Tuesday, December 28, 2010

Match Pukul 9

Kalau kau bawa 130 semata-mata untuk potong aku yang bawa 110 dan bila dah ada depan aku kau bawa 80, aku rasa lebih baik kau ikut je belakang aku dari awal. Or adakah kau ada isu dengan aku, tak suka kalau aku drive depan kau? Bila aku potong balik aku tengok kau tengah msg sambil senyum sorang-sorang. Terasa macam nak ambil gambar tapi tak kesampaian sebab kereta belakang main cucuk-cucuk angin sambil main lampu lip-lap..

Adakah kerana kau ada Merc atau BMW jadi sebab tu kau kena bawa 180 kat highway? Even kalau aku ada kecemasan, lapar tahap dewa yang kalau tak makan dalam masa 5 minit perut aku akan mengecut serta mengeluarkan bunyi auumm, paling laju aku bawa pon cuma 140. Itu pun hanya cuma 3,4 saat sebab mengenangkan masa depan serta nasihat orang tua yang berbunyi "bawak paling laju pun 110 je! kalau lebih, mak tak kasi makan! (yg belakang tu aku tambah sendiri)"

Match pukul 9 malam, habis dekat-dekat nak pukul 11 tapi kau duduk je dalam kereta sebab jalan nak ke stadium macet bagai. Eksaited memang la eksaited, kononnya nak menyokong secara langsung dari kerusi stadium tapi kalau pukul 7 baru nak keluar rumah lepas tu terperangkap dalam kemacetan luar biasa.. apa kejadahnya semua ini? Aku yang tak pergi stadium siap boleh hantar adek aku pegi tuisyen lepas tu pegi umah atok aku utk tengok Safee sama Ashari sumbat bola dalam gawang. Lepas tu sambung tengok ulasan pengacara sukan dekat kedai burger tepi jalan yang kebetulan ada tv.

Laser dengan bunga api? Kalau yer pon geram, kau duduk diam-diam tengok sudah la. Ini pon kire bertuah sebab dorang dapat lawan kat padang. Dorang-dorang je lawan, kau cuma jadi penonton. Tapi kalau kau main suluh-suluh, tak pasal-pasal kita semua kena turun padang bawak senapang, lawan sama-sama. Kalau kau penah join PLKN, xpe la, kau tau macamana nak tembak dgn M16. Tapi kalau setakat Pandu Puteri or Pengakap je, kau nak lawan macamana? Nak ikat dorang guna simpul manok dengan simpul bunga keti?

Aku rasa masa lawan kat Indo nanti, Farizal (keeper) tak perlu pakai jersi kot. Sebab kemungkinan besar 100 ribu orang indo akan main suluh-suluh laser kat dia sehingga kelihatan seolah-olah dia dah pakai jersi merah..

Tuesday, December 21, 2010

Wall Post


Kadang-kadang aku hairan bila melihat wall-wall di fceaobok. Post-postnya yang buat aku hairan. Misalnya..

"alhamdulillah, selesai sudah puasaku hari ni"
"ya Allah, ampunkan dosa-dosaku"
"aku buntu dan bingung, berikan aku petunjuk ya Tuhan.."

Selalu je aku jumpa post macam tu. Cumanya.. aku tertanya-tanya la. Kenapa dia buat post seperti itu? Yang terlintas di fikiran aku adalah..

1. dia nak bagitau orang yang dia telah berpuasa hari tu.
2. dia nak minta keampunan dan petunjuk dari Allah melalui fb.
3. dia nak orang tahu yang dia sedang berdoa.

Adakah Allah mempunyai FB? Literally.. yer, sebab Allah memiliki segala-galanya. Tapiii... adakah mereka beranggapan bahawa seolah-olah Allah tidak tahu apa yang dia fikirkan sampaikan nak kena buat post kt fb untuk memberitahu?

Sarcastic? Terpulang pada masing-masing untuk menilai post ini. Tapi pada aku.. biarpun niat baik mana sekalipun, once dia buat post seperti itu.. niat baiknya itu akan bertukar menjadi.. niat "nak menunjuk kebaikan".

Atau mungkin dia niat nak tunjuk kepada golongan bukan Islam bahawa.. inilah Islam agar mereka kagum dan berfikir.. "bagusnya Muslim yang sorang ni". Tapi.. yakinkah mereka akan fikir macamtu? Mungkin mereka akan fikir "agama Islam ajar penganutnya menunjuk-nunjuk dalam beribadahkah?"

Bayangkan jika anda berdiri di tengah padang. Kemudian menjerit..

"Hari ini saya puasa sunat"
"Hari ni saya berdoa dan memohon ampun"

Atau pun, ketika berjalan di kawasan awam, anda menggantung papan tanda atau memakai baju bertulis,

"Saya telah berpuasa hari ini"

Rasa pelik tak? Mesti akan terdetik dalam hati masing-masing.. "kenapa nak bagitau orang?"
So samalah juga di sini. Bezanya, dia menggunakan media yang berbeza..

Sunday, December 19, 2010

Jalan

Ada satu garis lurus. Boleh la kita andaikan seperti sebuah denai. Hanya lurus.. sejauh mata memandang. Dan ada pula seorang pengembara. Dia berjalan merentasi denai tersebut. Setapak demi setapak tanpa rasa jemu. Di kiri dan kanannya ada semak dan samun.. duri dari pohon lain tapi tak mengapalah. Denai yang dilaluinya itu sangat jelas dan terang. Mungkin ada puluhan malah ratusan orang pernah melalui denai tersebut sehinggakan denai tersebut kelihatan begitu jelas. Dia tidak tahu apa yang tersedia untuknya di penghujung denai tersebut. Dan dia terus melangkah..

Tiba-tiba hati kecilnya terdetik..

"agaknya apa yang ada di sebalik semak samun di kiri dan kanan aku ini?"

Agak lama dia berfikir.. apakah patut dia cuba memasuki semak tersebut, atau tetap berjalan di atas denai itu? Akhirnya dia membuat keputusan. Dia mahu beralih arah. Tak banyak pun. Sikiiiiiiiiit je. Desis hatinya mengatakan.. "tak mengapa, aku tak beralih terlalu jauh"

Dan dia meneruskan langkahnya ke arah yang baru itu. Kalau mengikut kompasnya, arah itu hanyalah 1 degree ke kanan dari arah asalnya. Cuma satu degree.. apalah sangat. Kerana terlalu teruja, dia terus melangkah dan melangkah untuk mengetahui apa yang ada di depannya. 

Di sepanjang perjalanannya, die menemui berbagai jenis buah-buahan hutan yang menyelerakan, bunga-bungaan yang indah serta air terjun yang memukau pandangan. Dia melonjak girang. Namun.. masih ada kerisauan di hatinya. "Adakah aku boleh pulang ke denai tadi?"

Dia berjalan dan terus berjalan. Di hadapannya penuh dengan kegembiraan dan keindahan. Ya, memang dia risau.. tapi hatinya kuat mengatakan.. "tak mengapa, aku kan cuma beralih arah sedikit sahaja. Apa nak dirisaukan, nanti dengan mudah aku boleh kembali ke denai tersebut"

Setelah sekian lama.. jiwanya kosong. Di sekelilingnya penuh dengan keindahan tapi.. apa gunanya? Dia cuma berjalan tanpa arah tujuan. Tidak tahu ke mana. Adakah jalan tersebut ada penghujungnya? Adakah dia akan terus berjalan sampai bila-bila? Dia tidak tahu. Datang kesayuan di hatinya..

"Kalaulah aku tetap berada di denai tersebut, pasti aku akan menemui sesuatu di penghujungnya. Di sini biarpun aku gembira, tetapi perjalananku kosong tiada tujuan. Apa yang aku cari? Apa tujuan perjalanan ku ini?.. Oh.. aku ingin kembali"

Akhirnya dia membuat keputusan untuk kembali. Namun, jalan yang dilaluinya itu tidak ada sebarang kesan. Dia tidak tahu ke mana harus dia melangkah untuk kembali. Dia sudah sesat. Dia sudah terlalu jauh dari denai tersebut. Sangkaannya bahawa "hanya beralih arah sedikit" akhirnya memakan diri.

