Monday, September 13, 2010

Kisah Sabun Pelakon Hindustan

(Awas, post panjang yang merepek! Risiko jika pembacaan dilakukan: kebosanan dan mengantuk)

    Kadang-kala aku rasa hairan dengan iklan shampoo, sabun, pencuci muka, bedak dsb. Dalam iklan-iklan tersebut, penerbit mengambil selebriti terkenal yang wajahnya sememangnya putih berseri, kacak, cantik, rambut lembut serta wajah yang bersih tanpa jerawat.

Apa pointnya???

    Mereka diambil untuk mempromosikan produk kecantikan kerana mereka memang sudah cantik? Kalau begitu buat apa kita beli produk-produk tersebut sebab produk itu hanya untuk mereka yang memang sedia kala cantik, ya dak?

    Bila Aisywarya diambil berlakon dalam iklan sabun misalnya, kemudian dalam iklan tu dia kata, "untuk menjadikan kulit lembut, gunalah Lax". Ok, apa yang aku cuba sampaikan adalah, siapa di sini yang pernah lihat Aisywarya berkulit kasar? Sebab iklan tu kata untuk jadikan kulit lembut. Maknanya sebelum jadi lembut, haruslah kasar dulu, kan? Kenapa tak ambil orang yang berkulit kasar lepas tu buktikan dalam iklan tu bahawa orang itu boleh berkulit halus dengan menggunakan produk itu? Atau.. adakah sabun itu memang untuk orang berkulit lembut seperti Aisywarya sahaja. So siapa yang kulit macam kulit nangka tak payah beli...

    Kemudian iklan shampoo pon macam tu jugak. Dah memang seleb tu rambut dia lurus dan cantik, maka kalau tak pakai shampoo tersebut pon still cantik la jugak, kan? Ni tak, pengarah iklan gunakan dia dalam iklan kononnya shampoo tu yang buat rambut dia lawa. Masyarakat pula terpengaruh dengan iklan tu sebab artis kegemaran mereka berlakon dalam iklan tu. Mereka beli dengan tujuan nak rambut cantik macam artis tu walaupon masing-masing tahu artis tu memang sedia kala berambut lawa. Untuk apa???

    Artis tu memang dah kacak lawa. Dan dia cuma ambil upah berlakon dalam iklan sebab kelebihan yang dia ada. Bukan sebab produk tu buat dia lawa lepas tu dia berlakon iklan. Aku rasa anda paham apa maksud aku (even aku sendiri rase macam terbelit-belit).

    Then ada pulak iklan di mana penerbitnya konon-konon cuba membuktikan bahawa shampoonya berkesan. Dipaparkan seorang wanita berbaring kemudian rambutnya ditarik lalu jari tersekat sebab rambut wanita tu kusut. Lepas guna shampoo, rambutnya tidak lagi tersekat bila ditarik. 

Apa yang aku faham di sini? 
Semasa menonton iklan sebegini, aku 100% yakin bahawa rambut lurus itu adalah rambut asal wanita tersebut. Kemudian penerbit mengusutkan rambut itu lalu membuat claim bahawa "ini adalah rambut sebelum guna shampoo". Lepas paparan mandi ditayangkan dan rambut jadi lurus, penerbit kata "rambut lurus setelah guna shampoo" padahal itu adalah rambut asal wanita tu, bukan rambut hasil shampoo. Faham tak ape aku kate?

    By the way, aku bukan marah or tak puas hati. Ikut suka siapa-siapa la nak guna apa-apa pun bila-bila masa di mana-mana jua. Aku just pelik je. Kenapa walaupun kita tahu tapi kita buat-buat tidak kisah dan terus membiarkan diri tertipu dalam penipuan itu?

    Aku rasa kalau penerbit iklan tu ambil orang huduh, berambut dawai dan berkulit biawak berlakon iklan, mungkin ambil masa yang lama kot untuk jadikan mereka lawa bagi membuktikan produk mereka benar-benar berkesan. Jadi, sebab tu ambil artis yang dah sedia ada lawa, kan? Mudah, cepat, asli..

Nasib la. Rezeki masing-masing..

    Aku bukan apa, aku dah guna macam-macam produk (bukan sebab terpengaruh dgn seleb yang mandi separuh bawgel gune shampoo sunsilk or sabun lux), tapi hasilnya tetap sama tidak berubah. Jadi aku tertanya-tanya la, adakah aku ditipu?

    Adakah aku boleh jadi kacak macam artis itu dengan menggunakan produk itu? Atau adakah aku harus jadi artis yang berwajah kacak, berkulit halus dan berambut panjang dulu sebelum guna produk tu? Yang mana satu dulu ni....?

Peliknya...


(573 patah perkataan tidak termasuk ayat ini)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...