Friday, May 28, 2010

Kenape Mesti Parsi?

Semalam puas le aku tunggu. Rasenye tiap-tiap sengah jam aku refresh page ni kot, nak tgk mane tau ade sape-sape update citer (blog) dorang. Tapi sampai ke saat aku nak tidor, same je xde apape. Hari ni bile aku bukak, ramai la pulak yang bercerite dan secare tak langsung termotivate aku utk taip sekali (boooo, boring~)

Bulan lepas aku deactivate akaun facebook aku dengan alasan, aku terlalu leke dan byk abeskan waktu kat situ. Then mase borak-borak time on the way balik dari nonton putera parsi tadi, wan kate kt aku, "Ko deactivate fb, lepas tu ko buat ape? Ko buat mende lain. Same jugak". Dan secare tibe-tibe aku terpikir, "eh, betol jugak!" Aku ingat lepas aku cancel fb tu, semue masalah berkaitan pembaziran waktu akan selesai tapi macam tak je. Aku still macam dulu jugak. Lepak depan laptop dan menghabiskan sebagian besar waktu aku di situ. Adakah aku harus cancel akaun ym, blog dan formspring aku jugak? Seyesly, ini je yg aku ade. Kalau mende ni aku cancel, bererti, aku takde apape nak buat depan laptop. Adakah aku akan jadi budak surau lepas ni?

Sekilas mengenai kisah putera parsi itu. Perkare pertame yang aku perasan adalah...."you stay here, ok?", APSAL DIE CAKAP OMPUTIH!!???. Yer, actually aku tau memang die akan cakap omputih, tapi aku saje je nak buat2 terkejut, sukati aku la. Aku rase citer ni tak best. Dari start citer sampai abes, aku sikit pon tak rase kagum. Ko lompat la mcmane sekali pon, buat le aksi cool byk mane pon, aku sikit pon tak impress. Dari awal lagi memang aku tak nak tgk sbenanye sebab mase aku tgk trailer die, aku da rase tak best. Tapi atas sebab-sebab tertentu, aku gagahkan jugak kaki melangkah ke cenpak tu. Hiish, pening kepale aku.

Kepade yg belom tgk dan ade hasrat nak tgk, anda dinasihatkan agar tidak terpengaruh dgn saye. Kalo rase nak tgk, pergi je. Jangan disebabkan org kate tak best kite terus tak buat. Takde pendirian namenye tu.

Sikit mengenai pendirian. Berkenaan keputusan yang aku buat baru-baru ni, actually bukan semua orang setuju. Aku pernah diterjah dengan soalan "nanti sape nak tanggung?". Tapi aku kesah ape, bukannye aku tak pernah fikir langsung pasal semue tu. Ini adalah pendirian aku. (Kalau tak paham, sile lanjutkan pembacaan ke paragraph seterusnye dan jangan pure2 paham)

Actually aku da abes citer. So, xde paragraph lain.




Wednesday, May 26, 2010

Bukan Budak Kecik Lagi

Sampai bila kita nak jadi budak-budak? Cuba tengok diri kita. Katakan tiba-tiba kita main kejar-kejar dgn kawan kita, lari dari gang 1 sampai gang 8, lepas dapat tangkap, tutup mata kat belakang pokok, then kira dari satu sampai sepuluh, pastu bila dah habis kira, jerit kuat2 "Dah ke belommm???". Tiada sahutan, bererti mereka dah abes menyorok. Kita pon mule mencari... Kalau perkara ini terjadi, apa yang kita rasa? Orang kampung dan jiran-jiran sume dok perhati je. "sengal apa budak ni?". Mesti kite rase malu, kan? Jangan tipu la kata tak malu. Paling tidak pun telinga merah sebab segan.

See, kalau dulu kita tak segan buat mende-mende macam ni, tapi sekarang segan, so ape maknanya? Maknanya...kite bukanlah budak-budak lagi!