Denai itu tetap di situ. Tak berganjak sedikit pun. Memang itulah sahaja jalan yang ada dan setiap yang melaluinya pasti akan sampai ke suatu destinasi yang sama. Tapi apa terjadi jika dia cuba pandai-pandai nak buat jalan sendiri? 





Jangan menyimpang walau sedikit..
Dan jangan lari jauh sangat...

Sunday, December 12, 2010

Lemah

Sangat lemah! Rasa sangat lemah!
Kenapa? Sebab kurang minum susu, maka tulang jadi lemah? atau kurang makan protein maka kurang pembentukan otot? Bukan.. bukan. Bukan lemah yang tu. Bukan lemah, tapi rasa lemah..

Bila kita buat something yang kita tau kita patutnya tak patut buat, or buat something yang hati kita mati-mati kata "jangan buat!!!" itulah tanda kelemahan kita. Kita tahu apa yang kita patut buat dan apa yang kita tak patut buat. Tapi sebab kita rasa best, kita buat-buat tak tahu akan semua itu. Itulah dia. Kita sangat lemah..

"Sikit tak apa, asalkan tak over". Kita pujuk diri kita dengan ayat sebegitu padahal kita tidak sedar bahawa kita telah masuk ke perangkap mereka! 

Menara berkembar tidak terus ada begitu sahaja tetapi pembinaannya bermula dengan seketul bata yang kecil. Bila bata tersebut ditindih satu persatu.. ianya akan membesar dan menjadi sebuah bangunan. Dan bila bangunan tersebut telah kukuh, adakah kita mampu me'roboh'kannya DENGAN BAIK dalam masa sehari? Adakah kita mampu merobohkannya seperti mana kita membinanya? Mencabut satu persatu batu bata tersebut sehingga ke bata yang terakhir? Ya, boleh.. tapi mengambil masa yang lama. Andai kita memaksa untuk merobohkannya dalam sehari.. runtuhlah ia. Penuh tragis, mungkin mengorbankan jutaan nyawa juga.

Samalah dengan ini. Apa yang kita rasakan "sikit" itu.. itulah permulaannya. Ianya akan terus berkembang dan berkembang. Sehinggalah suatu hari nanti, kita tidak sedar bahawa ianya telah menjadi sangat besar sampaikan kita tak mampu nak tarik balik apa yang telah kita lakukan. Kalau pun kita mahu mengembalikannya ke titik awal.. ianya akan mengambil masa. Bukan dalam sehari. Dan semestinya tak boleh dibuat dengan paksaan.. bimbang hancur dan terluka.

Jadi, adalah lebih baik jika kita tidak memulakannya. Afterall, kita memang belum berhak untuk semua itu. Tak patut!!! Tak patut!!! Tak patut!!!

Minta maaf..
Ianya takkan terjadi lagi..





P/s: Dahsyatnya ujian ini... :'(

Saturday, December 11, 2010

Kaunter

Semalam aku jumpa seorang makcik ni, dia pelik. Dia beli ikan, udang, sayur dll kat carrefore. Biasa la kan, mende-mende macam tu kena timbang dulu lepastu lekat dengan sticker harga. Yang makcik ni, dia boleh pulak masukkan plastik ikan tu dalam plasktik sayur. Lepas tu ikat simpul mati. Then masa kat kaunter, puas le pengaunter tu nak bukak plastik tu sebab nak scan harga ikan yang ada dalam plastik sayur tu. Dan makcik tu pulak buat muka selamba, ada tarik muncung sikit seolah-olah berkata "cepat la sikit, saya dah lambat ni."

Next adalah pakcik yang troli tidak kurang kalah berbanding makcik depannya. Maybe dia terpengaruh dengan peraduan "kumpul & menang" kot. Semua benda nak masuk dalam troli. Maybe kat kawasan rumah dia tak ada pasau kot. Or maybe kaki dia terlalu hensem untuk dibawa menjejak ke pasau. Time nak bayau, dia keluarkan kad dia. Tak tau la apa dia tulis, Visa ke Mastercard ke or BCA. Tapi yang pasti time scan-scan kad tu, mesin tak leh detect. Pengaunter tu pun pergi ke kaunter lain untuk scan.

Aku tengok kaunter sebelah. Seorang makcik bersama anaknya. Troli beliau adalah yang jenis ada kereta kanak-kanak tu. Anak dia duduk dalam kereta tu. Masa nak bayau, mak dia puas la mengomel kat anak dia, "jangan maju, jangan mundur!"
"ga usah, ga usah, jangan bantuin ibu!"
Semuanya gara-gara anaknya yang tak reti duduk diam dalam troli tu. Tangan tu gatal nak gapai semua benda yang dia nampak.

Pakcik kat belakang aku dah banyak kali geleng kepala sebab lama sangat tunggu. Siap borak-borak dengan aku. Aku pura-pura paham je sebab petua dari orang yang aku kenal.. kalau orang tegur dan korang tak paham, senyum je pastu angguk. Kalau dia insist nak pendapat korang tapi korang x paham, pura-pura tanya apa-apa soalan supaya dia lupa akan soalan yang dia tanya. Life is simple~

Akhirnya sampai turn aku. Aku bayau apapa yang patut. Harga 52 tapi sengaja aku kasi 100 sebab aku tau dia ada duit kecik. Tapi tiba-tiba dia angkat tangan panggil kawan dia. "Ada tukar uang 100 ga?". Ternyata aku silap, rupanya dia tak ada duit kecik. Time nak blah, aku menoleh pada pakcik belakang aku, senyum, dan berkata..

"lama bangat ya.."

dan dia pon reply..

"kok cuma 1? kalau satu kenapa ga pergi ke kaunter sono?" (sambil menunjuk ke arah kaunter express)





Aku masih lagi tersenyum dan berlalu sahaja..
Well, kalau aku pergi kaunter tu, takde la aku tulis post ni~

Monday, December 6, 2010

Dunia

Kita tak suka berjalan memijak tanah. Kata kita, sakit, kotor, kadang-kadang tajam, kadang-kadang lecak. Jadi kita putuskan untuk menebar permaidani di setiap pelusuk daerah yang terjangkau di mata kita. Maklum la, kita kaya, mampu membeli segalanya. Kita upah jutaan pekerja untuk merealisasikan cita-cita tersebut. Kita nak berjalan di atas permaidani..

Setahun berlalu.. masih ada daerah yang tidak berpermaidani. Memang la kan, bumi ni bukannya kecil. Kita keluarkan duit dan gunakan seluruh harta kita untuk membeli lebih banyak permaidani.

2 tahun berlalu..

3 tahun..

4 tahun..

10 tahun..

20 tahun..

50 tahun..

Dan kini kita telah pun tua. Ya, memang telah banyak daerah yang terhampar dengan permaidani. Namun kita masih tidak berpuas hati kerana masih ada yang belum terliputi.

Akhirnya kita menyerah. Kita sudah tidak berdaya. Kita sudah miskin..

"Aku memang tidak mampu melakukannya. Menghampar permaidani di seluruh dunia adalah mustahil!"

Nah, cuba kita bayangkan andai kata pada 50 tahun yang lalu kita cuma membeli sepasang kasut yang selesa dipakai, bila pakai terasa seperti memijak permaidani.. masih ada bukan duit kita? adakah masa kita terbuang? adakah tenaga kita terbazir? Tidak..

Kadang-kadang kita terlalu sibuk untuk mengubah dunia walaupun kita tahu hakikatnya kita ini terlalu kecil dan kerdil untuk melakukannya. Bukankah lebih mudah jika kita yang mengubah diri sendiri..

Atau apakah kita terlalu ego untuk menerima hakikat kekerdilan kita tersebut?

Sebenarnya tidak mustahil untuk kita mengubah dunia tetapi sebelum itu, ubahlah diri sendiri. Kemudian, lihatlah.. dunia ini akan berubah untuk kita dengan sendirinya.

