Friday, May 28, 2010

Kenape Mesti Parsi?

Semalam puas le aku tunggu. Rasenye tiap-tiap sengah jam aku refresh page ni kot, nak tgk mane tau ade sape-sape update citer (blog) dorang. Tapi sampai ke saat aku nak tidor, same je xde apape. Hari ni bile aku bukak, ramai la pulak yang bercerite dan secare tak langsung termotivate aku utk taip sekali (boooo, boring~)

Bulan lepas aku deactivate akaun facebook aku dengan alasan, aku terlalu leke dan byk abeskan waktu kat situ. Then mase borak-borak time on the way balik dari nonton putera parsi tadi, wan kate kt aku, "Ko deactivate fb, lepas tu ko buat ape? Ko buat mende lain. Same jugak". Dan secare tibe-tibe aku terpikir, "eh, betol jugak!" Aku ingat lepas aku cancel fb tu, semue masalah berkaitan pembaziran waktu akan selesai tapi macam tak je. Aku still macam dulu jugak. Lepak depan laptop dan menghabiskan sebagian besar waktu aku di situ. Adakah aku harus cancel akaun ym, blog dan formspring aku jugak? Seyesly, ini je yg aku ade. Kalau mende ni aku cancel, bererti, aku takde apape nak buat depan laptop. Adakah aku akan jadi budak surau lepas ni?

Sekilas mengenai kisah putera parsi itu. Perkare pertame yang aku perasan adalah...."you stay here, ok?", APSAL DIE CAKAP OMPUTIH!!???. Yer, actually aku tau memang die akan cakap omputih, tapi aku saje je nak buat2 terkejut, sukati aku la. Aku rase citer ni tak best. Dari start citer sampai abes, aku sikit pon tak rase kagum. Ko lompat la mcmane sekali pon, buat le aksi cool byk mane pon, aku sikit pon tak impress. Dari awal lagi memang aku tak nak tgk sbenanye sebab mase aku tgk trailer die, aku da rase tak best. Tapi atas sebab-sebab tertentu, aku gagahkan jugak kaki melangkah ke cenpak tu. Hiish, pening kepale aku.

Kepade yg belom tgk dan ade hasrat nak tgk, anda dinasihatkan agar tidak terpengaruh dgn saye. Kalo rase nak tgk, pergi je. Jangan disebabkan org kate tak best kite terus tak buat. Takde pendirian namenye tu.

Sikit mengenai pendirian. Berkenaan keputusan yang aku buat baru-baru ni, actually bukan semua orang setuju. Aku pernah diterjah dengan soalan "nanti sape nak tanggung?". Tapi aku kesah ape, bukannye aku tak pernah fikir langsung pasal semue tu. Ini adalah pendirian aku. (Kalau tak paham, sile lanjutkan pembacaan ke paragraph seterusnye dan jangan pure2 paham)

Actually aku da abes citer. So, xde paragraph lain.




Wednesday, May 26, 2010

Bukan Budak Kecik Lagi

Sampai bila kita nak jadi budak-budak? Cuba tengok diri kita. Katakan tiba-tiba kita main kejar-kejar dgn kawan kita, lari dari gang 1 sampai gang 8, lepas dapat tangkap, tutup mata kat belakang pokok, then kira dari satu sampai sepuluh, pastu bila dah habis kira, jerit kuat2 "Dah ke belommm???". Tiada sahutan, bererti mereka dah abes menyorok. Kita pon mule mencari... Kalau perkara ini terjadi, apa yang kita rasa? Orang kampung dan jiran-jiran sume dok perhati je. "sengal apa budak ni?". Mesti kite rase malu, kan? Jangan tipu la kata tak malu. Paling tidak pun telinga merah sebab segan.

See, kalau dulu kita tak segan buat mende-mende macam ni, tapi sekarang segan, so ape maknanya? Maknanya...kite bukanlah budak-budak lagi!

Mende macam ni takde masalah jika dilakukan oleh budak-budak. Budak kecil tak faham apa-apa. Kenapa tak boleh makan jajan selalu? Kenapa tak boleh main mercun? Kenapa tak kasi mandi lombong? Bagi mereka segala yang dirasakan best itu, tiada masalah jika dilakukan. Tidur smpai tengahari itu best. Tgk kartun sampai maghrib tu best. Main game sehari sampai 23jam itu best. Senang cerita, mereka adalah budak-budak kerana mereka tak faham tentang sesuatu. Iaitu TANGGUNGJAWAB...

So far apa yang kita faham tentang tanggungjawab? Or kita tak paham apa-apa, sebab tu perangai sorang2 still mcm budak-budak, begitu kah? Bila ditanya, masing-masing mengaku dah mumayiz, dah mencapai akil baligh. Ertinya apa? Ertinya, kita dah besaaaaar la. Dosa tanggung sendiri! Kalo kita mengumpat, kita tanggung sendiri. Kalau sengaja tak puasa, tak solat, jangan harap mak ayah nak tolong jawabkan utk kita nanti. Orang azan panggil solat Jumaat, kita buat dek je. Dah tau rokok tu memudaratkan, haram hukumnya, kita pekakkan telinga. So, ape kesudahannya nanti? "...sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa -11:49". Kita? Bertakwakah? Layak ke nak dapat kesudahan yang baik?

Tanye balik pade diri kita. "Adakah kita bertanggungjawab?" Eh, maybe soalan ni agak berat utk dijawab. Ok, soalan lain yg agak ringan. "Adakah kita sedar yang kita ada tanggungjawab?". Memandangkan utk melakukan sesuatu itu harus ada kesedaran dahulu, so maybe itu adalah soalan terbaik. Sedarkah kita bahwa bermulanya saat kita mumayiz dan baligh, kita telah pon ada suatu tangungjawab? Ya, tanggungjawab kepada agama kita.

Pade awalnya, tanggungjawab ni terletak pada orang tua kita. Sebab tu mak ayah kita puas la mengajor kita mengucap, solat, ngaji, puasa, penjagaan aurat dsb sebab itu tanggungjawab mereka. So bila sampai je ke tempoh tersebut, kite dah baligh, tanggungjawab tu terlepas. Bukan la maksudnya mereka dah tak payah tangung makan minum kita, tapi maksudnya di sini adalah pasal dosa pahala. Semue kemungkaran yg kita buat, tanggung sendiri la bro!

