Thursday, March 2, 2017

Deria Biasa

Masyarakat kita memang terkenal dengan sopan dan santunnya.

Nampak orang tua, didahulukan
Nampak akak mengandung, diutamakan
Nampak budak kecil, tersenyum sendiri. Kalau budak tu comel. Buruk, buat tak nampak..

Aku rasa masih lagi terlekat sopan santun tu walaupun dah masuk tahun 2017. Memang susah nak percaya lebih-lebih lagi di zaman gajet canggih manggih ni.

Namun, bila masuk je kereta, keluarlah semua taring kuku bisa serta hantu. Hilang semua santun. Aku sendiri hairan mana pergi semua sopan.

Lambat jalan, laju je nak marah
Tak bagi signal, pantas je kau carutkan
Kasi signal nak masuk jalan kau, cepat-cepat kau tekan minyak rapat dengan kereta depan, tak nak bagi potong. Tapi bila kau yang nak potong tapi orang buat macam tu, kau carut-carut pulak

Kalau kau boleh sopan di luar, kenapa tidak bila di dalam kereta

Jangan melihat kereta sebagai kenderaan semata. Lihat ke dalam. Pemandunya mungkin pakcik tua yang uzur. Mungkin akak mengandung yang risau. Mungkin anak kecil. eh. Mungkin bakal mertua kau. eh eh. Mungkin bakal pasangan kau. eh eh eh

Janganlah cepat melenting. Bayangkan tu mak ayah kau yang memandu. Dah tua pula tu. Kesian tak kalau kena hon. Sedih tak bila orang lain mendengki dengan mereka. Tak ke?

Sunday, May 17, 2015

Soalan Yang Tiada.. Jawapan

Wahai para suami,

Andai benar sayang akan isteri kalian,
Sembunyikanlah dia dari pandangan jahat mereka.

Mungkin aneh kedengarannya..

Kau berjalan bersama kawan-kawan kau. 
Terserempak dengan seorang gadis muda berpakaian seksi. 
Mungkin kau hebat, menundukkan pandangan.
Tapi kawan-kawan kau? Mata mereka ke mana? Hati mereka tak siapa yang tahu.

Si gadis itu memang bukan siapa-siapa kepada kau.
Tapi dia mungkin seorang isteri orang.
Bagaimanakah perasaan suaminya jika tahu apa sebenarnya yang bermain di fikiran kawan-kawan kau tentang isterinya?
Jika dia waras, marah itu wajar
Jika dia mampu, pasti korang dikejar
dan jika dia sedar, pasti isterinya diajari..

Jom ubah posisi. Misalnya gadis itu isteri kau. Terserempak dengan sekumpulan anak muda. Mereka melirik-lirik melihat ke isteri kau. Dapat pointnya?

Jika sedar dan faham, sembunyikanlah
Bukan sembunyi sorok dalam almari
Bukan juga sembunyi sorok tak kasi keluar rumah

Tapi sembunyikan dari hati-hati jahat mereka

Silakan dia untuk bersolek, tapi hanya untuk kau
Bukan untuk tatapan dan ratahan mereka

Silakan dia untuk bersosial, bermasyarakat, tapi di kelompok teman sejantinanya
Bukan di tengah kelompok laki-laki usia subur

Isteri kau punya kehormatan
dan itu tanggungjawab kau sekarang..

wahai,
Adakah kau bangga keindahan isteri kau menjadi pujian orang?
Itukah tujuan kau membawanya ke hadapan? Siapa lelaki-lelaki itu? Abang iparmu? Adik iparmu?
Ketika puisi itu kau alunkan, yang mana lebih dihayati oleh tamumu? Bait indah puisimu? Atau indah paras isterimu?

wahai,
Adakah itu idea dan kehendak kau sendiri?
Jika bukan, apakah kau merelakannya? seronok dengannya?

..atau kau hanya mangsa keadaan.. seperti aku?