Mende macam ni takde masalah jika dilakukan oleh budak-budak. Budak kecil tak faham apa-apa. Kenapa tak boleh makan jajan selalu? Kenapa tak boleh main mercun? Kenapa tak kasi mandi lombong? Bagi mereka segala yang dirasakan best itu, tiada masalah jika dilakukan. Tidur smpai tengahari itu best. Tgk kartun sampai maghrib tu best. Main game sehari sampai 23jam itu best. Senang cerita, mereka adalah budak-budak kerana mereka tak faham tentang sesuatu. Iaitu TANGGUNGJAWAB...

So far apa yang kita faham tentang tanggungjawab? Or kita tak paham apa-apa, sebab tu perangai sorang2 still mcm budak-budak, begitu kah? Bila ditanya, masing-masing mengaku dah mumayiz, dah mencapai akil baligh. Ertinya apa? Ertinya, kita dah besaaaaar la. Dosa tanggung sendiri! Kalo kita mengumpat, kita tanggung sendiri. Kalau sengaja tak puasa, tak solat, jangan harap mak ayah nak tolong jawabkan utk kita nanti. Orang azan panggil solat Jumaat, kita buat dek je. Dah tau rokok tu memudaratkan, haram hukumnya, kita pekakkan telinga. So, ape kesudahannya nanti? "...sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa -11:49". Kita? Bertakwakah? Layak ke nak dapat kesudahan yang baik?

Tanye balik pade diri kita. "Adakah kita bertanggungjawab?" Eh, maybe soalan ni agak berat utk dijawab. Ok, soalan lain yg agak ringan. "Adakah kita sedar yang kita ada tanggungjawab?". Memandangkan utk melakukan sesuatu itu harus ada kesedaran dahulu, so maybe itu adalah soalan terbaik. Sedarkah kita bahwa bermulanya saat kita mumayiz dan baligh, kita telah pon ada suatu tangungjawab? Ya, tanggungjawab kepada agama kita.

Pade awalnya, tanggungjawab ni terletak pada orang tua kita. Sebab tu mak ayah kita puas la mengajor kita mengucap, solat, ngaji, puasa, penjagaan aurat dsb sebab itu tanggungjawab mereka. So bila sampai je ke tempoh tersebut, kite dah baligh, tanggungjawab tu terlepas. Bukan la maksudnya mereka dah tak payah tangung makan minum kita, tapi maksudnya di sini adalah pasal dosa pahala. Semue kemungkaran yg kita buat, tanggung sendiri la bro!

Then, apabila umur kita meningkat, lebih banyak lagi tanggungjawab yang datang. Adakah kita sedar? Tanggungjawab kepada alam sekitar, kepada masyarakat sekeliling, kepada pemerintah dan sebagainya. Tapi dalam byk2 tu, tanggungjawab yg aku rasa paling best skali utk dibahas adalah tanggungjawab kepada diri sendiri.

Kita bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatan kita sendiri dari bangun tidoq, sampai la kita tidoq balik. Cube renung balik apa yang kita buat sehari-harian. Waktu orang tidor, kita still berjaga, main game, surf laman tah hape2 kt net dsb. Kol 3,4 pagi baru nak tidor. Then bila jam dah kol 7 pagi, baru nak bangun, qada solat subuh. Adakah kita bertanggungjawab?

Hari Ahad memang la cuti. Dan kebanyakannye akan berkata, itu hari utk berehat. Tapi adakah itu bermakna kita harus tidor sepanjang hari? Sekurang-kurangnya bangun je la even takde kelas. Gi jalan-jalan ke, ke pasar ke or buat je apa-apa sahaja asalkan bukan maksiat dan tidak memudaratkan. Badan kita pon ade hak jugak. Kalo asek tido je, nanti sakit makit badan tu. Ini tak, lepas subuh je tarik balik selimut, bila matahari dah ngantuk baru kite nak bangun. Adakah ini yang dipanggil rase bertanggungjawab?

