Monday, June 15, 2009

Cukuplah Bagiku...


Aku tidak perlukan laptop2 berteknologi tinggi yang mempunyai touch screen, berprocessor canggih, mahu pun mempunyai internal hdd sehingga 1Tb...
Cukuplah bagiku sebuah laptop ringkas, hadiah dari bapaku untuk membantuku dalam pelajaranku...

Aku tak perlukan henset canggih yang mampu menyimpan ribuan lagu untuk santapan telinga, mampu menangkap gambar dengan kamera berpixel tinggi, mampu membuat panggilan video kepada rakan di seberang...
Cukuplah bagiku sebuah henset yang mampu memberiku kepuasan
berbual dengan insan tersayang, menyatakan rasa hati melalui mesej2 ringkas...

Aku tidak perlukan pakaian mahal dan berjenama untuk berjalan di muka bumi ini, yang mampu membuat rakan2ku kagum, memikat hati sesiapa yang memandang...
Cukuplah bagiku sepasang seluar panjang yang tidakku tahu apa jenamanya dan sehelai baju yang dibeli entah di mana bagi menutup auratku ini...

Aku tidak perlukan banglo mewah untukku diami. Tingkatnya tiga, kolamnya besar, halamannya luas. Pembantu rumah yang banyak, pemandu peribadi yang setia membawa ke mana mahuku...
Cukuplah bagiku rumah warisan ini, teduhku tika panas, payungku sewaktu hujan, tempatku dibesarkan, diberi kasih sayang...

Aku tidak perlukan ribuan kawan yang sentiasa di sisi ketika tawaku, hilang ke mana sewaktu senduku. Yang ada bersama tika senangku, hanya memandang tika susahku...
Cukuplah bagiku seorang teman yang sudi mendengar luahan rasaku, memberikan pelukan disaat-saat perlu, menemaniku, menenangkan hatiku...

Aku tidak perlukan seorang jelitawan sebagai menantu kepada ibu bapaku. Berwajah cantik mencairkan hati, keturunan bangsawan hebat pengaruhnya dan mampu miliki apa dihajati...
Cukuplah bagiku seorang insan yang indah akhlaknya, sejuk hatiku ketika bersamanya. Sebagai teman yang perihatin, sahabat yang memahami, rakan yang setia menemani...

2 comments:

Anonymous said...

Salam..bro...
Aku tak perlukan syiling untuk memenuhi keperluan hidupku ....tapi aku perlukan wang kertas untuk beli PS3..UUWAAA..uuuwaaa..sape boleh beri aku????

Asip Hussin said...

PS3, xpayah la main game2 ni, xde pa'edahnyer...bek simpan duit tu mudah2an xdelah tersedak di waktu2 sukar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...