Thursday, September 9, 2010

Pendengar Setia

Aku rasa macam freak sebab kerap sangat buat post baru kat blog. Macam sudah tidak ada kerja lain. Lagi-lagi bila esok nak raya, patutnya pergilah tolong mak masak rendang ke, kemas rumah ke, load kuih masuk telap ke.. Ni tak, blog blog, blog. 

Biar pun dulu aku pernah baca pendapat peribadi dari seseorang ni yang berbunyi lebih kurang..

"aku takde la nak update blog hari-hari, macam freak je"

..tapi aku tak kisah. Banyak benda aku mahu ceritakan.

*****

    Saya (lebih sopan) agak terkilan dengan sesetengah blogger yang letak muzik dalam blog dia. Mungkin dia rasa gembira sebab blog dia lawa, ceria, ada bling-bling, meriah dsb tapi adakah semua pembacanya rasa sedemikian? Kalau ikut undang-undang perblogan, tiada masalah kalau nak letak hiasan apa sekali pun, tapi timbang rasa la sedikit pada orang yang mahu baca.

    Mungkin dia beranggapan.. "blog aku, suka hati aku la". Okey, saya mengalah. Saya cuma terasa je, bukan niat nak tegur dan memperbetulkan sebab apa yang mereka buat tu sikit pon tak salah. Cuma saya sahaja yang rasa terganggu.

    Pada saya kalau nak letak lagu tu tiada masalah, tapi kalau boleh pilih la music player atau widget music yang boleh di-pause-kan lagunya. Bukan apa, andai kata ada pembaca yang kurang senang dengan lagu tu tapi berkeras nak baca sebab cerita anda menarik, dia boleh la pause-kan lagu tu buat sementara.

    Biasanya untuk pembaca yang mudah terganggu ni, mereka akan me-mute-kan laptop/komputer mereka bila membuka blog-blog yang mempunyai muzik yang tidak dapat dihentikan. Akibatnya, ia akan menyukarkan pembaca tersebut menikmati lagu kegemarannya (dari laptop sendiri) lantaran tindakan me-mute-kan itu.

    Tambah memburukkan keadaan, sekiranya blogger itu memuatkan klip-klip video dalam blog mereka, bagaimana pembaca boleh menumpukan perhatian pada video tersebut sekiranya lagu tersebut tidak dapat dihentikan? Mungkin lagu itu boleh "disenyapkan" dengan me-mute-kan laptop tapi bagaimana pula dengan video tersebut? Mampukah dia mendengar apa yang terbit dari video itu setelah mute dilakukan?

    Saya sering menjelajah dari satu blog ke satu blog dan bertindak sebagai silent reader sahaja kerana masih belum bercadang mahu "mengkomersialkan" blog saya. Kebanyakan kisah yang saya muatkan di blog ini terlalu kurang pengisiannya dengan ilmu dan moral. Jadi, untuk menayangkannya kepada seluruh dunia, mungkin belum tiba masanya. Mungkin beberapa tahun lagi. Selepas sudah bekerja mungkin..

    Di sepanjang pengembaraan itu, saya kerap menemukan blog-blog seperti itu, yang diselitkan unsur-unsur yang mengganggu tumpuan membaca. Setiap orang ada misinya yang tersendiri sewaktu memutuskan untuk menjadi blogger. Ada yang mahu mengembangkan sinar Islam, alhamdulillah, menceritakan pengalaman diri, berkongsi ilmu mahupun sekadar meluahkan rasa tidak puas hati.

    Namun, walau apa jua tujuan anda, sekiranya anda benar-benar mahukan blog anda dibaca oleh segenap lapisan masyarakat, kenapa tidak mengambil blog-blog lain yang mempunyai reputasi sebagai contoh? Atau adakah anda sebenarnya hanya mahu menulis untuk diri sendiri (diari)...?


Salam terakhir buat ramadhan ini. Adakah peluang untuk kita bertemu kembali?
Selamat meneruskan ibadah puasa pada saat-saat terakhir ramadhan ini
Selamat berbuka, mudah-mudahan diberkati..
Selamat hari raya, maaf zahir batin~
30 Ramadhan 1431...
6:40PM
-Hasif Hussin-
Melaka

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...