Saturday, December 4, 2010

Jangan Takut Jarum


Kalau memang dah sampai ajal, meninggal la~
Nak nangis ke, nak sedih ke, nak jerit-jerit ke, yang mati tetap akan mati. Sia-sia je nak sedih bagai or menangis sakan melainkan tangisan tu boleh menghidupkan si mati tu. Mati itu pasti, hidup itu insyaAllah. Bila akan mati, itu yang menjadi misteri. Sehebat mana pun seseorang tu, sekaya mana pun dia, walaupun dia mampu membeli sebuah negara, walaupun dia mampu mengadakan apa sahaja yang tak mampu diadakan orang lain.. kesudahannya, bila ajalnya sampai.. dia takkan mampu membeli ubat anti-kematian. Atau mengadakan ubat hidup-kekal. Mustahil, mustahil, mustahil!

Benar, kalau dah sampai ajal, nak x nak, kita cuma ada satu pilihan. Menerima dengan redha. Lagipun, insan tu bukannye hak milik kita sepenuhnya. Dia dipinjamkan je.

Kita pinjam duit sejuta dari kawan kita. Kesudahannya nanti, kita kena pulangkan balik. Nak sedih ke, nak nangis ke... duit dia. Tak rasa macam pelik ke kalau nangis-nangis sakan? Macamana pula kalau kita yang kasi pinjam dan kemudian org tu tak nak pulangkan. Marah tak? Atau pun dia pulangkan, tapi dengan perasaan sedih, tak redha, marah-marah.. Ada kita kesah? Memang duit kita, tak kisah la dia nak rasa apa. Kita tak salah apa-apa pun~

Seseorang pernah kata pada aku,
"kalau asip mati, mati la. Nak buat macamana kan.."
"tak sedih, tak nangis?"
"sedih tu memang la sedih tapi, takde la sampai nak nangis teruk-teruk kot. Memang dah sampai ajal. Terima je la, hidup macam biasa.."

Seriously, aku tak kisah kalau orang-orang di sekeliling aku mati. Bukan la tak ambil peduli, tapi dari sudut perasaan, aku tak rasa aku patut bersedih sehingga sedemikian rupa. Yang pergi biarkan pergi, yang hidup teruskan hidup. Sebab yang pergi takkan hidup lagi dan yang hidup tak tau bila akan pergi.. So, live your life to the fullest. Fikirkan pasal kematian anda. Jangan fikir pasal kematian orang lain. Dia dah settle dah~

Dan bila yang kata pada aku itu adalah tidak lain ibuku sendiri.. aku terfikir akan semua ini. Aku juga mahu setabah itu!


"Sedih tu memang la sedih, tapi takde la mak nak nangis teruk-teruk. Mak tengok je la kau pergi, lepas tu mak balik, masak macam biasa. Bukannya boleh hidup balik kalau nangis-nangis.."

Monday, November 29, 2010

Ingat Kecik Lagikah?

Masa kecik-kecik dulu, kita tak pernah nak kisah pasal dunia yang mencabar ni. Tak perlu fikir pasal belajar dan bekerja. Tak perlu fikir pasal nak jaga hati dan perasaan orang. Yang kita tahu, main, main, main. Dahulu, bilik air pun boleh jadi taman permainan kita. Kalau ada besen besar, kita boleh bawak masuk segala mainan kita dalam tu. Kita kecik je, jadi kita rasa besen tu macam swimming pool~


Apa sahaja la yang kita main.. Kanak-kanak mempunyai imaginasi yang hebat dan menarik. Pernah tengok Toy Story? Biar pun mainan tu hanya mainan murah dari kotak Ding Dang atau pon Tora, tapi kepuasan bermain semua itu tidak dapat dirasai oleh orang dewasa. Hanya kanak-kanak sahaja yang mengerti..


Bila kita sudah meningkat dewasa, zaman berimaginasi tersebut terpaksa kita tinggalkan. Boleh jika mahu berimaginasi, tapi imaginasinya perlulah membina minda dan semangat. Mana mungkin kita bercita-cita ingin menjadi ultraman lagi, itu semua hanya khayalan. Itik raksasa menyerang bumi, datang pula makhluk berkepala lembu untuk menyelamatkan dunia, akhirnya itik raksasa kalah setelah makhluk lembu menembak menggunakan susunya. Merepek! Dunia kita berbeza.. Imaginasi sebegini adalah tidak membina..

Kita sudah tidak boleh mandi di dalam besen lagi. Hidup harus berdikari, mandi harus sendiri, bukan ditemani ibu lagi. Bangun pagi juga harus sendiri, semuanya harus dilakukan sendiri.


Yang menjadi fokus bukan lagi robot dan kereta kecil warna merah ataupun boneka raksasa, tetapi.. wang, assignment yang berlambak dsb. Kalau sekalipun kita nak main, mungkin game-game dari komputer yang menjadi pilihan. Tak pun main facebook, twitter, tengok youtube, wai-em dan skype. Tiada lagi main di dalam besen di bilik air.


Sebenarnya boleh sahaja kalau kita nak main macam dulu-dulu. Tapi memandangkan dah tiada besen yang boleh memuatkan kita, mungkin kita boleh bermain di dalam kolah mandi di bilik air. Muat kot. Tapi apa yang kita nak main? Dota, facebook? Di dalam bilik air?


Adakah kita masih nak main macam kanak-kanak?



See.. kita memang tak boleh nak jadi macam kanak-kanak dulu. Kita sudah dewasa~

Friday, November 26, 2010

Lorenzo

Lorenzo sedang beratur untuk mengambil makanan di dewan makan. Barisan yang sungguh panjang. Kemudian datang Pierto berbaris di belakang Lorenzo. Kata Pierto "aku beratur kat belakang kau tau", kemudian Pierto berlalu meninggalkan barisan. Lorenzo hanya bersangka baik, "mungkin Si Pier ada urusan kecemasan".

Satu jam berlalu, akhirnya sampailah giliran Lorenzo mengambil makanan. Selepas penat beratur dalam panas, berpeluh-peluh, sakit otot kaki dan pegal-pegal tubuh, akhirnya gilirannya tiba. Tiba-tiba Pierto datang kembali dan masuk semula ke dalam barisan di belakang Lorenzo dengan alasan "sebenarnya aku telah berbaris di belakang Lorenzo tadi". Lorenzo bertanya, "kau ke mana tadi? Ada urusan apa?".

"Owh, tidak ada apa-apa. Aku melihat barisan itu sungguh panjang, jadi aku pergi bermain dengan teman-teman yang lain sementara menunggu giliranku. Kemudian aku tidur sebentar. Dan bila aku melihat kamu sudah hampir mendapatkan makanan, aku masuk semula. Dengan itu, aku dapat memanfaatkan masaku"

Apa perasaan Lorenzo agaknya?

Begitu juga la sikap Pierto semasa dalam kuliah. Melihatkan Lorenzo sering merekod kuliah-kuliah yang didengarinya, Pierto tidak datang ke kelas dengan alasan, "tidak mengapa, nanti di rumah saya akan dengarkan semula kuliah yang dirakam oleh Lorenzo"

Bila ditanya, "kamu ke mana?", Pierto menjawab, "kuliahnya panjangnya dan bosan. Aku mahu balik rumah dan tidur sahaja. Nanti aku mahu pinjam sahaja rakamanmu. Dan tolong punchkan kad kehadiranku juga ya. Terima kasih~".

Yang ingin ditekankan di sini bukanlah tentang Lorenzo, kebaikannya, serta perasaannya tetapi Pierto dan kesedarannya.. Sebenarnya Lorenzo tidak rugi apa-apa pun. Dia tetap akan beratur seperti biasa dan merakam kuliah seperti biasa, tapi apabila Pierto mengambil kesempatan ke atasnya, tidakkah Pierto berasa bersalah sama sekali? Sedang orang lain bersusah payah dalam panas, bertungkus lumus untuk cuba memahami kata-kata gurunya, Pierto langsung tidak mahu berkongsi semua itu. Dia hanya mahu menunggu dengan selesa di rumah, melakukan perkara yang disenanginya.