Di rumah pulak. Bila dah habis makan apa yg kita buat? Tinggal je pinggan tu atas meja. Mentang-mentang ada org gaji (umah aku kt kampung takde). Apa la salahnya kalau diangkat pinggan tu, bawa ke singki. Nanti kita pon nak ke singki jugak utk basuh tangan, so alang-alang tu bawak je la. Kalau nak angkat pinggan pon malas, nak basuh lagi la payah kot. Takat celop2 span, tenyeh2 pinggan pastu bilas. Susah ke?

Masuk bilik on suis lampu, kipas, laptop dan segala macam suis. Bila nak kuar gi tandas, apa la salahnya kalau tutup suis-suis tu kejap. Maybe laptop agak susah sket, tapi lampu same kipas, susah ke? Mungkin kita rasa, "alaa nak kuar kejap je, tak sampai semenit". Tapi sedarkah kita bahwa pembaziran itu tetap pembaziran walaupon semenit? Memang la bil listrik tak terjejas, just naik seposen dua je. Tapi kalo kita jimat, macam-macam kite leh buat dengan seposen dua tu. Koman-koman pon masuk dalam tabung masjid (nasehat orang berapi-api, tp aku buat ke?). Cuba tanya pada diri, adakah kita bertanggungjawab?

Kite tahu setan tu musuh nyata yang harus kita perangi sehabisnya. Tapi kenapa kita selalu ikot telunjuk setan? Kite dah diajar membace doa mohon perlindungan dari gangguan setan, "a’uzubillahi minasy syaitanir rajim" tp adakah kita amalkan? Kalo ke tandas tu, menonong je masuk. Bersuke ria setan2 tu. Berapa saat je pun masa yg diperlukan utk baca doa masuk tandas, tapi adakah kita baca? Minah-minah sekeliling pakai baju sekerat2 je (or tak pakai langsung) dan kita pon terpandang sket. Lepas tu ape kita buat? Teruskan memandang dan berfantasi? Dia orang kafir atau orang yang terlupa (semoga mereka mendapat hidayah), tapi kita bukan. Dah tau pandang aurat tu hukumnye berdosa, masuk neraka tapi still buat jugak (atleast control la sbb nak cegah habis-habisan tu mcm payah je). Adakah kita bertanggungjawab?

Maybe ada di antara kita yang berpendapat, "kita masih muda..". Yer, memang la muda lagi. Tapi sepatutnya masa muda la kita kene belajar perkara-perkara ni. Nanti dah tua boleh belajar mende lain plak.  Sepatutnya kita harus mula menyedari akan kepentingan hal ini dan belajar menguruskan diri sendiri. Cuba la rasa bertanggungjawab sket. Kalau tanggungjawab sebegini pon kita tak mampu nak pikul dan uruskan, macamana kita nak pikul tanggungjawab yang lebih besar kelak? Kita bukan budak-budak lagi..


Akhir kata, semoga Allah tunjukkan kita jalan dan permudahkan urusan kita..


- sekadar pendapat -

Monday, May 24, 2010

Jimat

Manusia makan, hewan makan malah tumbuhan pon makan. Tak kira macam mana caranya, sama ada masuk mulut-kunyah-telan, sedut dari air, mahupun secara fagositosis, semua benda perlu makan. Selagi ia hidup, maka makanlah ia. Sebagai seorang manusia, kalau tak makan, semestinya kita akan menghadapi pelbagai kemungkinan-kemungkinan sadis yang tidak diingini seperti perut masuk angin, sakit lambung, tiada tenaga, kurang zat, penyakit berkait gizi dan yang paling teruk..kematian. Tapi rasanye kat negara kita jarang ada kes mati kebuluran. Allah masih sayang kat kita (tapi kalau ade yang mati pon, tak bermakna Allah tak sayang). Paling kurang pon sekadar tak cukup zat, badan keding dsb. 

As pelajar macam aku ni yang bergantung pada wang pembayar cukai, aku tak boleh la nak kata hidup aku mewah mahu pon sadis. Semuanya aku rasa cukup mukup je. Aku yakin pemerintah aku dah buat perhitungan yang serius pasal pembahagian wang ni. Maknanya, elaun sara hidup yang diberikan tu memang ternyata mencukupi malah mungkin lebih bagi sesetengah orang.

