Friday, March 25, 2011

Kau Salah, Aku Betul!


Apa gunanya berbalah kalau memang masing-masing keras kepala? Yang kau dapat nanti hanyalah penat dan lelah. Cuba fikir balik matlamat kau bila kau bercadang nak argue sesuatu dengan seseorang. Mesti la kau nak dia terima pendapat kau kan? Kau bagi satu statement dengan harapan dia akan bersetuju, atau paling tidak mengangguk dan berkata "ha'a, betol la tu".

Tapi bila dia mulakan jawapan dia dengan, "mana ada, sebenarnya aku rasa...".. di situ perbalahan akan bermula. Kau cuba incept kepala dia dengan idea kau, dan dia pula sedaya-upaya bertahan dengan idea dia. Kemudian kau keluarkan fakta-fakta dari buku dan internet bagi menyokong idea kau, dan dia keluarkan petua-petua dan kata-kata orang-orang lama bagi menentang idea baru tersebut.

Perbalahan semakin berlanjutan. Masing-masing memilih untuk terus berada di jalan perbalahan daripada masuk ke simpang penyelesaian. Kerana apa... masing-masing keras kepala.

Sekali lagi..
Apa gunanya argue kalau memang masing-masing keras kepala? Bukankah lebih baik kau pilih satu topik yang sama-sama setuju, kemudian cecite sesame. Lebih mudah, bukan? Kenapa kita memilih untuk melihat perbezaan yang satu sedangkan kita punya persamaan yang beribu..

Kalau bila kau start cecite pasal sesuatu dan kemudian terjadinya perbalahan yang tak dijangka, tak mengapa. Teruskan dahulu. Tapi kalau dah sampai 5 minit, 10 minit.. masing-masing masih berkeras, baik kau berhenti sahaja atau pura-pura mengalah walaupun dalam hati rasa nak bagi stokin masuk mulut dia.

Kau takkan dapat apa-apa melainkan tenaga terbuang dalam bentuk haba yang keluar sia-sia melalui mulut kau. Kau takkan dapat apa-apa melainkan rasa panas dalam hati yang tak mungkin hilang walau kau makan gaviscon.

Dan sebenarnya, apa yang memotivasikan kau untuk terus berbalah sedangkan kau tahu yang dia sama sekali takkan terima idea-idea kau? Tak rasa macam kau memperbodohkan diri ke bila terus nak berbalah jugak? Banyak benda lain kau boleh buat daripada habiskan masa menegakkan idea.. bahwa "gajah mampu tersenyum" kepada seseorang yang sama sekali tak akan percaya..Kalau dia dah memilih untuk tidak percaya, maka dia tetap tak percaya, tak akan percaya dan tak mungkin percaya. So.. jangan buang masa kau..

Unless kau rasa itu adalah perjuangan kau.. maka tegakkanlah. Jangan sesekali berhenti.

Tapi sebaiknya elakkan persengketaan, guna medium berkesan, cara yang berhemah. Bukannya cuba menjatuhkan dia..

3 comments:

Anonymous said...

ade certain people they just cant accept other people tots kan? mmg sampai bilaaaaaaa bilaaaaaa pun dia la betul.dia punye idea paling superb.pppfffttt.

but to think other side of it,bila kaw diam and choose not to fight back *not fight la,as in menegakkan point kaw* nanti dia mesti fikir kaw kalah.paham ke?

aku taksuka argue.tp kalau nak aku on je. *eh.asal panjang komen aku?.oh.sheep*

Asip Hussin said...

tak ape la. kalau kita kena sentiasa jadi pihak yg mengalah, apa salahnya? kalau dgn dia kita harus mengalah, kite argue la dgn org lain plak. bukan semue org xleh terime idea kita, ada je yg boleh.

dan.. apa nak kesah kalau org fikir kita kalah. kita pon boleh je nak fikir "eleh, aku kasi kau menang sebab xnak kau nangis kalau kalah" kan3? dia boleh fikir mcm2, kita kenapa tidak?

komang said...

mengalah itu tak semestinya salah..

but make sure u stand up for what is right..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...