Saturday, May 30, 2009

Ceritera Mereka Bukan Kita

Aneh..pelik..sungguh! Sememangnye aku benar-benar hairan. Hairan bagaimana kau mengenali aku dan bagaimana aku mengenali dikau. Ya, kite berkenalan di laman ciber. Kau tahu aku wujud dan aku tahu kau ada. Namun masing2 xpernah berjumpa. Sekadar bertukar2 pendapat di tetingkap2 maya dan melihat wajah masing2 dari file2 .jpeg dan juga .gif.. Kita tidak pernah bertemu. Aku rasa aku mengenali dikau sebagaimana dikau rasa dikau mengenali aku. Kita sama2 merasakan kita kenal akan peribadi dan perwatakan masing2. Hakikatnya sejauh mana perkenalan kita?

Suatu hari aku terfikir..adakah sebuah perkenalan di alam ciber ini akan berakhir di alam ciber jua? Tiba2 memori2 silam membanjiri benakku. Bagaimana detik2 awal perkenalan kita dan bagaimana kita mengakui bahawa kita bersahabat meskipun masing2 tidak pernah meluahkannya. Ya, jika direnungkan kembali, kita pernah bertemu sebenarnya, tetapi sayangnya kita tidak berkenalan di hari pertemuan itu. Entah bagaimana, suatu hari ditakdirkan kita 'bertemu' semula, bukan di alam nyata tetapi di alam maya ini. Mulai saat itu, saban hari kita 'bersama', pelbagai isu dan perkara kita bincangkan berdua. Pada mulanya, kita hanya 'berbual' mengenai pelajaran kerana hanya itu sahajalah persamaan kita. Kemudian dalam kita tidak sedar, kita semakin rapat. Topik2 lain mula mendapat tempat di kotak2 'perbualan' kita. Dari minat kita sehinggalah cerita2 tentang dunia. Segala2nya kita bincangkan bersama. Aku masih ingat bagaimana gurauanku mencuit hatimu dan bagaimana rajukmu menyentuh hatiku. Sepanjang perkenalan ini, tidak terkira banyaknya kali kita tertawa bersama, amat menyenangkan. Ya, aku sungguh gembira

Namun, tidak akan selamanya langit itu cerah. Bila tiba masanya, mentari kan menyerah. Entahlah, tidak pula aku pasti dari mana datangnya ribut tersebut. Ya, ribut datang membawa angin dingin. Kita tidak lagi serapat dahulu. Kerap kali kita bertengkar atas perkara2 kecil. Mudah sahaja pergaduhan tercetus di antara kita. Kau mahu mempertahankan pandangan dikau tatkala aku cuba melindungi pendapatku. Dingin sekali. Lalu kita membawa diri, kau dengan dunia kau dan aku dengan dunia ku. Tiada lagi cerita2 untuk kita kongsikan bersama. Tiada lagi gurauan2 untuk kita tawakan bersama. Kita semakin jauh..dan jauh. Dan..sekalipun kau ada di kala aku ada, kita tidak lagi bertegur sapa. Sampai bilakah? Ya, aku akui, bila sahaja kita cuba memulakan semula perbualan, pasti ianya berakhir dengan kemarahan. Salah akukah atau...? Mungkin aku yang bersalah kerana gagal mengambil hati seorang sahabat. Mungkin aku yang bersalah kerana tidak cuba memahami perasaan dikau. Kalau itu jawapannya, adakah cukup sebuah ungkapan "minta maaf" dari ku untuk mu? Aku bingung...

Mungkin benar teoriku, perkenalan di alam ciber ini tidak akan ke mana, kesudahannya di sini jua akhirnya. Tapi boleh jadi juga salah teoriku itu kiranya sudut2 lain diambil kira. Ah, aku keliru menjadi buntu~. Apakah sampai di sini sahaja suatu perhubungan yang kita gelarkan sebagai persahabatan? Biarkan masa berlalu dan menjawab persoalan itu..



5 comments:

amirulhazwan said...

ecece asip

Anonymous said...

interesting!!..
hahaha.....
pgalaman ea...?

Asip Hussin said...

siapakah? erm, a'ah..pengalaman

:::cebisan hatiku::: said...

hahaha..ayat xboley blaa....
sikit punye jiwang ayat....
kalau sayangkan persahabatan tu,pertahankanlah.
kena la ada yang memberi dan menerima.
mengalah.
benda macam ini bukan je berlaku dalam friendship but almost in every relationship between humans...
the solution is how can we handle it to become better and more better.^_^

Anonymous said...

pgalaman mematangkan diri..
pgalaman sbgai guru untuk trus bjalan kehadapan..
peace..

~ain~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...