa ertinya hidup di dunia ini..?


2. Katakan kita ada seorang kawan. Entah mengapa, kita sering sahaja menyakiti perasaannya. Lagi dan lagi. Saban waktu, ada sahaja perkara yang kita lakukan yang menyinggung perasaannya. Dan kita bukan lakukan di luar sedar, kita tahu kita menyinggungnya, namun tetap sahaja terus melakukannya.

Satu hari.. kita berada dalam kesusahan. Tiada siapa di situ melainkan dia. Kita amat memerlukan pertolongannya, namun.. ketika itu, terkenanglah kita akan kejahatan-kejahatan yang kita lakukan padanya. Apa perasaan kita? Tak malukah kita nak minta pertolongan darinya begitu sahaja? Tidakkah kita ada rasa seperti.. nak minta maaf terlebih dahulu sebelum minta tolong?

Aku tertanya-tanya.. Kita sedar banyak dosa yang kita lakukan. Berburuk sangka, dedahkan aurat, ringankan solat, membuang masa, mensia-siakan nikmat waktu dan kesihatan dsb. Saban hari, kita melakukannya lagi dan lagi. Kemudian, tanpa segan silu, bila dalam kesusahan.. kita berdoa meminta sesuatu. Tak malukah kita?


3. Kita dalam kesusahan. Di sisi kita ada seseorang yang kita yakin dia boleh membantu. Dan kita tahu kita tak boleh menyelesaikan masalah itu sendirian. Tatkala mahu meminta pertolongan.. kita berhenti. Ego kita berkata.. aku tak perlu minta pertolongan. Akhirnya kita susahkan diri sendiri.

Ya, benar. Apabila kita minta pertolongan, peluang untuk ditolong adalah 50-50 tergantung pada budi bicara penolong, nak tolong atau tidak. Tapi jika kita sombong tak mahu minta tolong wal hal kita tahu kita tidak mampu.. peluang untuk tidak ditolong mungkin adalah 100%. Kenapa? Kerana kita sombong..

Dan kita semua tahu.. sebaik-baik penolong adalah Allah.. Kenapa sombong sangat tidak mahu berdoa? Sedangkan kita tahu, tanpa pertolongan Allah, nak angkat kelopak mata pun kita tidak akan mampu. Kenapa sombong sangat..?




Tak mahu bertaubat.. Tak malu nak mohon pertolongan walhal tahu diri kotor dengan dosa.. Dan sombong tidak mahu berdoa sama sekali..


Kita tahu kita akan kembali kepadaNya..
Tapi kita tidak pernah tahu bagaimana kesudahan kita..
..bagaimana keadaan kita sewaktu kembali kelak..

Saturday, December 10, 2011

Dengar


Sesuatu yang menarik terjadi. Dan kau teruja ingin bercerita kepada kawan kau. Lalu dengan semangat, kau menemui kawan kau dan membuka cerita..

"Kau tahu tak, tadi masa aku nak buka pintu teksi, aku tak perasan ada motor lalu kat sebelah. Bila aku bukak je, terkena motor tu, pastu dia jatuh"

Kawan kau angguk-angguk excited, beriya-iya mendengar. Tapi lepas tu dia kata..

"Aku pun pernah jugak macam tu dulu, tapi aku atas basikal la, orang bukak pintu kena aku hahaha"

Faham tak situasi ini?
Situasi sebegini sering terjadi dan bagi aku, ianya membuatkan hati rasa hilang mood nak cerita lagi. Pendengar yang baik adalah mereka yang apabila mendengar sesuatu cerita dari seseorang, dia akan membuat 'follow-up' terhadap cerita tersebut, bertanyakan lebih lanjut, menyokong dan memberikan pendapat terlebih dahulu. Contohnya..

"Kat mana kau accident tu?
"Bila kena? kenapa kau naik teksi, nak pegi mana?"
"Kau bukak pintu tak tengok belakang dulu tu, kenapa??"
"Tu la, lain kali baca bismillah dulu"

Yer, berilah apapa sahaja yang berkaitan cerita tersebut. Ini akan membuatkan si pencerita terasa seperti diberi perhatian, ceritanya didengari dan difahami. Hatinya lebih berbunga walaupun respon yang diberi merupakan kritikan.

Walaupun si dia mengangguk atau tersenyum, jauh di sudut hati, masih ada perasaan seperti tidak yakin bahawa dia benar-benar memberikan perhatian. Di situlah pentingnya si dia memberikan 'bukti' berupa respon seperti soalan susulan, pujian mahupun kritikan.

Kita mahukan orang memberi perhatian kepada kita. Dan begitu jugalah orang lain. Tetapi dalam situasi begini, dia yang memulakan cerita, maka bertindaklah sebagai pendengar yang baik terlebih dahulu walaupun dalam hati membuak-buak perasaan ingin bercerita mengenai diri sendiri.

Kepada pendengar, ya, memang anda pun rasa teruja nak bercerita juga, tapi cubalah.. dengar dan beri perhatian kepadanya. Tunjukkan bahawa anda mengerti dengan memberi respon terhadap kata-katanya. Tak perlu respon panjang pun, atau soalan bertalu-talu. Tetapi cukup dengan satu atau dua respon. Hatinya akan gembira dan secara semulajadi, dia akan percaya kepada anda dan bersedia untuk mendengar jika anda pula ingin bercerita.



Dan.. semakin rapat anda dengan seseorang, semakin penting perkara ini.
Berikanlah perhatian secukupnya..




...atau bersedialah untuk kehilangan perhatian daripadanya.

Saturday, December 3, 2011

Daratan


Jangan la sekular sangat..

Tak kira sejauh mana pendirian kau tentang kehidupan.. tak kira macamana hebat logik kau mentafsir sesuatu.. kadang-kadang kau perlu kembali ke dunia nyata. Ya, ke dunia di mana kau tak lebih dari seorang hamba dan kau hidup bertuhan.

Kau mungkin rasa "tak apa buat ini dan itu, asalkan aku tak melampaui batas". Tapi hakikatnya, 'ini dan itu' itu sahaja sudah melampaui batas. Paham apa maksudnya? Bagus la kalau paham. Kalau tak paham, lagi bagus.

Sebelum kau berbuat sesuatu.. jangan fikir "tak apa, its safe" atau "aku seronok, so suka hati aku la apa aku nak buat, ini life aku.. mati nanti kubur lain-lain". Sebaliknya, fikirlah "tak apa kah? is it allowed?" or "kubur kita lain-lain, jadi kalau bukan aku yang selamatkan diri aku, nak harapkan siapa?"

A. Kau dicop sebagai sombong dan kera sumbang hanya kerana kau nak mempertahankan agama dan kehormatan. Atau kau dikatakan kolot dan anti sosial hanya kerana kau tak mahu maruah dan prinsip kau dicabuli.

B. Kau digelar awesome serta disegani teman-teman kerana sikap kau yang open dan tak peduli dengan siapa kau bergaul. Atau kau disenangi kerana sikap kau yang periang serta tak kisah dengan cara kau bergaul.

C...

Mana kau rasa baik untuk hati kau?

Kau mungkin rasa kau boleh buat apa sahaja atau cakap apa sahaja. Tapi ingat, setiap langkah, setiap patah perkataan.. diperhatikan, dicatat dan akan dipertanggungjawabkan. Tolong jangan ego nak sujud bertaubat. Tolong jangan sombong dengan Pencipta. Dah buat dosa, tapi taknak bertaubat.. itu sombong... Atau berbuat dosa, tahu ianya dosa, tapi tak rasa apapa..(atau bangga dengannya).. itu adalah.. sombong..

Thursday, November 24, 2011

Bertukar!


Morphing untuk power rangers yang keenam selalunya lebih awesome dari morphing power rangers lain. Sixth ranger merujuk kepada Ranger istimewa yang muncul pada pertengahan siri power rangers. Misalnya kalau siri mighty morphin power rangers, sixth ranger-nya adalah green ranger atau white ranger. Kalau dalam power rangers wild force, Lunar Wolf merupakan sixth ranger-nya.

Setiap siri Power Rangers ada tema-temanya yang tersendiri, seperti ninja (kerana PR asalnya dari Jepun), elemen alam, haiwan purba, haiwan hutan, kereta lumba dsb.

Dan biasanya sixth ranger dari mana-mana siri akan memiliki nama-nama atau theme yang cool (bagi aku la). Misalnya Solaris Knight dari PR Mystic Force, bertemakan matahari. Atau Mercury Ranger dari PR Operation Overdrive, bertemakan mercury which is logam berat, n which is jugak.. cool kot haha. Lainnya adalah.. Drago Ranger, Rhino Ranger, Gold & Silver Ranger, Shadow Ranger, Quantum Ranger dan banyak lagi la! *excited gila*

Bagaimanapun, bukan semua siri PR menarik untuk ditonton. Kebanyakannya sangat tipikal, lawan-raksasa kalah-jadi gergasi-panggil robot-lawan-menang. Tapi ada juga siri yang betul-betul berbaloi untuk ditonton. Salah satunya Power Rangers RPM. Sangat lain, plot ceritanya tidak setipikal siri lain, dan tampak matang.

Yang lainnya adalah Power Rangers Time Force.. aku suka temanya. Time Travel! haha. Penjahat dari masa hadapan melarikan diri ke masa lampau lalu dikejar oleh polis yang juga Power Ranger. Namun ceritanya agak simple.. walaupun mereka berlawan di masa lampau, butterfly effect dan time paradox tidak terjadi. Too bad. Tapi kira ok la, kang kalau dia betul-betul buat cerita macamtu, pening pulak kepala budak kecik. Silap-silap nangis sebab berat sangat jalan ceritanya.

Kenapa la aku suka sangat power ranges ni.. tak tau la saye~




Aku sudah 22 20. Tak lama lagi nak kawen (haha). 
Dan aku masih meminati power rangers.. hmm..

