Monday, May 18, 2009

Masyarakat Dan Anda...

"puuutt.."

Apa yg anda terfikir bile terdengar bunyi itu dtg dari bhgn belakang, bawah rakan anda (bhgn punggung la). Mesti anda rase kelakar dan nak sahaje menjerit,"oih, ko KENTUT ek!??? haha". Rakan anda dgn muke yg merah berase malu seraya berkata perlahan,"isy, jgn la jerit2, jatuh la saham aku, dah la ramai laki/pompuan(potong yg mane x berkenaan) kat sini"

Inilah realiti kehidupan, yg kentut akn rase malu, dan yg rakan pengentut akan rase kelaka. Tapi, sebenarnye perlukah si pengentut berasa malu atas fenomena fitrah/semulajadi(mana2 boleh diterima) yg terjadi kpd dirinya? Dan ape motif rakan pengentut berasa kelaka? Mungkin anda rase sy ingin bergurau dgn artikel ini, tp percayalah sebenarnye anda tidak perlu rasa malu utk kentut sebaliknya anda patut rasa bangga dan tidak perlu rase kelaka jika kawan anda kentut sebaliknya rasa kagum. Sedar atau tidak kentut sebenarnya memberi sumbangan besar pada ekonomi, politik, sistem perundangan, sistem pertahanan mahupun sistem pendidikan negara. Kentut tidak mengira kaum, usia, jantina mahupun taraf ekonomi seseorang. Semua kentut, dari jejaka pembuat tayar di johor bharu hinggalah presiden syarikat perkapalan haram di ulu bertam hilir melaka, semuanya tidak boleh lari dari kentut.

Bagaimana kentut memberi sumbangan2 besar itu? begini…
Pernahkah anda tahan kentut? Mesti pernah. Tahukah anda penahan kentut mendapat 25 peratus risiko utk sakit perut. 50 peratus dari sakit perut itu pula adalah sakit perut yang berpanjangan. 12.5 peratus dari pesakit perut berpanjangan itu biasenye pergi ke klinik, hospital, pondok bomoh, seven eleven atau rumah2 urut berdekatan bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Dan seramai 10 peratus dari mereka biasanya terpaksa juga pergi ke hospital kerana rawatan di pondok bomoh, urutan di rumah urut dan eno yg dibeli di seven eleven tidak berkesan.

persoalannya…
(sistem pendidikan) Adakah pelajar yg sakit perut kronik sebegini mampu menumpu perhatian dlm belajar?
(sistem pertanahan) Adakah tentera yg sakit perut sebegini mampu mempertahankan negara?
(ekonomi) Adakah pengusaha kedai kopi pak malik mampu meneruskan perniagaan dgn kesakitan t’sebut?
(politik) Adakah pengerusi persatuan wanita pembuat batik di melaka dpt mentadbir persatuannya dgn baik jika sakit berpanjangan?

Nah, lihatlah apa akan terjadi jika orang2 penting sedemikian sakit perut. Semestinya kucar-kacir negara makmur ini. jadi, sekarang adakah anda masih berasa malu? Tidak, buangkan perasaan itu, sebaliknya berbanggalah kerana anda mampu kentut. Bukankah kita masing2 telah dikurniakan punggung. So gunakanlah ia sepenuhnya. Janganlah kerana persepsi org lain, kita lalai dlm memanfaatkannya. Dan jangan pula kerana tanggapan negatif masyarakat, kita pura2 tiada punggung dgn menyembunyikan kentut itu.

Akhir kata, dapatlah disimpulkan bahwa, kentut dpt menjana ekonomi rumah tangga, ekonomi negara mahupun politik dunia. Oleh itu kentutlah kerana…
Sesungguhnya orang yang kentut adalah orang yang mulia.

Semua fakta dan statistik telah dibuat dan dibuktikan sendiri menerusi kajian terkini oleh professor kajian tindakan manusia dari T-Heal Research Centre(TheaRCEN) of Londang, German. Beliau telah disingkirkan oleh TheaRCEN cawangan Canada kerana kentut di kafe
berhampiran. Mulai detik itu beliau berazam utk mengubah persepsi masyarakat terhadap fenomena alam ini dgn membuat survey2 dan kajian2 yg seyes lg mendalam.

Sekarang, anda ade pilihan untuk mempercayai fakta ini atau tidak kerana semuanya tiada kaitan antara org yg hidup ataupun yg telah mati tp mungkin ade kaitan dgn org yg hidup tp
xnak mati2. have a nice day haha~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...