Then, apabila umur kita meningkat, lebih banyak lagi tanggungjawab yang datang. Adakah kita sedar? Tanggungjawab kepada alam sekitar, kepada masyarakat sekeliling, kepada pemerintah dan sebagainya. Tapi dalam byk2 tu, tanggungjawab yg aku rasa paling best skali utk dibahas adalah tanggungjawab kepada diri sendiri.

Kita bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatan kita sendiri dari bangun tidoq, sampai la kita tidoq balik. Cube renung balik apa yang kita buat sehari-harian. Waktu orang tidor, kita still berjaga, main game, surf laman tah hape2 kt net dsb. Kol 3,4 pagi baru nak tidor. Then bila jam dah kol 7 pagi, baru nak bangun, qada solat subuh. Adakah kita bertanggungjawab?

Hari Ahad memang la cuti. Dan kebanyakannye akan berkata, itu hari utk berehat. Tapi adakah itu bermakna kita harus tidor sepanjang hari? Sekurang-kurangnya bangun je la even takde kelas. Gi jalan-jalan ke, ke pasar ke or buat je apa-apa sahaja asalkan bukan maksiat dan tidak memudaratkan. Badan kita pon ade hak jugak. Kalo asek tido je, nanti sakit makit badan tu. Ini tak, lepas subuh je tarik balik selimut, bila matahari dah ngantuk baru kite nak bangun. Adakah ini yang dipanggil rase bertanggungjawab?

Di rumah pulak. Bila dah habis makan apa yg kita buat? Tinggal je pinggan tu atas meja. Mentang-mentang ada org gaji (umah aku kt kampung takde). Apa la salahnya kalau diangkat pinggan tu, bawa ke singki. Nanti kita pon nak ke singki jugak utk basuh tangan, so alang-alang tu bawak je la. Kalau nak angkat pinggan pon malas, nak basuh lagi la payah kot. Takat celop2 span, tenyeh2 pinggan pastu bilas. Susah ke?

Masuk bilik on suis lampu, kipas, laptop dan segala macam suis. Bila nak kuar gi tandas, apa la salahnya kalau tutup suis-suis tu kejap. Maybe laptop agak susah sket, tapi lampu same kipas, susah ke? Mungkin kita rasa, "alaa nak kuar kejap je, tak sampai semenit". Tapi sedarkah kita bahwa pembaziran itu tetap pembaziran walaupon semenit? Memang la bil listrik tak terjejas, just naik seposen dua je. Tapi kalo kita jimat, macam-macam kite leh buat dengan seposen dua tu. Koman-koman pon masuk dalam tabung masjid (nasehat orang berapi-api, tp aku buat ke?). Cuba tanya pada diri, adakah kita bertanggungjawab?

Kite tahu setan tu musuh nyata yang harus kita perangi sehabisnya. Tapi kenapa kita selalu ikot telunjuk setan? Kite dah diajar membace doa mohon perlindungan dari gangguan setan, "a’uzubillahi minasy syaitanir rajimtp adakah kita amalkan? Kalo ke tandas tu, menonong je masuk. Bersuke ria setan2 tu. Berapa saat je pun masa yg diperlukan utk baca doa masuk tandas, tapi adakah kita baca? Minah-minah sekeliling pakai baju sekerat2 je (or tak pakai langsung) dan kita pon terpandang sket. Lepas tu ape kita buat? Teruskan memandang dan berfantasi? Dia orang kafir atau orang yang terlupa (semoga mereka mendapat hidayah), tapi kita bukan. Dah tau pandang aurat tu hukumnye berdosa, masuk neraka tapi still buat jugak (atleast control la sbb nak cegah habis-habisan tu mcm payah je). Adakah kita bertanggungjawab?

Maybe ada di antara kita yang berpendapat, "kita masih muda..". Yer, memang la muda lagi. Tapi sepatutnya masa muda la kita kene belajar perkara-perkara ni. Nanti dah tua boleh belajar mende lain plak.  Sepatutnya kita harus mula menyedari akan kepentingan hal ini dan belajar menguruskan diri sendiri. Cuba la rasa bertanggungjawab sket. Kalau tanggungjawab sebegini pon kita tak mampu nak pikul dan uruskan, macamana kita nak pikul tanggungjawab yang lebih besar kelak? Kita bukan budak-budak lagi..


Akhir kata, semoga Allah tunjukkan kita jalan dan permudahkan urusan kita..


- sekadar pendapat -

Monday, May 24, 2010

Jimat

Manusia makan, hewan makan malah tumbuhan pon makan. Tak kira macam mana caranya, sama ada masuk mulut-kunyah-telan, sedut dari air, mahupun secara fagositosis, semua benda perlu makan. Selagi ia hidup, maka makanlah ia. Sebagai seorang manusia, kalau tak makan, semestinya kita akan menghadapi pelbagai kemungkinan-kemungkinan sadis yang tidak diingini seperti perut masuk angin, sakit lambung, tiada tenaga, kurang zat, penyakit berkait gizi dan yang paling teruk..kematian. Tapi rasanye kat negara kita jarang ada kes mati kebuluran. Allah masih sayang kat kita (tapi kalau ade yang mati pon, tak bermakna Allah tak sayang). Paling kurang pon sekadar tak cukup zat, badan keding dsb. 

As pelajar macam aku ni yang bergantung pada wang pembayar cukai, aku tak boleh la nak kata hidup aku mewah mahu pon sadis. Semuanya aku rasa cukup mukup je. Aku yakin pemerintah aku dah buat perhitungan yang serius pasal pembahagian wang ni. Maknanya, elaun sara hidup yang diberikan tu memang ternyata mencukupi malah mungkin lebih bagi sesetengah orang.

Bila aku renung balik diri aku, aku tak pernah rase kebulur sepanjang di sini. Paling-paling sengkek pon, makan megi. Macamana boleh sengkek? Maybe itu sebab aku ter-misscalculate perbelanjaan aku kot. Banyak sangat beli mende yang tak perlu, boroskan sane sini. Kalau kita just makan secukupnya, berbelanja dengan sederhana aku rasa masalah sengkek ni takkan ada dalam kamus hidup kita.