...aku rasa tak ada masalah kot huhu

Thursday, November 17, 2011

Boleh Tak Saya...


Kadang-kadang aku tertanya-tanya.. tak mengapakah kita upload gambar orang lain sesuka hati? Tak mengapakah kalau tak minta izin?

Kalau kita bercerita mengenai seseorang, dan orang tu tak tahu diriya diumpat, kemudian keadaan aman dan tenteram.. maka tak perlu minta maafkah? Btw, jangan risau kalau mengumpat aku, aku maafkan. Really. Tapi kalau nak belanje aku pop-ice, aku gembira je ^^

Adakah konsepnya sama dengan mengumpat itu? Kita ambil gambar orang lain, upload di febcook tanpa kebenarannya, dan dia tak tahu yang gambarnya diupload.. jika dengan itu, keadaan aman tenteram, so tak mengapalah ya?

Atau.. kita tahu dia tak suka gambarnya diupload, dia dah bagitahu secara tegas mahupun dalam bentuk gurauan.. Kemudian kita tetap ambil gambarnya dan upload, tapi tak bagitau dia sebab takut dia marah.. dan keadaan aman tenteram, maka tak mengapalah ya?

Aku tak suka diambil gambar dan tak senang diupload gambar ke febcook. Aku bagitau sekarang. Bukan sebab aku tak yakin dengan keenseman aku atau bajet hot, tapi sebab memang aku tak rasa adanya keperluan. Nak kenangan, ambil la, kemudian simpan gambar elok-elok. Kenapa nak tunjuk kepada strangers?

Kalau ambil gambar sendiri dan upload di page sendiri masih ok, sebab semua yang melihat gambar kita tu adalah orang yang kita kenal. Tapi bagaimana kalau kita ambil gambar orang lain, kemudian upload di page sendiri, dan gambar tu dilihat oleh seseorang yang asing kepada tuan punya gambar. Tuan punya gambar pula tak boleh nak buat apa-apa, kalau tegur, takut peng-upload melenting.. Kalau tak tegur, itu adalah gambarnya.. sentiasa ada risiko disalahgunakan oleh orang asing.

So, wahai uploader.. silalah prihatin akan hal ini. Kalau rasa segan, malas, berat, ego sangat nak tanya "boleh tak aku upload gambar kau?".. maka tak perlu la upload. Atau kalau rasa-rasa tak tahu apa nak buat dengan gambar orang lain, pulangkanlah ke dia. Kita tak tahu apa yang orang tu fikir kalau kita suka suki main upload je. Mungkin dia marah, mungkin dia tak redha..

Yang dah lepas, biar lepas. Untuk yang akan datang.. harap lebih berhati-hati..








Anda, anda, anda, anda.. dan anda.. Ada perhitungan yang mahu aku buat dengan kalian. Bukan sekarang, tapi satu hari nanti.. yakni beberapa hari sebelum.. ...

Sunday, November 13, 2011

Kereta Tunai


On second thought, aku rasa lebih baik aku kejar kekayaan dunia. Itu lebih baik. Aku nak kumpul duit banyak-banyak, jadi sekaya yang boleh supaya aku boleh hidup dengan cara aku sendiri, bebas dari ikatan masyarakat.

Bila kau tak ada banyak duit, kau tak boleh nak decide sesedap hati kau. Misalnya, bila keperluan kau adalah kereta, disebabkan kau tak ada duit, kau terpaksa pinjam bank. Dan bank mengenakan bunga (interest) which is haram [2:275-278]. Aku cerita dari sudut logik dunia dulu. Bila dah berbunga, kau perlu bayar lebih dari harga kereta tu. Dan kau akan terikat dengan bank, tiap-tiap bulan kena bayar. Selagi kau tak habis bayar, selagi itu kau berhutang. Cuba kalau kau ada duit yang cukup untuk beli kereta cash, dengan sekali bayar, tiada lagi hutang, bebas riba. Kan bagus kalau macam tu.

"Habis sebelum kau kaya dan banyak duit, dan kau perlukan kereta, macamana?". Yang tu, masing-masing punya ikhtiar. Kalau tak ada kereta, tak perlu naik kereta, naik bas.

"Kau cakap senang la. Kau belum kerja, belum tahu susah senang nak bergerak. Nak tak nak, kena pinjam bank. Darurat". Daripada kau berusaha untuk mencari alasan menghalalkan riba, kenapa kau tak usaha berusaha menyelamatkan diri daripadanya? Darurat itu adalah bila berhadapan dengan kematian. Tak ada makanan dalam hutan, maka boleh makan babi. Tapi itu pun belum boleh lagi, kau kena makan daun-daun dulu. Kena makan kulit pokok dulu. Bila semua tu tak ada, baru boleh makan babi.. kalau jumpa la. Tapi kau tak mati kalau tak ada kereta.. Dan kau tak mati kalau tak pinjam bank. Kalau kau mati juga, itu bukan sebab kau tak ada kereta atau sebab kau tak pinjam bank..

Ok, berbalik kepada kisah duit. Nah, penting kan ada duit banyak? Bila tak ada duit, orang boleh sesuka hati tipu kita. Yer la kan, disebabkan tak ada duit, mesti la kita nak beli yang murah-murah. Dan bila murah sangat, ada kebarangkalian untuk barang tu tak ada jaminan, cepat rosak, barang curi dsb. So, itu la pentingnya banyak duit.. kita boleh decide nak beli yang paling berkualiti tanpa perlu risau nak bayar berapa harga.

Dengan kekayaan, kita boleh menentukan sendiri kehidupan macam mana yang kita mahukan.. Dengan kekayaan, kita bebas dari ketergantungan dengan pihak/orang lain. Dengan kekayaan juga.. kita boleh menyelamatkan diri kita dari pengaruh riba.. jadi, carilah kekayaan sebanyak-banyaknya asalkan tidak lupa asal-usul dan tidak sombong kepada Pencipta.

Friday, November 11, 2011

Kaki Gunung


Aku rasa macam taknak balik M'sia dah. Tapi taknak dok sini jugak.. kat sini lebih.. erm, tak baik mengumpat.

Tengok la, satu hari nanti aku akan hijrah. Tak patriotik? Biar la apa orang nak kata. Aku mencari kebaikan untuk diri sendiri dan zuriat aku.

    Yang penting, habiskan belajar, dapatkan lesen doktor. Lepas tu baru buat keputusan nak sambung line mana. Ingat belajar medic ni hanya boleh jadi doktor? Tak la. Lepas kau dah dapat lesen doktor tu nanti, kau boleh pilih nak sambung ke tempat lain. Admin ke, edu ke, military ke.. Dan untuk medic sendiri banyak gila cabangnya. Boleh pilih mana kau nak. Bedah ke, anak ke, sakit puan ke, jantung saraf dll. Kalau tak nak pon tak apa. Jadi je doktor biasa. Halal jugak.

    Kadang-kadang aku cemburu dengan tukang sapu. Ala.. yang tiap-tiap hari dok tarik tong hijau tu, bawak penyapu tu. Setiap hari menyapu, cukup hari dapat gaji. Sangat simple kehidupannya. Nak buat apa gaji banyak-banyak, kan.. kau perlukan duit tu untuk makan dan keperluan diri je. Orang dulu-dulu tak ada phone, kereta, boleh je hidup. Memang la.. kalau duit banyak boleh beli macam-macam.. tapi apa kesudahannya? Cuba tanya diri masing-masing, kenapa kau dihidupkan? Untuk orang Islam.. memang nak kena pelempang kalau dia kata hidup untuk makan, enjoy dsb. Kita semua hidup untuk beribadah ok..

    Cakap senang la kan.. tak kisah pasal duit segala bagai konon. Teorinya macam tu la. Tapi realitinya.. kita perlukan duit. Kita perlukan duit YANG BANYAK! Sebab untuk survive sahaja, memerlukan duit yang bukan sedikit. Kenapa macam tu? Nak buat macamana.. itu la realiti kehidupan. Melainkan kau nak hidup di kawasan pergunungan, pedalaman.. hutan.. yer, yang tu maybe kau boleh survive kalau tak ada duit. Galang gantinya.. tinggalkan dunia yang kau diami sekarang. Lupakan gelaran doktor kau tu. Lupakan impian nak pakai kereta sekian-sekian. Lupakan rumah besau yang kau kena bayau elektrik, air, internet tiap-tiap bulan tu.


    Buat rumah sendiri kat kaki gunung. Tanam sayur-sayur sendiri. Ternak ayam itik. Ambil air dari telaga. Basuh baju di tepi sungai. Ah.. actually.. aku memang ada impian nak hidup macam tu. Bebas..

    Tapi.. zaman tidak mengizinkan. Aku buat rumah suka hati nanti, tak pasal-pasal kena halau. Orang claim tu tanah dia. Tak pun kerajaan halau sebab buat rumah dekat tanah rezab. Sungai.. risau plak kalau hujan. Tak pasal-pasal hanyut plak. Tak kan nak makan sayur dengan daging je kan.. mesti la kena ada nasi. Dah tu, nak tanam padi? Leceh la plak..

    Impian tu hanya sebuah mimpi kot. Bukan apa.. aku cuma nak hidup bebas dari expectation masyarakat. Masyarakat expect kita kerja grand-grand. Setakat sapu sampah, masyarakat tak pandang sebelah mata pun. Masyarakat menjadikan kita terpengaruh bahwa kita perlu belajar kuat, dapatkan kerja bagus, untuk hidup senang dan bahagia. Masyarakat expect kita keluarkan belanja besar kalau nak kawen. Masyarakat expect kita sekolahkan anak-anak kita macamana dorang buat. Kalau tak ada ijazah, kau pandai macamana pun, masyarakat tak iktiraf.. unless kau buat something big macam bill gates. Dan kau tak boleh nak hidup simple dengan cara kau sendiri.. kalau tak, masyarakat akan pandang serong.. kera sumbang, sombong, gila, pelik dll.. Actually, tak sukar pun. Yang buat sukar.. bila kau sendiri terpengaruh. Fikiran kau terset bahwa kalau majoriti buat, dan kau tak buat.. maka kau pelik. Yang buat sukar adalah bila kau takut dengan tanggapan masyarakat. Kau hidup untuk siapa sebenarnya? Untuk orang lain?