Kalau begitu, untuk apa ditubuhkan institusi pengajian? Bukankah lebih baik kalau sewakan sahaja sebuah bilik kecil dan pengajar akan memberi lecture di hadapan kemera. Apabila selesai mengajar, rakaman tersebut dihantar ke rumah pelajar-pelajar untuk mereka lihat kembali apabila mereka ada mood nak belajar. Dengan itu, semua gembira, bukan? Guru tak perlu susah payah ke kelas, mengajar di rumah pon boleh. Pelajar pula tak perlu duduk lama-lama dalam kelas, mereka boleh pergi tgk wayang, main games, tidur dsb. Nanti malam baru belajar.

Tapi mujur itu semua tidak terjadi. Institusi pengajian ditubuhkan bukan untuk melahirkan pelajar yang berilmu semata-mata, tetapi juga pelajar (dan pensyarah!) yang berdisiplin. Berkomitmen, bertanggungjawab, MENEPATI WAKTU dsb. Kalaulah nilai disiplin ini tak diajarkan atau diambil mudah.. tak mustahil seorang dokter atau pekerja akan memberikan alasan dalam melaksanakan tugasnya..

Dokter: Maaf, saya terlambat bangun. semalam tgk bola. Mana pesakit yg nak dibedah?
Nurse : Dah mati..

atau..
Dokter: Saya malas nak datang ke hospital, boleh tak pesakit tu dihantar ke rumah saya je, sy bedah di rumah..

Bayangkan kalau pesakit itu adalah kita atau keluarga kita. Pastu repot kan?..
Semuanya untuk kebaikanmu, mereka tak merugi apa-apa, tapi kamu sendiri..

Monday, November 15, 2010

Dia Tanya..

Seorang member non-Muslim aku bertanya pada aku tentang sesuatu sewaktu kami sedang makan sama-sama di kantin tengahari tadi.

Dia: Actually, ada apa kat dalam kaa'bah tu? Aku tengok semue orang macam nak masuk kat dalam tu.
Aku: Owh.. sebenarnya dia orang bukan nak masuk dalam kaabah tu, tapi nak pegang batu hitam tu je.
Dia: Batu tu ada kat dalam tu ke? Kenapa dia tak letak luar je?
Aku: Batu tu bukan kat dalam sebenarnye, it's located just kt bucu kaabah tu.

Dia: Eh, batu tu macamane rupe die ha? Kenape semua orang nak tengok batu tu?
Aku: Batu tu warna dia hitam. Diceritakan bahawa batu tu berasal dari syurga. Semua orang nak pegang and cium batu tu just sebab our prophet pernah buat macam tu. Kalau dia tak buat, orang lain tak buat la.
Dia: Aku dengar kat sana ada stampede eh?
Aku: Ha'a, sebab ramai sangat orang serbu batu tu. Waktu solat je kawasan tu kosong. Tapi bila habis je solat, sebaik je bagi salam, semua orang terus lari nak cium batu tu.

Dia: Macamana bentuk batu tu?
Aku: Dia macam bulat, ada segi-segi, and macam berlekuk ke dalam sikit.
Dia: Lekuk?
Aku: Lebih kurang la. Asalnya batu tu bulat, tapi sebab dah ramai sangat orang pegang-pegang, dia berlekuk la. Macam batu kat gua, titis dengan air, lama-lama berlekuk.

Lepas tu kitorang citer pasal benda lain..

Tu sedikit sebanyak dialog yang aku ingat antara aku dengan seorang kawan aku ni. Dia bukan Muslim tapi kadang-kadang eager dia untuk tahu pasal agama yang aku anuti tu melebihi eager aku untuk mengkaji dan mempelajari agama aku sendiri.

Most of the time dia akan tanya aku tentang topik perkahwinan. 
"Dalam Islam boleh kahwin lari tak?" 
"Ada kahwin kontrak tak?" 
"Kenapa lelaki boleh kahwin empat?"
"Boleh ke couple? Aku tengok ramai je couple"
"Bila kau nak kawen? Nanti ajak aku, aku nak tolong kacau dodol"

Kadang-kadang dia ada tanya pasal syurga dan neraka. Tentang dosa dan pahala. Tentang ayat-ayat tertentu dalam al-Quran. Selalunya mana-mana yang aku boleh jawab dan terangkan, aku jawab je la. Kalau tak boleh jawab, aku senyum je.

Sampaikan ada suatu masa tu, aku sendiri tertanya-tanya. Bila aku sesama teman-teman aku yang muslim ni, apa sahaja yang kami borakkan? Adakah kami bercerita mengenai agama kami? Bersoal jawab seperti kawan aku tadi? Membincangkan ayat-ayat tertentu dalam al-Quran?

"Kau tau tak semalam aku jumpe ayat best! Pasal memaafkan orang lain, cube kau check ayat 40 surah asy-Syura"
"Eh, dulu nabi wudhu basuh seluruh kepale or just basuh hujung rambut depan je?"
"Kau tak pelik ke kenape ayam berkokok pagi-pagi?"
"Hello, kau kat mane ni? Cepat la orang dah nak qamat dah ni. Kang terlepas plak"
"Dota? Nanti la jap, dah nak azan asar dah ni. Lepas Asar kite main".. "Oh, betul jugak ek, ok2, kite asar dulu"
"Dah kol 1 la, ko taknak tidur ke? Nanti esok susah nak bangun subuh"

Adakah ini yang kita borakkan sehari-harian? Atau ini...?

"Kau perasan tak ade tompok kuning kat seluar Karim tadi?"
"Aku rase Siti suke kat Acap la. Dorang tu kalau pegi mana-mana asik berkepit je"
"Kau dah tengok ke blom drama Siam yang aku kasi semalam. Rugi woo, awek die cun gile!"
"Oit2, tengok tu! Pergh..mantap siooot. Meletup! (sambil menunding jari ke punggung seorang wanita)"

Kadang-kadang kita ada rasa nak cakap perkara-perkara baik (alhamdulillah, dapat "markah" utk niat) tapi akhirnya kita tak luahkan sebab kita malu.. apa yang kita malukan?
"Aku ni bukannye wara' macam Ali tu, segan aku nak citer-citer pasal agama"

Yer, malu tak bertempat...

Mungkin kita segan nak cakap yang baik-baik. Tak mengapa la kalau begitu. Setidak-tidaknya.. jangan la bercakap yang tak elok seperti mengumat, memfitnah dsb kerana....

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, sesungguhnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangganya. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tamunya.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Kita mampu mengubahnya~

Saturday, November 13, 2010

Itu

Bangun pagi-pagi, bersiap untuk ke sekolah. Keluar dari pagar rumah, aku terserempak dengan jiranku. Dia berkeadaan seperti semalam iaitu seperti "itu". Erm, aku memandangnya dengan hormat serta mengukirkan senyuman seikhlas hati. Sedekah di pagi hari. Sedaya-upaya aku memujuk hatiku, "jangan pandang itu lama-lama". Aku meneruskan kayuhan basikalku..

Sepanjang perjalanan, aku melihat itu di mana-mana. Pandang ke hadapan, aku nampak itu. Pandang ke kanan, aku nampak itu. Ke kiri dan ke belakang juga.. itu tetap di mana-mana. Di dalam kelas, aku duduk di belakang sedikit. Jadi aku terpaksa berhadapan dengan itu dari mula kelas sehingga tamat jam perkuliahan.

Aku penat dan rasa bersalah. Hari-hari aku nampak itu!!!!! Di facebook, di dalam movie, drama korea, youtube.. malah dalam rancangan kegemaranku juga -ultraman dan power rangers- tetap ada itu. Aku letih!

Apakah yang aku maksudkan dengan "itu"? Di dunia yang aku diami ini, sudah tiada tempat untuk aku bebas melihat tanpa terlihat "itu". Aurat.. ya, itu adalah aurat wanita. Rambutnya, bentuk badannya, lengannya, betisnya... dan even segala lurah dan lohong.