Aku selalu diingatkan baik oleh ayah, emak, abang atau sesiapa sahaja tentang bab makan ni. Lebih kurang begini peringatannya, "kalau pasal makan, jangan berkira". Exact words dia aku tak ingat tapi macam itu la maksudnya setiap kali pon. Dulu aku tak kisah pasal ni. Masa darjah satu aku pernah je tak guna langsung duit saku harian aku. Simpan singgit demi singgit semata-mata nak beli kereta mainan Tamiya tu. Tapi sekarang tak lagi. Malah aku mohon dijauhkan dari pemikiran macamtu.

Tak kira macamane kita nak berjimat sekali pun, makan tetap makan. Andai kata kita merancang sesuatu yang sangat besar sekalipun misalnye nak kumpul duit utk kawen, aku rase adalah sangat tak patut kalau kita mengikat perut dgn makan megi je hari-hari. Maksud aku di sini adalah, kalau sebelum ni kita makan nasik dua kali sehari, so tetap teruskan dengan rutin tu. Jangan la pulak kita kurangkan atau tak makan langsung. Kalau kita biasa makan lauk ayam di siang hari dan ikan di malam hari, jangan la pulak hanya kerana nak berjimat, kita makan nasi kosong tambah garam or kicap je.

Duit boleh carik tapi kesihatan itu tidak ternilai harganya. Dalam prioriti utama seorang Muslim, nyawa diletakkan pada tangga kedua selepas agama. Harta pulak di tangga kelima. Maksudnya di sini, nyawa tu sangat penting jika nak dibandingkan dengan harta. Nyawa ni termasuk la kesehatan dan penjagaan makan. Kalau kita makan sambil lewe je, pastu sakit, pastu mati.. ertinye kite tak jaga nyawa la. Hukumnya? Berdosa~

Memang kita disaran untuk berjimat cermat lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu zaman ini. Namun, berjimat-cermat pun ada had dan batasnya. Kalau kita suka berbelanja sakan, sekali shopping habis sampai 3,4 ratus dan shopping pulak sampai 7 kali seminggu..mungkin kita boleh belajar kurangkan part ini. Cukuplah sekadar beli apa yang perlu. Baju tu kalo rase dah lusuh tahap gaban sangat, boleh la beli baru. Kalo rasa asek pakai sepasang suar je, seminggu sampai lapan kali tak bertukar, rasanye tak salah kalau nak beli lagi 2,3 pasang, lebih digalakkan. Tapi kalau rasa dalam gobok tu dah banyak sangat pakaian, sampaikan boleh pakai pakaian berlainan setiap hari utk sepanjang tahun, rasanye adalah sangat wajar jika kita pakai yg tu dulu instead of beli lagi.

Apa lagi? Kuat berjalan? Tak salah kalau nak gi jalan-jalan. Tonton muvie ke, ice-skating dsb. Tapi itu pun harus beringat la. Jangan la terlalu kerap sampaikan dalam seminggu tu, hampir setiap hari nak gi tgk wayang. Dan semestinya tiada masalah kalau sekali sekala kita nak memanjakan diri kita. Boleh je nak makan kt Pizza, Berger King dsb tapi itu pun tak payah la selalu sangat. Sekadar perlu like sebulan sekali or dua kali ke, ok kot kalo mcmtu.

See, kalo nak berjimat tu boleh je. Tinggal lagi tak ramai yang betul-betul berusaha ke arahnya. Sekadar cakap nak berjimat tapi still lagi boros tak hengat, memang tinggal mimpi je la citer berjimat tu. Pokoknye di sini bukan hasilnya tapi usaha kita sendiri. Yer hasil tu memang la penting, tapi usaha ke arahnya jauh lebih penting. Allah suke hamba-hambaNya yang berusaha dan memang Allah akan bukakan jalan untuk mereka ni. Ibarat petani dan hasil taninya. Memang la kita inginkan hasil yang lumayan dan menguntungkan, tapi kalau kita sekadar bercakap tanpa adenya apapa usaha, adakah padi tu akan tumbuh sendiri? Adakah tembikai tu tetiba je muncul kat ladang kita? Semestinye tak.. So, jangan risau untuk berjimat. 

Jadi, kepada teman-teman sekalian (dan aku sendiri jugak), kalau rasa mampu berjimat tu, berjimat la. Kalo mampu masak, lebih baik masak. Even aku sendiri merancang untuk belajar mende-mende ni sebab nak berjimat. Bila ke kedai or mall tu, kalau rasa apa yg kita nampak tu tak berapa penting, tak perlu la beli. Ini semua untuk kebaikan diri kita sendiri jugak. Maybe kita tiada apa-apa plan yang besar yang memerlukan kita belajar menguruskan kewangan, tapi tak salah kalau kita nak berjimat. Mana tau satu hari nanti berlaku sesuatu yang unexpected..


Akhir kata, semoga Allah bukakan jalan dan permudahkan urusan kita.


- Sekadar berkongsi~ -





P/s: By the way, actually aku sedang merancang sesuatu yang besar.. yang mengharuskan aku belajar berjimat dari skrg~

Saturday, May 22, 2010

A

Ada apa dengan huruf 'A'?

Untuk seketika, aku terfikir-fikir, siapakah yang mula-mula menemukan huruf A ini?

Aku merasakan A itu seolah-olah sangat istimewa dalam hidup aku.

Misalnye, kalo aku rase pelik sikit, aku akan kate, "Aik, boleh caye ke?"

Kalo aku rase macam blur, aku akan kate, "Adoyai.."

Kalo aku marah orang aku kate, "Ah, sudah la ko"

Kalo aku rase mcm ade mende sengal berlaku, aku kate "Alamak!"

Kalo org tergagap mase buat presentation, org sebut "aaaaa..."(stoper)

Dokter nak check tekak suro sebut, "aaaaaa"

See..kebanyakan word yg disebut, bermule dgn huruf A.

Name aku sendiri walaupon bermule dengan huruf H, org akan panggil aku dengan A jugak. Hasif > Asip.

A adalah segalanya. Ayah, abang, adik, akak (kakak sbenanye, tp saje buang K tu). Dalam keluarge aku, semue orang ade nickname yg mule dgn A kecuali emak aku. Mule dengan huruf E. Sebab emak sangat special.

Kalo exam, sume orang nak dapat A...

See, A sangat istimewa~


(nanti aku nak citer pasal B lak. Pastu C, D, E sampai Z~)

Gumbira Lagi~

Ingat ko sorang je gembire???

