Saturday, May 14, 2011

Sangkar



Jika ditangkap, akan berusaha melepaskan diri.
Jika dikurung, akan meronta keluar.
Jika ditekan, akan pecah.
Jika dikejar, akan berlari.
Jika ditentang, akan melawan.

Tiada siapa atau apa-apa yang selesa jika dikurung. Memang fitrah kejadian dan penciptaan. Setiap apa pun biarpun bernyawa atau tidak, tidak akan selesa dengan tekanan.

Dan apabila dikurung dan ditekan sehingga melebihi batasan yang mampu untuk dipikul, secara semulajadinya ia akan menentang dan melawan. Apa sahaja caranya akan digunakan bagi membebaskan diri dari 'tekanan' tersebut..

Belon yang kenyal juga akan pecah jika ditiup terlalu lama.
Gunung berapi akan meletus jika isinya terpendam terlalu lama.
Itu adalah apa yang kelihatan.

Bagaimana pula dengan sesuatu yang tidak kelihatan?
Sesuatu yang hanya dirasakan?
Perasaan contohnya..
Apa terjadi jika ditekan, ditahan dan dipendam terlalu lama?
Ya, ia juga akan 'meletup', sama seperti gunung berapi.

Perasaan juga mahukan kebebasan. Tidak suka dikongkong dan dikurung..

5 comments:

Muhd Adif said...

sabarlah...perasaan bukan gunung, burung, belon ataupun musuh...kita mampu dan harus mengawalnya.
dugaan dan hidup, dua kata yg punya satu jiwa, pelengkap antara keduanya, tidak pernah bercerai. pasti ada hikmah atas semuanya. ingat firman Allah...

"maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Allah rindukan rintihan kamu, mengadulah kt Dia, di situ ada ketenangan, kesabaran, pembelaan dan kekuatan. insyaAllah

wawa said...

perasaan asip...susah kan..

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

kdg2 ape yg kita x dpt skg tu..kita akan dpt jgak nnti...dpt pada saat kita akan sgt memerlukan..sabar bnyk2 sbb Allah suke org2 yang sabar...=)

Asip Hussin said...

Ha'a. perasaan. susah, kan? same la jugak dgn perasaan marah tu.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [2:216]

So, jgn la marah sgt sebab memang setiap orang ada takdir masing-masing. Takdir kita, kita harus redha. Apa lagi takdir orang lain, layak ke kita nak rasa marah-marah dan tidak redha dgn takdir org?

Kita nak si dia tetap bersama si dia sedangkan kita tahu Allah punyai rancangan yang jauh lebih hebat daripada itu. Bygkan, kalau la kerana keegoan kita mahukan si dia tetap kekal bersama si dia.. maka kerana itu, si dia terlepas peluang mendapatkan apa yang jauh lebih baik, gara-gara kita yang cuba menetapkan sendiri takdir org lain. play God.. Siapa yang bakal dipersalahkan nanti?

Tidak redha, tidak mahu move on, still marah-marah bererti tidak bersetuju dengan rancangan Allah.

So, please, move on. Maafkan orang lain. Itu takdir Allah untuknya. Kalau kita tak redha dengan takdir tersebut, cuba tanya kembali diri kita, "siapa aku untuk tidak redha dgn takdirnya? Padahal itu bkn takdir kita pun..?"

(sedih, terkilan, simpati... bukan provokasi)

wawa said...

memaafkan mudah..sume org boleh maafkan..cume dgn sebut maaf..tp berapa luas maaf tu? hnya sekadar sebut maaf,tp x kn mmpu nk lupakan..sekali hati terguris,susah nk baik..sbb tu jgn cari pasal ngan org,kalo boleh jage hati org...

mmg kita x layak nk tentukan takdir orang atau nk marah2..cuma nk tegur n betulkan apa yg salah...Aku bukan sape2 nk tentukan takdir orang..tp sebagai kawan,kita ada pilihan nk tegur atau x, Allah bg pilihan tu..tang mane kita nmpk salah,kite tegur..bile kwn kita da berubah,da x sama ngan dulu..perangai baik tiba2 berubah...dulunya alim skg x malah smkin lalai,x kn nk biarkan...n lgi stu,Allah bg seseorang tu takdir cmtu,tp org tu kene pilih btul ke x ape yg dia buat...memuaskan hati sume org ke x..dgn keputusan yg dia buat tu akan mudahkan sume pihak n gembirakan sume org ke x..sbb kita hidup dgn manusia lain,bukan ntuk diri kita je..kalo x fikir btul2,hnya ntuk kepentingan sendiri je,walopun itu adalah ketentuan Dia,Dia x kan redha,sbb rmai org terluka...Orang yg btul2 baik akan jage hati orang lain..sbb tu ak masih dan sedang cuba..tp untuk yg sorg tu..sorry la..ak da maafkan die,tp mcm ak ckp tdi,maaf mudah,nk lupakan tu susah...n ntuk elakkan timbul rasa marah lebih baik x tgk lgsung muke or jauhi die...kalo itulah cara yg terbaik...

nk marah pun bukan mudah..n for me,marah tu bukan bererti tidak setuju dgn rancangan Allah,tp marah itu adalah pada mereka yg bila diuji oleh Allah dgn ujian kasih sayang tp dia mempermainkan...bukan senang kalo aku nk marah,x pernah dlm hidup ni pun...cume yg ni je..yg stu ni je..sorry la kalo buat ko rase x selesa ke apa ke...
stu pegangan aku,takdir Allah mengatasi tadbir...tp takdir itu tidak semestinya Dia redha...tergantung keadaan...

Asip Hussin said...

bagus la kalau macam tu. tu je yg aku nak tau kot..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...