Sambil baring-baring tu.. cuba tarik nafas dalam-dalam.. pejamkan mata.. dan kau tanya diri kau. Apa yang kau benar-benar perlukan dalam hidup ni..? Yang kau tak boleh hidup tanpanya..

Tuesday, November 8, 2011

Hahaha

Cuba tengok ni..


dan banding dengan ni..


257 - 111 = 146
So, kirenye Umno menang la ni? sebab ade lebih byk penyokong? hahahaha

ok, post merapu..

Sunday, November 6, 2011

Beza

Aku pernah dengar orang kata.. "Kalau orang lain tak boleh terima apa yang kau buat, itu bukan masalah kau. Dan kau tak perlu ubah apa-apa, sebaliknya dia yang perlu belajar untuk menerima kau"

Aku setuju 50%..

Lagi 50%, tak setuju.

Kalau orang tu memang kidal, dan kau anti-kidal dan nak suruh dia tulis guna tangan kanan, maka kau la yang mengong. Sebab memang dia tak boleh nak ubah. So, kau yang kena berubah, belajar menerima trait tersebut.

Tapi kalau dia kuat mencarut, mabuk-mabukan, kaki pukul.. pendek kata, menyimpang jauh dari jalan yang haq.. itu adalah masalah dia. Kau tak boleh lagi nak apply wisdom tersebut. Kau tak perlu belajar nak terima orang macam tu, sebaliknya dia yang perlu diajar.

Macamana pun kau memang tak boleh nak paksa seseorang itu buat sebagaimana yang kau nak dia buat kalau memang dia tak nak. Kau tak boleh paksa hati dia. Kau tak boleh paksa perasaan dia. Asalkan perangai, kebiasaan dia tak menyimpang, maka dia tak bersalah, sebaliknya kau la yang perlu belajar untuk menerima semua itu jika kau mahu bersamanya. Tapi kalau kau tak mampu terima, tak mengapa.. kau boleh beredar. Anggap sahajalah peranannya sebagai sahabat kau, hanya sampai di situ. Tak usah berkecil hati. Memang macam tu lumrahnya. Yang datang, akan pergi.

Setiap manusia dijadikan unik. Dan keunikan itu bukan bertujuan pergaduhan.. berbalah siapa yang terbaik. Tetapi keunikan itu dikurniakan agar kita saling melengkapi. Di mana kurangnya engkau, dia cukupkan. Kurangnya dia, engkau cukupkan. Namun..

Saturday, November 5, 2011

Kembara Masa


Pengembaraan merentasi masa adalah sesuatu perkara yang sangat-sangat membuatkan aku tertanya-tanya, excited, kehairanan, pening kepala dll. Pendek kata, berfikir mengenai time travel sahaja sudah cukup membuat aku blank. Adakalanya berjam-jam lamanya sampaikan terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Masa adalah suatu elemen alam. Suatu misteri. Jangan cuba bermain-main dengan masa. Hanya Tuhan sahaja yang berkuasa ke atas masa.

Betul, manusia semakin hari semakin bijak, semua benda nak diciptanya. Dan aku yakin, ada di antara para saintis dan ilmuwan.. sedang cuba mencipta mesin masa sekarang ni. Ya, usaha itu sudah dimulai sejak berkurun lamanya. Tapi aku boleh pastikan, dan aku yakin seyakinnya.. tiada manusia yang mampu mencipta the thing that they called.. TIME MACHINE.

Kenapa tidak? Of course la ada perkara yang kita regret dalam hidup ni. Kadang-kadang kita selalu je tersyasyul.. "kalau la dulu aku aku berani jumpa ayah dia, mesti sekarang aku dah kawen dengan dia", "kalau aku tau dia ada adik cun, mesti aku dah baik-baik dengan dia", "patutnya aku tolong dia masa dia jatuh hari tu, baru la dia suka kat aku".. kan? Mesti ada yang pernah terlintas perkataan "kalau" tu..

Well, semua yang terjadi tu adalah ditakdirkan terjadi. No kalau-kalau. Kau fail exam lepas tu kena hantar ke tempat lain, itu takdir kau. Boleh je kau nak regret "kalau la aku tak belajar betul-betul dulu", tapi apa pointnya? Kau tak akan ubah apa-apa, kan? Sekalipun kau belajar betul-betul, kalau dah memang takdir kau fail, maka kau fail. "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya". Yer, aku tau ayat tu. Tapi pada aku, ayat ini memberi pengajaran agar kita berbuat sesuatu sekarang agar kita tidak menyesal di kelak hari, bukannya untuk kita menyesali takdir kita sekarang akibat dari apa yang kita lakukan. Those things were meant to be! Fullstop!

Tu satu.. perkaitan antara masa dan takdir.


Tapi.. macamana kalau.. just kalau je la, just imagination je la, tak mungkin terjadi pon.. Macam mana kalau.. time machine betul-betul wujud dan berfungsi? Macam cerita Doraemon, Back To The Future, atau The Butterfly Effect. Apa akan terjadi then? Well, aku suka dengan teori Time Paradox..

Mudah je nak faham, tapi kau boleh pusing kepala kalau kau fikir banyak sangat.


Kau pergi ke masa dahulu, dan terbunuh atuk kau sebelum dia kahwin. Apa akan jadi? From that point of time, segalanya akan berubah. Ayah atau mak kau tak akan lahir. Dan kau juga tidak akan wujud. Jadi adakah kau akan hilang? Teorinya macam tu la kan..

Ok, kita sambung lagi. Bila kau tak wujud, maknanya kau tak akan time traveling ke masa lampau. Kau tak akan bunuh atuk kau dan ayah/mak kau akan lahir. Dari situ kau akan lahir. Kau ada la maknanya.

Bila fikir lagi.. disebabkan kau ada, kau yang ada itu akan time travel dan membunuh atuk kau dan the cycle continues. So, secara teorinya, kau akan ada atau tidak?

Satu lagi teori adalah Butterfly Effect. Kalau rajin, tengok la movie The Butterfly Effect. Bagus movie tu. Buat aku sakit kepale sebab pikir dalam sangat. T.T

update:
Pengembaraan masa juga boleh menyebabkan kecelaruan identiti. Macam dalam cerita terminator. Pada tahun 2029, John Connor telah menghantar Kyle Reese ke masa lampau, tahun 1984 bagi menyelamatkan emaknya, Sarah Connor dari dibunuh terminator. Dengan tidak semena-mena, Kyle Reese telah memberanakkan Sarah Connor. Anak yang lahir itu adalah John Connor. So, technically.. John adalah anak kepada seseorang yang masih belum lahir. Dan bila John dewasa, die perlu mencari semula bapaknya untuk dihantar ke masa lampau bagi memberanakkan ibunya. Kalau tak, dia tak wujud. Dia tiada pilihan. Dia perlu memastikan dirinya lahir agar dia boleh terus wujud.

Itu masih meningan. Bagaimana kalau John sendiri yang pergi ke masa lalu dan memberanakkan Sarah. Anak yang lahir itu adalah John. Maknanya, John adalah ayah kepada John! =.="

Celaru sungguh..


Time travel bermaksud kau boleh pergi dan balik dengan bebasnya ke mana-mana waktu yang kau nak. Ini berlainan dengan teori relativiti masa dengan kecepatan yang Einstein bagi tau. Kata Einstein, bila kau bergerak lebih pantas dari kelajuan cahaya (macam dalam cerita Smallville), ketika itu pertumbuhan kau akan menjadi lebih lambat dari orang sekeliling. Maksudnya, jika kau menaiki kapal angkasa cahaya pada usia 20 tahun, kelajuan pertambahan usia kau akan menjadi lebih lambat berbanding adik kau. Mungkin setengah kali lambat, 3x,4x, bahkan mungkin 10x lebih lambat. So, berdasarkan teori Einstein, bila kau balik dari angkasa, adik kau akan jauh lebih tua bahkan seusia datuk, sedangkan perjalanan kau, baru seminggu.

Jadi, seolah-olah kau mengembara ke masa depan la. Tapi itu bukan time travel, sebab kau hanya boleh pergi ke depan. Tak boleh nak ke masa lampau. Tapi semua ni teori je.

Walaubagaimana pun, percayalah.. tak kira apa yang mereka usahakan.. mereka tak akan mampu cipta Time Machine. Allah dah bagitau mengenai masa. Ada surah khusus.. Demi Masa. Membuktikan bahwa betapa pentingnya masa.. Tak boleh nak dibuat gurau-gurau. Atau dimain-mainkan. Apatah lagi nak dikawal sesuka hati..

Thursday, November 3, 2011

Bagaimana


    Mereka kerap bertanya kenapa, kenapa, kenapa. Dan aku menjawab, menjawab dan menjawab. Namun soalan mereka tidak terhenti di situ. Ada pula soalan susulan, lepas tu bagaimanakah perlaksanaannya, kesiapan, dan macamana selepas itu. Aku menjawab sebisa mungkin. Dan akhirnya.. muncullah persepsi negatif, fikiran negatif yang boleh menjatuhkan (aku kira begitulah). Bagaimana kalau ini dan itu terjadi, bagaimana kalau masalah ini dan itu muncul, bagaimana jika itu, bagaimana kalau ini..

    Aku tak pasti apakah mereka ingin menduga keteguhan hatiku, atau cuma bersifat ingin tahu. Tetapi aku masih tetap menjawab apa yang termampu. Memang.. adakalanya soalan mereka terlalu jauh ke hadapan dan jawapannya belum boleh aku berikan sekarang. Maka dengan itu, aku memilih untuk berdiam. Itu lebih baik, kan~?

