Sunday, September 4, 2011

Senyuman Palsu


    Aku rasa laman sosial menjadikan masyarakat semakin pengecut dan hilang keyakinan diri. Semua perasaan geram, tertekan, nak marah seseorang dilempiaskan di kotak-kotak status dan komen. Tapi tanpa menyebut kepada siapa hendak ditujukan.

"Cengkodeng punye minah. Bajet santek sangat la pakai baju merah tu. Baju beli duit pinjam aku, tak reti-reti nak bayau!"

    Yer, memang tak di-mention secara specific, tapi bagi seorang minah yang berbaju merah yang memang pernah pinjam duit dari dia, sudah tentu akan terasa hati. Namun, apa sahaja yang boleh dia lakukan. Dia tidak boleh menyerang orang tersebut sebab kalau dia serang, sudah pasti dia akan dimalukan. 1. sebab memang dia yang salah, terlupa nak pulangkan duit. 2. sebab orang tu tak mention nama dia, so sudah tentu dia di-counter dengan ayat, "yang kau terasa apsal?"

    So, meredam rasalah minah merah tersebut gara-gara ke-pengecutan orang tersebut untuk man up, tampil  menegur secara diplomasi. Bila berjumpa masing-masing memberikan senyuman palsu. Di dalam hati, menyala marak api-api kemarahan, menanti masa membakar mangsanya. Namun, semua itu hanya tersimpan, gara-gara tidak mahu gaduh. Perasaan hanya perasaan. Dibiarkan sahaja terpendam.

Well, my point is..
Semua orang PASTI akan ada sesuatu yang membuatkan dia terasa hati. Sebab manusia bukan malaikat.. manusia mempunyai perasaan. Jadi, buanglah sifat pengecut tu. Berhenti la mengutuk dan menghina orang yang kita benci dalam kotak status tersebut. Kalau rasa nak mengata sangat tu, tulis dalam diari. Kenapa nak buat orang tu terasa hati? Puas ke hati kau?

    Kalau kau dah specifickan kelemahan, tindakan dan sifat-sifatnya, even kau tak mention nama, sudah pasti dia akan terasa jugak. Kenapa kau nak hidup dalam kepura-puraan? Dalam hati saling membenci tapi di bibir tetap tersenyum dan memuji.

    Kau bukan budak kecil lagi. Gunakan diplomasi dalam menegur. Hentikan cakap belakang dan mengutuk di laman sosial. Kalau tak puas hati, jumpa la face to face, curahkan dengan berhemah. Kalau takut orang tu terasa, diamkan sahaja, tak payah nak perli-perli di kotak komen..

2 comments:

wawa said...

salam..ni pndngan ak psl hal ni..kita x leh expect seseorg tu akan buat or fikir sama mcm ape yg ada dlm fikiran kita..sbb manusia ni mcm2 n x sempurna...terserah pd dia la nk buat status ape pun sbb tu hak dia..dia tau baik buruk apa yg dia buat tu n maybe tu cara terbaik ntuk die sedarkan seseorang tu..
Pasal hati benci tapi bibir senyum tu...ade org penah cakap senyumlah x kira hati kita ni x suke org tu ke, sedih ke..senyum je sbb tu akan menggembirakan org sekeliling..soal hati tu hanya Allah yg tahu n biar Allah yg nilai..Banyak org banyakla ragamnya..sekian pndgan saya...

Asip Hussin said...

Setuju. Mungkin itu cara terbaik utk dia sedarkan seseorang. Tapi cara terbaik utk dia, belum tentu terbaik utk orang yang die terasakan tu. Tapi takpe la kan, atleast dia cuba.

Senyum boleh buat semua orang gembira. Setuju jugak. Kalau setakat hal kecik macam kite x puas hati orang tu dpt coklat, kite x dpt.. xpe la kot nak senyum walau dlm hati jeles. Perkara remeh je tu..

Tapi kalau dia pernah buat salah besar, n kita senyum jugak sebab xnak bertumbuk.. aku x rasa tu perkara remeh. Pada pendapat aku, elok la diselesaikan baik-baik. Syaitan tu sentiasa je carik peluang nak pecah belahkan umat. So, kite kene berhati-hati la. Silap hari bulan, ade yang meletup plak sebab lame sangat memendam rase haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...