Wednesday, March 9, 2011

Dengar Je la~


Kita tak boleh nak samakan kapal terbang dengan shooting stars kerana kapal terbang hanya mampu terbang setinggi lapisan kedua atmosfera iaitu lapisan stratosfera sedangkan shooting stars adalah meteoroid yang memasuki dan terbakar di lapisan atmosfera yang ketiga, mesosfera.

Shooting stars tidak termasuk dalam fenomena alam yang akan membuatkan doa kita dimakbulkan. Waktu terbaik untuk berdoa adalah ketika bersujud dalam solat.. bukan ketika terlihat shooting stars.

Walaubagaimana pun, tiada siapa melarang kita untuk berbaring di padang rumput dan menunggu kelibat kemunculan shooting stars kerana itu juga merupakan sebahagian dari keindahan ciptaan Ilahi. Just tengok je la dan bertasbih. Tak payah le nak terpengaruh dengan cerite-cerite barat dan hindustan yang kononnya kalau buat permintaan masa nampak shooting stars, permintaan akan dimakbulkan. Kau mintak kat sapa? kat bintang? Semua tu khurafat..

Dan kalau suka melangit-melangit sekalipun pada seseorang, tak perlu la sampai nak tangkap bom tangan untuk dia. Even tentera di medan perang pun tak pernah terpikir nak buat macam tu. Grenade dicipta untuk dilontar bukan untuk disambut.

Atau tahan pisau guna tangan atau lompat depan kereta api. No, no, no... itu terlalu hiperbola. Pisau dan kereta api tidak dicipta untuk mencederakan siapa-siapa. Sekalipun nak berjanji tak perlu nak gunakan janji-janji sebegitu. Merepek semua tu. Dibuatnya betul-betul dia nak tengok kau tahan pisau yang dia baling, apa kau nak jawab?

"Kalau you betul2 sayang I, tahan la pisau yang I baling ni guna tangan you~"

Haaa, tak ke repot jadinya.. (Mudah-mudahan orang macamtu tak wujud dalam dunia ni.. T.T)

13 comments:

Asyiqin said...

let me guess *tho it's very obvious*, lagu Airplanes? dgr je la...kadang2 tu org takat dengar music je, xkesah pasal lyrics pon. in the first place, why would anybody want to throw a grenade to the girl? terroristkah perempuan itu? knpe org nk sakitkan perempuan tu using a blade? die diburu samuraikah? buat ape laki tu nk jump in front of a train? ape perempuan tu dpt? huhu lagu2 sume ni kalo dimelayukan, xde sape nk dgr. percaye la.

Anonymous said...

hahhaha,btul3!

bruno mars punye kakak said...

ade je la org mcm tuu

Asip Hussin said...

Asyiqin, tapi kadang-kadang lyric die penting gak. Cuba kalau lagu tu nanana dari mule sampai abes. or masukkan lirik "air pasang pagi surut pukul 5" dlm lagu mcmni, kan x sedap bunyinye~. And maybe ade orang dengki dgn pompuan tu kot, sampai rase mcm nak baling bom kt die. Who knows~

Anony: ^^

kakak bruno: org mcmane? yang janji pelik2 semate2 nak mengorat? haha

Asyiqin said...

ahahaha...iyoooo la~

bruno mars punye kakak said...

tuu huhh adik saye tuu sanggup pulak die buat mcm tuu

orkeD said...

pegi translate lagu hold it against me pulak.lepas tu buat huraian eh.aku nak bace.

*tp try dgr versi san tsui nyanyi.sedap gilak*

Asip Hussin said...

orkeD: ermmmm, nak dgr lagu sambil tgk vid sekali. tapi clip die... 'bermasalah' sikit hehe. maybe kalau lagu lain boleh kot~

Anonymous said...

haa! kantoi dh penah tgk! org innocent cm saye ni xtgk video2 'bermasalah' tuuu. hihihi =P

Asip Hussin said...

mane ade. tadi baru bukak. tapi kene tutup cepat2, takut blaja kang ilmu x masuk. susah le saye nak jawab exam nanti~

orkeD said...

haha.LOL.kantoi.btw,hye kak iqin! :)

orkeD said...

eh.tp aku suroh kaw tgk versi sam tsui.vc die sehat je.

Asyiqin said...

Eh! Ade org hye kat kite la~

erm, hai orkeD. Ahaha...

*knpe kak? :'(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...