Wednesday, June 10, 2009

Cinta Itu Buta

Kata orang cinta itu buta. Tapi orang yang buta tidak semestinya bercinta. Begitu juga dengan orang yang bercinta, tidak semestinya buta. Jadi adakah cinta itu buta? Bagi mereka yang cintakan orang bernama Buta, sudah pasti dia 'cinta itu Buta'. Jadi bolehlah teori ini digunakan sebenarnya.

Walaubagaimana pun teori ini tidak menghalang mereka yang bernama Buta untuk bercinta. Tidak kisahlah dengan siapa mereka bercinta, mereka jauh sekali cenderung untuk menjadi buta. Bagi mereka yang bernama Cinta, istilah cinta itu buta adalah istilah taboo kerana Buta mungkin seorang lelaki, sedangkan Cinta seorang perempuan. Sudah tentu Cinta marah apabila orang berkata Cinta itu Buta kerana mana mungkin Cinta itu boleh menjadi Buta. Sekali pun Cinta dan Buta adalah adik beradik, itu tidak juga membolehkan Cinta menjadi Buta. Salah seorang di antara mereka pasti akan menjadi abang atau kakak. Jadi kenapa dikatakan cinta itu buta? Sekiranya Cinta dan Buta merupakan adik beradik kembar yang mempunyai genotype yang sama sekali pun, tidak mungkin Cinta itu Buta. Kerana sudah namanya pun berbeza sudah tentu orangnya sama sekali tidak sama. Boleh jadi Cinta sukakan kucing, boleh jadi Buta suka mandi sungai. Cinta dan Buta sama sekali tidak boleh di samakan kerana kedua-duanya memiliki sikap dan karekter yang berbeza. Jadi terbuktilah di sini yang Cinta itu bukan Buta.

Kemudian timbul pula istilah cinta itu buta dan membutakan. Satu lagi kekeliruan timbul di sini. Adakah Cinta itu seorang Ah Long yang menggunakan nama samaran Buta bagi mengelakkan dirinya di tangkap polis? Adakah Cinta menggunakan kaedah mencucuk mata sehingga buta semasa mengutip hutang-hutangnya? Mungkin ada kebenarannya, bila mana Cinta itu menjadi Buta dan menyerang mata orang lain, maka logiklah istilah cinta itu buta dan membutakan. Hakikat yang pahit terpaksa juga ditelan. Namun, tidak seratus peratus benar juga. Boleh jadi Buta adalah seorang lelaki yang digelar Cinta oleh rakan-rakannya kerana dia sering putus cinta. Lantas kerana tekanan jiwa, tanpa disedarinya, dia telah mencucuk mata kawannya itu sewaktu mengigau. Mungkin dari situ wujudnya satu lagi teori yang membenarkan istilah "Cinta itu Buta dan membutakan.

Walaubagaimana pun, tidak kisahlah macam mana sekali tanggapan masyarakat terhadap Cinta dan Buta, sekiranya mereka ditakdirkan bersama, tiada siapa boleh mengubahnya. Sungguhpun Cinta itu tidak mungkin menjadi Buta tetapi itu tidak menghalang Cinta untuk mencintai Buta. Dan sekiranya berlaku kemalangan di mana Cinta kebutaan matanya, andai Buta benar-benar mencintai Cinta, Buta pasti akan membutakan sebelah matanya untuk didermakan kepada Cinta. Maka jadilah Cinta itu buta sebelah mata dan dalam masa yang sama, Buta juga buta sebelah mata....

Oleh itu janganlah bercinta jika risau anda menjadi Buta kerana Cinta...






2 comments:

amirulhazwan said...

mende ko asip!
bapak ah lawak!

hahahaha!!!

Asip Hussin said...

aku pon rase nak golek2 ble bace balik..mane lah dtg idea aku taip mende ni haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...