Thursday, March 12, 2015

Abah


Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
..alhamdulillah

Macam novel

Bila aku selak ke helaian semalam, melihat ke chapter kelmarin, siapa sangka aku telah berjalan sejauh ini.

Halaman ini masih kosong. Lembarnya masih putih..
dan penaku telah siap di jemari ini

..dan ini chapter berikutnya


Bismillah..


Friday, December 19, 2014

Matang (1)

Orang sangat sensetif.

Sensetif dengan kritikan

Sensetif dengan teguran

Sensetif dengan kebaikan

..sensetif dengan agama

Orang tak suka ditegur, apalagi dikritik cara hidupnya. Biarpun jauh di sudut hati teguran itu baik untuknya, namun menerima teguran merupakan.. suatu kelemahan.

Orang suka menang. Suka betul. Ditegur bererti ada yang tak betul. Menerima teguran bererti mengakui dirinya tidak betul. Dan tidak betul adalah suatu kelemahan. Lemah simbol kekalahan. Orang tak suka kalah.

Kita takut gelap. Bukan kerana gelap itu, tapi kerana tidak tahu apa yang ada di dalam kegelapan. Jika tahu itu cahaya, maka tidak tahu itu kegelapan. Dan ramai yang rela berada dalam kegelapan. Bukan kerana berani. Tapi kerana tidak mahu terlihat penakut, terlihat lemah. Kita.. tidak suka dipandang lemah. ..biarpun telah ditunjukkan cahaya

Aku teringat sebuah peristiwa, waktu aku menegur seseorang tentang kelakuannya yang menjengkelkan. Lalu aku dimalukan di depan orang lain. Tugasku selesai, memberikan teguran. Aku berlalu pergi, tidak mahu bertengkar. Pahit.

Teguran aku, ya.. semestinya untuk mengingatkannya dan aku tahu, dia tahu tindakannya itu tidak wajar dan menyimpang. Aku tahu, dia tahu maksud tujuanku memberi teguran. Tapi seperti yang aku bilang.. kita tidak mahu terlihat lemah. Inilah egois namanya.

Bila berkisah tentang agama, serta merta mereka memaling kepala. Agama itu baginya, indah jika sesuai kesukaannya. Bila tidak menuruti kehendaknya, maka kalimat "ada fatwa lain yang mengatakan boleh" menghalalkan segalanya. Kerana sekiranya dia menerima dakwah, bererti mengakui dirinya yang selama ini salah, dan salah bererti lemah dan bodoh. Tidak ada siapa mahu mengaku salah dan bodoh. Maka, dakwah itu ditolak, dan simpang ke jurang menjadi pilihan.

Selagi kau tak boleh menelan kepahitan teguran, selagi kritikan itu sentiasa terlihat seolah serangan, dan selagi kau tak mampu menahan diri untuk berperang dengan penegur itu.. kau masih kecil. Kau bukannya berpegang prinsip. Itu bukan karekter diri kau. Itu hanya egois.

Sunday, December 14, 2014

Aminnnn

Satu hari di sebuah masjid yang indah..

Ali masuk ke dalam masjid lalu duduk menunggu, kejap lagi nak masuk zohor dah, boleh la berjemaah, fikir Ali

Tiba-tiba datang tiga budak lelaki, budak tadika. Macam upin ipin je dorang ni, fikir Ali lagi.

Mereka ambil wuduk, dan bersiap  dalam posisi solat berjemaah. Berlatih solat yer? Comel betul mereka, Ali berfikir lagi.

"Allahu akbar.." si imam comel mengangkat takbir. Diikuti makmum kecik dan makmum kenot di belakang. Imam comel itu pon membaca fatihah dengan kuat walaupun hari masih siang. Tak apa la, tak salah pon, boleh dia orang belajar, Ali fikir dalam hati.