Aku rase bulan ni boleh diberi gelaran, "bulan gembira" la. Adoih la, tak putus-putus gembire datang bertandang. Awal bulan dapat hape baru. Memang gembire sungguh ler. Pas beberape minggu, gembire lagi, kali ni bkn melibatkan aku sorang. Sekarang, lagi sekali gembire~ hahaha.








Tak nak cite apape. Nanti tengok sendiri. Kalo tak nak tengok, aku sikit pon tak kesah. Bukan korang yang gembire, tapi aku~

Friday, May 21, 2010

Jangan La Main-Main..

Ketike aku menulis post ini, aku hanya keseorangan di rumah. Pegi bilik sebelah, lampu terpasang, orang takde. Naik tingkat atas, lampu padam, orang takde. Turun ke dapur, lampu terpasang, tak de sesiapa. Untuk mengelakkan pembaziran listrik, semue lampu yang terpasang, aku buka suisnya (mase kite blaja KH dulu, buka suis = mati lampu, kan?)..

Pintu depan aku lock demi keselamatan. Hanya 4 lampu terpasang. Lampu luar, lampu bilik aku, lampu ruang tamu dan lampu tandas. Then aku masuk dalam bilik, duduk atas kerusi dan termenung jauh.

Oh, aku masih belum tuka baju dari pagi. Keluar bilik pergi ke tandas dan membawa tuala. Tapi dengan tak semena-mena, aku terperasan.. satu dari lampu yang aku tutup tadi menyala..

Tgk pintu depan..masih terkunci. Naik tingkat atas, tiada siapa-siapa..



EEHHH???



Aku menutup semula lampu tersebut dengan harapan...


ia tidak menyala semula..

Ntah

Aku da abes tengok siri pawe renjes tu. So far, aku suke happy ending die. Cume yang aku tak puas hati, apsal la raja raksasa tu mati sedemikian rupa. Kalau dah nampak ade tiang besar nak jatuh hempap die, kenape tak lari??? Kenape nak stay kat bawah tu dan menjerit, "nooooooooooooooooooooooooooo!"?





















Adoih.. baru-baru ni aku da takde rase nak update apape. Apakah yang terlah tejadi? Ntah hape la aku buat kat umah. Kan best kalo ade kelas 24 jam. Aku taknak balik umah. Taknak jumpe laptop. Nanti sakit jantung..

Sunday, May 16, 2010

Puas Hati!

Aaaaaa...ok. Aku tau aku nampak macam pelik sebab update tiap-tiap hari.

Dan aku jugak tau, aku nampak lebih pelik sebab baru-baru ni setiap post aku mesti ade word "pawe renjes".

Tapi ape kau kesah. Ini blog aku! haha. Haku pedulik hape~

Masih lagi pasal pawe renjes - sile bace kalau sudi. Siri terbaru pawe renjes sekarang adalah Power Rangers RPM (Racing Perfomance Machines). Dan aku rase ini adalah siri terbaik pernah aku tengok. Siri ini telah menjawab hampir semua persoalan aku mengenai kepelikan pawe renjes.

Misalnye, dulu aku rase pelik sebab setiap kali nak bertukar, mereke kene menjerit sesuatu seperti "Ninja Storm Ranger Form!", "Dino Thunder Power up!", "Magical Source Mystic Force!". Actually aku tak kesah pon sebab maybe die nampak cool. Tapi dalam siri baru ni, aku puas hati bile Doc tu kasi explanation. Katenye, "itu adalah voice activation". Maksudnye, hanye org tertentu je boleh jadi power rangers. Dalam siri ni, mase nak tukar dorang jerit "RPM, Get In Gear!"

Then aku pelik sebab setiap kali tukar, mesti ade explosion kat belakang. Dalam siri ni, doc tu telah kasi penerangan scientific mcmane pembentukan letupan tu terjadi. Nampak pelik, tapi logik. Dan yang paling penting, aku puas hati sebab atleast die kasi penerangan.

Then adegan pukul-tak-kene dah takde lagi. Setiap tumbukan die kene (or nampak macam kene) dan setiap efek tercampak adalah real (or nampak macam real).

Pade pendapat aku, jalan citer siri ni lebih dramatik, schematic dan lebih matang berbanding siri-siri sebelum ni. Kalau dulu, setiap episod same je. Citer pasal kehidupan heroes tu, then kuar monster kecik, kuar boss, boss kalah, boss jadi besar, panggil robot, dan menang. Well, dlm siri ni xde da adegan-menipu-budak mcmtu. Aku puas hati gile dgn plot dan perkembangan siri ni.

Dulu aku pernah gak tertanye, mane datangnye suit pawe renjes? Ok, dalam siri ni aku puas hati sebab idea yang ditonjolkan tu agak logik. Suit tu ade di simpan di markas, dan setiap kali nak morph, suit tu akan diteleport-pasangkan ke badan heroes tu. Oh yer, dan lagi aku puas hati bile diterangkan bahwa suit itu dicipta, bkn nye tibe-tibe ade (mcm dlm siri-siri sebelum ni).

Proses pertukaran tak memakan mase yg lame, dan kelihatan sgt cool. Setiap suit mempunyai kelebihan tersendiri yg logik misalnye limited teleportation, 5 sec time freeze, 4 sec invulnerability dsb. 

Aku jugak pernah rase pelik sebab mana mungkin sepasang suit getah setebal beberapa mm dan sebuah helmet mampu menjadikan seseorang itu kuat, kan? So, dalam siri ni, aku puas hati kerane semuenye dijelaskan secare logik. Suit pawe renjes tu mampu memberi kekuatan kepade pemakainya sebab mmg suit tu sendiri dikuasakan oleh sumber tenaga (maybe electrik, bateri, solar dsb). Logik, kan?

Kalo dlm siri terdulu, sengal gile. Ntah dari mane dtg suit, pastu ntah mcmane suit tu boleh kasi tenage. Aku pakai tight renang tak rase kuat pon!

Pendek kate aku sangat berpuas dgn siri ni dan aku rase, siri ni bukan hanye utk kanak-kanak. Jalan citernye yang logik, matang dan agak berat menjadikan siri ni setanding dgn siri superhero lain. Agak berbaloi ditonton semua lapisan masyarakat.