    Bila aku jelaskan tentang rancanganku, bagaimanakah yang terbaik menurutku.. ada yang membantah dan mengusulkan aku untuk melakukan ini dan itu. Namun usulan mereka terlalu.. aku kira, aneh bagiku. Jika itu yang aku lakukan, nescaya akan memberontaklah hati ini, berdemonstrasilah jiwa ini, kacaulah perasaan ini. Bila aku cuba jelaskan kenapa.. jawapanku tidak pernah memuaskan hati mereka. Wahai mereka, pegangan kita berbeza, fikiran kita tidak sama, adat kita juga berlainan dan kepercayaan aku.. adalah yang terbaik untukku. Itu ikutanku.

Mengertilah. Kita berbeza. Kau dengan cara kau, aku dengan caraku..

Hmm.. daripada aku cuba memuaskan hati yang tidak mungkin puas, mungkin lebih elok kalau aku cuma senyum dan berdiam diri sahaja, kan?

Monday, October 31, 2011

Ada Masa


Ada masa..
Tapi masa yang ada terbatas. Antara itu, itu, dan itu. Masa yang ada hanya cukup untuk melaksanakan salah satu dari ketiganya jika inginkan hasil kerja yang bermutu. Jika dipaksa-paksa juga, mungkin boleh.. tapi kualiti hasilnya bagaimana?

Seorang guru yang turut mempunyai ijazah perubatan serta minat berniaga. Apakah dia mampu melakukan ketiga-tiganya? Menjadi doktor, dan dalam masa yang sama mengajar dan berniaga? Tidak! Kemampuan manusia terbatas. Masa memang ada.. tapi terbatas. Dia harus memilih satu (atau dua) antara tiga.

Kehidupan. Kau ingat ini syurga? Baru terfikir sudah terhidang?

Dan terserahlah. Ini yang kau pilih. Kau mahu pilih kehidupan yang bagaimana, itu urusan kau. Kalau kau senang, bersyukurlah. Kalau kau susah.. hmm, percayalah, di situlah kau belajar erti kematangan. Cumanya, sentiasalah bertanya.. apa matlamat kau? Kerana itulah fokus kau. Jangan sesekali terpesong dek kerana terikutkan perasaan dan nafsu yang menggila.

Semakin hampir kau kepada matlamat kau, percayalah, semakin hebat dugaan kau kelak.. Just.. jangan sekali kali!!! Walau susah mana pun cabaran! Walau dahsyat mana pun rintangan! Walau sehebat mana pun halangan! Jangan sekali kali.. lupa pada matlamat kau...

Saturday, October 29, 2011

Kau Pilihlah


    Memang.. hati ini tak akan tenang selagi kita berhutang dengan orang lain. Melainkan kalau kita ni seorang yang hati kering, tak kisah dosa pahala.. so, memang tak kesah la dengan hutang.

    Sama juga kalau orang berhutang dengan kita. Selagi dia tak bayar, selagi tu kita rasa tak tenang. Melainkan kita seorang yang pemurah atau seorang yang memahami.. maybe kita tak kesah.

    Samalah juga kalau kita berkelahi. Setiap hari rasa macam ada sesuatu yang kurang dalam diri kita. Walaupun rasa macam tenang, aman.. tapi rasa kekosongan tu tetap ada. Adakalanya bergaduh itu tidak dapat dielakkan. Tetapi berdamai itu satu pilihan. Contoh terbaik.. nah.. semua orang tahu kisah nabi kita. Bagaimana baginda memaafkan orang yang membaling batu kepadanya meskipun malaikat menawarkan untuk menghempap mereka dengan gunung, bagaimana baginda memaafkan wanita yahudi yang membenci dan mengkhianatinya, malah baginda melayani wanita itu dengan baik ketika dia sakit sehingga terbuka hatinya untuk menerima Islam..

    Benar, kita bukan nabi. Nabi kita tak pernah suruh kita jadi nabi, tapi nabi suruh ikut sunnahnya. Meneladani sirahnya. Susah ke? Atau tak pernah cuba? Cuba la duluuu. Kita tidak akan gagal sebelum mencuba.


    Ego? Aku sendiri ada ego. Tapi aku yang mengawal ego aku, bukan sebaliknya. Marah? Semua orang marah. Tak salah pun nak marah. Marah la. Tapi ingat, nabi pernah pesan.. kuatnya seseorang itu bukan terletak pada tenaganya, tapi pada kemampuan dia menahan marah.

    Memang la boleh tahan marah. Tapi kalau lama-lama ditahan dipendam.. ianya akan jadi barah, semakin hari semakin parah. Kita tak sedar yang kita dah pun jadi seorang pendendam, amarah, berburuk sangka dsb. Kalau tak percaya, try la benci seseorang. Once kau dah setkan dia sebagai musuh kau, orang yang kau benci.. apa sahaja yang dia buat, kau akan meluat. Apa sahaja yang dia kata, buat kau panas. Mendengar mengenainya sahaja sudah cukup membuatkan kau terbakar. Hati kau tak tenang. Sedangkan ciri-ciri orang beriman itu adalah tenang..

    Kau kata kau tak marah, tetapi selagi mana kau ada perasaan macamtu, jangan la nak menipu diri sendiri. Marah itu untuk dikawal. Jika mampu, lepaskan dengan baik. Bukan untuk dipendam.

    Percaya la.. once kau dah maafkan musuh kau, dunia kau akan lebih cerah, hati kau lebih tenang, jiwa kau lebih tenteram.. But first.. maafkan diri sendiri dahulu.. Kau takkan mampu memaafkan sesiapa jika kau tak maafkan diri sendiri dahulu.. Percayalah, kita adalah sebaik-baik umat yang dipilih. So, buktikan la..

Dan..
Jika tulisan ini  dianggap sebagai sindiran, ia akan menjadi sindiran
Jika dianggap kritikan, ia akan menjadi kritikan
Jika dianggap teguran, ia akan menjadi teguran..
Tapi, jika ia dirasakan nasihat, maka nasihat la ia.

Ia tidak membawa apa-apa makna melainkan dari apa yang kita rasa.

Thursday, October 27, 2011

Bagus Sangat?

 

Menyeru kepada kebaikan, mencegah daripada kemunkaran. Senang dilafaz, mudah diingati tapi sukar dilakukan. Aku akui.

    Ini bukan lagi zaman generasi al-Quran. Zaman di mana, apabila seseorang itu rasa berdosa, dia akan menangis beresak-esak, bahkan sehingga pengsan. Bukan juga zaman di mana al-Quran dan hadith dirujuk dan diaplikasikan sepenuhnya dalah kehidupan bahkan ketika hendak membuang air sekalipun..

Zaman tersebut telah berlalu, generasi tersebut telah lama meninggalkan kita. Tiada lagi.

    Dan di sinilah kita. Zaman fabecook, twitet dan goo-gel? atau zaman android, bleakberry dan apel (hmm~)? Tidak. Kita sekarang berada di zaman di mana kebanyakan orang melakukan dosa tanpa ada apa-apa perasaan. Bahkan ada di antaranya yang berbangga dengan dosanya. Malah mungkin juga ada yang tidak tahu apa-apa mengenai dosa dan pahala walaupun dia bersaksi dengan kalimah syahadah.

    Kemungkaran itu sesuatu yang... normal. Macam dah sebati dalam jiwa masing-masing kerana telah terbiasa. Dan apabila ada yang tampil menegur, pantas sahaja teguran itu diprotes, "kau fikir kau bagus sangat?", "takkan la kau tak pernah buat. Kalau kau sendiri pernah buat, kau tak layak nak tegur orang..".. Ya, mungkin penegur itu pernah melakukan kesilapan yang sama dan telah bertaubat. Dia menegur kerana tidak mahu ada yang terjerumus sepertinya..

    Tapi, si penegur juga manusia biasa. Jiwanya mungkin sangat-sangat lemah. Apabila dia menegur dan dibangkang seperti demikian, pasti hancur semangatnya. Tidak cukup dengan itu, dikalangan sahabat-sahabatnya pon, ada yang membangkang dirinya "itu la kau, jangan la main tegur je. Nak menegur pun, kena ada cara. Caranya salah, orang bukan sahaja tak mahu mendengar, bahkan menolak terus".. alangkah sedihnya si penegur tersebut.

Kasihan bukan..
Bila kau nampak dia bergurau senda, tidak menjaga batas pergaulan (contoh), tetapi kau biarkan. Alasan kau..
1) Tak boleh tegur, nanti dia terasa..
2) Tak boleh tegur, aku bukan uztaz/ah. Confirm dia taknak dengar.
3) Tak perlu la tegur. Dia bukan budak kecik yang tak tau halal haram. Dia sendiri yang pilih. Tegur pon tak guna kalau dia dah buat keputusan macam tu. Biar je la. Tu antara dia dengan Allah.
4) Nak tegur ke eh? Ayah dia pon tak pernah kesah. Mak dia pon jenis sosial.. so, aku yang bukan siapa-siapa ni, nak tegur? Harapan la..
5) Tak kan nak tegur plak. Baru semalam aku buat macamtu.. macamana nak tegur kalau aku pon buat..
6) Last time aku tegur, dia melenting. Cold war. And sekarang dah baik balik. So, tak nak la jadi macam dulu lagi..

....dan setelah berfikir panjang, menolak menambah, mencongak baik buruk. Akhirnya kita 'terpaksa' membiarkan kemunkaran tersebut. Tidak berdaya. Takut hilang sahabat. Takut dipulau masyarakat.. Takut keseorangan...


    Entahlah. Mungkin kita terlalu sangat menjaga hubungan kita dengan manusia. Sehingga terlupa akan perintah empunya jiwa..