Bila aku renung balik diri aku, aku tak pernah rase kebulur sepanjang di sini. Paling-paling sengkek pon, makan megi. Macamana boleh sengkek? Maybe itu sebab aku ter-misscalculate perbelanjaan aku kot. Banyak sangat beli mende yang tak perlu, boroskan sane sini. Kalau kita just makan secukupnya, berbelanja dengan sederhana aku rasa masalah sengkek ni takkan ada dalam kamus hidup kita.

Aku selalu diingatkan baik oleh ayah, emak, abang atau sesiapa sahaja tentang bab makan ni. Lebih kurang begini peringatannya, "kalau pasal makan, jangan berkira". Exact words dia aku tak ingat tapi macam itu la maksudnya setiap kali pon. Dulu aku tak kisah pasal ni. Masa darjah satu aku pernah je tak guna langsung duit saku harian aku. Simpan singgit demi singgit semata-mata nak beli kereta mainan Tamiya tu. Tapi sekarang tak lagi. Malah aku mohon dijauhkan dari pemikiran macamtu.

Tak kira macamane kita nak berjimat sekali pun, makan tetap makan. Andai kata kita merancang sesuatu yang sangat besar sekalipun misalnye nak kumpul duit utk kawen, aku rase adalah sangat tak patut kalau kita mengikat perut dgn makan megi je hari-hari. Maksud aku di sini adalah, kalau sebelum ni kita makan nasik dua kali sehari, so tetap teruskan dengan rutin tu. Jangan la pulak kita kurangkan atau tak makan langsung. Kalau kita biasa makan lauk ayam di siang hari dan ikan di malam hari, jangan la pulak hanya kerana nak berjimat, kita makan nasi kosong tambah garam or kicap je.

Duit boleh carik tapi kesihatan itu tidak ternilai harganya. Dalam prioriti utama seorang Muslim, nyawa diletakkan pada tangga kedua selepas agama. Harta pulak di tangga kelima. Maksudnya di sini, nyawa tu sangat penting jika nak dibandingkan dengan harta. Nyawa ni termasuk la kesehatan dan penjagaan makan. Kalau kita makan sambil lewe je, pastu sakit, pastu mati.. ertinye kite tak jaga nyawa la. Hukumnya? Berdosa~

Memang kita disaran untuk berjimat cermat lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu zaman ini. Namun, berjimat-cermat pun ada had dan batasnya. Kalau kita suka berbelanja sakan, sekali shopping habis sampai 3,4 ratus dan shopping pulak sampai 7 kali seminggu..mungkin kita boleh belajar kurangkan part ini. Cukuplah sekadar beli apa yang perlu. Baju tu kalo rase dah lusuh tahap gaban sangat, boleh la beli baru. Kalo rasa asek pakai sepasang suar je, seminggu sampai lapan kali tak bertukar, rasanye tak salah kalau nak beli lagi 2,3 pasang, lebih digalakkan. Tapi kalau rasa dalam gobok tu dah banyak sangat pakaian, sampaikan boleh pakai pakaian berlainan setiap hari utk sepanjang tahun, rasanye adalah sangat wajar jika kita pakai yg tu dulu instead of beli lagi.

Apa lagi? Kuat berjalan? Tak salah kalau nak gi jalan-jalan. Tonton muvie ke, ice-skating dsb. Tapi itu pun harus beringat la. Jangan la terlalu kerap sampaikan dalam seminggu tu, hampir setiap hari nak gi tgk wayang. Dan semestinya tiada masalah kalau sekali sekala kita nak memanjakan diri kita. Boleh je nak makan kt Pizza, Berger King dsb tapi itu pun tak payah la selalu sangat. Sekadar perlu like sebulan sekali or dua kali ke, ok kot kalo mcmtu.