Btw, ini semue adalah pandangan aku je. Best or not, tergantung pade diri masing-masing. Setiap org ade taste mereke yang unik dan tersendiri..



P.S: Mule-mule aku agak tak suke dgn design helmet die. Tapi bile dah tgk sampai 12 episod, rase macam lawa plak. Dan aku suke soundtrack mase die lawan-lawan!


p.s-ii: Aku xde sape-sape nak aku share mende ni. Aku tak leh nak citer dgn excitednye pade kawan-kawan aku. Sama ade org pure-pure excited sebab nak jage ati aku or dorang layan nak taknak je. Thats why aku post kat blog. Atleast aku cube berkongsi, walaupon xde sapa2...*isk (tetibe rase sedih)

Saturday, May 15, 2010

Post-Exam Syndrome

Mase minggu exam la mcm2 keinginan terbangkit. Rase tgk makan eskrim la, tgk pawe renjes la, nak gi beli seluar la, jalan-jalan kat CL, tgk movie, bersembang tak hengat..sumenye terase mase minggu exam. Yang paling menyiksa sanubari adalah rase nak tidur.

Apsal la rase-rase ni hanye datang dlm waktu kecederaan mcmtu??? Same gak la mase dgr khutbah or dgr kuliah. Sebelum start segah giler. Time org tgh berkhutbah le perasaan ngantuk gile tu dtg.

La ni, exam da abes. Mane peginye semue urge nak tgk pawe renjes tu? Apsal xde rase ngantuk da? Da takde feeling nak gi jalan-jalan. Even nak duduk sesaje tak buat apape pon xde mood gak.

Tgk enset baru ni pon da xde apape feeling da. Sebab xde apape yg baru pade enset baru tu. Bukannye die boleh tukar jadi robot.

Kelmarin (b4 ujian anat) berapi-rapi semangat nak service basikal tu. Asek kruk-krek2 je bunyik die. Tp skrg? Tersadai je di bawah pohon cemara..

Tgk pak eRTe tu berkebun, nak gak tolong sket2. Tapi die xde anak pompuan. Takde semangat nak tolong. Takde sesape nak hidangkan teh buat penghilang dahaga.

Aku nak makan ayam mlm kang. Panggang sendiri. Kalo tak sedap, bkn aku yg panggang. Tuan rumah tu yang tak reti mengipas agaknye.

Friday, May 14, 2010

Borang Musim Bunga

Aku tengok ramai orang buat, aku pon buat la. Best ke..?
http://www.formspring.me/asiphussin
















takde ke sape-sape yang berminat nak tgk pawe renjes semule?

Tajuknye Adalah "Tak Nak Update"

Hari ni aku tak nak update apape. Aku tak nak citer yg aku manyak hentam mase jawab exam anatomi. 

Semalam belaja punye le lame, sampaikan dah kaler pelangi modul same paper pas yer tu. Bukan masuk dlm kepale pon, just saje je highlight2. Bile bukak balik nanti, tgk page2 tu byk kaler, nampak le macam aku ni kuat blaja. Tido lame jugak. Pat jam siang, pat jam malam tapi still x dapat apape ilham. Dah byk kali aku berharapan, nak mimpi tgk paper exam mase tdo. Last-last aku mimpi aku dalam robot, pakai kostume merah.

Lupekan paragraph atas ni, sebab aku tak nak citer mende tu sbenanye.

Esok exam last. Orang kate ujian histo tu senang. Ujian intergergasi pon senang gak. Tapi tak tau la part mane yg senang. Senang nak jawab, senang nak fail. <<< Yang ni pon aku taknak citer jugak. Jadi korang pure-pure je la mcm tak bace apape.

Balik umah rase sedih. Takde orang pujuk. Ape la korang. Last-last aku layan youtube, tgk pawe renjes.. Heroin die lawa. Bawak moto besa.

Orang kat umah aku terlupe hari ni hari Jumaat. Katenye, "masjid? Tak gi kot, aku ngantuk. Nak tido". Aku balik masjid nampak selipar dorang still mandiri atas rak kasut. Bukak pintu nampak perut tgh tdo. Lepas sejam, dengar orang menjerit dari bilik sebelah. "Hari ni hari jumaat ke!!!?????"

Nak sambung layan youtube. Kalo kene remed, jgn salahkan pawe renjes..

Wednesday, May 12, 2010

Aku Rase Lonely

Asip, Asif, Hassif, Hasyif, Acip, Mas Asief mahu pon Abang Hasif adalah name yang biase orang gune utk memanggil aku.

Tapi bile ade orang kate...

"saya harap itu cukup untuk menjawab pertanyaan dari Hussin"

...aku jadi keliru




*update sket kat sini sebab malas nak wat post baru.

Siot la!
Takde ke sesape seusie kini yang turut same meminati ape yang aku minat??? I mean, citer pawe renjes la. Aku rase lonely gile. Takde tempat aku nak share kehappian dan gembireness. Bukan la xde langsung, ade la jugak. Tapi sorang je, tu pon keminatan die tidak akan berpanjangan rasenye.

Apsal citer ni bukan mcm match bola. Kalo bola tu, ramai gile tgk, pastu seronok je bile dpt share reramai. Apsal la kite semue membesar terlalu cepat.

Apsal la ape yang aku minat, orang len tak minat? Dan apsal la aku tak mampu meminati ape yg orang lain minat? Tak boleh ke kalau kite saling meminati antare satu same lain??? (apsal mcm pelik je ayat ni.....lantak la)


Siot la!





P/S: Suare mahasiswi yg cube jawab pertanyaan aku tadi adalah sgt comel. Siapakah gerangan pemilik suara?

Tuesday, May 11, 2010

Masih Terkenang

Awas!
Bacaan kanak-kanak!
Hanya untuk 12 tahun ke bawah!

Kat post sebelum ni aku tulis "aku tak penah benci mahupon annoyed dengan pawe renjes", kan? Ok, aku tarik balik word tak annoyed tu sebab aku tetibe rase annoy dgn pawe renjes. Aku baru je tgk episod pertama siri terbaru pawe renjes iaitu Power Rangers Jungle Fury dan ape yg boleh aku katakan adalah....aku agak menyampah.