    Walhal, sekalipun kita ditinggalkan semua sahabat kita kerana mereka enggan meninggalkan kemunkaran.. kita tetap tidak akan keseorangan. Allah akan sediakan kita sahabat yang jauh lebih baik.. Kalau tiada juga.. kita tetap tidak keseorangan. Allah sentiasa bersama. Tapi tu la.. kita lebih takut kehilangan mereka... Seolah-olah, merekalah pemberi nafas buat kita. Tanpa mereka kita merana..

Wednesday, October 26, 2011

Puas


Kadang-kadang aku rasa macam sangat terharu bila belajar. Terharu yang buat sampai nak menangis (haah, aku sentimental, emotional, tidak rasional). Kau orang tak pernah ke rasa? Bila mana kau tengah belajar sesuatu, yang kau rasa sangat susah nak faham, yang selama ni kau hanya hafal je sebab macam mustahil nak mengerti.. tapi tiba-tiba pada suatu hari, kau faham benda tu.

Perasaannya macam.. wow, amaaaazing! Macam first time jatuh cinta. Atau first time lamaran kita diterima setelah ditolak berkali-kali. Bila ditolak berkali-kali, sampai kita rasa macam memang dalam dunia ni tak ada sesiapa pun yang nak kat kita, sampai kita rasa nak give up. Tapi suatu hari, disebabkan kita tetap teruskan usaha, dengan tak semena-mena, ada yang sudi menghulurkan tangan, mengukir senyuman, menyambut lamaran. Haaa, macam tu la perasaannya.

Yer. Aku tahu. Aku hanya membuka buku, dan berusaha memahami. Apa yang heboh sangat, kan?

Tapi..
Berusaha untuk memahami itu sahaja sebenarnya sudah cukup untuk memberikan kepuasan. Dan kefahaman yang didapat setelah usaha tersebut.. hanya orang itu sahaja yang tahu macam mana perasaannya.. =')

Sunday, October 9, 2011

iPhone 4S

Seriously, lepas tengok review pasal iphone 4s, aku tersangat-sangatlah teruja. Teruja dengan feature 'SIRI' yang ada pada iphone tu. Menjadikan phone tu selangkah ke hadapan dalam menjadi PA yang berjaya. PA or personal assistant kan manusia juga, mereka ada life sendiri. Nak ke toilet, terlupa, nak layan family.. tak boleh la 24 hours nak mengekor je kita kan? So.. dengan adanya phone yg PA-like ni, boleh la kita nak arrange time kita dengan efficient..


Macam mana pun, aku tak terasa nak beli. Aku hanya teruja sebab ianya adalah sesuatu yang baru dalam dunia per-phone-an. Yes, memang ada PA-digital, tapi bukan yang macam ni, yang boleh bercakap dan berkomunikasi secara langsung. Bahkan, nak reply mesej pon kini dah tak perlu taip lagi. Dan tak perlu baca dah. Cuma perlu kasi arahan "read message", phone tu akan membacakan untuk kita. Kemudian kasi arahan reply, dan sebutkan apa yang nak di-reply.. phone tu sendiri yang akan buat semuanya.

50 tahun lepas, tak siapa menyangka bahwa satu hari nanti kita boleh mencipta sebuah telefon bergerak (mobile phone). Tapi hari ini, dunia telah melihat sendiri penciptaan sebuah telefon yang bukan sahaja mobile tetapi juga boleh berkomunikasi dengan penggunanya.

Aku tertanya-tanya, dalam masa 50 tahun ke depan, apakah bentuk teknologi yang bakal tercipta?

Di dalam fikiran aku, aku terbayang..
- akan ada kereta antigraviti, tak perlu roda
- phone, kereta, rumah akan menjadi semakin canggih sehingga semuanya boleh diactivatekan dengan suara.

ok, cukup tu dulu. 50 tahun akan datang, aku akan baca semula post ini dan bandingkan dengan realiti sebenar.

Bagaimanapun, ada sesuatu yang menjadi menjentik fikiran aku. Berdasarkan teori "equivalent trade" dari cerita Fullmetal Alchemist.. aku berpendapat.. setiap apa yang kita mahukan, kita tidak mendapatkannya secara percuma. We need to give something to get something. Kita tidak memiliki apa-apa pun dalam dunia ini. Hatta udara yang kita rasa tak perlu bayar untuk sedut tu pon, sebenarnya dipinjamkan, if you know what i meant..

So, berbalik kepada penciptaan teknologi-teknologi yang dikatakan bakal memudahkan kehidupan manusia ini.. yer, benar, memang akan memudahkan manusia. Tapi ingat, apabila kita mendapat sesuatu, kita tidak mendapatkannya secara percuma, kita harus membayarnya. Bukan duit yang aku maksudkan, tetapi sesuatu yang lain.


Jika hari ini, phone kita boleh menjadi PA, tidak mustahil suatu hari nanti, phone kita boleh menjadi best fren. Kelakar bukan? Tapi ini tidak mustahil terjadi.

Jika 20 tahun lepas kita perlu berjumpa untuk berbual, selepas adanya febcook, kita tak perlu lagi berganjak dari kerusi empuk kita untuk bertukar cerita. Begitu rancak sekali jari kita menari di papan kekunci itu. Tapi, bila di luar, apakah perbualan kita serancak itu? Di laman maya kitalah best buddy, tapi bila keluar, kita menjadi perfect stranger. Tapi bukan semua macam tu la. Sesetengah orang je.

Sangat kelakar bila teknologi yang dikatakan memudahkan kehidupan ini, boleh makan tuan. Sangat kelakar apabila melihat kedunguan manusia zaman IT ni.

Menukar status married kepada single itu mudah, semudah satu click. Tapi mampu meruntuhkan sebuah rumah tangga. Kelakar, bukan?

Kadang kala, aku terjumpa status seperti "Ya Tuhan, ampunilah dosa hambaMu ini". Dia dungu atau apa? Kau nak bertaubat, pergi ambil wuduk dan carik sejadah, sujud di situ. Kenapa perlu bagitau satu dunia yang kau nak memohon ampun?

"Mak, maafkan saya, janji tak buat lagi"- sedangkan maknya tidak pernah menyentuh febcook itu. So, dia dungu atau apa? Just pick up the phone and tell her that you are sorry... dial dulu sebelum tu.

Apa sebenarnya yang mereka cuba buktikan? Yang mereka hamba Allah yang taat? Sungguh tak ikhlas engkau beragama. Yang mereka anak yang baik? Kau gersang pujiankah?


Ok, berbalik kepada phone tadi. Aku rasa, satu hari nanti, apabila teknologi sudah menjadi terlalu canggih..
1. Kecanggihan tersebut bakal menjadikan kita lemah dan tidak berdaya, sentiasa memerlukan bantuan hatta untuk berjalan (Wall-E)
2. Kecanggihan tersebut akan memberontak dan memusnahkan manusia sendiri (Terminator)
3. Kecanggihan itu mempunyai efek samping (radioaktif dll) yang membunuh manusia perlahan-lahan.
4. Kecanggihan tersebut menjadikan manusia tamak dan tidak bersyukur, sentiasa mahu mengejar kesempurnaan.
5. Tiada lagi komunikasi dan perbincangan, tutur-tutur indah dan bait-bait romantik.. yang ada hanya sms dan komen yang sama sekali tiada nilai estetika, boleh didelete semudah ABC.

Ah.. aku fikir banyak sangat. Maybe ini la reasonnya kenapa aku di-staykan di rumah, ditakdirkan untuk tak pergi Bandung. So that aku ada masa untuk berfikir.



By the way, aku rasa video iphone 4S tu menarik sebab berlatarbelakangkan lagu Adele.. tapi, suara wanita tu kan aurat, kenapa aku nak rasa best? Haih..

Monday, October 3, 2011

Medan Tempur

Tak sangka pula yang kamar itu, tempat menyegarkan diri, menyejukkan tubuh.. kini boleh menjadi medan pertarungan buat aku. Dewan ujian. Mimpi ngeri.

Setiap kali melangkah masuk, terasa seolah-olah seperti sedang melangkah masuk ke sebuah gelanggang tempur. Bersiap untuk berperang dengan diri sendiri. Aku manusia biasa, tidak mungkin lari dari melakukan kesilapan. Yang aku harapkan hanya secebis kekuatan.

Jika aku tersungkur, ternyata kerana kelemahan sendiri. Bukan lemahnya kekuatan tubuh yang menjatuhkan aku, tetapi kerana semangat yang rapuh, keazaman yang tumpul..




Hmm.. tiada apa yang boleh dilakukan sekarang melainkan bersabar dan bersabar. Bantuan dan penyelesaiannya akan tiba. Cuma masa yang mengantarainya..

Sunday, October 2, 2011

Rasa

Tubuh badan ibarat suatu komuniti. Suatu negara..

Ada tenteranya yang menentang anasir-anasir durjana dari luar
Ada doktornya yang merawat sesiapa yang tercedera
Ada imamnya yang tak putus asa menyeru kepada kebaikan
Ada gurunya yang bertindak membimbing ke arah penyelesaian

Mereka semua bersatu dalam membangunkan 'negara' mereka. Begitu utuh hubungan antara mereka sehinggakan jika salah seorang berduka yang lain turut bermuram durja. Jika salah seorang bersedih, yang lain juga turut kehilangan semangat..


hmm..

Apa yang disuap hari ini tidak berasa. Deria rasakah yang buat hal? Atau hati yang bermasalah?

Saturday, October 1, 2011

Memilih

Awas: Pos jiwa-jiwa..



Alangkah bagusnya kalau dia boleh berperasaan seperti orang lain. Gembira bila berasa gembira. Sedih bila terasa sedih. Marah bila merasa marah.

Untuk sebab-sebab yang tak dapat dia sendiri jelaskan, kebiasaan itu seolah-olah tiada pada dia. Dia gembira bila dia memilih untuk gembira. Bila menemui sesuatu yang menggembirakan, dia seolah-olah harus memilih perasaan apakah yang terbaik untuk dia rasakan ketika itu. Oh, ternyata.. dia harus bergembira. Lalu dia pun gembira.

