Friday, October 2, 2009

Terima Kasih, Wahai...


Perhatikan sekeliling korang. Ape yang korang nampak? Kawan2, tilam, kerusi meje? Lampu, beg kuliah, botol air?

Then perhatikan tubuh badan korang plak. Ape yang korang nampak? Erm..tangan, jari jemari, hidung? Kaki, rambut, mata?

Next, perhatikan kehidupan korang. Ape yang korang nampak or rase....?

Ape sebenarnye yg aku cube sampaikan ni? Mungkin korang rase segale2nye biase je. Whats the point perhatikan semue mende2 ni? Pernah tak korang pandang sesuatu lame2, merenungnya dalam2 dan berfikir jauh2? Sebagai contoh, pernah satu hari aku memandang kepada tangan aku. Semua bagian tangan aku renungkan..tapak tangan, jari jemari, kuku2ku, lengan, belakang tgn & lain. Mule2 ape yg aku terfikir? "oh, its just my hand..nothing special about it". Tapi ape yg terjadi bile aku terus merenung tangan tersebut? Aku mula berfikir.

Dari kecil lagi tangan ini telah bersama-sama denganku. Keduanya lahir pada tanggal yg sama dgn tanggal kelahiranku. Menemaniku walau di mana aku berada, sewaktu makan mahu pun ke tandas. Teramat besar sekali jasa mereke kepadaku..cumanya aku shj yg alpa, lalai. Jarang sekali aku memberikan perhatian sedemikian rupa. Sewaktu aku sakit, siapakah yg pertama sekali menenangkan aku? Tangan aku. Kawasan yg sakit akan segera diziarahi oleh tangan. Tangan akan mengurut, membelai dan merawati sekadar termampu tanpa mengira jemu.

Jatuh dari basikal, siapakah yg pertama sekali pertaruhkan nasibnya demi keselamatan aku? Tangan aku. Secara refleksnya, apabila seseorang menemui perkara kecemasan, anggota pertama yang akan bertindak adalah tangan. Melindungi mukaku, dadaku, serta bhgn2 lain. Pernah sekali aku kepatahan tangan kerana kecuaianku. Siapakah yg menjadi mangsa? Tanganku..pada ketika itu, tiada langsung di hatiku sebarang perasaan. Aku merasakan, itu perkara biasa sahaja. Tapi kini tidak lagi..

Antara aku dan keluarga serta teman2 aku, siapakah pengerat perhubungan kami? Tangan aku. Dengan menyalami dan menyentuh, aku dan mereka semakin akrab. Manusia itu bukan memerlukan hanya komunikasi lisan semata-mata. Sebaliknya komunikasi non-verbal seperti sentuhan itu juga teramat penting sbenarnya. Seorang teman kesedihan, pada waktu itu segala pujukan mungkin tidak bererti buatnya, tapi dengan sebuah pelukan mahupun sentuhan di bahu atau belakangnya, dia bisa tenang. Seorang teman yang tercekik biji manggis, ape tindakan kite? Jaritan mahupun panduan mungkin tidak berguna padanya. Pada ketika itu, hanya sebuah tepukan kuat di belakang badan mampu menyelamatkannya. Nah lihatlah, betapa uniknya tangan ini..cuma terkadang, kita sering terlupa.

Aku terus merenung tgn ini. Akhirnya dtg lah satu perasaan sayu dan hiba. Mataku mula terbuka utk melihat dan menghayati penciptaan organ ini. Aku terasa benar2 bersalah, kenapa selama ini aku bersikap bersahaja terhadap tangan aku? Jarang sekali aku "berterima kasih" kepadanya. Persoalannya, kenapa baru sekarang. Alangkah bagusnya jika aku punya perasaan seperti ini sejak dahulu lagi. Maafkan aku wahai tanganku, jangan lah ko tinggalkan aku..temani aku sehingga ke akhir hayat ku...

Pernah tak korang berfikir sampai begini sekali? Mestilah tak, kan? Yer, dalam kehidupan ini, jarang sekali kita mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi seperti ini. Bagi kita, semuanya biasa2 je. Namun, pernah tak kite terbayang, ape akan terjadi sekirenye satu hari nanti..nikmat ini ditarik balik. Ketike itu barulah timbul perasaan sayu, sedih, bersalah dan mcm2 lg perasaan. Ketika itu, barulah kite terase, betapa indahnya nikmat yg diberikan itu.

Agaknya memang sudah menjadi kebiasaan manusia. Mereka hanya akan merasakan sesuatu itu berharga setelah kehilangannya..

Nah, sekarang cube renungkan kembali..sekiranya sesuatu yang lebih besar seperti teman2, ibu bapa, perasaan, nikmat Islam dan iman itu ditarik, apakah yg akan terjadi? Adakah ketika itu barulah kita akan menghargainya? Sudah terlambat barangkali..





555

4 comments:

Anonymous said...

salam...
bgus tol post ko yg ksli nie...sgt2 sesuai dgn aku..hu3..kitorg tgh blaja psl tgn untuk anatomy..so post ko kali ni buat aku tersedar akan nikmat tgn yg allah bg..alhamdulillah..thanks hasif
teruskan berfikir..

Amin Baek said...

great post!!

Wan @ Bani said...

great post!! tu br tangan, anggota laen xkira lg kan. yg zahir yg batin. perghh..banyaknye.

Asip Hussin said...

terima kasih karena membaca dan membuat komentar.

yer, mmg byk tak terkire. kadang2 aku tertanye2 jugak..adakah tangan, kaki, telinge dan semue anggota bdb aku ni mempunyai perasaan? adakah mereka hidup? entah dari mane dtgnye soalan yg mcmni. tp for some reason aku rase seolah2 mereke semue bernyawe dan mempunyai kehendak sendiri. dan kehendak mereke itu merupakan tanggungjawab aku...

boleh faham ke...?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...