Siri-siri pawe renjes sebelum ni tak penah mengecewekan aku, dari Mighty Morphy Power Rangers sampai la Power Rangers Operation Overdrive. Utk setiap siri aku sentiase ternanti-nanti utk tgk mcmane proses pertukaran pawe renjes tu, fuh...sangat cool! Dan aku jugak sentiase teruje nak tgk costume mereke yang cantik. Seterusnye adalah jalan citer. Yer, siri ini agak kebudak-budakan, tapi asalkan jalan citernye logik dan boleh diterime, why not?

Aku tak kesah kalau terpakse berebut tv dgn adek aku. Adek aku nak tgk berite, aku nak tgk pawe renjes. Besenye adek aku mengalah la, sebab aku abang.

Ok, back to citer pawe renjes. Ape yg baru aku tonton tadi adalah sgt mengecewekan aku. Expectation aku sangat la tinggi pade siri ini maklum la, zaman semakin maju, so teknologi penyiaran pon sepatutnye semakin bermutu. Tapi yg terjadi adalah sebaliknye... 

Dah la character die tak ensem dan lawa. Transformation process pon tak menarik. Bile da jadi pawe renjes, costume die buruk. Terlalu banyak CGI. Jalan citer tak logik serte membosankan. Lakonan kurang bermutu dan tak real. Expresi muke dan gaye kesakitan tak menjadi. Ahhh, i hate this younglings.. Previous actor/ress seribu kali lagi baik dari ni.

Setakat ni siri paling best penah aku tgk adalah Power Rangers Time Force. Memang aku puji abes la siri ni. Aku siap donlod lagi opening theme die, letak dlm enset. Kalo semangat belajar ilang, dgr je lagu tu, then tetibe semangat tu dgt balik.

Bile la siri jungle fury ni nak abes. Aku malas nak tgk. Aku nak tunggu siri berikutnye. Hopefully lagi best la..


Ini adalah wallpaper laptop aku sekarang. Pawe renjes yg ol skul tp aku masih suke.


P.s: Biar la ape orang nak kate. Orang tue memang tak kan paham perasaan aku. Lagi-lagi "makcik tu"..

Monday, May 10, 2010

Terkenang

Lagi sekali aku rase aku tak patut ade kat sini tapi ape aku kesah..

Sejak kebelakangan ni aku selalu terkenang zaman kanak-kanak yg baru je aku tinggalkan tak lame dulu. Lebih kurang setahun lebih la aku tinggalkan zaman kanak-kanak. Sekarang aku di zaman post kanak-kanak atau sulcus tenagehood centralis (lalala~).

Time kasih kepade youtube dan para uploader, aku tak lagi kempunan nak tengok citer pawe renjes. Dulu suke le tgk pawe renjes siap hapal lagi watak-wataknye. Jason is red, Adam is black, Billy is blue, Kimbilly, Tanya, Tommy dsb. Pastu hapal plak kesemue name series pawe renjes. Dari mighty morphy, zeo, turbo, space, lost galaxy dan byk lagi. Yang terbaru adalah siri pawe renjes jungle fury rasenye. Tiap-tiap siri ade theme tersendiri. Bertemakan kadet polis, time-traveling, hutan, dinosour, ninja dsb..

Yang paling aku tunggu-tunggu setiap kali citer adalah waktu power renjes tu tgh bertukar, dari org bese menjadi pawe renjes, lengkap bersuit dan bersenjatenye. Itu dulu...yerla, budak kecik. Sume mende nampak macam cool jer. Tapi bile tgk balik sekarang...semuenye nampak lucu dan pelik jer.

Pelik 1: Setiap kali kene fire, letupan akan berlaku di belakang tapi orangnye akan melompat dan menjerit kesakitan seolah-olah seluruh dunie sedang meletup.

Pelik 2 : Bile first time jadi pawe renjes, kesemue ahli akan berdiri sebaris dan letupan akan berlaku di belakang disertai music yg sungguh patriotik. Ape bezenye dgn "Pelik 1"? Meletup jugak tp knp x tercampak?

Pelik 3 : Setelah ditiming, seorang renjer memerlukan atleast 4 saat utk transform, dan kurang lebih 20 saat utk transformasi 5 orang. Kalau aku jadi monster, seyesly aku akan attack semue time tu.

Pelik 4 : Helmet pawe renjes merah besenye paling cool antare semue renjers

Pelik 5 : Robot lawan ngan raksase kat tgh bandar, tp x penah ade sape2 buat laporan yg rumah die kene pijak.

Pelik 6 : Pukul tak kene, tapi gaye sakit mengalahkan org kene gilis lori.

Pelik 7 : Perlu ke menari-nari dulu sebelum berlawan pastu menjerit "fast as lighting, yellow renjer" atau menyebut name senjate yg bakal digunekan "mystical sword! hiyaah"?

Pelik 8 : Setiap kali nak lawan, mesti dorang kene lawan dgn minion yg ramai yg kuar ntah dari mane. Kadang-kadang kuar dari celah pokok, bawah tanah, blkg batu dsb.

Pelik 9 : Pade awalnye, orang tu hanye high school studen bese je. Tapi bile jadi pawe renjes, serte mete die tau karate, tea kwon do dan seni mempertahankan diri yg lain. Serte pandai buat stunt sprt somersault, lompat bintang dan lari dalam guni.

Pelik 10: Sudah terang lagi bersuluh. Villian tu dah berkali-kali kate, "prepare to face the power of evil" mahupon "darkness shall never be defeated". Nampak sgt jahat. Dah tu, takkan polis tak wat apape?

Pelik 11: Kenape nak pure-pure terkejut bile monster tu tibe-tibe jadi besar? Bukankah mereke tau yg mereke ade robot dan dah byk kali gune mase episod2 sebelumnye?

Aku dah detect lebih dari 40 kepelikan waktu menonton pawe renjes, dan kalau ikotkan ati nak je aku listkan kesemuenye. But sebenarnye, bkn itu pointnye. Penerbit pawe renjes tak pernah terbitkan citer tu utk org detect kepelikannya. Sebaliknye hanye untuk menghiburkan hati kanak-kanak. Budak kecik kan senang teruje bile tgk aksi-aksi cool mcmtu. Nak pulak bile costume dorang warne-warne, lagi la aku budak kecik tu teruje.

