Thursday, February 24, 2011

Pos Semalam yang aku pos Hari ni tapi guna tarikh Semalam.

1. Aku baca berita harian online hari ni. Antara berita yang menarik perhatian aku adalah mengenai peluang pekerjaan di istana kat London. Gaji yang ditawarkan untuk seorang pembancuh kopi adalah.. baca sendiri la, hehe..
"Ratu Elizabeth meletakkan dua iklan kerja di laman web www.royal.gov.uk, untuk mendapatkan Pembantu Am bagi Bilik Kopi dan Membasuh. 

Bagi yang berjaya, mereka akan diberi gaji £14,000 (RM70,000) setahun dan bertugas di Istana Buckingham di sini. 

Pemohon yang berjaya juga akan diberi tugas pergi ke istana lain di seluruh Britain, menurut laporan. 

Bagi jawatan pencuci pinggan mangkuk, orang itu mesti memastikan kebersihan di kawasan restoran dan dapur kakitangan. 
Seorang lagi memikul tanggungjawab mengatur hidangan teh dan kopi serta sarapan. 
Jika dua tugas itu tidak begitu digemari, ratu juga mencari seorang yang sedia menerima gaji £75,000 (RM1.9 juta) sebagai Ketua Lawatan Diraja yang memerlukan pemegang jawatan itu merancang kunjungan anggota diraja secara jimat dan sejajar dengan isu semasa alam sekitar. – Reuters"


Pergghhh, kan? Tapi yang peliknye, sama ada translator salah taip atau wartawan yang tak reti buat matematik? 14,000p = RM70,000, then 75,000p = RM1.9juta??? Apsal aku kire dapat RM375,000 (1p = RM5). Adoyai~

2. Tajuk berita adalah "Kerajaan kaji opsyen stabil harga petrol". OPSYEN??? Adakah mereka memaksudkan "pilihan"? Alahai, bahasa kita dah cantik rasanya, pilihan. Kenapa nak translet (sorry, aku pon rojak gak haha) macam mana indon buat.. Option = Opsyen. Adoyai...eh, sebenarnye memang dah ada lama ke perkataan tu? tehee~

3. Lelaki di China mati lepas main game selama 3 hari tanpa henti. Dia tak tidur. Apa punya sengal la dorang ni.. No life!!! Aku rasa mesti laki ni tak ensem, pendiam, dan sebatang kara. Sebab tu dia tak ada awek or isteri nak jaga dia. Sebab tu dia tak ada kawan-kawan yang boleh diajak bersosial. Sebab tu dia tak kesah kalo tak balik rumah sebab tak ada siapa-siapa kat rumah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...