Tuesday, August 20, 2013

Prap!


Kalau tak ada orang tegur, maknanya apa yang kau buat tu tak salah la?
Kalau ada orang tegur pula, kau kata "macam la kau tak pernah buat salah. kalau diri tu tak perfect, tak payah sibuk-sibuk nak betulkan orang lain"

Macam mana ni?

Bila kita tegur dengan menerapkan nilai-nilai moral, dia tak nak dengar.
Bila kita tegur dengan menjelaskan hukum-hukam agama, dia melenting.

Macam mana ni?

Terangkan situasi berdasarkan fakta, dia kata kita tak habis belajar, exam pun tak pass.
Terangkan hujah berdasarkan dalil, dia kata kita tak ada ilmu, memandai nak jadi uztaz.

Macam mana ni?

Itu la dia. Allah dah bagitau, "berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran"

Kesabaran. Sebab Allah tau apa yang kita perlukan untuk jadi orang baik. Iaitu sabar. Kalau tak ada sabar, senang nak snap. Tegur orang, orang melenting, kita pun ikut meletup.

Walhal kalau ikut sifir dakwah, senang sahaja. Tegur, ingatkan. Seterusnya kalau dia nak melenting, nak pakat-pakat dengan kawan-kawan dia jatuhkan kau, buruk-burukkan kau dalam blog dan sebagainya, lantak dia la. Kau beredar sahajalah. Kerja kau selesai. Memberi peringatan. Menurunkan hidayah bukan kerja kau. Tak perlu susah hati pikir.

Tapi kenapa orang nak melenting kalau apa yang kau tegur tu betul?

Nah, tu la yang kau kena tengok pada keadaan sekeliling.
1. Sebab dia tak suka orang tegur dia. Dari kecik dah terdidik dia sentiasa betul.
2. Sebab dia rasa lagi pandai dari kau. Jatuh la maruah kalau orang tak pandai tegur dia
3. Sebab dia tak suka kau. Kau busuk kot.
4. Sebab dia tak kenal kau.

Satu dan dua memang masalah dia la. Tapi tiga dan empat kau boleh usahakan.

Pokoknya. Sabau je la..

1 comment:

Asyiqin said...

Assalamualaikum~
Kalaupun orang xdgr teguran tu, jangan putus asa menegur ke arah kebaikan ok? Especially when that person is me. I hope you can continue doing that, keeping in mind that thats the right thing to do. And its what Allah wants you to do. Youre the most sabar person I know.

I love you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...