See, kalo nak berjimat tu boleh je. Tinggal lagi tak ramai yang betul-betul berusaha ke arahnya. Sekadar cakap nak berjimat tapi still lagi boros tak hengat, memang tinggal mimpi je la citer berjimat tu. Pokoknye di sini bukan hasilnya tapi usaha kita sendiri. Yer hasil tu memang la penting, tapi usaha ke arahnya jauh lebih penting. Allah suke hamba-hambaNya yang berusaha dan memang Allah akan bukakan jalan untuk mereka ni. Ibarat petani dan hasil taninya. Memang la kita inginkan hasil yang lumayan dan menguntungkan, tapi kalau kita sekadar bercakap tanpa adenya apapa usaha, adakah padi tu akan tumbuh sendiri? Adakah tembikai tu tetiba je muncul kat ladang kita? Semestinye tak.. So, jangan risau untuk berjimat. 

Jadi, kepada teman-teman sekalian (dan aku sendiri jugak), kalau rasa mampu berjimat tu, berjimat la. Kalo mampu masak, lebih baik masak. Even aku sendiri merancang untuk belajar mende-mende ni sebab nak berjimat. Bila ke kedai or mall tu, kalau rasa apa yg kita nampak tu tak berapa penting, tak perlu la beli. Ini semua untuk kebaikan diri kita sendiri jugak. Maybe kita tiada apa-apa plan yang besar yang memerlukan kita belajar menguruskan kewangan, tapi tak salah kalau kita nak berjimat. Mana tau satu hari nanti berlaku sesuatu yang unexpected..


Akhir kata, semoga Allah bukakan jalan dan permudahkan urusan kita.


- Sekadar berkongsi~ -





P/s: By the way, actually aku sedang merancang sesuatu yang besar.. yang mengharuskan aku belajar berjimat dari skrg~

Saturday, May 22, 2010

A

Ada apa dengan huruf 'A'?

Untuk seketika, aku terfikir-fikir, siapakah yang mula-mula menemukan huruf A ini?

Aku merasakan A itu seolah-olah sangat istimewa dalam hidup aku.

Misalnye, kalo aku rase pelik sikit, aku akan kate, "Aik, boleh caye ke?"

Kalo aku rase macam blur, aku akan kate, "Adoyai.."

Kalo aku marah orang aku kate, "Ah, sudah la ko"

Kalo aku rase mcm ade mende sengal berlaku, aku kate "Alamak!"

Kalo org tergagap mase buat presentation, org sebut "aaaaa..."(stoper)

Dokter nak check tekak suro sebut, "aaaaaa"

See..kebanyakan word yg disebut, bermule dgn huruf A.

Name aku sendiri walaupon bermule dengan huruf H, org akan panggil aku dengan A jugak. Hasif > Asip.

A adalah segalanya. Ayah, abang, adik, akak (kakak sbenanye, tp saje buang K tu). Dalam keluarge aku, semue orang ade nickname yg mule dgn A kecuali emak aku. Mule dengan huruf E. Sebab emak sangat special.

Kalo exam, sume orang nak dapat A...

See, A sangat istimewa~


(nanti aku nak citer pasal B lak. Pastu C, D, E sampai Z~)

Gumbira Lagi~

Ingat ko sorang je gembire???

Aku rase bulan ni boleh diberi gelaran, "bulan gembira" la. Adoih la, tak putus-putus gembire datang bertandang. Awal bulan dapat hape baru. Memang gembire sungguh ler. Pas beberape minggu, gembire lagi, kali ni bkn melibatkan aku sorang. Sekarang, lagi sekali gembire~ hahaha.








Tak nak cite apape. Nanti tengok sendiri. Kalo tak nak tengok, aku sikit pon tak kesah. Bukan korang yang gembire, tapi aku~

Friday, May 21, 2010

Jangan La Main-Main..

Ketike aku menulis post ini, aku hanya keseorangan di rumah. Pegi bilik sebelah, lampu terpasang, orang takde. Naik tingkat atas, lampu padam, orang takde. Turun ke dapur, lampu terpasang, tak de sesiapa. Untuk mengelakkan pembaziran listrik, semue lampu yang terpasang, aku buka suisnya (mase kite blaja KH dulu, buka suis = mati lampu, kan?)..

