Friday, November 26, 2010

Lorenzo

Lorenzo sedang beratur untuk mengambil makanan di dewan makan. Barisan yang sungguh panjang. Kemudian datang Pierto berbaris di belakang Lorenzo. Kata Pierto "aku beratur kat belakang kau tau", kemudian Pierto berlalu meninggalkan barisan. Lorenzo hanya bersangka baik, "mungkin Si Pier ada urusan kecemasan".

Satu jam berlalu, akhirnya sampailah giliran Lorenzo mengambil makanan. Selepas penat beratur dalam panas, berpeluh-peluh, sakit otot kaki dan pegal-pegal tubuh, akhirnya gilirannya tiba. Tiba-tiba Pierto datang kembali dan masuk semula ke dalam barisan di belakang Lorenzo dengan alasan "sebenarnya aku telah berbaris di belakang Lorenzo tadi". Lorenzo bertanya, "kau ke mana tadi? Ada urusan apa?".

"Owh, tidak ada apa-apa. Aku melihat barisan itu sungguh panjang, jadi aku pergi bermain dengan teman-teman yang lain sementara menunggu giliranku. Kemudian aku tidur sebentar. Dan bila aku melihat kamu sudah hampir mendapatkan makanan, aku masuk semula. Dengan itu, aku dapat memanfaatkan masaku"

Apa perasaan Lorenzo agaknya?

Begitu juga la sikap Pierto semasa dalam kuliah. Melihatkan Lorenzo sering merekod kuliah-kuliah yang didengarinya, Pierto tidak datang ke kelas dengan alasan, "tidak mengapa, nanti di rumah saya akan dengarkan semula kuliah yang dirakam oleh Lorenzo"

Bila ditanya, "kamu ke mana?", Pierto menjawab, "kuliahnya panjangnya dan bosan. Aku mahu balik rumah dan tidur sahaja. Nanti aku mahu pinjam sahaja rakamanmu. Dan tolong punchkan kad kehadiranku juga ya. Terima kasih~".

Yang ingin ditekankan di sini bukanlah tentang Lorenzo, kebaikannya, serta perasaannya tetapi Pierto dan kesedarannya.. Sebenarnya Lorenzo tidak rugi apa-apa pun. Dia tetap akan beratur seperti biasa dan merakam kuliah seperti biasa, tapi apabila Pierto mengambil kesempatan ke atasnya, tidakkah Pierto berasa bersalah sama sekali? Sedang orang lain bersusah payah dalam panas, bertungkus lumus untuk cuba memahami kata-kata gurunya, Pierto langsung tidak mahu berkongsi semua itu. Dia hanya mahu menunggu dengan selesa di rumah, melakukan perkara yang disenanginya.

Kalau begitu, untuk apa ditubuhkan institusi pengajian? Bukankah lebih baik kalau sewakan sahaja sebuah bilik kecil dan pengajar akan memberi lecture di hadapan kemera. Apabila selesai mengajar, rakaman tersebut dihantar ke rumah pelajar-pelajar untuk mereka lihat kembali apabila mereka ada mood nak belajar. Dengan itu, semua gembira, bukan? Guru tak perlu susah payah ke kelas, mengajar di rumah pon boleh. Pelajar pula tak perlu duduk lama-lama dalam kelas, mereka boleh pergi tgk wayang, main games, tidur dsb. Nanti malam baru belajar.

Tapi mujur itu semua tidak terjadi. Institusi pengajian ditubuhkan bukan untuk melahirkan pelajar yang berilmu semata-mata, tetapi juga pelajar (dan pensyarah!) yang berdisiplin. Berkomitmen, bertanggungjawab, MENEPATI WAKTU dsb. Kalaulah nilai disiplin ini tak diajarkan atau diambil mudah.. tak mustahil seorang dokter atau pekerja akan memberikan alasan dalam melaksanakan tugasnya..

Dokter: Maaf, saya terlambat bangun. semalam tgk bola. Mana pesakit yg nak dibedah?
Nurse : Dah mati..

atau..
Dokter: Saya malas nak datang ke hospital, boleh tak pesakit tu dihantar ke rumah saya je, sy bedah di rumah..

Bayangkan kalau pesakit itu adalah kita atau keluarga kita. Pastu repot kan?..
Semuanya untuk kebaikanmu, mereka tak merugi apa-apa, tapi kamu sendiri..

3 comments:

AkMaR said...

Ok, post comel.

:)

ibnyusoff said...

efek ganda teknologi..kuliah melalui video conference macam OUM..plus,skang nak bedah pn boleh gne komputer, surgeon kat US patient kat malaysia, melalui robot dia bedah, kalau teknologi ni develop and jadik lbey murah, msti smue bwat macam tu,haha..alhasil,smue jadik pemalas..

Asip Hussin said...

Mcmane canggih pon teknologi, kebijakan manusia still lagi diperlukan. Mesin dan robot hanya bekerja mengikut apa yg diprogramkan tp xleh buat pertimbangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...