Tuesday, June 23, 2009

Orang x suke, jgn la pakse!

Aduh, sebenarnye dalam byk2 tempat, kedai baju la tempat yang paling aku x suke pergi (tp da pegi 2 kali da bulan ni). Asal masuk je kedai baju kepale aku pening, rase mcm nak pitam.

5 minit di kedai baju.... "baju mane nak beli ni?"
6 minit..."aduh, apsal la byk sgt baju dorang jual ni?"
10 minit..."dey...yang kaler putih takdak ka? pening la byk sgt kaler ni!!!"
12 minit...famili or member tlg carikan (aku tunggu kt sudut kedai)

seyes, paling senang n cepat aku marah, kt kedai baju la. Serabut la, x kesah le mane2 kedai, asalkan ade jual baju, jgn le ajak aku masuk. tu baru 12 minit, kalo sejam? da terbakar agaknye. bukan kedai tu, tp aku yg terbakar. kalo teman org beli baju, ok sket just tunggu je. yang jadi masalahnye, kalo beli baju sendiri. tensen la pilih baju ni...arrrrggghhh, x suke gi kedai baju!!!!

Monday, June 15, 2009

Cukuplah Bagiku...


Aku tidak perlukan laptop2 berteknologi tinggi yang mempunyai touch screen, berprocessor canggih, mahu pun mempunyai internal hdd sehingga 1Tb...
Cukuplah bagiku sebuah laptop ringkas, hadiah dari bapaku untuk membantuku dalam pelajaranku...

Aku tak perlukan henset canggih yang mampu menyimpan ribuan lagu untuk santapan telinga, mampu menangkap gambar dengan kamera berpixel tinggi, mampu membuat panggilan video kepada rakan di seberang...
Cukuplah bagiku sebuah henset yang mampu memberiku kepuasan
berbual dengan insan tersayang, menyatakan rasa hati melalui mesej2 ringkas...

Aku tidak perlukan pakaian mahal dan berjenama untuk berjalan di muka bumi ini, yang mampu membuat rakan2ku kagum, memikat hati sesiapa yang memandang...
Cukuplah bagiku sepasang seluar panjang yang tidakku tahu apa jenamanya dan sehelai baju yang dibeli entah di mana bagi menutup auratku ini...

Aku tidak perlukan banglo mewah untukku diami. Tingkatnya tiga, kolamnya besar, halamannya luas. Pembantu rumah yang banyak, pemandu peribadi yang setia membawa ke mana mahuku...
Cukuplah bagiku rumah warisan ini, teduhku tika panas, payungku sewaktu hujan, tempatku dibesarkan, diberi kasih sayang...

Aku tidak perlukan ribuan kawan yang sentiasa di sisi ketika tawaku, hilang ke mana sewaktu senduku. Yang ada bersama tika senangku, hanya memandang tika susahku...
Cukuplah bagiku seorang teman yang sudi mendengar luahan rasaku, memberikan pelukan disaat-saat perlu, menemaniku, menenangkan hatiku...

Aku tidak perlukan seorang jelitawan sebagai menantu kepada ibu bapaku. Berwajah cantik mencairkan hati, keturunan bangsawan hebat pengaruhnya dan mampu miliki apa dihajati...
Cukuplah bagiku seorang insan yang indah akhlaknya, sejuk hatiku ketika bersamanya. Sebagai teman yang perihatin, sahabat yang memahami, rakan yang setia menemani...

Wednesday, June 10, 2009

Cinta Itu Buta

Kata orang cinta itu buta. Tapi orang yang buta tidak semestinya bercinta. Begitu juga dengan orang yang bercinta, tidak semestinya buta. Jadi adakah cinta itu buta? Bagi mereka yang cintakan orang bernama Buta, sudah pasti dia 'cinta itu Buta'. Jadi bolehlah teori ini digunakan sebenarnya.