So, itu la die. Walau ape pon yg terjadi, aku tak pernah benci mahupon annoyed dgn pawe renjes. Biar pon mereke tak wujud utk menyelamatkan dunie dari kejahatan nyata, namun mereke mengajar kite tentang satu perkare. Kejahatan tidak akan selamanya bertakhta di muka bumi biarpon yang nyata mahupon yang tersembunyi. Suatu hari nanti sinar kebahagiaan dan cahaya kebenaran akan muncul jua dan mengalahkan kuasa kegelapan. Dengan kuasa bulan, akan menghukummu!!! (eh..ni citer lain)

Picture of The Day

Saye tahu saye tak sepatutnye berade di sini (mcm selalu je dgr ayat ni..). Sejak kebelakangan ni, aku jadi rajin amek gambau. Maklum le, org jakun dpt enset canggih yang ade kemere, jadi die gayat sikit. Seyesly bukan eksyen, just overexcited je. Nanti lame-lame nanti ok le tu, maybe lepas setaun ke, 2 taun ke~. Walaupon tak secanggih kemere-kemere berpixel sampai 100mp tu, aku tak kesah. Sebab aku bukan nak jadi jurugambar pro. So, 3.2mp ni pon dah terlebih bersyukur da, daripade xde mp langsung.

Disebabkan dah selalu sangat amek gambau, aku rase sukecite plak utk berkongsi dgn orang lain akan gambar yang aku tangkap tu. Bukan la semue aku letak. Kalau dah sehari aku amek smpai 30-40 shot, jenuh la aku nak mengupload sume hari-hari. So, aku just letak gambar-gambar terpilih je. Dan semestinye, aku tak edit apape. From Monte ke Acer dan terus ke Blog..

So, sudi-sudikan la melawat blog album aku ni. Mane tau ade gambar korang dalam tu~
http://albumonteku.blogspot.com/
(link die ade jugak kat kolum widget sebelah kanan ni ha. Under "saye yang lain"..

Aku plan nak update blog tu tiap-tiap hari~

Sunday, May 9, 2010

Tag Tu Amende???

Aritu macam ade org tulis kat aku, "anda telah ditag. sile buat kalau ade mase bla bla bla". Tapi aku tak buat sebab aku tak paham amende tag-tag ni. Maklum le org mude, baru nak kenal dunie. Umor pon baru 18 tahun jagung. Hingus pon still hijau lagi..

Pastu bile aku check blog2 org len, aku rase aku paham sket kot amende tag ni. Jawab soalan yg dikasi tu dgn jujur tanpe sebarang penyelewengan (benarkah?). So, disebabkan aku ade mase (baaaaaaaaanyaaak sgt mase, esok praktikum anat la!) aku pon buat la..

1. Adakah anda merasa HOT?
Dulu rase la. Tp lepas dah gondolkan kepale ni, rase mcm kt kutub.

2. Upload wallpaper yg anda guna sekarang


3. Ceritekan pasal gambar tersebut.
Ini adalah gambar bunge. Orang kate bunge bukan sekuntum, kan? kat laptop aku ade baaaaanyak bunge

4. Bile kali terakhir makan pizza?
Due minggu lepas kot. Tgh malam. Jumpe dalam peti es, hosmate yg bulat tu punye. Alaa, pau 2 potong jeee, tu pon nak berkire.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Dengar lagu tsukiakari (ending theme citer shin chan). Dengar dari enset baru..huyooo, die ade mp3 player~

6. Ape yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
rujuk jawapan soalan 5

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
Hasyif, Hassif (seyesly ni bukan name aku, kuang asam)

8. Tag lg lapan orang.
harus orang yang ade blog ke?

9. Siapakah orang no1 kepada anda?
Doraemon yg takde kocek

10. Katakan sesuatu mengenai orang ke-5
Die punye enset tak best

11. No 3 ade hubungan dengan siapa?
Saye tak tau. Hubungannye terlalu sulit. Hubungan sulit kot.

12. Bagaimana pula dengan no 4?
Asal hari jumaat je park beskal kat umah aku. Pastu pau pepsi blue aku.

13. Pesanan buat orang no 6
Kalau ade mase, belanje la aku pizza~

14. Kata-kata cinta untuk orang no 2

15. Adakah no7 dan no8 mempunyai persamaan?
due2 boleh beranak

16. berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men-tag anda
i. kelompokmate aku
ii. tinggal kat gang 2
iii. pagar umah kaler ijo
iv. tak boleh terbang
v. kalau die lapar, die akan makan

17. Persamaan antara kambing dan lembu.
Bau kambing ada persamaan dengan bau org tak mandi
Perut lembu ade persamaan dengan perut org yang makan2 tapi tak kenyang2
Jadi kalau anda tak mandi dan asek makan je, anda ada persamaan dengan kedua-duanya (menjawab soalan tak?)

18. Perasaan anda wat tag ini.
Rase mcm nak gi tandas. Rase lapar. Siap je kang aku start enjin basikal, gi warteg ibu.

19. Adakah anda tahu si Rizman itu sengal?
Aku tak kenal sape Rizman. Tapi aku kenal sape yang sengal. Kadang-kadang die main badminton kt depan masjid gang aku.

20. Gay or Les?
Ni name buah-buahan ke?


Haaa..aku dah buat. Dah tag org lain. Tapi aku xnak bgtau. Kalau die bace, die tau la yg die kene tag~


ps. Aku rase aku tersilap jawab la. die tag utk soalan lain, aku jawab utk tag lain. tp aku kesah ape. nak jawab yg ni gak haha~

Friday, May 7, 2010

Sabun Di Bilik Mandi

Entah kenape sejak kebelakangan ni aku telah menjadi seorang yang sangat murah hati. Dalam erti kate lain, aku telah menjadi pemurah terhadap diri sendiri. Ini bertentangan dengan pe'el asal aku yaitu, kedekut. Entah apape je yg aku beli agaknye..

Meje baru, kerusi baru, rak buku baru, whiteboard baru, spedol (marker) baru, pen baru kaler ijo, pembaris baru, tempat letak pengsel baru, rantai basikal baru, bantal besar kaler merah jambu baru serte HAPE BARU...

Dan semue ni dibeli tanpe rase bersalah sebab tiap-tiap kali check balance kt ATM terdekat...jumlah tu mcm tak luak je..

