Wednesday, May 13, 2009

Siapakah Bin Laden?

Masih ingat lagi tak akan peristiwa 11 September di mana dalangnya dikatakan merupakan seorang penganut agama Islam bernama bin Laden? Bermulanya saat itu Islam dilabel sebagai agama pengganas oleh masyarakat barat dan dunia seterusnya menyaksikan 1001 macam konflik dan persengketaan akibat dari rentetan peristiwa tersebut. Benarkah bin Laden merupakan pejuang Islam? Atau lebih tepat, pejuang Islam yang hebat kerana sehingga kini beliau masih belum ditangkap?

Adakah sistem perisikan barat tidak cukup mantap untuk mengesan seorang individu? Sedangkan seorang bekas presiden yang bersembunyi di bawah tanah pun masih mampu dikesan dan ditangkap, bagaimana pula dengan pejuang yang seorang ini? Sememangnya penulis tidaklah mengharapkan penangkapan beliau, cuma atas sebab2 tertentu penulis menjadi agak keliru.. Mengapa jarang sekali kita dengar berita2 mengenai bin Laden baru2 ini? Selepas tercapainya matlamat barat meyakinkan dunia bahawa Islam adalah agama anti-kebebasan, berita2 tentang bin Laden hilang begitu sahaja, seolah-olah sengaja disenyapkan oleh pihak2 tertentu.

Maka tidak mustahillah bagi seseorang yang berfikir membuat andaian sebegini, "bin Laden bukanlah seorang pejuang yang wajar kita bangga2kan sebaliknya ikon ciptaan musuh Islam yang dicipta oleh barat dan dengan menggunakan kuasa media amerika menyalah dan menuduh die sbg dalang tragedi 11sept seterusnye, islam dicop sebagai agame pengganas dan lepas sume org percaye cite tu, osama bin laden ilang mcm tu je " Aneh, kan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...