Pintu depan aku lock demi keselamatan. Hanya 4 lampu terpasang. Lampu luar, lampu bilik aku, lampu ruang tamu dan lampu tandas. Then aku masuk dalam bilik, duduk atas kerusi dan termenung jauh.

Oh, aku masih belum tuka baju dari pagi. Keluar bilik pergi ke tandas dan membawa tuala. Tapi dengan tak semena-mena, aku terperasan.. satu dari lampu yang aku tutup tadi menyala..

Tgk pintu depan..masih terkunci. Naik tingkat atas, tiada siapa-siapa..



EEHHH???



Aku menutup semula lampu tersebut dengan harapan...


ia tidak menyala semula..

Ntah

Aku da abes tengok siri pawe renjes tu. So far, aku suke happy ending die. Cume yang aku tak puas hati, apsal la raja raksasa tu mati sedemikian rupa. Kalau dah nampak ade tiang besar nak jatuh hempap die, kenape tak lari??? Kenape nak stay kat bawah tu dan menjerit, "nooooooooooooooooooooooooooo!"?





















Adoih.. baru-baru ni aku da takde rase nak update apape. Apakah yang terlah tejadi? Ntah hape la aku buat kat umah. Kan best kalo ade kelas 24 jam. Aku taknak balik umah. Taknak jumpe laptop. Nanti sakit jantung..

Sunday, May 16, 2010

Puas Hati!

Aaaaaa...ok. Aku tau aku nampak macam pelik sebab update tiap-tiap hari.

Dan aku jugak tau, aku nampak lebih pelik sebab baru-baru ni setiap post aku mesti ade word "pawe renjes".

Tapi ape kau kesah. Ini blog aku! haha. Haku pedulik hape~

Masih lagi pasal pawe renjes - sile bace kalau sudi. Siri terbaru pawe renjes sekarang adalah Power Rangers RPM (Racing Perfomance Machines). Dan aku rase ini adalah siri terbaik pernah aku tengok. Siri ini telah menjawab hampir semua persoalan aku mengenai kepelikan pawe renjes.

Misalnye, dulu aku rase pelik sebab setiap kali nak bertukar, mereke kene menjerit sesuatu seperti "Ninja Storm Ranger Form!", "Dino Thunder Power up!", "Magical Source Mystic Force!". Actually aku tak kesah pon sebab maybe die nampak cool. Tapi dalam siri baru ni, aku puas hati bile Doc tu kasi explanation. Katenye, "itu adalah voice activation". Maksudnye, hanye org tertentu je boleh jadi power rangers. Dalam siri ni, mase nak tukar dorang jerit "RPM, Get In Gear!"

Then aku pelik sebab setiap kali tukar, mesti ade explosion kat belakang. Dalam siri ni, doc tu telah kasi penerangan scientific mcmane pembentukan letupan tu terjadi. Nampak pelik, tapi logik. Dan yang paling penting, aku puas hati sebab atleast die kasi penerangan.

Then adegan pukul-tak-kene dah takde lagi. Setiap tumbukan die kene (or nampak macam kene) dan setiap efek tercampak adalah real (or nampak macam real).

Pade pendapat aku, jalan citer siri ni lebih dramatik, schematic dan lebih matang berbanding siri-siri sebelum ni. Kalau dulu, setiap episod same je. Citer pasal kehidupan heroes tu, then kuar monster kecik, kuar boss, boss kalah, boss jadi besar, panggil robot, dan menang. Well, dlm siri ni xde da adegan-menipu-budak mcmtu. Aku puas hati gile dgn plot dan perkembangan siri ni.

Dulu aku pernah gak tertanye, mane datangnye suit pawe renjes? Ok, dalam siri ni aku puas hati sebab idea yang ditonjolkan tu agak logik. Suit tu ade di simpan di markas, dan setiap kali nak morph, suit tu akan diteleport-pasangkan ke badan heroes tu. Oh yer, dan lagi aku puas hati bile diterangkan bahwa suit itu dicipta, bkn nye tibe-tibe ade (mcm dlm siri-siri sebelum ni).

