Tuesday, June 9, 2009

Noktah

Orang bercinta, engkau pun nak bercinta. Tapi cintamu mati, tidak berjiwa. Kerana cintamu tidak kena pada tempatnya. Cinta mereka cinta yang bermaruah, berlandaskan keimanan, berteraskan ketakwaan, bermatlamatkan keredhaan Ilahi. Sedangkan cinta dikau? Mengikut nafsu semata-mata, hanya sekadar suka-suka. Kau rasakan cinta dikau itu suci dan murni bermottokan, cinta kita membawa ke syurga, tapi sejauh manakah cinta tanpa ikatan tersebut? Cinta yang dikau gelarkan cinta sejati itu bukan pun cinta pada asalnya. Itu hanya naluri dan fitrahmu sebagai seorang manusia, ingin mengasihi dan dikasihi. Ya, memang kita memerlukan naluri tersebut tapi bukan untuk disalurkan pada sembarangan saluran. Hanya dengan ikatan pernikahan mampu menghalalkan yang haram, menukar status cinta nafsu kepada cinta yang murni.

Sewaktu di sekolah dahulu, jiwamu lemah. Amat mudah sekali kau tewas pada pujuk rayu mereka. Kau rasakan, "oh, mungkin dialah yang terbaik untukku" lantas kau menjalinkan hubungan. Setiap hari bersama. Makan bersama, riadah bersama, belajar bersama. Bila sedih dikongsi bersama, bila gembira tertawa berdua. Indahnya hidupmu, hanya dikau yang mengerti bagaimana. Kau rasakan dunia ini hanya milik kau dan dia. "alangkah indahnya cinta ini" desis kecil hatimu. Tapi selama mana cinta itu bertahan? Mungkin 3,4 bulan atau selama setahun. Pasanganmu itu mula merasakan kekosongan. Segala kekurangan dirimu mula diperkatakan, keindahan dan ketulusanmu, mula dipertikaikan. Konflik datang dan menamatkan segalanya.
Tibalah masanya untuk berpisah...

Namun kau masih tidak mengalah. Engkau mahukan belaian, mahu mencintai dan dicintai. Lantas engkau memulakan langkahmu. Kau goda seseorang dan akhirnya kalian menjadi pasangan yang bercinta. Adakah percintaanmu kali ini membawa ke syurga? Tidak, sebaliknya engkau dibawa ke surau oleh pasanganmu agar engkau bertaubat. Pasanganmu itu mula sedar akan hakikat percintaan tersebut. Dia sedar akan dosa, dia tahu akan balasannya. Namun engkau masih tidak berubah. Kau kerling dirinya dan, "eleh nak jadi baik konon" kau permainkan niat hatinya.
Tibalah masanya untuk berpisah...

Sejak dari itu engkau tidak lagi seperti dulu. Dirimu kini semakin ekstrem. Godaanmu semakin hebat. Dengan solekanmu, lunak suaramu, cantik tubuhmu, pasti cair hati setiap lelaki yang memandang. Kau masih mencari-cari cintamu. Jika di sini tiada, mungkin di sana. Jika tidak di sana, mungkin di situ. Pertemuanmu dengan seorang usahawan membuatkan hatimu berbunga. "Mungkin inilah cintaku" Wajah yang tampan, ekonomi yang stabil, kerjaya yang hebat. Amat cocok sekali rasanya jika digandingkan denganmu. Setiap hari bersama. Makan bersama, menonton wayang bersama, membeli-belah bersama. Ya, segalanya "bersama". Fikiranmu menerawang, menerobos ke masa silam. Sewaktu di alam persekolahan kau pernah melalui semua ini. Sewaktu di kolej, semasa di universiti dan kini. Engkau mulai bosan. Engkau mahukan bersama dalam erti kata lain. Sekatil bersama, tidur bersama...mungkin ini yang engkau mahukan. Akhirnya dikau disatukan dengan ikatan perkahwinan. Kini berakhir sudah pengembaraanmu setelah kau dapat segala yg kau inginkan. Indahnya "cinta" ini, hatimu berbisik.


Hari berganti hari. Bulan datang dan bulan pergi. Baru sahaja setahun tempoh penyatuanmu, engkau mula merasa bosan. Untuk apa perkahwinan ini. Adakah hanya untuk "itu"? Sejak berkahwin kau hanya bertemu dia di kamarmu. Tiada lagi makan bersama, berhibur bersama. Adakah ini cinta yang dikau cari? Soalmu pada diri, di manakah nikmat cinta yang berlandaskan jalan yang haq? Engkau buntu mencari jawapan. Segalanya telah engkau nikmati sebelum berkahwin kecuali satu. Dan setelah engkau dapat nikmat tersebut ke mana hala tujumu sekarang? Apa lagi yang engkau kejarkan kini? Engkau bingung...
Adakah telah tiba masanya untuk berpisah?
Engkau pasrah..


4 comments:

Asip Hussin said...

Artikel ini mengisahkan tentang nikmat cinta dalam perkahwinan yang tidak dapat dikecapi sekiranya seseorang itu telah mendahulukan segalanya sebelum berkahwin. Di mana letaknya nikmat tersebut sekira segalanya telah pun dirasai? Sebelum berkahwin, dia sudah pun merasai bahagianya bila bersama, keluar makan bersama, bergembira bersama, belajar bersama dsb. Namun hanya satu perkara yang gagal dilakukan kerana batasan agama. Lantas jalan perkahwinan diambil bagi menghalalkan segalanya. Dan kesudahannya? Dia mulai bosan kerana tiada perkara-perkara baru untuk dinikmati bersama, segalanya telah di rasai sebelum berkahwin, jadi untuk apa perkahwinan itu? Renung-renungkan...

amirulhazwan said...

aku renung sip, siyesli aku renung..

p/s:dah dah r curik kt kebun ak

Anonymous said...

renung2 kan....
di renung...

~ain~

:::cebisanhatiku::: said...

nice post!
KEEP UP D GOOD WORK!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...