Sedih bukan?

Gembiranya tidak datang secara semulajadi sebaliknya dia harus memilih dan mencipta 'gembira'nya sendiri. Perasaannya bukan datang dari hati, tapi dari fikirannya. Dia tak mampu menikmati perasaan-perasaannya seperti orang lain.

Baginya.. segala-galanya harus ada logik. Di saat yang seharusnya dia marah atau bersedih.. perkara pertama yang terlintas di fikirannya adalah "adakah marah dan sedih ini boleh menyelesaikan masalah?". "Tidak! Masalah diselesaikan dengan fikiran dan kudrat, perasaan sama sekali tidak membantu". Dan kerana itu, dia mematikan perasaannya serta-merta. Hilang begitu sahaja..

Apa erti kehidupan baginya?
Apa bezanya dia dengan robot yang hanya bekerja tanpa menikmati pekerjaannya?



Dunia ini tersangatlah luas. Dan orang seperti ini memang wujud di dunia ini..
Jika jumpa orang seperti ini, bantulah dia. Selagi dia bergelar manusia, perasaan itu sentiasa ada dalam dirinya untuk dinikmati. Dia tidak perlu memilih..

Tuesday, September 27, 2011

Kadang-Kadang


Kadang-kadang, dalam hidup ini sering kali aku tertoleh sejenak. Melihat ke belakang, melihat persimpangan yang telah jauh aku tinggalkan.


"Kalaulah dahulu aku buat begini dan begitu, sudah tentu sekarang aku seperti ini dan itu"
Suatu ungkapan yang tidak patut diungkapkan.


Tapi.. apakan daya, persimpangan itu telah jauh aku tinggalkan. Terlalu jauh. Dan tiada jalan untuk aku kembali ke sana. Aku di sini, tetap di sini dan ini jalanku. Jalanku hanya ke hadapan, jika kelelahan, berhenti sejenak dan terus ke depan lagi. Berundur bukanlah suatu pilihan. Sekalipun itu yang aku mahukan.


Jalan kita mungkin berbeza tetapi destinasi kita tetap sama. Mungkinkah suatu hari nanti kita akan dipertemukan semula di persimpangan seterusnya? Mungkinkah kelak kita akan berada di jalan yang sama semula? Ah.. terlalu besar harapan ini.


Aku tidak mengharap akan pertemuan semula di persimpangan akan datang..
Aku cuma sedikit terkilan dengan perpisahan di persimpangan dahulu..


Masa tidak kejam, aku yang menzalimi diriku sendiri..
Takdir tidak bersalah, aku yang cuai dan leka..




Jalan ini tiada sedikit pun kurangnya dari jalan-jalan yang lain. Aku gembira, aku bersyukur. Menoleh ke belakang bukan bererti aku menyesal.. tetapi karena ia pernah menjadi sebahagian dari hidupku. Mana mungkin aku melupakannya.

Wednesday, September 14, 2011

Hanya Dinaungi


1. Sejarah boleh dipelajari dan ditafsir bagaimana cara pun. Tapi kebenaran yang didapatkan dari sejarah tu tak boleh direka-reka atau diputar belit untuk kepentingan sesuatu pihak.

Dalam kisah Mat Indera sepertimana yang diceritakan mat Sabu, mat Indera bukanlah komunis tetapi hanya tokoh agama yang pergi ke rumah pasung (balai polis) Bukit Kepong untuk membebaskannya dari penjajahan. Pada waktu itu, ada satu pihak lain (komunis) yang menyerang untuk kepentingan mereka. Jadi mat Indera di sana hanya menyelamatkan mata-mata british (kebanyakannya orang melayu) dari dibunuh komunis.

Tetapi fakta ini diputar belitkan seolah-olah mat Indera adalah komunis yang membunuh orang-orang melayu.

2. Dakwaan Prof Dr Zainal Kling mengatakan negara kita tidak pernah dijajah adalah amat mengelirukan terutama pelajar-pelajar sekolah kerana jika itu adalah hujah kerajaan untuk menafikan dakwaan mat sabu, maka seolah-olah mereka ingin mendedahkan penipuan mereka terhadap rakyat selama 54 tahun.

Selama 54 tahun kita melaungkan "merdeka" dan menyanyikan lagu sudirman "merdeka, merdeka tetaplah merdeka", walhal sebenarnya kita tidak pernah dijajah? Jika kita merdeka, merdeka daripada apa?

Di dalam buku teks sekolah-sekolah cukup jelas tertulis zaman penjajahan ini dan itu, negara kita dijajah pihak ini dan itu selama sekian-sekian tempoh. Jadi adakah ini bermaksud, buku teks itu tersalah cetak?

3. Pernyataan Prof Dr Zainal Kling sama sekali tidak boleh dicerna, dia hanya berbicara ibarat orang-orang berborak di kedai kopi sahaja. Sebagai tokoh ilmuan yang bergelar profesor, segala bentuk pernyataan haruslah perlu disertakan dengan kajian-kajian ilmiah dan bukti-bukti yang ditulis dalam bentuk tesis, bukan hanya mengumumkannya di sidang media.

Ini semua hanya pendapat peribadi dari seorang rakyat yang keliru. Untuk perbahasan lebih lanjut, kita serahkan kepada tokoh-tokoh politik untuk menyelesaikan.

Jika Prof Dr Zainal Kling menarik semula pernyataannya, bererti dia telah memalukan dirinya. Masyarakat akan mentertawakannya sebagai seorang yang profesor yang tidak tahu apa-apa. Dan pihak kerajaan sendiri harus berdepan dengan tomahan-tomahan serta kehilangan kepercayaan dari pihak rakyat.

Dan sekiranya Prof Dr Zainal Kling berteguh dengan hujah negara kita tidak pernah dijajah, bererti kerajaan sudah pun mengakui bahawa mereka telah menipu rakyat sejak sekian lama. Kerajaan boleh disaman kerana mengajarkan guru-guru mereka ilmu-ilmu palsu dan seterusnya menyampaikan ajaran tersebut kepada berjuta-juta anak murid yang lain.

Jadi, bagaimana? Apakah tindakan kerajaan?

Tuesday, September 13, 2011

Debat


    Kadang-kadang, dalam kita cuba menyampaikan idea-idea kita tidak kira la di kehidupan harian, bluk, fabecook, mahupun twetit, akan ada sahaja suara-suara yang tidak enak didengar muncul dan mengondem idea kita itu. Sehinggakan tercetusnya perbalahan, perdebatan, dan tikam lidah.

    Bila sudah sampai ke tahap tersebut, mungkin kebakaran hati boleh terjadi. Kita cuba mempertahankan hujah kita dan dia melakukan apa sahaja agar kita bersetuju dengannya. Perasaan tidak mahu kalah memarakkan lagi hati yang sedang panas tersebut.

    Sebenarnya kan, kenapa kau nak panas-panas hati? Kau menulis sesuatu yang kau rasa betul bagi kau, dan dia memberikan pandangan yang dia rasakan benar baginya. Sekali pun pandangan kau dan dia bercanggahan, kebenaran yang dibawa masing-masing itu tetap subjektif kepada setiap individu. Jadi, jika dia keras kepala tidak mahu menerima pandangan kau, itu tidak bermakna kau salah.

    Cukuplah kau menerangkan sekali dua, dan jika dia tidak mahu menerimanya, kau tak rugi apa-apa. Duit kau tetap dalam wallet kau, slurpee kau tetap dalam fridge tak berusik dan baju kau tetap dalam almari. Kau tak kurang apa-apa pun.

    Cuba bayangkan, kau bertengkar dengan hebatnya dengan dia sampai terkeluar urat-urat jari sebab kuat menghentam keyboard, tetapi dia masih lancang mulut jari mengondem idea kau. Selepas kira-kira sejam lebih, kau kepenatan, lalu duduk memeluk lutut di atas katil. Then what? Tak ada apa-apa yang terjadi, bukan? Tenaga dibuang sia-sia untuk menegakkan sesuatu yang tidak mungkin.

    Oleh itu, jika terjadi lagi kejadian seperti itu, terangkan sekali dua sahaja. Jika tiba-tiba dia mengeluarkan ayat-ayat membunuh, anggap sahaja dia bangang sebab nak bergaduh atas perkara yang tidak perlu. Berbalah atas perkara sia-sia tidak membawa apa-apa kebaikan sebaliknya hanya menampakkan kebodohan diri sendiri. Abaikan segera sebab kalau dilayan, ingatlah syaitan itu sentiasa cuba membakar hati kita. Sebab bila kita terlalu marah, kita akan jauh dari Allah.

Tuesday, September 6, 2011

Sejarah


Bukalah minda itu sedikit. Cari kebenaran yang sebenar-benarnya kebenaran. Adakalanya kebenaran itu sudah di depan mata, tapi kerana ego, pemikiran sempit, malas nak berfikir panjang dan hanya mengikut sahaja kata-kata orang lain... kebenaran ditolak ke tepi.

Aku bercerita mengenai kisah seorang ahli politik yang didakwa ingin merosakkan sejarah. Benarkah dia ingin merosakkan sejarah?

Mungkin benar bahwa ini adalah suatu permainan politik. Tapi sebelum kau menghukum dia, pernah tak kau meneliti pendapat dan pandangan dari kedua-dua pihak? Baca ahkbar pro dan baca akhbar anti, seterusnya banding dengan minda terbuka. Pernah buat begitu? Atau kau cuma baca satu belah pihak? Dan disebabkan sejarah itu yang kau baca dari form 1, maka hati kau keras tak boleh nak terima apa-apa selain itu. Jika ada sesiapa yang mengatakan sesuatu yang bercanggah sedikit, laju sahaja mulut kau mem'babi'kan dia.