Aku juga mahu melihat dengan bebas! Adakalanya aku penat kerana terpaksa mengalihkan pandangan aku ke sana ke mari. Tapi aku selalunya aku tak mampu. Aku terpaksa! Mana mungkin aku menutup mataku sepanjang masa semasa di dalam kelas. Mana mungkin aku skip parts tertentu dalam movie yang aku tengok sebab nak elakkan dari melihat aurat mereka!

Atas sebab itu, aku malas nak tengok movie atau drama. Kebanyakan orang yang diambil berlakon semuanya muda belia, cantik-cantik. Mampu membuatkan iman ini terganggu gugat. Aku sangat berharap satu hari nanti, aku tak perlu lagi berhadapan dengan dunia sebegini. Aurat direndah-rendahkan tarafnya. Aurat dipandang remeh oleh masyarakat.

"saye model kot, mane boleh pakai tudung"
"tak laku la kalo berlakon pakai tutup-tutup macam tu"
"kalau pakai tudung dah macam nyanyi nasyid plak. saya bkn penyanyi nasyid"

Alahai dunia..

Tidak tahukah anda sekalian bahawa anda telah menganiayai saya? Anda telah menyeksa jiwa dan raga saya. Hentikan harrasment terhadap saya!!!

Monday, November 8, 2010

Bukan Hak Kita

   Benda yang belum hak kita memang la nampak baik. Kereta di showroom tu, semuanya kelihatan baik dan menarik sebab itu belum hak kita. Sengaja ditunjukkan sedemikian rupa untuk menarik perhatian kita agar membelinya. Tokeynya hari-hari suruh babunya lap kilat-kilat supaya nampak cantik. Semua orang yang lalu lalang tak pernah tak ada yang tak puji.

   Samalah juga dengan perabut-perabut di kedai perabut. Cantik, lawa, gemerlap bukan main. Bila singgah rasa nak beli je semua. Kenapa nampak baik? Sebab tu belum lagi hak kita. Cuba kalau dah jadi hak kita. Takde punya nak nampak cantik macam tu. Dah hari-hari dok mengadap sofa tu, sampaikan dah naik jemu. Awal-awal beli excited la, hari-hari nak baring atas sofa. Bila dah setahun, duduk memang la duduk, tapi dah tak se-excited masa awal-awal beli. Bila dah 4,5 tahun? Sofa tu dah koyak sana sini? Mula cari yang lain.

   Macam tu jugak la dengan suami atau isteri kita. Kenapa masa belum kahwin nampak baik? Sekali pandang nampak cantik, dua kali pandang nampak bidadari? Sebab belum hak kita. Syaitan tu dok menghias dari hujung rambut sampai hujung kaki, biar kita nampak dia baik, nampak molek. Mulut senget tak apa, hati dah berkenan, nampak macam mulut angelina juli. Mata sepet sebelah tak apa, hati dah berkenan jadi nampak macam pelakon korea. Tu semua hiasan-hiasan si setan tu la. Yang dihiasnya bukan pada fizikal, tapi pada hati kita supaya semuanya kelihatan cantik sahaja. Kenapa dihiasnya? Supaya kita terpikat pada dia, yakni yang belum hak kita tu.

   Semua itu adalah nafsu je. Yang dia dok canang-canang "aku cinta kamu", "aku tak boleh hidup tanpa kamu", semua tu palsu belaka. Cuba kalau dah jadi hak kita. Sebulan oke lagi, masih ada bara-bara cintanya. Tapi bila dah 10 tahun? Nak duduk makan semeja pon kena buat appoinment. Itulah akibatnya kalau perkahwinan itu dibina bukan kerana cintakan Allah tapi kerana hanya menurut nafsu semata.

   Kalau nak bina perkahwinan kerana Allah pulak tak boleh la ikut macamana yang orang kafir buat. Kita ada batasan-batasan syaraknya. Kalau suka, masuk meminang. Jumpa orang tuanya, nikah cepat-cepat. Haaa, lepas tu nak buat apa, ikut suka hati kamu la, asalkan tak bertentangan hukum. Tapi kalau tunang tak, nikah jauh sekali.. lepas tu keluar pegang-pegang tangan, nak balik main kiss-kiss pipi.. tu bukan cinta kerana Allah la tu. Tu semua sebab nak main-main je. Walaupun dia dah janji nak kahwin, tapi belum lagi kahwin, yang haram tetap haram. Mengekek setan ketawa. "Alahai bodohnya manusia.. cinta suci konon. Cinta membawa ke neraka. Suci la sangat~"

   Nak yang mana? Nak dosakah? atau nak pahala? Kalau dosa masuk neraka, pahala masuk syurga. Budak tadika pun tau. Kita yang dah 20, 30 tahun macam tak tahu apa-apa. Malu je ke budak tadika tu. Pergi masuk kelas dorang tu, mengaji sama-sama dengan dorang..

Thursday, November 4, 2010

Biarkanlah..

Kalau orang tak mahu bercerita, kenapa nak paksa?
Jika itu adalah rahsianya, kenapa kita desak dirinya untuk memberitahu?
Tak perlu rasa kecil hati jika mereka tidak mahu berkongsi. Apa yang kita perlu lakukan adalah meneruskan kehidupan kita seperti biasa. Dia tidak menyusahkan kita, tidak mengurangkan harta kita, tidak menambah dosa kita juga, jadi.. untuk apa kita nak sibuk-sibuk dengan halnya?

Jangan suka ambil tahu hal orang lain lebih-lebih lagi jika hal itu memalukan dirinya. Jika dahulunya dia pernah bergelumang dengan dosa dan kini dia ingin bertaubat dan berubah, baguslah, alhamdulillah. Berkawanlah dengan dia, jika perlu berikan bimbingan. Kalau dia ingin bercerita, dengarkan sahaja. Tapi jika dia ingin itu menjadi rahsianya semata-mata, tak perlu la kita nak korek-korek. Lepas tu post di fb, blog... kononnya untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain. Biar pun dalam post itu kita tidak menyebut namanya, namun sekiranya dia terbaca dan terasa hati...bagaimana?

Kemudian bila dia terasa dan mendatangi kita untuk menanyakan kenapa kita melakukan sedemikian, kita pun menjawab.. "kenapa? terasakah? aku tak sebut pun name kau". Of course dia terasa. Sebab cerita itu adalah ceritanya dan dia menceritakan kepada kau sebab dia mahu berkongsi, mahu mengurangi beban di bahunya. Tapi tindakan kita itu mencanangkan ke dunia adalah amat tidak patut. Kita takkan pernah tahu hati orang..

Kalaulah semua orang tahu bahawa "terlalu mengetahui" itu adakalanya boleh memakan diri, sudah pasti semua tidak akan sibuk-sibuk nak jaga tepi kain orang. Tahu sekadar perlu tak mengapa. Mungkin dengan pengetahuan tersebut, kita tahulah bagaimana nak tolong-tolong sedikit jika dia ditimpa sesuatu. Tapi jika kita tahu terlalu banyak.. tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi. Mungkin kita akan 'terbocorkan" apa yang kita tahu. Atau mungkin kita akan menggunakan "pengetahuan" kita itu untuk menkhianatinya jika sesuatu terjadi antara kita (sprt gaduh dll). Atau mungkin ada orang lain akan mempergunakan kita kerana apa yang kita tahu tersebut..


Jadi nasihat saya.. jangan tahu terlalu banyak. Dan yang paling penting, tak perlu ambil tahu jika orang tak mahu beritahu. Kita tak tahu apa akan terjadi kelak..

Friday, October 29, 2010

Aku Bukan Nabi

Yer, aku bukan nabi. Aku tak maksum. Aku tak tahu di mana kesudahan aku. Entahkan syurga, entahkan neraka. Dosa aku menimbun. Pahala aku.. hanya Allah yang tahu. Tapi sebagai manusia, sudah menjadi fitrahku untuk menuju ke arah kebaikan. Biarpun dosaku menggunung, jauh di sudut hati ini, aku sentiasa mengharapkan pengampunan dariNya. Aku berusaha sedaya upaya ku untuk berubah.