Walaubagaimana pun teori ini tidak menghalang mereka yang bernama Buta untuk bercinta. Tidak kisahlah dengan siapa mereka bercinta, mereka jauh sekali cenderung untuk menjadi buta. Bagi mereka yang bernama Cinta, istilah cinta itu buta adalah istilah taboo kerana Buta mungkin seorang lelaki, sedangkan Cinta seorang perempuan. Sudah tentu Cinta marah apabila orang berkata Cinta itu Buta kerana mana mungkin Cinta itu boleh menjadi Buta. Sekali pun Cinta dan Buta adalah adik beradik, itu tidak juga membolehkan Cinta menjadi Buta. Salah seorang di antara mereka pasti akan menjadi abang atau kakak. Jadi kenapa dikatakan cinta itu buta? Sekiranya Cinta dan Buta merupakan adik beradik kembar yang mempunyai genotype yang sama sekali pun, tidak mungkin Cinta itu Buta. Kerana sudah namanya pun berbeza sudah tentu orangnya sama sekali tidak sama. Boleh jadi Cinta sukakan kucing, boleh jadi Buta suka mandi sungai. Cinta dan Buta sama sekali tidak boleh di samakan kerana kedua-duanya memiliki sikap dan karekter yang berbeza. Jadi terbuktilah di sini yang Cinta itu bukan Buta.

Kemudian timbul pula istilah cinta itu buta dan membutakan. Satu lagi kekeliruan timbul di sini. Adakah Cinta itu seorang Ah Long yang menggunakan nama samaran Buta bagi mengelakkan dirinya di tangkap polis? Adakah Cinta menggunakan kaedah mencucuk mata sehingga buta semasa mengutip hutang-hutangnya? Mungkin ada kebenarannya, bila mana Cinta itu menjadi Buta dan menyerang mata orang lain, maka logiklah istilah cinta itu buta dan membutakan. Hakikat yang pahit terpaksa juga ditelan. Namun, tidak seratus peratus benar juga. Boleh jadi Buta adalah seorang lelaki yang digelar Cinta oleh rakan-rakannya kerana dia sering putus cinta. Lantas kerana tekanan jiwa, tanpa disedarinya, dia telah mencucuk mata kawannya itu sewaktu mengigau. Mungkin dari situ wujudnya satu lagi teori yang membenarkan istilah "Cinta itu Buta dan membutakan.

Walaubagaimana pun, tidak kisahlah macam mana sekali tanggapan masyarakat terhadap Cinta dan Buta, sekiranya mereka ditakdirkan bersama, tiada siapa boleh mengubahnya. Sungguhpun Cinta itu tidak mungkin menjadi Buta tetapi itu tidak menghalang Cinta untuk mencintai Buta. Dan sekiranya berlaku kemalangan di mana Cinta kebutaan matanya, andai Buta benar-benar mencintai Cinta, Buta pasti akan membutakan sebelah matanya untuk didermakan kepada Cinta. Maka jadilah Cinta itu buta sebelah mata dan dalam masa yang sama, Buta juga buta sebelah mata....

Oleh itu janganlah bercinta jika risau anda menjadi Buta kerana Cinta...






Tuesday, June 9, 2009

Noktah

Orang bercinta, engkau pun nak bercinta. Tapi cintamu mati, tidak berjiwa. Kerana cintamu tidak kena pada tempatnya. Cinta mereka cinta yang bermaruah, berlandaskan keimanan, berteraskan ketakwaan, bermatlamatkan keredhaan Ilahi. Sedangkan cinta dikau? Mengikut nafsu semata-mata, hanya sekadar suka-suka. Kau rasakan cinta dikau itu suci dan murni bermottokan, cinta kita membawa ke syurga, tapi sejauh manakah cinta tanpa ikatan tersebut? Cinta yang dikau gelarkan cinta sejati itu bukan pun cinta pada asalnya. Itu hanya naluri dan fitrahmu sebagai seorang manusia, ingin mengasihi dan dikasihi. Ya, memang kita memerlukan naluri tersebut tapi bukan untuk disalurkan pada sembarangan saluran. Hanya dengan ikatan pernikahan mampu menghalalkan yang haram, menukar status cinta nafsu kepada cinta yang murni.