Aaaamiinnn.. si imam comel mengaminkan bacaan sendiri

Tiba-tiba..
Makmum kecik: Eh, ko bace fatihah tak abes, mane boleh cakap aminn!
Makmum kenot: Betol la tu die bace fatihah. Kau yang tak hapall

Imam comel: Abes tu macam mane? Boleh rukuk ke belom ni?? Aku nak terkencing nii

Ali menepuk dahi
Alahai anak-anak aku..

Friday, November 21, 2014

Tak Faham Bahasa

Kau tahu tak, lelaki adalah makhluk yang ignorant. Bukan sebab mereka memilih untuk jadi begitu, tetapi memang mereka diciptakan sedemikian rupa. Lelaki tidak akan faham perasaan dan tujuan sebahagian tindakan kau melainkan kau berterus terang kepadanya.

Alien: Dah lama tak shopping..
Lelaki: Haah..

Manggis: (jeling-jeling sambil pandang slack melihat lelaki menyanyi kuat dan sumbang)
Lelaki: Bunga yang layuuuuu~~ (sambung nyanyi)

Katak: Woi, bising la!
Lelaki: Eh, sorry (tak nyanyi lagi)

Laptop: (muka masam dan menutup hidung sambil menjeling tajam ke arah lelaki)
Lelaki: (2 minit kemudian..) Broooppppppp prop plek.. (bau telur)

Hanger: Mat, busuk laa
Lelaki: (tahan kentut atau keluar ke jamban agar tidak kentut lagi)


Bagaimanapun, lelaki adalah makhluk yang prihatin dengan masalah anda. ...hanya jika anda menuturkannya.

Alien: (Pegang-pegang perut sambil muka kelat) krukkkk... (bunyi perut)
Lelaki: hahaha, perut kau bunyi!

Bunga: Bang, lapar la..
Lelaki: Jom? Nak makan mane?

Kiambang: (Cubit-cubit)
Lelaki: awat cubit-cubit ni!

Melati: (Cubit-cubit sambil senyum-senyum)
Lelaki: Jommmmm!

Dan yang terakhir, lelaki cepat tangkap maksud tersirat. Hanya jika ia melibatkan kicauan burung dan keindahan bunga..

Monday, November 17, 2014

Hasil

1. Alamak, awek dah gatal. Mak dia dah bising. Mak aku pon suruh kawen. Tapi aku mana ada duit nak kasi makan anak orang..

2. Bukan taknak beranak, tapi kerja pun tak tetap, makan pun kadang-kadang pura-pura kenyang. Kalau ada anak, kang kebulur macamana?

3. Naik sekilo lagi (menjadi 50 kg, BMI 18.5)? Padahal aku makan suku pinggan je kot. Literally.. Lepas ni aku makan sudu je la. Kang kalau gemuk takdak orang nak kawen dengan aku pulak.

4. Adoih la, apa pasal kau sibuk nak jual sayur kat sini jugak?? Kau tak nampak ke aku dah lama niaga kat sini. Apsal nak kacau periuk nasik aku?? (call samseng suh ugut mamat sayur baru tu..)

Kau risau itu. Kau risau ini. Semua benda kau risau. Sebab duit. Sebab looks. Sebab masa depan. kononnya. Dan sebab itu kau ikat perut. Yang kurus makin kurus sebab nak simpan duit. Yang couple terus dengan maksiat sebab senang tak payah pikir tanggung jawab. Yang gemuk kecewa di jendela takut nak makan, takut tak ada orang masuk meminang.

Tak apa kalau kau nak risau. Tapi tak perlu la nak risau pasal jodoh, rezeki, hidup mati kau tu lebih-lebih sangat. Sampai pengaruh kehidupan gembira menjadi sengsara.. 

