Thursday, November 17, 2011

Boleh Tak Saya...


Kadang-kadang aku tertanya-tanya.. tak mengapakah kita upload gambar orang lain sesuka hati? Tak mengapakah kalau tak minta izin?

Kalau kita bercerita mengenai seseorang, dan orang tu tak tahu diriya diumpat, kemudian keadaan aman dan tenteram.. maka tak perlu minta maafkah? Btw, jangan risau kalau mengumpat aku, aku maafkan. Really. Tapi kalau nak belanje aku pop-ice, aku gembira je ^^

Adakah konsepnya sama dengan mengumpat itu? Kita ambil gambar orang lain, upload di febcook tanpa kebenarannya, dan dia tak tahu yang gambarnya diupload.. jika dengan itu, keadaan aman tenteram, so tak mengapalah ya?

Atau.. kita tahu dia tak suka gambarnya diupload, dia dah bagitahu secara tegas mahupun dalam bentuk gurauan.. Kemudian kita tetap ambil gambarnya dan upload, tapi tak bagitau dia sebab takut dia marah.. dan keadaan aman tenteram, maka tak mengapalah ya?

Aku tak suka diambil gambar dan tak senang diupload gambar ke febcook. Aku bagitau sekarang. Bukan sebab aku tak yakin dengan keenseman aku atau bajet hot, tapi sebab memang aku tak rasa adanya keperluan. Nak kenangan, ambil la, kemudian simpan gambar elok-elok. Kenapa nak tunjuk kepada strangers?

Kalau ambil gambar sendiri dan upload di page sendiri masih ok, sebab semua yang melihat gambar kita tu adalah orang yang kita kenal. Tapi bagaimana kalau kita ambil gambar orang lain, kemudian upload di page sendiri, dan gambar tu dilihat oleh seseorang yang asing kepada tuan punya gambar. Tuan punya gambar pula tak boleh nak buat apa-apa, kalau tegur, takut peng-upload melenting.. Kalau tak tegur, itu adalah gambarnya.. sentiasa ada risiko disalahgunakan oleh orang asing.

So, wahai uploader.. silalah prihatin akan hal ini. Kalau rasa segan, malas, berat, ego sangat nak tanya "boleh tak aku upload gambar kau?".. maka tak perlu la upload. Atau kalau rasa-rasa tak tahu apa nak buat dengan gambar orang lain, pulangkanlah ke dia. Kita tak tahu apa yang orang tu fikir kalau kita suka suki main upload je. Mungkin dia marah, mungkin dia tak redha..

Yang dah lepas, biar lepas. Untuk yang akan datang.. harap lebih berhati-hati..








Anda, anda, anda, anda.. dan anda.. Ada perhitungan yang mahu aku buat dengan kalian. Bukan sekarang, tapi satu hari nanti.. yakni beberapa hari sebelum.. ...

6 comments:

faiqah ar said...

hehe..asip, kenapalah tak tegur dari awal.

thank you btw ^^

Asip Hussin said...

hurm.. sorry~ sebelum ni dok pendam je. actually, post ni bkn pasal gambar aku..

faiqah ar said...

takpe, reminder is a daily need ! :)


terasa sebab post gambar pengantin kat star radio tadi. haha, delete suda..

nak lari dari orang post gambar memang susah. but on the first thought, kenapa amik gambar kalau tak nak bagi orang publishkan ? yes, kita pon nak ada something yang boleh buat kenang kenangan.

tapi memandangkan tak semua orang boleh faham kehendak dan situasi kita..maka the best thing is, jangan la bergambar kalau tanak dipublish, atau pon..cakaplah elok2 dekat photografer tu..inshaAllah dia faham.

but then again. larilah, kalau boleh. senang cakap, susah nak buat. yes indeed.huhu -_-"

Asip Hussin said...

eh, bkn2. bukan pasal gamba pengantin. sorry2.

hmm.. btul. lari dr diambil gambar tu mmg susah. silap carenye, org boleh tersalah paham kite as sombong. tp nak buat mcmane, kalo diambil nanti, dan kite kate xnak diupload, org mengate jugak. dilema betol..

maybe suruh org ambilkan gambar kite dgn kamere kite kot. die puas dpt amek gambar, kite puas dpt simpan kenangan sendiri dan senang hati sebab xde org upload..

hurm.. ntah la..

Anonymous said...

I know I know.

next time just say it straightt kt si pengfoto. as easy as that. drpd mengadu sana sini. huhu

mcm kes kau ni. mengadu kt blog. :P hahaa

Asip Hussin said...

actually, x mengadu sebenarnya. peringatan je huhu ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...