Saturday, November 13, 2010

Itu

Bangun pagi-pagi, bersiap untuk ke sekolah. Keluar dari pagar rumah, aku terserempak dengan jiranku. Dia berkeadaan seperti semalam iaitu seperti "itu". Erm, aku memandangnya dengan hormat serta mengukirkan senyuman seikhlas hati. Sedekah di pagi hari. Sedaya-upaya aku memujuk hatiku, "jangan pandang itu lama-lama". Aku meneruskan kayuhan basikalku..

Sepanjang perjalanan, aku melihat itu di mana-mana. Pandang ke hadapan, aku nampak itu. Pandang ke kanan, aku nampak itu. Ke kiri dan ke belakang juga.. itu tetap di mana-mana. Di dalam kelas, aku duduk di belakang sedikit. Jadi aku terpaksa berhadapan dengan itu dari mula kelas sehingga tamat jam perkuliahan.

Aku penat dan rasa bersalah. Hari-hari aku nampak itu!!!!! Di facebook, di dalam movie, drama korea, youtube.. malah dalam rancangan kegemaranku juga -ultraman dan power rangers- tetap ada itu. Aku letih!

Apakah yang aku maksudkan dengan "itu"? Di dunia yang aku diami ini, sudah tiada tempat untuk aku bebas melihat tanpa terlihat "itu". Aurat.. ya, itu adalah aurat wanita. Rambutnya, bentuk badannya, lengannya, betisnya... dan even segala lurah dan lohong.

Aku juga mahu melihat dengan bebas! Adakalanya aku penat kerana terpaksa mengalihkan pandangan aku ke sana ke mari. Tapi aku selalunya aku tak mampu. Aku terpaksa! Mana mungkin aku menutup mataku sepanjang masa semasa di dalam kelas. Mana mungkin aku skip parts tertentu dalam movie yang aku tengok sebab nak elakkan dari melihat aurat mereka!

Atas sebab itu, aku malas nak tengok movie atau drama. Kebanyakan orang yang diambil berlakon semuanya muda belia, cantik-cantik. Mampu membuatkan iman ini terganggu gugat. Aku sangat berharap satu hari nanti, aku tak perlu lagi berhadapan dengan dunia sebegini. Aurat direndah-rendahkan tarafnya. Aurat dipandang remeh oleh masyarakat.

"saye model kot, mane boleh pakai tudung"
"tak laku la kalo berlakon pakai tutup-tutup macam tu"
"kalau pakai tudung dah macam nyanyi nasyid plak. saya bkn penyanyi nasyid"

Alahai dunia..

Tidak tahukah anda sekalian bahawa anda telah menganiayai saya? Anda telah menyeksa jiwa dan raga saya. Hentikan harrasment terhadap saya!!!

2 comments:

Anonymous said...

ramai org mempersoalkan aurat perempuan suatu penyiksaan untuk lelaki.bagaimana pula dengan aurat lelaki.tidak menyiksa wanitakah?main bola pakai shorts pakai singlet pagoda,kdg-kdg ke mall pun begitu juga.hurm.mari kita persoalkan pula:)

Asip Hussin said...

ok. dah siap post pasal aurat lelaki nanti, hantar link ke sini. boleh la kite share same2~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...