1. Kalau memang dah rezeki kau banyak tu, so banyak tu je la. Kau nak salahkan orang bila rezeki kau sikit, bukannya orang tu yang kontrol rezeki kau. Tak bersyukur namanya tu

2. Tak nak kawen, tak nak beranak sebab takut anak bini tak dapat makan. Lagi sekali, kau Tuhan ke yang turunkan rezeki? Dan Tuhan kau kejam sengat ke tak kasi anak bini kau makan?

3. Minah tu huduh, sampai sekarang takde orang pinang dia. So kau pon takut gemuk. Takut huduh. Itu ke kayu ukur yang kau guna untuk dapat jodoh? Kau pernah dengar kisah pompuan huduh kawen dengan laki ensem dan kaya? Makan je la nasik tuuuu


Masalah memang sentiasa ada. Tak ada masalah pun kalau kau ada masalah. Tau macamana nak settle? Takyah risau then, usahakan. Tak tau macamana nak settle sebab di luar kuasa kau? Then kenapa nak risau.. Rezeki dan jodoh memang perlu diusahakan, tapi diluar kuasa kau. Kau dah usaha, nothing to worry then. Tawakal. Ada atau tidak hasilnya, terima seadanya. Memang itu je bahagian kau.

Sunday, October 26, 2014

Seribu What?

One day on teletubbiesland..

Just me menghitung duit. Maklumlah, baru dapat duit bonus.

hmm..
Seratus, dua ratus.. bla bla ba.. sembilan ratus, sepuluh ratus.. bla bla..
..seribu seratus lapan puluh
..seribu seratus sembilan puluh..
..and..
..seribu seratus.. seratus?

Thats kind of weird
my count shud hv been right
after sembilan puluh, is seratus right?
cube terai lagi

seribu seratus lapan puluh
seribu seratus sembilan puluh
seribu seratus.. seratus?
betul la ni
ape yang salah?

*dari jauh* maybe seratus seratus tu boleh digabung jadi dua ratus.. kot?

tepuk dahi

begokk

Tuesday, September 9, 2014

Tak Boleh Save

1. Tak kisahlah kau hendak atau tidak, niat atau bukan, kalau benda nak jadi, ia akan jadi. Miskin dan kaya dah tertulis. Mati dan hidup semua dah ada tercatat. Haah, takdir namanya. Kau jatuh longkang penuh air hitam, itu takdir. Kau jatuh dari motor yang tak bergerak, itu takdir. Kau jatuh hati namun tak berbalas lalu sakit hati, itu juga takdir. Bukan aku.

2. Kau tak boleh time travel ke belakang dari masa sekarang untuk melakukan perubahan, tapi kau boleh time travel ke belakang dari masa depan dan mengubahnya. Caranya? Well, look around. Selamat datang ke masa sekarang. Apa lagi, ubahlah masa depan kau sekarang. Jangan menyesal untuk kali "kedua".

3. "Alhamdulillah". Tekan button tweet. Sekarang semua orang tahu tau sedang bersyukur. Alhamdulillah, semua orang tahu kau ni baik dan ingat tuhan. Itu yang kau nak kan? Aku tak salah.

4. An apple a day, keeps the doctor away. Kalau doktor makan epal, boleh berhenti jadi doktor? Boleh!

5. Haritu aku naik bas. Aku plan nak naik bas lagi nanti

6. Sampai saat ini, apa pencapaian terbesar kau dalam kehidupan kau? Yang boleh kau banggakan kalau bercerita dengan kawan lama. Yang mak ayah kau seronok bila cerita dengan kawan-kawan dorang. Yang boleh buat anak kau eksyen depan kawan-kawan hingusan dia. Eh, kau belum kawen. Mana ada anak.