Aku cuma mahu memperbetulkan keadaan. Yang mana silap, aku tegur. Yang mana cacat, ingin aku lengkapkan. Biarpun aku tahu diri ini tak sempurna, sekurang-kurangnya aku mencuba.

Menyeru ke arah kebaikan itu bukan tanggungjawab nabi kita sahaja. Mencegah kejahatan itu juga. Ianya tanggungjawab semua. Tak perlulah nak tunggu diri tu benar-benar sempurna kerana tiada sesiapa pun di antara kita yang sempurna. Jika nak tunggu diri betul-betul perfect baru boleh memperbetulkan orang lain... sampai ke akhirnya pun kita tidak akan mampu.

Jadi, yang aku lakukan adalah sekadar termampuku. Aku sakit melihatnya lalu aku bersuara. Namun suaraku dibalas dengan sindiran panas dan pedas. Redha? Terpaksalah.. I did the right thing i guess. Walaupun cara dan tempatnya mungkin tak kena.. atleast i am trying. Aku tak boleh lari, aku tak boleh buat-buat tak tahu. Jadi, apa pilihan yang aku ada selain cuba menyampaikan kebenaran tersebut? Aku just risau.. kalau aku biarkan, kelak mereka menuntut aku di hari pembalasan..

"Kau dah tahu apa yang aku lakukan itu salah, kenapa tak tegur?"
"Kau pun terlibat sekali sebab kau cuma mendiamkan diri, membiarkan saudaramu ini terus melakukan maksiat"
"Kau akan ku bawa menemaniku ke sana...yang panas, yang gelap.."

Seyesly, aku takut..

Thursday, October 28, 2010

Konflik..

Aku tak suke konflik..
Tak kisah la konflik sesame teman, konflik rumahtangge, konflik adik beradik, konflik inter-religious, konflik antarabangsa... semua aku tak suke. Tak suke tercampur, tak suke dengar, tak suke ambil tahu.

Tapi sekali-sekale dalam hidup ini, kite memang tak boleh lari dari terlibat dari konflik. Konflik tak membawa apa-apa manfaat lebih-lebih lagi jika konflik tu berlanjutan sampai ke anak cucu. Atok-atok bergaduh, sampai ke cucu pon tak bertegur sape. Jadi musuh tradisi..

Bukan ape, setiap kali ade konflik yang melibatkan aku, tak kisah la aku betul atau die benar, yang paling rasa bersalah adalah aku. Even kalau aku dah kasi bukti segunung, kebenaran dari langit atau pendapat pertapa untuk memenangi perdebatan tersebut, dan ternyata aku benar.. aku tetap rasa bersalah. Sebabnya, hubungan aku dengan pihak sebelah takkan sama seperti dulu. Konflik menyebabkan wujud titik hitam dalam sejarah perhubungan aku dan dia. Mungkin lepas sekian sekian waktu, semuanya baik-baik kembali, tapi kenangan pahit itu even sekecil mana sekali pun, akan tetap memburu sampai ke akhir hayat. Unless ada seseorang dalam dunia ni yang mampu mendelete memory aku terhadap peristiwa tu permanently.. so xde masalah lah. The point is, memory tu akan lekat sampai bila-bila sebab memang takde sape pon yang mampu memadamkannya.

Konflik lahir dari salah faham serta percanggahan pendapat mahupun perbezaan persepsi. Bila menyentuh mengenai pendapat dan persepsi, ianya subjektif. Apa yang dirasakan betul oleh seseorang belum tentu lagi betul pada seseorang yang lain. Konflik akan timbul bila ada seseorang yang cuba memaksa seseorang yang lain menerima pendapatnya, bersetuju dengan pandangannya. Dan bila mana pihak lain tersebut memberontak serta rasa terancam apabila pandangannya ternyata berbeza, kemudian dia tidak boleh menerima apa yang dibawa insan tersebut, lalu cuba berdiri dan membetulkan ideanya...di situlah konflik terjadi.

Implikasinya?
Pihak A akan menceritakan konflik tersebut pada teman-temannya dan berharap mereka menyebelahi pendapatnya. Di situ, akan muncul juga kemungkinan lain seperti pihak A memburuk-burukkan pihak B demi meyakinkan orang ramai bahwa dia betul dan pihak B salah. Mengumpat, dan mungkin memfitnah.

Dan pihak B jugak tidak mustahil akan melakukan perkara yang sama. Melakukan apa sahaja asalkan pendapatnya disokong oleh sesiapa jua. Lebih ramai, lebih bagus.

Implikasinya?
Pihak yang menyokong A akan memberikan persepsi buruk kepada B. Pihak yang menyokong B akan memandang A dengan pandangan aneh dan memandang rendah...

Sebenarnya tak perlu sampai sejauh tu. Konflik akan segera selesai sekiranya pihak yang terlibat segera berdamai. Atau sekiranya terlalu ego sekali pun, masing-masing terasa susah sangat nak memohon kemaafan, berdiam diri juga boleh meredakan keadaan. Bererti, membiarkan masa menentukan dan meredakan. Tak perlu ceritakan pada orang lain, tak perlu campur tangan orang lain kerana kadang-kadang orang ketiga itulah yang menyebabkan konflik itu berlanjutan..

Namun, memang lumrah manusia. Mustahil untuk hidup bersendirian. Teman diperlukan untuk berkongsi dan menenangkan perasaan kecewa, marah dsb. Benar, itulah salah satu kebaikan berteman. Teman yang baik adalah teman yang bukan hanya berkongi gelak tawa, malah turut berkongsi air mata. Bagaimanapun, alangkah baik jika teman tersebut bersikap natural. Mungkin hatinya lebih berat untuk menyebelahi teman yang berkongsi itu tapi dalam masa yang sama tidak mahu melukakan perasaan pihak yang lagi satu kerana kedua mereka adalah temannya. Jadi apa yang harus dilakukan? Diam sahaja. Dengar dan dengar. Jangan sesekali cuba membetulkan keadaan walau dengan cara apa sekali pun. Mungkin niatnya murni dan suci, mahu meredakan ketegangan, tapi sekiranya tersalah langkah.. boleh jadi pihak yang lagi satu menyangka and sedang memprovoknya. Dari situ akan muncul pula konflik baru antara si B dan si C. Belum reda konflik antara A-B, datang pula yang baru..

Benar, memang mustahil untuk kita puaskan hati semua orang..
Tapi.. kalau masing-masing hanya berkata sesuatu yang baik atau pun diam sahaja, masalah x timbul kot.

So, jgn la buat org lain terasa. Tak perlu, tak perlu, tak perlu.
Kadang-kadang tindakan kita ingin membetulkan keadaan itu juga boleh menyebabkan seseorang terasa.

Monday, October 25, 2010

Tidungtrip

Laporan Lawatan Sambil Berjiwang-Jiwang (Tidungtrip)

Pada 23 Oktober yang lalu, segerombolan mahasiswa dari sekolah aku dan sikit dari Trisakti telah membuat lawatan sambil berjiwang-jiwang ke Pulau Tidung. Pulau Tidung merupakan sebuah pulau yang terletak di utara Kepulauan Jawa, sila google. Masih lagi dalam daerah Jakarta Utara. "Jadi kalau ditanya sama orang, jangan bilang saya orang pulau, bilang saya orang Jakarta", kata Pak Mul sambil mengeluarkan sebatang rokoknya..

Bertolak seawal 5.40 pagi walaupun plan asalnya 5.15 pagi. Nak buat macamana, kol 5.15 tu ada orang baru nak mandi. Mase tengah-tengah mandi boleh plak dengar phone berbunyik-bunyik, "ni mesti si pacak tgh call". So, tak boleh nak jawab call sebab tengah basah. Nanti kena kat phone, phone masuk air. Mahal phone tu mase beli hari tu. Tapi sekarang dah turun harga. Kurang-kurang pon turun dalam 500k. Cis..