Hey, come on la. Minda tu biar la kelas pertama. Jangan jadi pak turut. Kalau kau jenis yang "aku tak kesah la ko nak politik macamana pun, tapi jangan cuba-cuba nak rosakkan sejarah!" bererti kau tidak telus dalam berpendirian untuk 'tidak mahu campur politik'.

Cuba fikir balik, buku sejarah yang kau baca dari tingkatan satu tu, dicetak oleh siapa? Pihak proker. Dan kau yakin tiada langsung fakta-fakta yang disembunyikan oleh mereka? Aku 100% yakin, bahwa fakta itu tidak 100% telus. Pasti ada fakta-fakta yang sengaja tidak ditulis demi kepentingan sesuatu pihak. Hey, ini semua politik laaa..

Kalau kau menjadikan buku sejarah rasmi tersebut sebagai panduan mengenal sejarah, dan kemudian menganggap itu adalah sejarah yang hakiki, maka bullshit lah jika kau kata "aku tidak peduli dengan politik" kerana kau terang-terang telah bersikap bias dalam mempelajari sejarah. Kau hanya belajar dari satu sudut pandang. Minda kau telah dibasuh dan dicorakkan sesuai dengan acuan yang mereka ukirkan. Dalam erti kata lain, selagi kau tak kaji dari kedua-dua sudut pandang, jangan cuba-cuba nak kata kau tahu sejarah.

Sama sekali aku tidak memihak kepada mana-mana, aku hanya inginkan kebenaran. Jika suatu hari nanti aku menemui kebenaran setelah mengkaji dan kebenaran itulah yang aku yakini, yakni suatu fakta yang bercanggah dengan apa yang selama ini kita belajar dari buku teks, adakah aku akan ditangkap? Jika aku ditangkap, apa salah aku?

Mungkin aku ditangkap kerana di mata mereka, aku bersalah. Tetapi.... mungkin juga aku ditangkap kerana aku telah mengetahui suatu kebenaran yang boleh menjatuhkan mereka yang selama ini hanya mereka yang tahu, tetapi mereka hanya sembunyikan. Bimbang orang akan hilang kepercayaan jika ianya terbongkar.

Tak mengapa la... siapalah aku untuk mengulas lebih panjang. Biarkan mereka berdebat lagi. Kita sebagai rakyat, tolonglah buka minda kita. Jika mahukan kebenaran, bersungguh-sungguhlah dalam mencarinya. Jangan hanya menjadi pak turut dan bersikap bias. Masing-masing ada akal untuk menilai...

Sunday, September 4, 2011

Makanlah


Sewaktu berkemas hendak pulang ke tanah melayu ni, dalam kepala dah merancang-rancang apa nak dimakan sepanjang di tanah air. So, sekarang aku dah 16 hari di rumah..

Roti john, check
Murtabak, check
Kebab, check
Rambutan, check
Durian, check
Roti canai.. check
Nasi lemak.. check
Nasi ayam.. blom
Satay, check
Ayam belanda, check
Angsa, check
Burung puyuh, check
Itik.. blom
kfc.. check
Berger.. blommmmmmm

Selain itu, ada jugak yang aku terpikir nak makan setelah sampai.

Pulasan, check
Duku, check
Dokong, check
Rusa.. belom jugak!
Kuew teow bm.. ntah bile la kan
Masakan2 bi.. taun depan kot

Nampaknya banyak lagi yang belum tercapai. Adakah perut harapan aku akan terpenuhi cuti kali ini. Masih ada beberapa hari untuk menentukan semuanya..

Senyuman Palsu


    Aku rasa laman sosial menjadikan masyarakat semakin pengecut dan hilang keyakinan diri. Semua perasaan geram, tertekan, nak marah seseorang dilempiaskan di kotak-kotak status dan komen. Tapi tanpa menyebut kepada siapa hendak ditujukan.

"Cengkodeng punye minah. Bajet santek sangat la pakai baju merah tu. Baju beli duit pinjam aku, tak reti-reti nak bayau!"

    Yer, memang tak di-mention secara specific, tapi bagi seorang minah yang berbaju merah yang memang pernah pinjam duit dari dia, sudah tentu akan terasa hati. Namun, apa sahaja yang boleh dia lakukan. Dia tidak boleh menyerang orang tersebut sebab kalau dia serang, sudah pasti dia akan dimalukan. 1. sebab memang dia yang salah, terlupa nak pulangkan duit. 2. sebab orang tu tak mention nama dia, so sudah tentu dia di-counter dengan ayat, "yang kau terasa apsal?"

    So, meredam rasalah minah merah tersebut gara-gara ke-pengecutan orang tersebut untuk man up, tampil  menegur secara diplomasi. Bila berjumpa masing-masing memberikan senyuman palsu. Di dalam hati, menyala marak api-api kemarahan, menanti masa membakar mangsanya. Namun, semua itu hanya tersimpan, gara-gara tidak mahu gaduh. Perasaan hanya perasaan. Dibiarkan sahaja terpendam.

Well, my point is..
Semua orang PASTI akan ada sesuatu yang membuatkan dia terasa hati. Sebab manusia bukan malaikat.. manusia mempunyai perasaan. Jadi, buanglah sifat pengecut tu. Berhenti la mengutuk dan menghina orang yang kita benci dalam kotak status tersebut. Kalau rasa nak mengata sangat tu, tulis dalam diari. Kenapa nak buat orang tu terasa hati? Puas ke hati kau?

    Kalau kau dah specifickan kelemahan, tindakan dan sifat-sifatnya, even kau tak mention nama, sudah pasti dia akan terasa jugak. Kenapa kau nak hidup dalam kepura-puraan? Dalam hati saling membenci tapi di bibir tetap tersenyum dan memuji.

    Kau bukan budak kecil lagi. Gunakan diplomasi dalam menegur. Hentikan cakap belakang dan mengutuk di laman sosial. Kalau tak puas hati, jumpa la face to face, curahkan dengan berhemah. Kalau takut orang tu terasa, diamkan sahaja, tak payah nak perli-perli di kotak komen..

Thursday, September 1, 2011

Suara


Semua orang ada masalah kau tahu. Dia bukannya ada kemampuan nak baca fikiran orang lain. Jadi, berhenti la buat andaian bukan-bukan, tuduhan melulu dan spekulasi-spekulasi. Dia tak tahu kesusahan yang orang lain alami selagi dia tak tahu cerita sebenar. Dia hanya dengar sedikit, dan tafsir mengikut kehendak dia semahunya.

Tapi, dia bukannya malaikat. Dia juga ada perasaan. Tak kan la sebab nak jaga perasaan orang lain, perasaan semua orang, dia perlu korbankan perasaan dia. Habis, siapa nak jaga perasaan dia?

Ah, itu kata kau. Dah puas orang lain cuba nak jaga perasaan dia tapi dia yang tak bersyukur. Hati dan pemikiran dia tak pernah nak baik. Sentiasa tak tenteram. Semua orang dia fikirkan salah. Dia seorang je yang betul.

Kau tak boleh tuduh dia sebarangan. Macam yang kau kata tadi, semua orang ada masalah. Dia pun ada masalah. Selagi kau tak tahu apa di fikiran dia, kau tak boleh buat andaian. Kesian dia.

Macam mana aku nak tahu. Dia tak pernah nak bagi tahu. Dipendam je. Memang la aku hormat kemahuan dia, tak nak susahkan sesiapa. Tapi itu yang dia fikir. Sedangkan dia tak tahu, dengan berkongsi, ianya akan meringankan, bukan memberatkan.

Mungkin dia belum bersedia nak bagi tahu sesiapa. Atau terlebih berhati-hati pada siapa dia bercerita.

Hmm..

Sampai masa nanti, dia akan cerita. Aku yakin..

Mudah-mudahan la..

Monday, August 29, 2011

Anak Kita


     Bila aku dah kahwin nanti, bila aku dah ada anak sendiri.. seriously aku dan isteri aku sendiri yang akan ajar mereka mengaji, membaca, menulis dan mengira. Yer, awak, kita sendiri akan ajar mereka. Bukan orang lain. Aku rasa alangkah ruginya kalau anak-anak sendiri diserahkan kepada guru dan uztaz untuk pendidikan awal sebegitu.

     Bayangkan, ilmu yang bermanfaat. Kita ajarkan mereka mengaji, dan bila mereka dah pandai nanti, boleh mengaji sendiri.. ada tak bahagian untuk kita? Yer, ada insyaAllah. Satu huruf yang mereka lafazkan, semuanya ada ganjaran untuk kita. Dan bila mereka dewasa, berkahwin dan beranak, jika mereka mengajarkan anak-anak mereka pula, ada tak bahagian untuk kita? Ya, ada insyaAllah. Dari kalangan mereka, jika ada yang menjadi guru, mengajarkan ilmu yang sama kepada anak murid mereka, anak murid mereka mengajarkan kepada anak-anak mereka and so on.. ada tak bahagian untuk kita? InsyaAllah.

     Mana tidaknya, mengaji.. hari-hari kita harus mengaji. Dan bila aku ingat-ingat balik, insan yang mengajarkan aku alif ba ta sehinggalah aku mampu khatam al-Quran, adalah emak aku. Dan insan yang mengajar aku ABC sehinggalah aku mampu membaca dengan lancar, adalah ayah aku. Begitu juga dengan semua adik-beradik yang lain. Suatu pelaburan jangka panjang.

     Jadi, adakah ilmu itu akan berhenti pada aku sahaja? Tidak, kita mungkin tak jadi guru, tapi kita insyaAllah akan menjadi ayah dan ibu. Dan itulah yang akan kita lakukan. Kita mungkin tiada semua ilmu yang mereka mahukan, tapi kita ada ilmu paling asas yang mereka perlukan.

     Jadi, kepada bakal ibu dan ayah sekalian, jangan sia-siakan ilmu dan anak-anakmu. Keduanya adalah pelaburan yang sangat menguntungkan..