***

Kadang-kadang aku pelik dgn masyarakat sekeliling aku. Agaknye kenape la dorang suke tanye yang pelik-pelik. Misalnye, waktu aku beli bantal kaler pink, org pon tanye "apsal beli kaler pink?". Tak pon bile aku beli Samsu Ng, org tanye lagi, "apsal tak beli Sani Erik-san (ade mcm name org melayu kacuk mat saleh, tapi tinggal di jepun tak?). Pastu kalo aku nak beli sebatang pen kat CL, org pon tanye "hahaha (dorang gelakkan aku dulu). Kat uranus/tomang kan ade pen. Nape x beli kat situ?"

Aku buat sebab aku suke la. Kalau aku tak suke, aku tak buat. Dan aku beli yg tu sebab memang aku nak yang tu. Kalo aku nak yang lain, aku beli la yang lain. Apsal la dorang tanye mcmtu. Tapi aku kesah ape. Dorang tanye aku jawab le, bukan susah pon nak jawab, kan? So, teruskan bertanye~

***

Lepas dah lame pakai, baru hari ni aku sedar yg enset aku sangat best. Dulu aku beli sebab aku rase die best je. Tak tau plak aku yg die betol-betol best. Kalau aku tau aritu, aku beli due. Satu letak dalam kocek, lagi satu gantung kat dinding. Framekan lawa-lawa..

***

Aku tak penah kesah kalo org ejek aku kurus sebab aku memang kurus. Lain la kalo tetibe org kate aku gemuk. Wah..mmg marah sungguh la. Tapi aku pelik bile ade org gemuk yg happy bile ade org kate kat die, "wah anda nampak kurus~". Apsal die tak marah bile org kate mcmtu? Bukankah die gemuk?

***

Aku rase aku study dah banyak dah. Tapi bile aku bukak je memane page, ade je mende yang aku tak tau. Aku pon study le pasal mende tu. Pastu aku rase mende tu mcm ade kaitan dgn info kt page sebelumnye. Bile aku study pasal mende tu plak, rase mcm tak paham sebab tak leh nak imagine. Bukak atlas plak. Pastu aku rase tak sedap sebab gambar tu mcm tak explain abes mende yg aku nak tau. Bukak lagi buku teks, bile bace rase mcm ade yg kurang. Belek-belek page sebelumnye, jumpe ape yg kurang tapi rase mcm tak lengkap. Bukak modul plak. Haa, jumpe! Then bile bace btol-btol, ade shortform yg mencurigekan, terpakse carik dalam net plak. Tengah carik-carik, terkuar plak pop-out. Aku mengamati dan tertanye-tanye, "mane baju die?". Aku close window pastu belek buku balik. Ah sudah...sume mende dah lupe.. Kene study balik dari mule.. 




Aku ingin pulang...

Wednesday, May 5, 2010

Deltoid

Sori sebab suro angkat beg berat tu tadi.. (tetibe rase bersalah atas mende kecik)














 :(

Sunday, May 2, 2010

Abes

Ianya melekakan saya..
Result saye teruk sebab saye sendiri..
Orang lain boleh je control penggunaannya, tapi saye bukan orang lain..
Saya tak reti macamane nak gunakan ia untuk kebaikan saya..
Maybe ini yang terbaik untuk saye buat mase ini..
Tgk la mcmane..
Selagi saye tak nampak apape perkembangan pade diri saye, pelajaran saye, selagi tu ia akan berlanjutan..




Pepatah mengatakan, marahkan nyamuk, kelambu dibakar..
Tapi, kalau takde kelambu, takde la nak bakar-bakar, kan?
Saye..tak perlukan kelambu itu lagi..
(kiasan aku. kalau paham, bagus la. kalau tak, aku kesah ape~)



p/s: nak ST sampai abes sem pon, ST la..saye perlu belajar bersungguh-sungguh untuk jadi macam kamu..
kalaustilllekejugak, pageniponakudeactivatekan, padanmukeaku..

Saturday, May 1, 2010

Air..


Menariknye. Mendenye cume satu tapi darinya boleh ade macam-macam cerite.

Kalau air berjejeran dari botol sejuk sebab kondensasi, xde sape kesah sebab kite tau nanti air tu akan tersejat sendiri...
Kalau air pepsi blue ditawarkan percuma, ramai yg sudi menerimanya walaupon die xpernah minum pepsi blue..
Kalau air laut tetibe kering semua orang jadi risau even die tinggal di pedalaman dan tak pernah mandi laut..
Kalau air banyak macam kt sunway lagoon, takde sape yg tau kalau kite kencing merate-rate..
Kalau air panas diberikan kepade org baru lepas berlari, maybe die akan menolak..
Kalau air mata tak mampu keluar, mcmane kite tahu yg die sedang menangis?
Kalau air itu tak mampu membeku dan menyejat, kite akan tinggal dalam air..
Kalau air oren tumpah, cepat-cepat kite lap sebab taknak bersemut..
Kalau air mani tu tak mengandungi sperma, xde bayi yang lahir..
Kalau air paip dicurahkan ke tanah, rumput akan tumbuh..
Kalau air susu tiada, kite tak boleh la nak minum susu..
Kalau air takde..kite tak mandi..

Nampak simple. Air. Hari-hari air. Air teh, air kolah, air pili, 'mata air' aku, air-cond, pistol air mahu pon air kencing. Cube bayangkan kalau dunie ni tiade air. Bukan setakat kehidupan kite je berubah, malah maksud istilah2 di atas ni pon dah lari jauh.

Misalnye, air cond. Kalau takde air, die jadi cond je. Cond ape?
Air mate plak, kalau xde air..jadi mate je. Same ke maksudnye?
Kalau air kencing itu merupekan kata benda, jike xde air, die akan jadi kate kerje..kencing.
Pistol air. Budak2 je yg main. Tapi kalau xde air tu, die jadi pistol betol. Bapak budak yg main..waktu tgh mengamok..

Dari dulu sampai sekarang, walau macamane dahsyat perubahan zaman, walau ape pon yang terjadi pade bumi kite, tak kire bagaimana bentuknya..Air itu tetap ade. Sebagian dari diri kite dan sebagian dari kehidupan kite. Tiada air, tiada kita. Tiada air, tiada kehidupan..

Masa yang dikurniakan kepada kite banyak. Ade 24 jam sehari. Atau 1440 menit. Atau 86400 saat...
Banyak, kan?
Namun tak ramai yang menyedari..untuk mengucapkan Alhamdulillah itu..
Tak sampai due saat..

[56:68]
340

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...