Tuesday, August 24, 2010

Sesuatu

(Awas! Post jiwa-jiwa..)

Aku selalu fikir bahwa masalah tidak akan terasa masalah jika aku tidur sahaja. Aku selalu fikir marah, panas, tensi akan hilang jika aku tidur sahaja.

    Dulu masa di kolej lama, bila 'sesuatu' terjadi, aku akan drive kereta selaju-lajunya dari seksyen 17 ke seksyen 18. Jalannya bukan highway tapi jalan negeri biasa sahaja tapi kat situ la aku pecut sampai 180-200 km/j. Aku tau masalah takkan selesai dengan memecut macam tu, sebaliknya mungkin akan timbul masalah lain seperti eksiden, saman dan lain-lain. Aku tau tak ada apa yang akan berubah kalau aku pecut macamtu tapi sekurang-kurangnya aku rasa puas. Sampai kat bilik, aku tidur sampai jam 12 malam, hanya bangun utk solat. Rasa kelakar sungguh, hanya kerana 'sesuatu' terjadi, aku buat kerja berbahaya..

    Aku tau macamana rasanye kalau 'sesuatu' tu terjadi, penah terjadi dan sejarah itu berulang lagi. Rasa macam nak pegang leher kelinci, lepas tu genggam kuat-kuat. Or rase nak duduk kat balkoni tingkat 5 sambil memegang laptop dan henset, lepas tu "opssss"~ (terjatuh pulak mereka berdua). Dan juga rasa nak balik semula ke 3,4 minggu sebelum 'sesuatu' itu terjadi lalu cuba membaiki keadaan. Namun semuanya tak mungkin terjadi. Aku tiada kelinci untuk dicekik, kalau ada pun..aku masih waras, cuma sedikit panas. Aku tak mungkin 'sengaja tercampakkan' laptop pemberian orang tua mahu pun mr. monte-l kesukaan aku. Perasaan ada tapi pelaksanaan jauh sekali. Dan aku juga tidak mungkin boleh travel back ke masa dulu.

    So, yang harus dan boleh aku buat sekiranya 'sesuatu' itu terjadi adalah mereka ayat-ayat yang bermula dengan "atleast" or "sekurang-kurangnya".
Atleast kali ni aku masih ada peluang untuk membaiki keadaan..
Atleast aku still boleh belajar tanpa kegusaran..
Atleast cuma 2,3 ...bukannya semua..
-ayat penyedap hati orang-orang yang kecewa...

"ship, dem, babun" (sape la yang ajau aku words ni sume)
Aku mencarut ke? Yer la kot. Walaupun perkataannya tak sama dengan perkataan asal, namun kalau niat di hati terasa nak mencarut, sebut word ketuhar pon boleh dikira sebagai mencarut tp orang lain tak terasa geram la, maybe dorang just gelakkan je. Pandai betul dorang alter word tu supaye yang buruk tidak kelihatan buruk sangat.


Haish!
Perasaan seperti mahu memecut 180kmj dari seksyen 17 ke seksyen 18 itu datang lagi..
Mujur tiada kereta untuk aku pandu..
Kalau ada, jangan jadi penumpang aku lagi..





Harus lebih rajin..
Kene stop merepek (ikrar yang sama, sudah 17 kali, but still tidak terjadi)
Apa je la yang aku ketikkan pagi-pagi buta ni.
Ikut suka aku la nak tulis apa..

2 comments:

FatinZol said...

hurrrrm...
aku x tau ape masalah ko.
tp aku pun ada msalah gk..
mebi lagi parah kot dari ko..
bape kali tah duk ckap kt diri sendiri,
kena stop tu,kna rajin buat tu,kena rajin buat ni,kena tingggalkn yg tu,
tp lepas tu...x buat-buat jgk...
malu kt tuhan n diri sendiri je...
haih....

:(

Asip Hussin said...

ha'a. masing-masing ada masalah sendiri.
tp kdg2 bkn semua masalah terasa mcm nak disharekan.
parah tak parah, berat tak berat, semue tu subyektif..tergantung pade kekuatan mental kita mcmane nak manage.
btw, xde masalah yang xboleh selesai.
masalah itu ada untuk diselesaikan.


harus lebih rajen.
harus lupakan apapa yang menjadi distraction buat sementare waktu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...