Plan asal 30 orang (dari kampus aku) tapi last-last ada yang tak jadi nak ikut sebab dia ngada-ngada. So, ada la dalam 26-28 orang je plus pelajar U lain. Ramainye.. macam rombongan kelas. Naik angkut 01. Sewa 3 buah. Bayau 100k utk satu angkut. Bertolak ke jeti Muara Angke. Sebuah pasau jual hasil laut. Ada ikan, sutun, ketam, udang dan baaaaanyak lagi. Kapal dijangka menolakkan dirinya pada pukul 7, tapi dah kol 7 steng still tak gerak-gerak. Dalam hati dah terbayang nak naik bot laju ke, feri canggih ke, kapal selam ke.. sekali rupa-rupanya, tongkang daaa~

Tongkang pon tongkang la, janji rock. Macamana pun, tak tau plak aku yang tongkang ni sama macam angkut. Boleh plak dia berhenti-berhenti banyak kali kat tengah laut tu. Ada pendapat mengatakan yang dia tengah transit org tapi tak logik sebab kat tengah laut. Ada pula yang berpendapat kapal berhenti untuk kasi laluan kepada kereta api. Minyak habis. Kapal selam melintas. Enjin dimasuki ikan todak. Stering tercabut dan macam-macam lagi. Tapi pendapat yang paling logik dan boleh aku terima adalah enjin rosak.

Rosak pulak sampai 2 jam. Hati dah terbakar, ditambah lagi dengan amoi-amoi berseluar pendek melintas atas kepala masa aku tengah baring, bertambah bergeloralah jiwa ini. Kami terumbang-ambing di tengah lautan, dibawa arus entah ke mana. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Lepas tu datang lagi satu tongkang tapi bukan nak tolong, dorang just lemparkan spana lepastu terus chow sambil mengejek-ngejek kami yang sedang kepanasan ini. Cis, harapkan pagar, pagar tak boleh harap.

Akhirnya tongkang indah mula menjalankan dirinya. Perjalanan 2 jam menjadi 4 jam setengah. Hebat tak? Macamana pun hati aku terubat bila melihatkan kejernihan air di Pulau Tidung. Walaupun masih ada sampah terapung, tapi atleast ada ikan hidup. So, kira bersih la dan perasaan nak terjun itu tetap mekar tidak luput-luput. Dalam plan asalnya, nak pergi snorkel dari jam 12 sampai 3 petang. Tapi dah sampai lambat, nok wak guane kan..

Check-in tempat penginapan, solat zohor-asar dan pinjam alatan snorkel. Life jacket, kaki katak dan goggle ber-straw besar.. ermm yummy~. Dari Tidung besar kami di bawa ke sekitar Pulau Payung untuk merendam-rendam. Nasib seorang rabun.. bila masuk dalam air tak nampak apa-apa. Sangat-sangat kabur batu karangnya. Orang lain semua kata lawa-lawa-lawa, tapi aku nampak batu bulat-bulat je, yang besar, dan menakutkan. Dorang kata dorang nampak Nemo tapi aku kata aku nampak dugong. Dia orang tak percaya. Tiba-tiba aku nampak seorang duyung berenang-renang. Aku ingatkan aku sorang je nampak, rupanya semua orang nampak. Dia pakai baju renang kaler hijau dan datang dari Canada. Kiranya duyung import la ni..

Gambar ehsan Hanif Umar
Then, ada la pulak yang tiba-tiba eksyen tak nak pakai life-vest tu. Mentang-mentang dah tau berenang. Aku pon terikut sekali eksyen. Mentang-mentang reti berenang, anak didik michel phelp. Tapi lepas 15 menit, patah balik ke bot nak amek life jaket sebab penat. Lama sangat tak berenang, kaki cramp. Nasib baik tak tenggelam. Terer betul aku..

Dah puas berenang, singgah sebentar di Pulau Payung. Serbu gerai-gerai tepi pantai tu. Untung betul makcik tu, berpuluh-puluh gorengan yang kelihatan macam dah 3 hari tak terjual tu lenyap sekelip mata selepas dibaham oleh orang-orang lapar. Aku tak lapar sangat, dah makan pisang masa atas bot tadi. Energi segera~. Lepas makan, pegi jalan-jalan kat tepi pantai. Main lukis-lukis guna batang kayu. Ntah apa la yang dorang tulis. Lepas tu upload kat fesbuk. Lepas tu tag nama aku. Lepas tu gelak-gelakkan aku. Lepas tu, lepas tu, lepas tu tulis kat blog dan citer yang dia pon tumpang bahagia. Adoyai~. Tak apa, asalkan semua gembira.

Gambar ehsan Naim Zainuddin
Barbeque di malam hari di tepi laut. Rebut-rebut sotong, ratah-ratah ayam, gigit-gigit ikan, telan-telan nasik. Nasib baik takde ketam. Jadi bibir enjelina juli plak kang. Lepas tu ada orang bertekak-tekak pasal angin bayu laut dan bayu darat, yang mana satu datang waktu siang. Aku tak kuase nak campor. Aku main suluh-suluh atas pokok je, mane tau tersuluh ikan ke. Boleh panggang lagi sekor.

Dah panjang dah ni. Lantak la, aku nak tulis gak.

Pagi esoknya bangun pagi-pagi berebut toilet. Masing-masing nak bera. Amek basikal kayuh sejauh 80 kilometer ke hujung pulau untuk melihat matahari terbit. Sampai je kat jembatan, matahari dah pon terbit, tak berapa sempat nak bergambar dengan matahari. Tak pe la, nanti aku pegi CL je. Kat sane pon ada matahari jugak.

Ada yang main terjun-terjun lagi kat Jambatan Cinta tapi aku malas nak ikut terjun. Aku dah mandi, tak nak basah-basah lagi. So, masa yang ada tu digunakan untuk berjalan merentasi laut ke pulau yang lagi satu tu. Bergambar dengan Patrick. Bergambar dalam sampan. Bla bla bla aku dah bosan tulis~

Gambar penulis (bukan gambar sebenar) takde ehsan sape2.

Kepada yang merancang untuk menikah pergi melancong ke situ, aku dah ambil contact orang-orang pulau yang tak nak mengaku dirinya orang pulau tu. Nanti mintak nomor dari aku. Nak pergi sendiri boleh, nak ikut paket boleh, xnak pegi pon boleh. Fee untuk paket, tak mahal rasanya. Tambang pergi balik, penginapan, makan minum (sarapan, lunch, dinner), sewa alat snorkel, sewa basikal, sewa bot untuk jalan-jalan, semuanya kurang lebih 300k. Tapi pengalaman dan keseronokan yang boleh didapati...priceless.

Sekian disampaikan. Terima kasih atas perhatiannya. (aku paling menyampah bile ade orang buat announcement mase tgh ujian)


P/s: Lagi gambar, rujuk fesbuk.

Friday, October 22, 2010

Paksaan!


   Kawan yang suka memaksa. Apabila anda memutuskan untuk berkawan dengan seseorang, anda seharusnya bersedia untuk hidup dalam keterpaksaan. Terpaksa melakukan ini dan itu untuknya, jika tidak menurutkan kehendak dia, akibatnya tercalarlah persahabatan anda.

   Contohnya, pada suatu hari ketika anda dan teman anda berada di kelas, teman anda tiba-tiba meminta anda berbuat sesuatu untuknya. "Tolong buka lampu atas ni, gelap la". Hanya kerana anda lebih dekat dengan suis berbanding dia, sekaki dekat, maka dia menyuruh anda. Nak tak nak anda "terpaksa" menurut katanya dan berdiri lalu menekan suis lampu. 

   Jika anda menjawab, "malas la, kau buka la sendiri", sudah pasti dia akan berkata, "ala, minta tolong sedikit pon tak boleh, apa salahnya, kau kan lagi dekat!". Kemudian anda berkeras tidak mahu, "bukan susah sangat pon, bukak la sendiri". Lalu di situ akan muncul perkelahian kecil yang pasti akan mencalarkan sedikit hubungan anda dan dia.