Proses pertukaran tak memakan mase yg lame, dan kelihatan sgt cool. Setiap suit mempunyai kelebihan tersendiri yg logik misalnye limited teleportation, 5 sec time freeze, 4 sec invulnerability dsb. 

Aku jugak pernah rase pelik sebab mana mungkin sepasang suit getah setebal beberapa mm dan sebuah helmet mampu menjadikan seseorang itu kuat, kan? So, dalam siri ni, aku puas hati kerane semuenye dijelaskan secare logik. Suit pawe renjes tu mampu memberi kekuatan kepade pemakainya sebab mmg suit tu sendiri dikuasakan oleh sumber tenaga (maybe electrik, bateri, solar dsb). Logik, kan?

Kalo dlm siri terdulu, sengal gile. Ntah dari mane dtg suit, pastu ntah mcmane suit tu boleh kasi tenage. Aku pakai tight renang tak rase kuat pon!

Pendek kate aku sangat berpuas dgn siri ni dan aku rase, siri ni bukan hanye utk kanak-kanak. Jalan citernye yang logik, matang dan agak berat menjadikan siri ni setanding dgn siri superhero lain. Agak berbaloi ditonton semua lapisan masyarakat.

Btw, ini semue adalah pandangan aku je. Best or not, tergantung pade diri masing-masing. Setiap org ade taste mereke yang unik dan tersendiri..



P.S: Mule-mule aku agak tak suke dgn design helmet die. Tapi bile dah tgk sampai 12 episod, rase macam lawa plak. Dan aku suke soundtrack mase die lawan-lawan!


p.s-ii: Aku xde sape-sape nak aku share mende ni. Aku tak leh nak citer dgn excitednye pade kawan-kawan aku. Sama ade org pure-pure excited sebab nak jage ati aku or dorang layan nak taknak je. Thats why aku post kat blog. Atleast aku cube berkongsi, walaupon xde sapa2...*isk (tetibe rase sedih)

Saturday, May 15, 2010

Post-Exam Syndrome

Mase minggu exam la mcm2 keinginan terbangkit. Rase tgk makan eskrim la, tgk pawe renjes la, nak gi beli seluar la, jalan-jalan kat CL, tgk movie, bersembang tak hengat..sumenye terase mase minggu exam. Yang paling menyiksa sanubari adalah rase nak tidur.

Apsal la rase-rase ni hanye datang dlm waktu kecederaan mcmtu??? Same gak la mase dgr khutbah or dgr kuliah. Sebelum start segah giler. Time org tgh berkhutbah le perasaan ngantuk gile tu dtg.

La ni, exam da abes. Mane peginye semue urge nak tgk pawe renjes tu? Apsal xde rase ngantuk da? Da takde feeling nak gi jalan-jalan. Even nak duduk sesaje tak buat apape pon xde mood gak.

Tgk enset baru ni pon da xde apape feeling da. Sebab xde apape yg baru pade enset baru tu. Bukannye die boleh tukar jadi robot.

Kelmarin (b4 ujian anat) berapi-rapi semangat nak service basikal tu. Asek kruk-krek2 je bunyik die. Tp skrg? Tersadai je di bawah pohon cemara..

Tgk pak eRTe tu berkebun, nak gak tolong sket2. Tapi die xde anak pompuan. Takde semangat nak tolong. Takde sesape nak hidangkan teh buat penghilang dahaga.

Aku nak makan ayam mlm kang. Panggang sendiri. Kalo tak sedap, bkn aku yg panggang. Tuan rumah tu yang tak reti mengipas agaknye.

Friday, May 14, 2010

Borang Musim Bunga

Aku tengok ramai orang buat, aku pon buat la. Best ke..?
http://www.formspring.me/asiphussin
















takde ke sape-sape yang berminat nak tgk pawe renjes semule?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...