Sunday, January 17, 2010

Tersungkur


Aku sering tertanya-tanya, kenapa susah sangat untuk aku menerima suatu ilmu? Aku cuba merenung kembali zaman kanak-kanakku. Pada waktu itu aku la jago dalam kebanyakan mata pelajaran. Aku tak hebat dalam bidang sukan seperti teman2 seusiaku. Ada di antara mereka yang bermain sepak takraw sehingga ke peringkat dearah, ada yang main bola smpai ke peringkat mukim dan bola jaring sampai ke peringkat negeri. Tapi tidak bagi aku. Duniaku hanyalah buku-buku dan alat tulis. Orang tua ku memberi penekanan yang sangat mendalam pade pelajaranku. Jika ada peralatan yang kurang, mereka akan tambah. Jika ada apa2 yang tidak dimengerti, mereka sendiri akan ajarkan. Buku latihan yang membukit menjadi teman2 seharianku. Aku jarang keluar bermain bersame teman2 seusia.. Hasilnya, setiap kali keputusan ujian diumumkan, aku antara yang teratas. Guru2 senang menghantarkan aku ke mana2 pertandingan atau kuiz2 ilmiah..

Tapi itu dulu..

Seiring dengan peningkatan usiaku, pembelajaranku menjadi semakin rumit dan sukar. Jike dahulu kalau ade yang aku tak faham, orang tuaku tiada masalah membantu. Tapi kini, jika aku bertanya pada mereka, tidak semua bisa diajarkan. Aku perlu mencari inisiatif sendiri untuk memahami ilmu ini. Tapi entah mengapa, setiap apa yang aku pelajari seolah2 tidak mahu masuk dalam kepale. Aku lambat memahami apa yang dipelajari berbanding teman2ku. Dan aku juga sukar untuk menghafal istilah2 penting di sepanjang pembelajaranku.

Adakalanya aku menyalahkan diriku sendiri. Aku menghukum diri sendiri di atas setiap kegagalan yang aku terima. Aku salahkan otakku, aku salahkan tanganku, aku salahkan setiap anggota tubuhku. Kerana mereka, aku sukar mengingat. Kerana mereka aku sering ketinggalan dalam pelajaran.

Namun jika direnung sedalam-dalamnya. Serta merta aku rasa bersalah. Mereka tidak bersalah. Aku yang bersalah. Aku terlalu memandang rendah pada diriku sendiri. Kurang keyakinan dalam diri. Tidak percaya bahwa aku boleh melakukannya. Itulah kekesalan terbesar aku sepanjang kehidupan aku sebagai seorang pelajar.

Kegagalan demi kegagalan. Adakah ia suatu yang buruk? Ya, memang buruk. Tiada siapa yang mahukan kegagalan.

Kenapa sering gagal? Adakah kerana kebodohan? Adakah kerana tidak bijak seperti insan lain? Adakah kerana Tuhan tak sayang kat kita? Tidak! Kita semua dilahirkan sama tidak berbeda. Kita hanya melihat peristiwa ini dari sudut pandang yang negatif. Tidak pernah sesekali pun kita cuba merungkai maksud tersirat di sebalik kejadian ini. Sering kali kita menyalahkan takdir..Pernah tak kita terfikir bahwa di setiap kejadian itu terdapatnya hikmah2 yang tersembunyi?

Aku merenung kembali kehidupan ini. Selalunya bila ditimpa kegagalan, sudah pasti kita merasa tertekan, bukan? Lantas kita terus belajar dan belajar agar tidak gagal lagi. Ape kesudahannya? Kita gagal lagi. Lalu kita belajar dan terus belajar menggunakan kaedah yang lain. Kesudahannya? Gagal lagi..Begitu la seterusnya, belajar, gagal, belajar dan gagal. Namun adakah kegagalan tersebut kekal sampai bila-bila? Tidak, suatu hari nanti kejayaan pasti bertandang jua. Nah, sekarang cube kite bayangkan, di sepanjang tempoh ini dah berapa banyak yang kita belajar sebenarnya? Mungkin orang lain yang hanye belajar sekali untuk berjaya, tapi kita? Untuk berjaya kita mungkin harus belajar 10 kali, 100 kali malah 1000 kali. Dan once kita dah berjaya, apa yang akan dirasakan? Perasaan yang sungguh indah, kesyukuran tak terhingga. Biasanya kita akan lebih menghargai sesuatu yang sukar kita dapat atau capai. Dalam kes ini, kejayaan yang diterima adalah kejayaan yang sangat bermakna buat diri kita..

Aku bukanlah bermaksud nak menggalakkan korang gagal, tetapi aku cuma nak menyatakan bahwa..gagal sekali tak bermakna gagal sampai bila-bila. Memanglah susah, memanglah payah, tetapi ianya tidak mustahil utk dikuasai. Jangan rase down bile kite tak faham sewaktu ilmu itu diajarkan. Setiap orang memiliki kemampuan yang berbeza-beza, ada yang cepat tangkap, ada yang lambat pick-up. Bagaimanapon, tiada seorang pon yang dilahirkan untuk menjadi si gagal (loser). Kejayaan adalah milik setiap insan yang berusaha. Yang penting kita yakin..dan percaya pada diri sendiri.


605

1 comment:

orkeD said...

nice one!
aku suke :)
"your failure do not define you."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...