   Lihatlah. Kita tidak sedar akan perkara ini sebenarnya kerana selama ini kita tidak kisah apabila disuruh. Namun bayangkan jika suatu hari nanti anda memberontak untuk tidak mahu melakukan apa yang dimintanya, adakah dia akan berdiam diri? Jika dia seorang teman yang baik, pasti dia tidak kisah jika anda tak mahu buat. Tapi kebanyakan di antara kita akan rasa sedikit dikhianati jika temannya tak mahu melakukan tugasan "simple" yang disuruhnya.

   Benar. Kebanyakan perkara yang disuruh itu simple-simple sahaja. Tolong bukakan penutup botol, tolong tutup pintu, carikan pemadam jatuh, passkan borang daftar kehadiran ke orang sebelah dll. Tapi pertolongan yang simple-simple inilah yang akan menyebabkan teman anda masam mencuka sekiranya anda tak mahu melakukannya. Nak tak nak kena juga buat. Anda terpaksa!

   Ibarat suatu kuasa misteri. Kita sebenarnya dipaksa oleh hubungan persahabatan kita. Cuba tanya balik pada diri anda, sekiranya anda terjatuh pensel dan pensel itu bergolek ke kaki teman anda kemudian anda memintanya mengambil dan mengembalikan pensel itu tetapi teman anda tidak mahu menurut kata-kata anda, apa perasaan anda? Kecewa? Kalau begitu, anda juga adalah salah seorang teman yang suka memaksa.


   Bagaimanapun, perkara ini bukanlah suatu isu. Hanya cetusan fikiran. Saya hanya tertanya-tanya, "apakah yang akan terjadi sekiranya ini dan itu". Saya akui, saya sedikit pun tidak kisah apabila disuruh-suruh oleh teman-teman melakukan task-task simple seperti itu. Saya melakukannya tanpa adanya rasa terpaksa walaupun "terpaksa" melakukannya.

Sila care kawan-kawan anda~

Thursday, October 21, 2010

Smelly Heart


    Bila tahu seorang mamat ni hebat dalam satu-satu bidang, fizik, math atau biokimia misalnya, yer, memang ramai yang akan puji dan sanjung, tapi lebih ramai yang akan fikir macam mana nak jatuhkan dia. Bila dia keluarkan suatu pernyataan, ramai akan cari di mana salahnya. Kalau untuk mencari kebenaran tak mengapa la. Tapi bukan. Ramai yang mencari kesalahannya kerana dengki, nak tengok dia malu dan minta maaf. Dunia memang macam itu ke?

    Kalau di pejabat tu, tak boleh la nak tengok seorang pekerja ni diberi perhatian lebih sikit oleh bossnya. Mulut tu gatal je nak mengumpat, "kaki bodek" la, "pisau cukur", "nak rampas laki orang", "freshie tak sedau diri" dll. Kenapa la nak sibuk-sibuk dengan hal orang lain. Dah dia lawa, cerdik.. mungkin dia deserve layanan sedemikian. Then kenapa dia? Kenapa bukan aku? Nah..tengok balik diri sendiri. Kaki mengumpat, kaki mengeji.. kau rasa diri tu layak ke?

    Kalau hidup tu tak menyusahkan orang lain tak bolehkah? Mungkin tidak menyusahkan secara langsung, tak penah tampau dia, tak penah gigit telinga dia, tapi bila dah satu negeri kau bawa mulut kisah-kisah tak elok, orang yang molek tak pernah buat salah apa-apa pun boleh dipandang serong oleh masyarakat. Kejamnya kau. Dan kasihan aku tengok kau. Ibarat anjing menyalak bukit. Bukit tak runtuh, suara kau yang serak, perut kau yang lapau..

    Just buat kerja masing-masing tak boleh ke? Hidup orang, masa depan orang, biar dia sendiri yang uruskan. Kau fokus kat hidup kau je. Kadang-kadang aku tak faham kenapa mesti ada rasa dengki tu. Apa itu dengki? Bila kau tak senang duduk melihat kejayaan orang lain dan tergerak niat dalam hati nak tengok dia menderita, itu la dengki. Bila kau tengok dia menderita, kau rasa bahagia, itu adalah busuk hati dan dengki dan sakit jiwa.

    Dengki bila orang berjaya. Bahagia bila orang derita. Kalau boleh kau nak kau seorang sahaja yang bahagia, biarlah semua orang derita, lagi baik kalau mereka mati sahaja. Kalau kau bernasib malang pula, kau nak semua orang bernasib malang sekali. Apa masalah kau sebenarnya? Apa yang kau kejarkan dalam dunia?


Mengapakah engkau diciptakan menjadi manusia? Kan lebih baik kau menjadi haiwan. Well, siapa aku untuk menanyakan soalan sebegitu. Minta maaf..

Tuesday, October 19, 2010

Dulu-Dulu

    Aku baru selesai tonton cerita Ibu Mertuaku yang dibintangi oleh P.Ramlee. Ni semua gara-gara ada seorang insan ni post video artis buat cover lagu "Di Mana Kan Ku Cari Ganti" kat fesbuk.

    Lepas je tonton, aku rasa macam nak hidup di zaman 60-an. Zaman yang tiada telefon canggih, tiada fesbuk, tiada YM, tiada skype, email, aircond, kereta yang boleh terbang. Alangkah sihatnya manusia di zaman itu..

    Jika lihat latar tempat dalam cerita tu, masih boleh nampak kehijauan yang masih subur, tidak serabut macam sekarang. Rumah pun sangat simple dan kayu. Kena panjat tangga kayu untuk naik ke rumah. Di dalam rumah tiada TV, tiada laptop, tiada internet, tiada peti ais, yang ada hanyalah radio putar-putar untuk Sabariah dengarkan suara Kassim Selamat.

    Memang di zaman itu banyak yang kurang, tapi aku rasa mungkin aku lebih bahagia kalau berpeluang hidup macam tu.

    Aku rasa kisah cinta orang dulu-dulu sangat comel dan menarik. Main hantar-hantar surat. Hari ni hantar, minggu depan baru sampai. Kemudian yang di sana pula tulis dan pos. Lepas seminggu baru dapat balasannya. Bayangkan apa yang mereka rasa sepanjang dua minggu tu. Penuh dengan tanda tanya, entahkan terima entahkan tidak. Jika terima, mahukah dia membalasnya? Bagaimana jika posmannya jatuh sakit? Bagaimana pula jika surat itu hilang di tengah jalan? Penuh dengan tanda tanya..

    Dan pada zaman itu, kebanyakan perkahwinan mereka bukan atas dasar suka sama suka tetapi diatur oleh mak ayah. Bagaimana agaknya orangnya yang bakal menjadi suami aku? Baikkah dia? Jujurkah dia? Macamana pula keadaannya orang yang menjadi calon isterinya? Reti memasakkah? Hormat orang tuakah? Semuanya hanya dikenal pasti lepas dah kahwin. Cinta berputik selepas nikah. Menarik~

    Berbanding zaman sekarang. Siapakah yang kuno sangat hantar surat kat aku ni? Kalau nak kenal, minta je la nombor.. Kan? Tak pon tulis dan post kat fesbuk. Ape? Fesbuk pon takde??? Nenek jiran aku pon ade atleast 500 friends tau!

    Aku rasa semakin canggih teknologi yang tercipta, semakin jauh kita dari keromantikan. Kalau rindu, taip je "i miss u". Bila rasa bosan, "Buzz!!! Buat ape tu?". Kalau rasa tak tahan sangat, ajak pergi dating sana sini. Pegang-pegang macam laki bini. Tapi aku rase laki bini pun tak teruk macam tu bila kat luar n they look sooo nice together. Tak sakit mate tengok.

    Dulu kalau ada sepasang remaja 18 tahun ditangkap khalwat di sebuah bangsal terbiar di hujung kampung tu, satu kampung tahu. Silap-silap tok ketua kampung tu tak berani nak keluar ke pekan sebab malu dengan ketua kampung lain. Tapi sekarang, budak kecik 12,13 tahun pon dah pandai i lap you, you lap me.. kadang-kadang kat bangku tepi jalan, kadang-kadang kat tepi tandas.. mak ayah dia tak hairan pon sebab masing-masing sebuk kerje..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...