Sewaktu di sekolah dahulu, jiwamu lemah. Amat mudah sekali kau tewas pada pujuk rayu mereka. Kau rasakan, "oh, mungkin dialah yang terbaik untukku" lantas kau menjalinkan hubungan. Setiap hari bersama. Makan bersama, riadah bersama, belajar bersama. Bila sedih dikongsi bersama, bila gembira tertawa berdua. Indahnya hidupmu, hanya dikau yang mengerti bagaimana. Kau rasakan dunia ini hanya milik kau dan dia. "alangkah indahnya cinta ini" desis kecil hatimu. Tapi selama mana cinta itu bertahan? Mungkin 3,4 bulan atau selama setahun. Pasanganmu itu mula merasakan kekosongan. Segala kekurangan dirimu mula diperkatakan, keindahan dan ketulusanmu, mula dipertikaikan. Konflik datang dan menamatkan segalanya.
Tibalah masanya untuk berpisah...

Namun kau masih tidak mengalah. Engkau mahukan belaian, mahu mencintai dan dicintai. Lantas engkau memulakan langkahmu. Kau goda seseorang dan akhirnya kalian menjadi pasangan yang bercinta. Adakah percintaanmu kali ini membawa ke syurga? Tidak, sebaliknya engkau dibawa ke surau oleh pasanganmu agar engkau bertaubat. Pasanganmu itu mula sedar akan hakikat percintaan tersebut. Dia sedar akan dosa, dia tahu akan balasannya. Namun engkau masih tidak berubah. Kau kerling dirinya dan, "eleh nak jadi baik konon" kau permainkan niat hatinya.
Tibalah masanya untuk berpisah...

Sejak dari itu engkau tidak lagi seperti dulu. Dirimu kini semakin ekstrem. Godaanmu semakin hebat. Dengan solekanmu, lunak suaramu, cantik tubuhmu, pasti cair hati setiap lelaki yang memandang. Kau masih mencari-cari cintamu. Jika di sini tiada, mungkin di sana. Jika tidak di sana, mungkin di situ. Pertemuanmu dengan seorang usahawan membuatkan hatimu berbunga. "Mungkin inilah cintaku" Wajah yang tampan, ekonomi yang stabil, kerjaya yang hebat. Amat cocok sekali rasanya jika digandingkan denganmu. Setiap hari bersama. Makan bersama, menonton wayang bersama, membeli-belah bersama. Ya, segalanya "bersama". Fikiranmu menerawang, menerobos ke masa silam. Sewaktu di alam persekolahan kau pernah melalui semua ini. Sewaktu di kolej, semasa di universiti dan kini. Engkau mulai bosan. Engkau mahukan bersama dalam erti kata lain. Sekatil bersama, tidur bersama...mungkin ini yang engkau mahukan. Akhirnya dikau disatukan dengan ikatan perkahwinan. Kini berakhir sudah pengembaraanmu setelah kau dapat segala yg kau inginkan. Indahnya "cinta" ini, hatimu berbisik.


Hari berganti hari. Bulan datang dan bulan pergi. Baru sahaja setahun tempoh penyatuanmu, engkau mula merasa bosan. Untuk apa perkahwinan ini. Adakah hanya untuk "itu"? Sejak berkahwin kau hanya bertemu dia di kamarmu. Tiada lagi makan bersama, berhibur bersama. Adakah ini cinta yang dikau cari? Soalmu pada diri, di manakah nikmat cinta yang berlandaskan jalan yang haq? Engkau buntu mencari jawapan. Segalanya telah engkau nikmati sebelum berkahwin kecuali satu. Dan setelah engkau dapat nikmat tersebut ke mana hala tujumu sekarang? Apa lagi yang engkau kejarkan kini? Engkau bingung...
Adakah telah tiba masanya untuk berpisah?
Engkau pasrah..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...