7. Kau tau tak, kalau 13 tahun lepas kau kumpul emas sikit-sikit sampai cukup sekilo, baru RM33,000. Haah, nak kumpulnya setengah mati ketika itu. Apa lagi kalau nak kumpul 5 kilo. Rm 165,000. Kalaulah kau berfikiran jauh waktu tu, dan membuat loan (tak sure boleh ke tak) untuk bayar dalam tempoh 40 tahun, sebulan mungkin kau kena bayar Rm370, tapi lepas 13 tahun kau tahu berapa harga 5 kg emas tu? Rm 650,000. By that time kau mungkin dah bayar rm 57000, balance lebih kurang rm 1080,000. Tapi apa la sangat, dengan nilai emas sekarang, kau boleh terus lunaskan baki dan ada setengah juta lebih lagi.

8. Now, balik ke no 2, 1, 6, 3. Bersangkut paut? Tak, kan? hahaha kan diri sendiri.

Thursday, May 15, 2014

Sikit lagi..


Busy? Haah. Sikit.

Bila aku log in FB setelah sekian kurun waktu (last sekali aku on adalah ketika piramid baru siap), baru aku sedar, aku bukan lagi berumur 19 tahun. Tengok ke group kawan sekolah, banyak yang dah kahwin. Lebih banyak lagi yang sibuk mencari. Ada yang bersolek dan post gambar aneh-aneh dengan harapan ada yang tertarik dan masuk meminang. Ada juga yang lama berpacaran tapi jodoh belum kunjung tiba. Namun tak sedikit yang masih terfokus pada kerjaya. Sekadar kesimpulan awal yang aku buat berdasarkan gambar dan update status yang sempat aku stalk. Mungkin aku salah.

Barakallah fikum kepada sahabat-sahabat yang dah selamat mendirikan masjid. Minta maaf tak dapat hadir. Jauh di seberang. Alasan. Ada yang lebih jauh lagi. Tapi dapat datang. Aku tahu. Tapi dia orang ada cuti. Aku tak. Alasan lagi.

Aku.. penat. Waktu orang lain dah bertahun makan gaji, ada yang jadi bos sendiri, buat duit berjuta-juta tiap-tiap hari (dalam rupiah kalo ditukar la tapi), aku terkial-kial lagi nak pasang infus set (kat msia panggil iv line, kan?), catheter, jahit tangan kaki orang. Banyak yang aku tahu. Lebih banyak lagi yang tak tahu. Dah sarjana, tapi ilmu setakat mana. Pakai topi, jubah, tapi macam tak ada yang berubah.

Aku rindu kampung halaman. Tapi aku dah betah di tempat orang. Aku mahu pulang. Tapi takut sesat di tanah sendiri.

Aku.. takut. Belajar lama di negara orang, sistem lain, terms lain, protocol maybe tak sama. Balik negara sendiri, kena belajar lagi untuk adapt. Sesibuk di sini, lebih sibuk dan mencabar lagi bila dah kembali nanti.

Apa yang aku nak cari, aku pon tak pasti. Duit la kan? Sebab tu aku amek bidang ni. Boleh buat banyak duit. Penipuan besar. Nak duit banyak pergi berniaga la. Tapi kalau pon ada duit banyak, apa sahaja yang aku nak buat pon. Aku perlukan nasi 2 pinggan sehari. 3 jenis lauk sepinggan. Air 2 gelas. Dan sarapan kalau ingat. Itu je kot. Berapa posen sangat la tu. Oh, lupa. Kena bayar minyak kereta, duit kereta, sewa rumah, belanja sekolah anak, beli barang dapur, bil air api telepon, streamyx, sogok bos kasi naik pangkat (eh, mana boleh) dan beli pempers anak. Ok, that costs a lot. Aku kena ada banyak duit. My bad..

Well. Bila kau jauh dari keluarga, jauh dari isteri, lama tak jumpa, ditambah dengan kehidupan pelajar yang tidak jelas bila nak presentation, bila nak ujian, bila nak lulus, bila nak ada baby.. fikiran boleh jadi kacau. Kan bagus kalau aku rajin belajar. Ada la benda nak buat. Belajar. Nerd.

Ok. Aku nampak oreo. Selamat malam menjelang pagi. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...