Saturday, August 27, 2011

Dia


Aku rasa dia ada masalah hati. Bukan rasa, tapi memang yakin. Bukan hepatitis, bukan hepatomegali. Tapi The Hati. Kalbu..

Senyum memang la senyum, tapi di dalam tiada siapa tahu.
Dia cakap baik-baik, dia layan elok-elok, tapi tu hanya luaran.
Selagi dia tak boleh buang kebusukan di dalam hati dia, dia tak akan tenteram.

Dia baik.. cuma hatinya bermasalah. Aku tahu.
Tak mengapa la. Satu hari nanti, bila terlerai kusut dan serabut di kepalanya, hatinya akan sembuh kembali. Bila sampai masanya nanti, hatinya akan tenteram. InsyaAllah hilanglah semua masalah hatinya. InsyaAllah..

Dia perlukan masa. Dan semangat. Dan 'temannya'..

Thursday, August 25, 2011

Baju Melayu


"Abang, baju melayu macam ni, agong je yang pakai bang"
"Haha (ketawa malas)"
"Betul bang, kalau abang pakai ni, mesti orang tanye.. eh, beli kat mana niii!?"
"Haha (aku lempang jugak mamat ni kang)"
"Umur abang berapa, bang?"
"19 (bukan umur sebenar)"
"Ooo, saye 20 bang"

"Eh ko ni, tanya umur macam orang nak kawen plak" kakak jurujual di sebelah menyampuk.
"Takde la kak, kite berkenalan je ni ha. Ye tak bang?"
"Haha"
"Ok, bang, siap dah. Time kasih bang"

Asek beli baju melayu je aku ni. 2 tahun lepas baru je beli warne kuning. Nasib baik time tu tak ada isu BERSIH. 4 tahun lepas beli warna biru muda. 6 tahun lepas warna meroon. Agaknye memang setiap 2 tahun sekali aku ditakdirkan membeli baju melayu kot. Sebab dah banyak baju melayu, aku pernah azam tak nak beli lagi dah. Tapi beli jugak last-last. Mengade betul!!!

Tahun depan kena beli lagi kot. Warna putih berkilat agaknya. Adeh.. ape la nak dibuat dengan baju melayu banyak-banyak niiii.. T.T. Hang Tuah yang melayu sejati tu pon tak ada baju melayu banyak-banyak rasanya. Dia banyak t-shirt polo kalau tak silap.

Kapal Terbang


     Alhamdulillah, pesawat JT 282 yang aku naiki telah selamat mencecahkan rodanya ke landasan bandar udara antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.05 tengahari waktu tempatan. Hujan batu di negeri sendiri, hujan tah* di negeri orang (spesifically), baik lagi negeri sendiri.

     Sepanjang perjalanan, aku hanya bersendirian. Gara-gara internet yang sengaja cari gaduh dengan aku, aku terpaksa beli tiket hari yang tak ada orang beli. So, sorang-sorang la aku. Kat bandara tu ada jugak nampak 2,3 orang budak m'sia, tapi tak berani nak tegur. Bimbang kalau-kalau aku tak sedar ter-flirt..

     Tak lupa juga, beberapa hari lepas adalah hari jadi aku. Kata orang, umur semakin bertambah, patutnya fikiran semakin matang. Tapi kata aku, umur semakin kurang, patutnya ingat mati. Macammana pun, selamat hari jadi kepada aku. Yang ke-19 kot. Aku pon tak ingat. No cake? Nah, tak de hal. No happy besday song? Who cares.. Owh, tapi ada present~ ^^

     Raya kurang dari seminggu je lagi. Puasa tahun ni sedikit berbeza dari tahun-tahun lepas, sebab puasa aku kali ni tak cukup. Hari tu masa masuk hospital sebab gastritis, doktor hulur pil dengan air pada jam 10 pagi. Aku telan je. Tak elok pon sakit tu. Masa balik still sakit lagi, tapi aku tipu kata tak sakit, sebab nak keluar cepat, nak pergi kedai buku. Orang kirim buku. So, sesiapa yang sayangkan aku, tolong la ingatkan aku untuk ganti puasa sehari.

Owh by the way, Myvi baru agak cantik. Lagi cantik dari siwon oppa..

Sunday, August 7, 2011

Bulan Beranak Lagi


     Bulan puasa datang lagi. Aku di Jakarta dan jakarta tiada bazaar Ramadhan. Waktu tak ada bazaarlah terasa macam mahu makan macam-macam dari bazaar seperti murtabak, kebab dan roti john, tapi seingat aku, masa tahun-tahun lepas, bila semua tu dah terhidang depan mata, aku makan sikit je.

     Murtabak bukanlah tiada, ada tapi namanya lain.  Martabak telur. Bukan exactly sama tapi boleh tahan la sama.. 90%. Mungkin tok murtabak dan tok martabak telur berguru dengan tok guru yang sama.

     Maghrib pukul 5.55 petang. Dan keinginan nak makan murtabak membawa aku ke kedai martabak di sini. Sementara menunggu pesanan aku dibikin, aku layan la siaran TV dari TV kat kedai tu. Dari yang aku nampak, seolah-olah dia orang macam tengah berkonsert. Konsert sempena Ramadhan kalee..

     Di atas stage ada seorang wanita menari-nari dan disorak oleh ribuan penonton di bawah. Seluarnya sangat ketat dan hanyalah selapis tipis seolah-olah lapisan kulitnya sahaja. Bajunya pun begitu, sangat ketat dan kelihatan bentuk-bentuknya. Oh, di kepalanya ada selendang seolah-olah bertudung tetapi menampakkan 2/3 bagian rambutnya.

Bila diamati lirik lagu yang dinyanyinya, aku dapat mendengar bait-bait berbunyi..
Jangan ulangi kesalahan lagi
Sesungguhnya kita akan merugi
Jangan ulangi kebodohan lagi
Sesungguhnya Allah mengetahui

Hidup di dunia hanya sementara
Hidup di dunia tak akan lama
Alam akherat sedang menanti kita
Di alam akherat kita abadi disana
     Rupa-rupanya lagu itu bertajuk "Taubatlah Taubat". Dinyanyikan sekadar hiburan. Yang mendengar dan menyanyikannya tiada sedikit pun terkesan di hatinya. Penonton di bawah kebanyakannya pemuda dan pemudi. Ada di antaranya yang memanjat ke atas kereta dan menari gelek. Yang bertudung juga ramai, melompat dan menjerit..

Hmm..
Ramadhan telah datang..
Ramadhan bakal pergi..
Selamat menyambut Ramadhan~

Sunday, July 17, 2011

Impian Dan Kenyataan


Barang yang ingin dibeli apabila elaun masuk..

1. Kerusi Baru!
Aku ada 3 buah kerusi. Kerusi pink tak boleh pusing-pusing, kerusi coklat tak boleh bersandar, kerusi biru banyak bunyi. Jadi aku nak beli kerusi baru macam orang dalam bilik sebelah yang besau dan berpusing. Tak pun, macam orang meja sebelah yang boleh pusing-pusing tanpa bunyi. (budget: 250k rp). Tapi.. sepanjang 2 tahun ini, aku tak pernah lagi jatuh dari kerusi-kerusi tu. Masih boleh digunakan lagi. So, tak apa la.. guna yang ada dulu (save: 250k rp)

2. Belt baru!
Aku ada 2 belt hitam. Satu selalu tercabut kepalanya, satu lagi bercabang-cabang. So, dgn budget dalam 50-100k rp, aku nak beli yang baru!!! Tak kira! Tapi.. sepanjang mereka berkhidmat dengan aku, tak pernah sekali pun mereka aniaya aku, melonggarkan diri sehingga seluar terlucut. So, tak apa la.. guna yang ada dulu (save: 50k rp)

3. Phone baru!
Ok, phone yang sedia ada masih hemsem. Jangan nak mengada-ngada.

4. Laptop baru!
Pon jangan nak mengada-ngada jugak. Walaupun laptop ni berusia 5 tahun, tapi belum pernah lagi aku terlewat hantar assignment kerananya.

5. Seluar baru! Kemeja baru! dan... itu yang baru!
Hmmm... yang sedia ada masih tak koyak, masih elok, masih kacak dan.. masih berfungsi. Plus, kedai baju adalah disaster. Tak mau beli baju baru. Suruh orang pilihkan je la..

6. Buku baru!
Ok, tipu.

7. Owh, nak beli NDS (Nintendo Duel-Screen)!
Sebab nak main Pokemon Diamond, Pearl, Platinum, HeartGold, SoulSilver, Black and White. (budget: 2m rp). Tapi.. rase macam tak pandai plak sebab semua tu boleh main dalam laptop. Just download emulator-nya dan games-nya, lepas tu boleh main. Jimat la dalam 2 juta rp.

8. Beg baru!
Tapi dah banyak sangat beg kat rumah. Tak jadi la, nanti kena marah..

9. Tv baru! PS3 baru!
Sebab nak tengok citer-citer dan main Metal Gear Solid 4. Saja nak buang masa, dan lepas tu kalau fail exam, ada la menda nak dipersalahkan. Ok, tak jadi. Salah sendiri. Rasa macam tak pandai plak kalau nak salahkan tv dan game.

So... apa yang aku nak beli dengan elaun akan datang? Aku tak ada keinginankah? Sebenarnya ada, banyaaaaaaaakkkkkkkk sangat. Tapi seseorang pernah kata, "kalau kau boleh mendapatkan sesuatu dengan harga murah namun dengan kepuasan yang sama dengan sesuatu yang mahal, kenapa kau nak beli yang mahal?"

Dan jugak "kalau yang lama masih boleh guna, kenapa nak beli baru?"

huhu.. ok, jimat2!!!

Btw.. bila agaknya nak masuk elaun niiiii... sabau2~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...